Sunday, September 17, 2017

Lagu Mandailing "BUKTI CINTA"




Orang Mandailing yang merantau ke Semenanjung Tanah Melayu memiliki sifat-sifat keberanian, berilmu agama, elmu hadatuon (ilmu pendukunan) dan memiliki semangat ingin maju. Penghijrahan beramai-ramai dipercayai berlaku selepas Perang Padri (1816-1833). 

Terdapat ramai orang Mandailing di Perak dan Selangor.

Mereka adalah pelombong emas. Orang Mandailing daripada marga(clan) Nasution dan Pulungan dikenali sebagai pedagang emas. Batak Mandailing terutamanya marga Harahap adalah penternak dan pedagang kuda yang terkenal.

Selain itu keinginan untuk menuntut ilmu agama, berniaga, membawa diri kerana perselisihan faham di kalangan ahli-ahli keluarga atau menghindarkan penjajahan Belanda juga menjadi faktor kedatangan mereka ke Semenanjung.

Biasanya, orang Mandailing boleh dikenali melalui pemakaian marga (nama keluarga) pada namanya. 

Antara marga orang Mandailing yang biasa dikenali di Malaysia dan Indonesia ialah Nasution, Lubis, Pulungan, Daulae, Batubara, Rangkuti, Parinduri, Mardia, Dalimunte, dan Matondang. Marga Batak Mandailing pula, terdiri daripada Hasibuan, Harahap, Siregar, Simalungun, Sinambela, Simanjuntak, Sinaga, dan Siotang, Namun kini pemakaian marga pada nama orang Mandailing di Malaysia sudah semakin kurang dan hampir pupus.

Orang Mandailing adalah berbeza dengan orang Batak yang tinggal di Mandailing atau disebut Batak Mandailing yang terdiri daripada marga seperti Hasibuan, Harahap, dan Siregar. Mereka berasal dari pedalaman pantai barat Sumatera dan Tapanuli Selatan di utara Sumatera, Indonesia.

Monday, September 11, 2017

Sejarah Ringkas Kesultanan Kedah Tertua Di Dunia

Image result for sultan abdul halim mu'adzam shah

Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah. 
(1958-2017)
AL-FATIHAH Sembah Takziah

Kesultanan Kedah adalah pemerintahan monarki paling tua di dunia. Berketurunan dari Raja-Raja Empayar Langkasuka pada awal abad pertama.

Terdapat dua versi keturunan Sultan Kedah;

Pertama dari teks klasik Hikayat Merong Mahawangsa.

Pengasas Kesultanan Kedah adalah Merong Mahawangsa diangkat oleh rakyat Kedah sebagai Raja.

Versi ke dua, menurut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.

Pengasas Kesultanan Kedah adalah Maharaja Durba Raja I dari Kerajaan Gumarun, Parsi.

Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa daftar salasilah Raja Negeri Kedah:

1. Raja Merong Mahawangsa
2. Raja Merong Mahapudisat
3. Raja Seri Mahawangsa
4. Raja Seri Maha Inderawangsa
5. Raja Ong Maha Perita Deria
6. Raja Phra Ong Mahaputisat
7. Raja  Phra Ong Mahawangsa


Mengikut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kerajaan Kedah (atau Kadaram) terjadi sekitar tahun 630 masehi, menggantikan kerajaan kuno Langkasuka. 

Dikatakan didirikan oleh Maharaja Durba Raja I, seorang penganut Hindu yang berasal dari Gumarun di Parsi. Dinasti Hindu berakhir ketika Raja kesembilan, Maharaja Durba Raja II, diberi gelar "Phra Ong Mahawangsa" oleh orang Siam, memeluk Islam pada tahun 1136.

Zaman Hindu

Sri Paduka Maharaja Durbar Raja I (630–?)
Sri Paduka Maharaja Diraja Putra
Sri Paduka Maharaja Maha Dewa I
Sri Paduka Maharaja Karna Diraja
Sri Paduka Maharaja Karma
Sri Paduka Maharaja Maha Dewa II
Sri Paduka Maharaja Darma Raja
Sri Paduka Maharaja Maha Jiwa
Sri Paduka Maharaja Durbar Raja II (?–1136; digantikan oleh Sultan Kedah, lihat bagian bawah)

Zaman Islam

Sultan Kedah
NomorSultanMasa Pemerintahan
1Sultan Mudzafar Shah I1136–1179
2Sultan Mu'adzam Shah1179–1201
3Sultan Muhammad Shah1201–1236
4Sultan Mudzaffar Shah II1236–1280
5Sultan Mahmud Shah I1280– 1321
6Sultan Ibrahim Shah1321– 1373
7Sultan Sulaiman Shah I1373–1422
8Sultan Ataullah Muhammad Shah I1422–1472
9Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I1472–1506
10Sultan Mahmud Shah II1506–1546
11Sultan Mudzaffar Shah III1546–1602
12Sultan Sulaiman Shah II1602–1625
13Sultan Rijaluddin Muhammad Shah1625–1651
14Sultan Muhyiddin Mansur Shah1651–1661
15Sultan Dziaddin Mukarram Shah1661–1687
16Sultan Ataullah Muhammad Shah II1687–1698
17Sultan Abdullah Mu'adzam Shah1698–1706
18Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I1706–1709
19Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II1710–1778
20Sultan Abdullah Mukarram Shah1778–1797
21Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II1797–1843
22Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I1843–1854
23Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah1854–1879
24Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II1879- 1881
25Sultan Abdul Hamid Halim Shah1881–1943
26Sultan Badlishah1943–1958
27Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah1958–2017

Saturday, September 9, 2017

Sayembara Pemimpin Jerantut Di Ambang PRU 14

Image may contain: 4 people, people standing


Sayembara Pemimpin Jerantut Di Ambang PRU 14...


Bila jiwa mereka kosong mata mereka hambar pada lambang pada bendera kita bermakna mereka mula lupakan kita!


Ayoh pemimpin lepaskan jawatan, lepaskan pangkat, lupakan harta, cari mereka, merayu pada mereka, bangsamu bakal dihina,dikeji, dicaci kerana Kami pemimpin terhina ,puji musuh mu, puji kawan mu, puji diri mu kini mereka tiada lagi!


Roh dalam diri mu bukan roh pemimpin tetapi penderhaka kepada mata rakyatmu ...


Pencela kepada pengikutmu tetapi penyuap kepada kawan kawan mu!


Wahai rakyat bangkitlah mata pena mu sudah tajam ke atas pimpinan mu...


Masa rakyat jadi hakim - hukuman yang amat dahsyat tiada wang mampu ditukar dengan mata hampa jiwa marah...


Itu sebab Allah Swt mentakdirkan mu sebagai pemimpin untuk buka mata mu luas-luas lihat rakyat jatuhkan hukuman kerana populariti atau rasa cinta dihati?


Masa mereka menjadi pemerhati semakin dihujung hari - kini kamu akan dihakimi oleh rakyat dan ahli parti mu sendiri.


Hasil nukilan:
Engku Khatib 12:21am 9/9/2017

Monday, September 4, 2017

Kurancak Gajah Putih Sakti Dari Pahang Kebanggaan Maharaja Dewa Sura

Image result for gajah putih


Tun Seri Lanang menceritakan dalam Sejarah Melayu bahawa, "......adapun dahulukala negeri Pahang itu negeri besar, takluk ke Benua Siam, Maharaja Dewa Sura, nama rajanya, keluarga juga pada Raja Siam yang bergelar Paduka Bubunya". 


Semasa Pahang di bawah pemerintahan Siam yang berpusat di Tembeling (Ligor), Raja Siam bernama Maharaja Dewa Sura pada tahun 1454 telah diserang oleh Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Melaka dan Puteri Wanang Seri anakanda Maharaja Dewa Sura telah dibawa ke Melaka dan diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah.

Hasil perkahwinan itu lahir dua putera, yang sulung dinamakan Raja Ahmad dan yang bongsu dinamakan Raja Muhammad. 

Tragedi sepakraga-destar terbunuhnya Tun Besar anakanda Bendahara Tun Perak membuatkan Raja Muhammad terbuang ke Pahang menjadi Sultan Pahang partama. Raja Ahmad akhir menjadi Sultan Pahang ke dua.


SULALATUS SALATIN...
Maharaja Dewa Sura Dibebaskan

Pada suatu hari, gajah Maharaja Dewa Sura yang bernama Kurancak itu dibawa oleh gembalanya mandi, lalu dari hadapan penjara Maharaja Dewa Sura, maka dipanggil oleh Maharaja Dewa Sura, maka gajah itu datang; ditatapnya, di­ lihatnya kukunya kurang satu. Maka kata Maharaja Dewa Sura, "Selamanya tiada aku periksai akan gajahku ini haruslah maka negeri aku alah, inilah sebabnya."

Bermula maka gajah kenaikan Sultan Mansur Syah yang bernama Kemanci itu pun lepas ke hutan, maka beberapa di­suruh cari oleh Seri Rama, kerana ia panglima gajah, tiada bertemu; dan jika orang yang bertemu dengan gajah itu pun, jika dalam paya yang dalam, atau duri yang semak, tiadalah dapat terambil oleh orang. Maka kata Seri Rama, "Ada juga orang yang tahu dalam negeri ini maka demikian halnya." Maka segala hal itu dipersembahkannya kepada Sultan Mansur Syah, bahawa Maharaja Dewa Sura terlalu tahu kepada gajah; maka baginda menyuruh kepada Maharaja Dewa Sura, baginda minta ambilkan gajah kenaikan itu. Maka kata Maha­raja Dewa Sura kepada orang yang membawa titah, "Persem­bahkan ke bawah duli Yang Dipertuan jikalau patik itu di­lepaskan, dapat patik itu mengembalikan gajah itu."

Maka orang yang dititahkan itu pun datanglah mengadap baginda, persembahkan segala kata Maharaja Dewa Sura itu ke bawah duli; maka oleh Sultan Mansur Syah akan Maharaja Dewa Sura disuruh baginda lepaskan. Maka gajah itu pun dapatlah diambil oleh orang. Maka oleh Sultan Mansur Syah akan Maharaja Dewa Sura dianugerahi baginda persalin dengan sepertinya, serta dititahkan baginda segala Anak Tuan-tuan berguru kepada Maharaja Dewa Sura itu akan ilmu gajah, kerana adat Sultan Mansur Syah apabila orang tahu pada ilmu gajah atau kuda, atau tahu bermain pelbagai Senjata, istimewa tahu akan ilmu hulubalang, maka segala Anak Tuan-tuan sekalian disuruh baginda belajar atau mencari, akan belanjanya baginda menganugerahi mereka itu.

Berikut cerita sayembara tentang Kurancak gajah putih sakti Maharaja Dewa Sura...

Ada sayembara tentang Kurancak gajah putih sakti yang sangat kuat, dan Maharaja Dewa Sura mengatakan...

Dewa Sura : " Barang siapa dapat membuat gajah kuat ini maju 1 langkah saja akan Beta berikan hadiah emas 5 kati..."

Semua peserta sudah berusaha dengan berbagai macam cara namun tidak ada yang boleh. Tiba-tiba ada seorang petani dari Ulu Tembeling datang dan meminta izin kepada Maharaja Dewa Sura.

Petani : " Yang Mulia patik minta izin untuk mengikuti sayembara ini.. apa boleh??"

Dewa Sura : " Silakan kamu mencubanya....."

Peserta Lain : "Hahahah mana mungkin dia boleh.... kita yang Orang Besar-Besar dan Kaya dari Pekan saja tidak sanggup!!!" 

Lalu petani dari Ulu Tembeling itu mulai mendekati Kurancak gajah kuat itu dan menarik kemaluannya lalu gajah itu pun lari terbirit-birit..

Dewa Sura : " Astaga... hebat sekali petani dari Ulu Tembeling itu boleh membuat gajah tersebut bukan hanya maju 1 langkah bahkan sampai lari..."

Peserta Lain : "Wahh... curang itu Yang Mulia masa dia melakukan dengan cara tersebut!!'

Dewa Sura : " Tidak apa itu Beta anggap menang kerana Beta tidak membuat larangannya sebelumnya."

Dewa Sura : " Baiklah sekarang cuba buat kepala gajah tersebut untuk menggoyangkan kepalanya..."

Peserta Lain : "Waaa itu juga terlihat mustahil kalau tidak menggunakan alat bantu??"

Petani : " Patik boleh Yang Mulia..."

Perserta Lain : " Benar kamu boleh melakukannya?? Jangan menggunakan dengan cara seperti tadi yahh...."

Petani dari Ulu Tembeling mulai mendekati gajahnya dan membisikan gajah tersebut

Petani : " Gajah mau saya tarik lagi kemaluan kamu?"

Gajah : " Mengeleng -gelengkan kepalanya (Tidak Mau)"

Dewa Sura : " Hebatt.... kamu memang pintarrrr...."

Sunday, September 3, 2017

Bila Gajah-Gajah Jerantut "Berkempen" Lebih Awal Sebelum PRU 14

Image may contain: tree, plant, outdoor and nature

Sekumpulan Gajah lebih kurang 13 ekor merayau bebas di bawah jambatan berdekatan Sungai Batu dekat Gua Kota Gelanggi, Pulau Tawar, Jerantut.


WZWH teringat cerita arwah Nenek bahawa ianya adalah pemandangan biasa melihat kawanan gajah minum air di tebing Sungai Tembeling bila orang kampung hilir mudik pada tahun 1940an dan 195oan.

Seingat WZWH bila selalu mudik hilir Sungai Tembeling dalam hidup WZWH sepanjang tahun 1970an, 1980an, 1990an hingga kini tidak pernah pun melihat kawanan gajah.

Gajah adalah binatang ikon Negeri Pahang Darul Makmur bahkan team bolasepak Negeri Pahang dikenali sebagai Tok Gajah.

Tun Sri Lanang penyusun Sejarah Melayu 400 tahun dulu mengambarkan Negeri Pahang ini punya hutan yang sangat tebal dihuni oleh banyak gajah, seladang dan harimau.

Dalam Negeri Pahang yang terbesar dalam Semenanjung, Daerah Jerantut pula merupakan sebuah daerah terbesar dan punya stok hutan simpan terbesar termasuk Taman Negara.

Arus pemodenan memyebabkan banyak tanah dan hutan dibuka sejak 1960an diseluruh Negeri Pahang untuk dibuat tanah rancangan Felda yang memberi manfaat kepada bukan sahaja rakyat Pahang bahkan juga kepada rakyat dari seluruh Semenanjung dipanggil menjadi peserta Felda.

Gelombang pemodenan Negeri Pahang ini diteruskan berdasar tuntutan dan keperluan semasa dengan dibina infrarakyat seperti jalanraya yang lebih baik, dibuka lagi Felcra bagi manfaat penduduk kampung tradisional, juga ladang kelapa sawit dan getah oleh GLC Pahang seperti Yayasan Pahang, PKNP dll.

Ditambah lagi Projek Hidroeletrik yang jangkaan kolam takungan yang besar membuatkan beribu ekar hutan terpaksa ditebang lebih awal.

Semua projek-projek ini adalah untuk kepentingan rakyat Negeri Pahang. Dalam mengejar arus pemodenan, Kerajaan juga sedar perlunya kemajuan yang 'balance' dan lestari untuk menjaga kepentingan 'natural stakeholder' iaitu flora dan fauna terutama kebajikan gajah, seladang, harimau, badak dll binatang termasuk unggas dan rimba.

Tanpa sedar, binatang-binatang ini terutama gajah-gajah Jerantut akhir-akhir ini sering dilihat 'jinak' merayau-rayau bebas seolah-olah seperti ' berkempen' lebih awal sebelum PRU 14. Kerajaan perlu sedar bahawa tuntutan dan keperluan stakeholder ini perlu juga dijaga.

Kehadiran kawanan gajah-gajah Jerantut ini keluar dari habitat asal mencari sumber makanan adalah manifestasi luahan politik ketidakpuasan mereka bahawa mereka juga sebagai 'natural stakeholder' punya hak dan kepentingan.

Bila gajah-gajah Jerantut ini menceroboh masuk kawasan ladang sawit, tanah kebun orang kampung sudah tentu menimbulkan konflik kerana banyak tanaman ladang dan kebun orang kampung musnah.

Kronologi ringkas:

Sebelum ini ada kejadian gajah keluar dari habitatnya tapi tak diindahkan. 

Setahun lalu gajah ini mengganggu penduduk Kg Garuk dan Felda Kota Gelanggi.

Awal tahun ini 17 ekor gajah menceroboh Kg Bukit Rang Pulau Tawar memusnahkan 20 hektar tanaman orang kampung.

Dua bulan lalu gajah ini memusnahkan beratus ekar tanaman orang kampung di Kg Kelola, Kg Bukit nikmat dan Kg Batu Leja.

Pulau Tawar dan Felda Jengka 8 baru kini jadi riuh. Alamat beratus ekar lagi kebun dan ladang yang akan musnah.


Paling membimbangkan ditakuti pertembungan gajah dan manusia boleh membawa kemalangan dan mala petaka. Kedua nyawa spesis gajah dan manusia boleh terancam.

Kerajaan juga bimbang jika gajah-gajah ini tidak dijaga akhirnya ikon Negeri Pahang ini akan pupus. Kakitangan Perhilitan begitu sibuk memantau dan menjejaki pergerakan gajah-gajah ini siang dan malam mahu menghalau gajah-gajah ini balik ke habitat asal.

Wakil rakyat-wakil rakyat Jerantut juga sibuk mendengar curahan hati kebimbangan orang kampung dan mengenal pasti kerugian yang ditanggung kerana hasil tanaman musnah.

Kos memindah gajah ini boleh menjangkau RM50,000 seekor. Adalah lebih murah jika Kerajaan memasang pagar elektrik disepanjang laluan gajah-gajah ini agar tidak menceroboh kawasan ladang dan tanah kebun orang kampung.

Dari segi jangka panjang satu santuari gajah perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan untuk memastikan gajah-gajah ini merayau dalam habital yang dikhaskan seperti kawasan safari dan membolehkan pelancung dan peminat hidupan liar mengunjung dan memberi pulangan kepada Kerajaan.

WZWH percaya Kerajaan hari ini juga peka kepada keperluan dan tuntutan 'natural stakeholder' seperti gajah-gajah Jerantut ini.



Seekor anak gajah Jerantut yang satu hari nanti akan memimpin kawanan gajah mencari penyelesaian permasalah yang dihadapi bagi memenuhi tuntutan dan keperluan hak mereka sebagai 'natural stakeholder'.

JARAN GOYANG...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...