Perumahan merupakan salah satu agenda pembangunan terpenting dan adalah hasrat Kerajaan bahawa setiap rakyat negara ini berpeluang memiliki rumah sendiri. Melalui agenda ini, PR1MA diamanatkan membina perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup moden di seluruh negara, terutamanya untuk mereka yang pendapatannya berada pada paras pertengahan (M40).
Mandat PR1MA bukan sahaja tertumpu kepada pembinaan kediaman untuk golongan berpendapatan sederhana sahaja. Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi PR1MA merupakan salah satu pemangkin yang mampu mencetus kemajuan sosio ekonomi negara melalui pemerkasaan agenda bumiputera dari segi pemilikan hartanah, kenaikan nilai tanah rizab Melayu dan “multiplier effect” atau impak berganda dengan membuka lebih banyak peluang perniagaan lagi.
Mengikut statistik yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, dalam tahun 2016, hanya 44% transaksi pemilikan rumah kediaman melibatkan Bumiputera dengan nilai hampir RM 21 bilion. PR1MA menganggarkan dari 500,000 unit yang dimandatkan, lebih kurang 68% kediaman PR1MA atau 340,000 unit yang bernilai secara purata RM85 bilion, akan dimiliki oleh rakyat Bumiputera.
Pendekatan yang diambil oleh PR1MA untuk menggalakan pemilikan rumah terutamanya di kalangan golongan berpendapatan pertengahan dan dari golongan Bumiputera, tertumpu bukan sahaja dari segi harga jualan malah juga segi pembiayaan. Sesungguhnya ini adalah antara komitmen Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan hartanah dan merealisasikan impian rakyat-rakyat Malaysia yang ingin memiliki kediaman sendiri.
Dengan adanya pembangunan kediaman PR1MA di seluruh negara, nilai pembangunan tanah rizab Melayu juga ditingkatkan. Setakat ini, 61 projek PR1MA yang merangkumi 53,062 unit sedang dibangunkan di atas tanah rizab Melayu dengan nilai tanah sebanyak RM1.2 bilion dan nilai pembangunan sebanyak RM13 bilion.
Terdapat banyak tanah rizab Melayu yang terletak di kawasan strategik. Apa yang lebih membanggakan, pembangunan PR1MA bukan sahaja akan dapat meningkatkan nilai tanah tersebut, ianya juga harus dilihat dan dinilai dari segi kesan limpahan kepada ekonomi komuniti-komuniti sekeliling pembangunan PR1MA.
Sukacita saya berkongsi di sini bahawa setakat ini, daripada sejumlah 267,902 unit kediaman yang telah diluluskan oleh Anggota Perbadanan PR1MA, sebanyak 139,393 unit kediaman PR1MA kini dalam pelbagai peringkat pembinaan.
Ini tidak termasuk rumah mampu milik di bawah naungan agensi-agensi lain yang juga dalam pelbagai peringkat pembinaan. Antaranya setakat bulan April, 43,699 unit kediaman di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), 42,288 unit kediaman di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan 28,195 unit di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) .
Projek PR1MA juga perlu dilihat dari segi big picture, iaitu limpahan ekonomi yang dijana melalui pembangunan projek-projek PR1MA yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (Gross Development Value) sebanyak RM125 bilion.
Apa yang penting juga, PR1MA telah memberi impak berganda atau “multiplier effect” dalam membuka peluang perniagaan kepada peniaga Bumiputera melalui rantaian perbekalan dan pembangunan vendor.
Setakat ini, PR1MA telah memberikan kontrak-kontrak bernilai lebih daripada RM15 bilion kepada 574 firma Bumiputera dari seluruh negara untuk pelbagai jenis kerja pembinaan dan perundingan. Daripada 89 projek bernilai sejumlah RM22.4 bilion yang telah ditandatangani, sebanyak 55 projek atau 62% telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera berlandaskan merit. Ini jelas menunjukkan komitmen PR1MA terhadap agenda Bumiputera dengan menyediakan peluang sama rata kepada syarikat-syarikat Bumiputera.
Alhamdulillah, saya juga telah berpeluang berkunjung ke tapak-tapak projek PR1MA di seluruh negara sebelum ini. Terus terang saya katakan, saya berpuas hati dengan mutu kerja kediaman PR1MA yang dibina. Tentu sekali ini membuktikan bahawa syarikat-syarikat bumiputera mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kemampuan untuk mengambil bahagian dalam projek pembangunan negara jika diberi peluang.
Saya dimaklumkan bahawa ramai kontraktor dan firma perundingan telah mengatakan, tanpa program PR1MA dan tanpa bantuan Kerajaan, tidak mungkin mereka terlibat dalam projek pembangunan yang berskala besar. Alhamdulillah, PR1MA telah membuka peluang untuk syarikat-syarikat Bumiputera bersaing dalam industri pembinaan, demi membuat anjakan besar di dalam keupayaan mereka. Saya sendiri juga telah memastikan bahawa peluang diberi kepada kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana di setiap negeri, supaya manfaat yang dicetus oleh projek PR1MA boleh dirasai di setiap pelosok negeri.
Oleh itu, hari ini saya berasa amat gembira kerana dapat berjumpa sendiri dengan lebih daripada 1,500 rakan Bumiputera PR1MA, merangkumi pelbagai sektor, termasuk pihak pemaju, syarikat guaman, pihak bank, sehinggalah kontraktor-kontraktor yang pemotong rumput, pemasang rangka pintu, perkhidmatan keselamatan dan sebagainya. Ingatlah bahawa sumbangan dan kerja keras anda amat penting dalam mencapai agenda pembangunan negara.
2 comments:
MEKASIh YAB PM DS Mohd. Najib Tun Abd. Razak terCINTA kita yg. telah MENYAMBUNG legasi AYAHANDA bapa beliau, BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN terCINTA Tanah Melayu kita ini, Almarhum PM Tun Abdul Razak Hussein - utk. sentiasa memPERJUANGkan hak/identiti/warisan/sejarah BANGSA Orang Asal/Indigenous (BUMIPUTERA) kita!
Tapi aku amat berHARAP agar PR1MA ini mengHAPUSkan BIROKRASI kerana dokumen2nya yg. KOMPLEX - lebih MEMUDAHkan golongan SEDERHANA PROFESSIIONAL; tapi SUKAR buat golongan MISKIN/SEDERHANA yg. GAJI RENDAH/TAK profesiional - termasuk dr. kerja KAMPUNG.
Aku berJUMPA ramai anak2 MUDA yg. kerja KEDAI, TECHNICIAN, Org. KPG. - yg. lansung TAK tau pasal cara nak MEMOHON rumah PR1MA ni serta rasa MERENDAH DIRI dgn. sistem BIROKRASI cara PERMOHONAN memiliki rumah PR1MA ni! Bahkan bila aku tel. kat situ utk. mendptkan MAKLUMAT; ada golongan muda yg. seolah mcm. TAK nak memBANTU bangsa BUMIPUTERA!
Tok Labu.
MEKASIH YAB PM DS Mohd. Najib Tun Abd. Razak terCINTA kita yg. telah MENYAMBUNG legasi AYAHANDA bapa beliau, BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN terCINTA Tanah Melayu kita ini, Almarhum PM Tun Abdul Razak Hussein - utk. sentiasa memPERJUANGkan hak/identiti/warisan/sejarah BANGSA Orang Asal/Indigenous (BUMIPUTERA) kita!
Tapi aku amat berHARAP agar PR1MA ini mengHAPUSkan BIROKRASI kerana dokumen2nya yg. KOMPLEX - lebih MEMUDAHkan golongan SEDERHANA PROFESSIIONAL; tapi SUKAR buat golongan MISKIN/SEDERHANA yg. GAJI RENDAH/TAK profesiional - termasuk dr. kerja KAMPUNG.
Aku berJUMPA ramai anak2 MUDA yg. kerja KEDAI, TECHNICIAN, Org. KPG. - yg. lansung TAK tau pasal cara nak MEMOHON rumah PR1MA ni serta rasa MERENDAH DIRI dgn. sistem BIROKRASI cara PERMOHONAN memiliki rumah PR1MA ni! Bahkan bila aku tel. kat situ utk. mendptkan MAKLUMAT; ada golongan muda yg. seolah mcm. TAK nak memBANTU bangsa BUMIPUTERA!
Tok Labu.
Post a Comment