Thursday, February 16, 2017

INFRARAKYAT Falsafah Pembangunan DS Najib Apa BEZA Dengan Pembangunan Mahathir?

infrarakyat


Selepas merdeka sehingga hari ini, pembangunan adalah agenda Kerajaan Barisan Nasional untuk negara dan rakyat.

Benar, kita berbangga dengan bangunan pencakar langit, litar lumba dan sebagainya, tetapi kesemua pembangunan sebegini tidak memberi impak secara langsung kepada kehidupan rakyat teramai. Dalam kata lain tidak benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat.

Oleh itu, sejak menjadi Perdana Menteri, saya telah memastikan pembangunan negara kita mesti bersifat tertumpu kepada kepentingan rakyat teramai.

Inilah asas kepada projek besar yang telah kita laksanakan, seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT, Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura atau HSR, East Coast Rail Link (ECRL).

Projek-projek ini – meskipun adalah pembinaan dan pembangunan infrastruktur berstatus mega – adalah bertunjangkan kepada kepentingan rakyat. Saya gelar projek-projek ini sebagai ‘InfraRakyat’.

InfraRakyat ini kelak, selain meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dalam pelbagai aspek, akan turut menjana serta memacu pertumbuhan ekonomi negara pada jangka masa panjang.

Salah satu daripadanya yang boleh kita jadikan contoh adalah Lebuhraya Pan Borneo. Kerajaan sedar bahawa kadar pembangunan di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia, dan memerlukan satu anjakan. Oleh itu, kita bina Lebuhraya Pan Borneo yang merentasi Sabah dan Sarawak. Malah Lebuhraya ini juga bebas tol.

Selain itu, Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang semakin sesak dengan jumlah kenderaan yang begitu banyak, lantas MRT dibina dengan tujuan untuk meringankan masalah ini.

Sebahagian daripada MRT telahpun beroperasi selama beberapa bulan, dan anda boleh baca lebih lanjut bagaimana MRT bakal mengubah gaya hidup masyarakat dalam catatan blog saya yang terdahulu di sini.

Begitu juga dengan projek-projek lain. Projek HSR pula akan meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura, memberi pelbagai manfaat dan membuka peluang ekonomi kepada rakyat kedua-dua negara.

Manakala projek ECRL direncana bagi menyeimbangkan pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia, selain membawa pertumbuhan ekonomi dan keselesaan kepada penduduk di Pantai Timur.

Kesemua projek InfraRakyat diperlukan oleh rakyat, “this is what was needed by the people, and this is what we delivered”.

Ini baru permulaannya, kita merancang untuk membangun serta menyediakan lebih banyak lagi InfraRakyat, agar pembangunan negara membawa kesejahteraan berterusan kepada rakyat Malaysia, Insya-Allah.

Ayoh Dato' Sri persembahkan "WOW faktor" yang boleh memikat hati dan menambat minda rakyat.

BRING IT ON!

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...