Friday, January 20, 2017

Janji Najib Projek Perumahan Generasi Baru Felda 20,000 Unit Siap 5 Tahun Apa Tindakan Shahrir Samad Pengerusi Felda?

Image may contain: 1 person, standing, sky and outdoor
Tan Sri Shahrir Samad Pengerusi Felda yang baru dilantik terus turun padang di Felda Sungai Retang DUN Tahan Jerantut Pahang meninjau Projek Perumahan Generasi Baru (PGBF) seluas 40 ekar yang sepatutnya disiapkan 400 unit cuma 52 unit baru didirikan rangka tiang rumah pada 18 Januari 2017.


Majlis penyerahan surat tawaran Perumahan Generasi Baru Felda kepada 26 pemilik anak peneroka dan pekerja kilang Felda pada 18 Januari 2017. Rumah Contoh projek pertama di Malaysia di Felda Padang Piol DUN Tahan Jerantut. Mula dibina 2013 dan siap 6 bulan lepas itu. Kerajaan Negeri Pahang sedia beri tanah 100 ekar tanpa bayar harga premium kepada Felda untuk buat rumah 500 unit lagi Fasa 2 di Felda Padang Piol. Bagi menampung ekonomi, 1500 ekar tanah lagi disediakan supaya Felda dan lain-lain agensi dan swasta boleh bangunkan usahawan tani, industri dan komersial generasi baru Felda Padang Piol.


Posting ini examine memberi status report apa yang berlaku kepada janji DS Najib mahu bina Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) sebanyak 20,000 unit dalam masa 5 tahun dan Apa tindakan yang dilakukan oleh TS Shahrir Samad Pengerusi Felda yang baru.

Janji ini dibuat pada tahun 2013. Setelah 2014, 2015, 2016, sekarang awal 2017 dan tahun depan 2018 bolehkah dari 8470 unit telah siap boleh disiapkan lagi baki 11,530 unit sebelum pertengahan 2018?

Kepada DS Najib 20,000 unit rumah PGBF ini kos RM 2 bilion boleh disiapkan dalam masa 5 tahun. Tidak susah buat, mudah kalau ikut kira-kiranya.

Tapi apa yang DS Najib mahu Felda tidak boleh baca, disuruh buat rumah generasi baru Felda kos murah, Felda lebih tertarik dengan cadangan-cadangan  buat rumah kos sederhana dan sederhana tinggi.

Apa yang generasi baru Felda mahu ialah rumah yang kos pembiayaannya rendah kalau boleh lebih rendah dari RM500 sebulan mungkin RM250 kerana ramai generasi baru Felda yang tidak punya pendapatan tetap tidak ada payslip.

Rumah yang begitu harganya RM50,000 ke bawah. Dari cadangan Felda dari rumah generasi baru Felda berharga RM200,000 seunit akhirnya banyak kali disemak RM180,000, RM150,00 hingga kepada RM90,000.

DS Najib tidak puas hati mahu harga rumah diturunkan hingga RM70,000. Ada cadangan dari ADUN Tahan mahu rumah dikurangkan lagi hingga ke bawah RM50,000 seunit.

Pening kepala kontraktor-kontraktor yang tertarik dengan cadangan-cadangan asal kerana tidak boleh untung besar pada fasa pertama.

Posting ini memberi gambaran status Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) di DUN Tahan, Pahang dan di seluruh negara. Apa masalah dan permasalahan serta apa penyelesaiannya?

WZWH telah menulis 2 posting berkenaan sejarah timeline awal dan permasalahan berbangkit Projek PGBF ini SILA KLIK DIBAWAH:








Apa penyelesaiannya Projek PGBF ini dan Tindakan TS Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru dilantik memenuhi VISION dan HASRAT DS Najib mahu bina 20,000 unit menjelang 2018?

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pelaksanaan Projek PGBF dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama sebanyak 8,470 unit dan Fasa Kedua 11,530 unit.
“Bagi Fasa Pertama, Projek PGBF dipecahkan kepada projek perintis di tujuh lokasi dan melibatkan 2,144 unit. Baki sebanyak 6,326 unit di 26 lokasi telah dibahagikan kepada lima pakej.
“Semua projek dalam Fasa Pertama ini dijalankan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik melalui proses tender. Pembiayaan Fasa Pertama adalah dari sumber dalaman Felda dan juga pinjaman,” katanya.
Beliau berkata, pembiayaan tambahan telah juga diperoleh melalui peruntukan sebanyak RM200 juta yang telah diluluskan di bawah Bajet Kerajaan Persekutuan 2017.
Manakala, bagi Fasa Kedua yang melibatkan 11,530 unit, Lembaga Pengarah syarikat PFSB telah memutuskan pembiayaannya adalah melalui inisiatif pendanaan swasta (PFI) dan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Putra Star Investment Holdings Pte Ltd dan syarikat Terranova Builders Sdn Bhd pada 6 September 2016.
Bagaimanapun, Fasa Kedua Projek PGBF tidak dapat dilaksanakan lagi memandangkan terdapat isu-isu teknikal dan pematuhan kepada perjanjian inisiatif pendanaan swasta tersebut.
“Ketiga-tiga pihak yang terlibat dengan perjanjian tersebut kini di dalam proses perundingan untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul".

DS Najib percaya dan yakin projek ini boleh disiapkan dalam tempohnya.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...