Thursday, March 23, 2017

Pembangkang Yang Berfikir Rasional Mengaku DS Najib Adalah Perdana Menteri Terbaik!

Related image

'18 Tahun Saya Jadi Pembangkang, Najib Adalah PM Terbaik Dalam Semua PM'


Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan yang terbaik dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia, kata bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.
Menurut beliau, pencapaian Najib mentadbir negara adalah jauh lebih baik berbanding sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sungguhpun terdapat banyak tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang.
"Saya tahu ramai tak gemarkan Najib pada waktu ini, tetapi sebagai pembangkang selama 18 tahun, Perdana Menteri sekarang adalah Perdana Menteri terbaik.Perdana Menteri mana yang pernah mencatatkan pasaran saham setinggi sekarang?
"Bila kita bercakap mengenai ekonomi, Malaysia antara yang terbaik di dunia sekarang. Tambahan lagi penarafan oleh syarikat penilaian Moody's dan S&P,  Malaysia dibawah pemerintahan Najib mendapat penarafan A-.
"Itu sudah cukup baik. Berbanding zaman Mahathir cuma taraf B. Orang ramai tak sedar perkara ini," katanya kepada Malaysian Digest.
Tegasnya, rakyat tidak seharusnya memberi ruang kepada pembangkang yang diteraju oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang mentadbir negara dan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir Malaysia.
"Saya bersama pembangkang selama 18 tahun, dan saya tidak suka cara mereka berpolitik. Sebab itu saya meletakkan jawatan dari DAP. Setelah saya meletakkan jawatan, mereka kata saya dipecat.
"DAP adalah parti pertama di alam semesta yang memecat individu yang sudah meletakkan jawatan," ujarnya.
Menyentuh pencapaian ekonomi Malaysia dibawah pemerintahan Najib, Tuan Tat menjelaskan pelbagai inisiatif telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Malaysia akan terus maju sekiranya pembangkang tidak merosakkan imej negara diperingkat antarabangsa.
"Jika pembangkang turut membantu dalam melonjakkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa daripada ke luar negara dan memburukkan imej negara, ekonomi Malaysia akan terus maju.
"Mengenai kejatuhan nilai mata wang, bukannya disebabkan masalah dalaman Malaysia. Ini adalah masalah dunia. Singapura juga mengalami masalah sama. Jadi apa yang mereka (pembangkang) katakan ekonomi Malaysia lembab?" soalnya.
Justeru kata beliau, rakyat perlu membuka minda dan berpandangan lebih luas dalam menilai segala tomahan dan dakwaan pembangkang terhadap kerajaan.
"Kita tak boleh benarkan si bodoh (pembangkang) ini mentadbir negara.
"Apa yang pembangkang tuduh terhadap kerajaan, rakyat harus berfikir samaada dakwaan berkenaan rasional ataupun tidak.
"Pada pandangan saya, pembangkang cemburu dengan kejayaan yang dicapai pentadbiran Perdana Menteri," katanya lagi.
- Malaysian Digest

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...