Thursday, July 9, 2020

Sejarah Raja-Raja Pahang Purba
























Kurancak Gajah Maharaja Dewa Sura 

Adakah kerajaan purba lama di Lembah Tembeling dan Pahang kerana dipercayai dulu ramai penduduk padat.

Apa nama kerajaan lama itu? Siapa Rajanya? Apa budaya rakyatnya?

Kalau ikut peninggalan artifak2 barang purba di zaman batu, besi, gangsa di Tembeling dan Pahang memang sejak beribu2 tahun sudah ada tamadun awal. Peralatan besi ( tulang mawas), pisau, parang, gendang gong, ceramik, laluan highway communication utama ke utara Tanah Melayu, industri buat senjata meriam tentu padat penduduk.

Apa politik kerajaan zaman Pahang purba itu?

Kerajaan awal Melayu adalah Funan pada awal abad pertama hingga abad ke 6 di Delta Mekong . China bagi nama. Nokor Phnom namanya.

Segenting Kra hingga Pahang terus ke Temasek ( Singapura) dipercayai Tamadun Awal Melayu

Pahang sudah pasti dibawah Empayar Funan.

Mengikut sumber Roman, pada abad ke 3 di muara Sungai Pahang ada pelabuhan antarabangsa banyak kapal asing berlabuh untuk resupply dan barter barang2 bernama Koli @ Kiu-Li di selatan Langkasuka.

Langkasuka satu kerajaan Melayu pada awal abad di Pattani.

Mengikut rekod Song China, Raja Pahang bernama Murunda berlayar dari pelabuhan Kiu Li tahun 240 ke Funan hantar ufti 4 ekor kuda kepada Raja Funan.

Tahun 451 dan 456, Raja Pahang bernama Seri Pala Varman hantar seorang Senapati(Jenderal) terhebat Pahang bernama Da Napati kepada Maharaja Hiao Wu mempersembahkan warkah Diraja dan berbagai hadiah dari Pahang. Maharaja Hiao Wu memberi gelaran "General Hebat Gemilang' kepada Da Napati.

Tahun 459, 464, 466, Raja Pahang hantar Da Napati dan seorang lagi Senapati hebat Pahang bernama Da Surawan memberi berbagai hadiah kepada Maharaja Ming Ti termasuk sepasang burung kakak tua yang berwarna putih dan merah. Maharaja Ming Ti menganugerahkan title 'Jeneral Naga Kuda" kepada Da Napati dan Da Surawan.

Tahun 449, Empayar Srivijaya dan Majapahit belum wujud lagi. Negeri Pahang sudah berdaulat mendapat pengiktirafan dan perlindungan dari Maharaja Song China.

Kemungkinan Raja Pahang yang bernama Seri Pala Varman ini dari keturunan Raja2 Melayu dari Empayar Funan.

Bagaimana budaya orang Pahang purba? Tanah negeri Pahang subur, suhu cuaca panas,tanam padi banyak merata-rata, orang Pahang purba suka masak rebus air laut buat garam, buat tuak kelapa. Orang Pahang purba suka minum tuak kelapa. Orang Besar2 Pahang dan rakyat pengikut sangat rapat. Tidak ada pencuri dan perompak dizaman Pahang Purba. Orang Pahang kaya belaka barangkali mewah dengan berbagai makanan , ternakan dan hasil hutan. Orang Pahang purba takut kepada hantu dan semangat. Mereka suka mengukir patong-patong dari kayu berbau harum. Selalu orang Pahang suka mengorbankan lelaki dan perempuan untuk menjauhi malapetaka dan mendapat berkat semangat. Ramai juga anak-anak dara dikorbankan untuk tujuan adat itu. Contoh di Tasik Chini, ada batu tempat mengorbankan orang.

Orang Pahang masa itu agama Buddha/Hindu.

Lelaki dan perempuan Pahang purba suka ikat rambut bersanggul, memakai kain sarong. Anak2 perempuan orang kaya Pahang suka pakai 4/5 gelang emas dan sanggul atas rambut mereka. Anak2 perempuan kebanyakan suka memakai perhiasan dari manik.

Barangan2 negeri Pahang seperti gaharu, kapur barus,timah, tumbuhan penarah arang yang orang Pahang purba barter bertukar barang dengan emas, perak, manik2 berwarna, kain Jawa, tembaga, barangan besi, gendang, gong dll.

Kerajaan Langkasuka menguasai ekonomi hingga ke Pahang akses kepada bisnes antarabangsa Rome, India dan China

Bila Kerajaan Funan jatuh pada abad ke enam, Kerajaan Langkasuka menguasai Tanah Melayu dan akhirnya bersama Kerajaan Srivijaya menguasai politik, militari, ekonomi pada pada awal abad ke 8.

Maka Pahang masa itu berboss ke Pattani dan Srivijaya. Orang Pattani sangat berpengaruh di Pahang.  Orang Pahang panggil Pattani orang Sai @ Siam.

Pahang negeri banyak galian. Orang pelombong datang dari Segenting Kra terutama dari Sg Sai. Siam merujuk orang melayu tapi bukan Islam. Orang Siam ramai datang ke Pahang. Mereka adalah pelombong professional. Melombong emas terutama.

Abad 11, Raja Chola dari India Selatan serang dan runtuhkan Kerajaan Srivijaya.

Lalu vakuum kuasa ini diisi oleh Kerajaan Nakhon Si Thamarat yang orang Melayu panggil Kerajaan Ligor ( Siam). Raja bangsa Melayu.

Kerajaan Ligor ini akhirnya menguasai Pahang dan Tanah Melayu hingga Singapura.

Pahang jadi Muaeng Pahang  dan salah satu 12 naksat negara kota Kerajaan Ligor.

Kota Gelanggi Kota Batu Hitam dan Kota Tasik Chini salah satu negara Kota.

Awal abad ke 14 bangsa Thai turun dari China Selatan menguasai Thailand(Sukhotai) dan Siam Ligor  tapi masih mengekalkan Raja Ligor Pahang.

Mengikut sumber Portugis Eredia, Pahang adalah salah satu Kerajaan Melayu selain Pattani sebelum Kerajaan Melaka yang menguasai Negeri2 Ujong Tanah Selatan termasuk Temasek.

Majapahit gelar Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang.

Majapahit pernah menguasai Pahang dari 1286 hingga 1365.

Dari sumber Ming China, Raja2 Pahang selalu menghantar Duta dan ufti Ke China pada abad ke 14 dan 15.

Tahun 1377, Maharaja Tajau dari Pahang hantar duta dan warkah yang ditulis pada daun emas dan 6 hamba serta berbagai produk Pahang kepada Maharaja Ming Dinasti.

Tahun 1411, Maharaja Parameswara Tasik Chini hantar duta beri ufti kepada Maharaja China.

Tahun 1412, Laksamana Cheng Ho atas titah Maharaja Ming Dinasti dihantar ke Pahang hubungan diplomatik, Pahang berbalas ufti pada tahun 1414 dan 1416. Pahang adalah negeri berdaulat sebelum Melaka ditubuhkan lagi.

Pahang atas suruhan Pattani dan Raja Thai serang Kerajaan Melayu Melaka melalui Sungai Tembeling, Sungai Pahang dan Sungai Bera banyak kali tapi tidak berjaya.

Akhirnya Melaka serang Pahang pada tahun 1454 menawan Maharaja Kerajaan Ligor terakhir Pahang iaitu Maharaja Dewa Sura.

Raja Melaka kahwin dengan Puteri Wanang Seri anak Maharaja Dewa Sura yang seterusnya menghasilkan keturunan Kesultanan Pahang Dinasti Melaka.

Kesultanan Pahang Dinasti Melaka pupus sehingga 1615.


Lepas itu Keluarga Bendahara Johor Lama ambil alih jadi Kesultanan Pahang moden.

1 comment:

AITO said...

PERKONGSIAN YG MENARIK

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...