Sunday, April 14, 2019

Marhum Jebah Tewaskan Harimau Jadian Lembah Tembeling

Related image


Sir Hugh Clifford pernah jadi Residen Pahang dari 1896-1903. Selama 20 berkhidmat di Malaya banyak menulis novel, essay dan cerita tentang orang Melayu, budaya dan Pahang.

Hugh Clifford menulis sebuah cerita tentang kejadian aneh dan misteri di pendalaman Pahang terutama di Jerantut.

Bukunya telah dipublish di London pada tahun 1896 menjadi bestseller ceritanya ‘Weretiger’ kisah harimau jadian yang telah mengganas dan membunuh 31 orang di Lembah Tembeling.

Harimau Jadian dari Ranggol. Ini sebuah kampung dekat dengan Kg Merting.

WZWH cuba cerita dengan lebih mudah dan lebih mendalam apa yang Hugh Clifford cuba sampaikan...

Nama buku itu "In Court and Kampong" dicetak pada 1897.

Harimau jadian itu sungguh ganas dalam satu malam di Kg Ranggul satu kampung antara Kg Lubuk Payung dan Kg Merting telah membunuh 8 sekeluarga! Rekod mangsa yang mati adalah 31 orang.

Harimau jadian ini sungguh besar dan boleh menghembur melompat tinggi masuk ikut tingkap ( pada waktu itu rumah orang Tembeling tinggi2).

Orang Tembeling panggil harimau ini dengan gelaran ‘Si Pudong’ maksudnya dia yang muka berbulu...

Orang2 kampung tidak berani menyebutnya secara terbuka dan kuat bimbang angin akan membawa seru kepada Si Pudong ini datang kepada mereka.

Suasana ketakutan menjelma menjadi terror ke pelusuk serata kampung2 di Lembah Tembeling. Harimau jadian ini betul2 demon yang menganggu.

Bila menjelang malam, semua penduduk kampung masuk diam dalam rumah, tutup pintu dan tingkap. Sekeluarga duduk diam dalam ketakutan bimbang Si Pudong akan menghembur melompat masuk dalam rumah dari malam hingga subuh tidur dalam ketakutan.

Maka masjid dan surau menjadi kosong terutama pada Maghrib dan Isyak, orang2 kampung termasuk imam, bilal dan siak tidak berani pergi ke masjid dan surau....

Wah Si Pudong ini betul2 syaitan buat orang2 kampung takut...

Ini ceritanya...

A Night Of Terror

Ini cerita benar berlaku pada tahun 1862 di Lembah Tembeling. Ramai orang tua-tua bercerita kisah seekor harimau jadian (weretiger) yang besar telah membunuh 31 mangsa dan pernah dalam satu malam yang ngeri membunuh 8 sekeluarga dalam sebuah rumah di Kg Ranggul, Tembeling.

Sila Klik:


Hugh Clifford tidak cerita habis...umpamanya apa kesudahannya cerita ini? Apa berlaku kepada Si Pudong harimau jadian itu? Adakah orang Tembeling yang handal2 berjaya membunuh harimau jadian itu?

Maka terpaksa WZWH buat research , jumpa orang2 tua yang pernah dengar cerita ini. Apa kesudahannya?

Maka WZWH dapat 2 versi.

WZWH percaya kejadian harimau jadian ini bukan seekor tapi 2 ekor sebabnya Lembah Tembeling ini ada ramai Komuniti Sakai.

Ada kemungkinan keturunan harimau jadian ini membalas dendam...atau mahu mencuba ilmu kehandalan Nenek Moyang.

Mengikut versi yang pertama...

Sila Klik:


Mengikut versi yang kedua...WZWH percaya versi ini lebih tepat sebab tempat lokasi kejadian dekat dengan Kg Ranggul : The Final Solution

Akhirnya apa berlaku kepada Si Pudong tadi yang telah membunuh 31 mangsa?

Ada satu tempat tanah yang pamah tempat pertarungan Si Pudong dengan The Tembeling Man yang handal, gagah dan kebal.

Tanah padang ini dekat belah Hulu Kg Ranggul...mengikut cerita orang2 tua Kg Merting tapak tempat the final battle between The Beast Si Pudong and The Tembeling Man adalah tapak Masjid Kg Merting.

Ceritanya begini...

Berlakulah pertembungan antara Si Pudong harimau jadian ini dengan seorang lelaki yang digelar oleh orang2 tua sebagai Marhum Jebah.

Marhum Jebah sangat marah bila ramai orang2 kampung dan terutama seorang sedara perempuangnya di Kg Labu telah mati dibaham Si Pudong.

Marhum Jebah berteriak gegak gempita kedengaran hingga ke serata bukit bukau hingga ke hujung kampung mencabar Si Pudong face off berdepan dengan beliau dari Siang sampai Malam...

Si Pudong pantang dicabar dan diseru namanya...lagi pun angin yang bertiupan dan berhembus sampai ke telinganya.

Si Pudong pun rasa tercabar ego siapa ini lelaki yang berani mencabarnya...This Tembeling Man.

Pertembungan berlaku di tanah pamah ( tapak Masjid Kg Merting sekarang). Marhum Jebah cabar Si Pudong, "Kalau awak handal gigitlah kaki saya dulu..."

Maka Si Pudong pun mengaum dengan kuat hingga semua orang kampung kecut perut dan bersembunyi ketakutan dalam rumah masing2.

Si Pudong terus menerkam dan menghembur ke arah Marhum Jebah menggigit kaki, betis dan peha Marhum Jebah namun gigitan kuat dan bisa Si Pudong tidak mampu memberi kesan dan luka kepada Marhum Jebah!

Marhum Jebah orang yang gagah tidak lut dengan senjata, dan apa saja...maka tergamamlah Si Pudong. Lalu Marhum Jebah pun berkata ," Ini giliran aku pulak lah bersedialah kamu Si Pudong". Marhum Jebah memarang kaki kanan depan Si Pudong.

Menjeritlah Si Pudong kesakitan yang amat sangat..melolong dan merayu-rayau kepada Marhum Jebah. Cukup lah cukuplah sakit sangat neh!

Si Pudong sambil menanggis berair mata mengeleng2 kepala...Marhum Jebah beri amaran," Nyah kau dari sini...jangan cuba menggangu anak cucu keturunanku kalau tidak nahas kau , aku kerjakan sampai mati...berjanjilah engkau kepada aku".

Si Pudong menganggok2 kepala tanda setuju...Maka Marhum Jebah pun melepaskan Si Pudong...Si Pudong lari masuk ke dalam hutan belantara tidaklah didengar khabar berita , sejak itu kelibat Si Pudong tidak kelihatan, dan tiada lagi orang2 kampung menjadi mangsa...Tok Imam, Tok Bilal dan Tok Siak serta jemaah kembali memenuhi masjid dan surau di waktu Maghrib dan Isyak malam hari.

Orang2 tua Kg Merting kata kubur Marhum Jebah ada di Perkuburan Kg Merting sekarang bertanda batu.

Demikianlah cerita Si Pudong harimau jadian yang Hugh Clifford tidak tahu apa kesudahan cerita yang beliau tulis pada tahun 1897.

2 comments:

cikminah said...

WWW..i suka baca cerita Hugh Cliffird. Semua ceritanya berdasarkan pengalamannya semasa jadi Pesuruhjaya British di Pahang. Di perpustakaan British Council, ada buku buju Hugh Cliff. Dah lupa tajuknya tapi isinya mengandungi banyak cerita pendik hasil pengalaman Hugh Clifford semasa beliau jadi Pesuruhjaya British di Pahang. Ada satu cerita zaman perang saudara Datok Bahman.Cerita tu, sungguh sedih. Kisah seorang perempuan yg cinta maut kat seorang perwira Datok Bahman. Dia sanggup mengorbankan diri demi cintanya tapi si pahlawan langsung tak menghargainya. Dia mati menyelamatkan pahlawan itu. Pahlawan itu buang mayatnya di sungei dgn ayat mengoris hati - perempuan tak guna!. Sedangkan perempuan itu buang segalanya menghambakan diri, duduk rumah lelaki itu. Lelaki ini tak pulak halau dia! Zaman itu org cuma kutu je perbuatan mereka. Takda tangkap khalwat mcm skrg. Terasa nak cari buku Hugh Clifford ni dan baca balik. Setiap kali saya baca cerita ni, saya mesti menangis. Dalam buku tu ada juga dikisahkan hal Sultan dgn kendaknya yg diam di sebelah kedai Cina. Sultan jatuh hati kat bini Cina dan arah org bunuh suaminya. Pembunuhan ini adalah punca camportangan British di Pahang kerana lelaki Cina yg dibunuh itu berkerakyatan Strait settlemen British. Buku itu mengandungi beberapa cerita lain kisah semasa Clifford jadi Pesuruhjaya British Pahang. Paling sedih kisah hamba-hamba pembesar-pembesar Pahang.

shenes said...

replica bags wholesale mumbai replica bags hermes replica bags los angeles

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...