Friday, November 20, 2015

Sturgeon Masih Bernyawa Dan Hidup Di Dewan Undangan Pahang!



















Projek penternakan ikan sturgeon untuk kaviar adalah usaha Kerajaan bagi mencari hasil ekonomi alternatif yang lumayan bagi generasi baru Felda dan kampung tradisional.

Usaha ini yang dimulakan oleh Felda dengan sebuah syarikat dari Korea pada tahun lepas yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang.

Tetapi malang projek yang baik ini untuk penduduk luar bandar telah disabotaj oleh penghasut yang bertopengkan NGO Alam Sekitar, Pakar air yang mengaku pakar ikan, gabungan parti-parti pembangkang dan ahli parlimen tempatan yang kurang faham serta Jabatan Kerajaan DOE!

DOE Jabatan Alam Sekitar yang termakan dengan persepsi negatif dikempen oleh kononnya NGO Alam Sekitar. 

Projek yang kawasan tidak sampai 30 ekar disuruh buat DEIA padahal tidak perlu EIA pun kerana nature ikan sturgeon. 

Itu masalahnya dengan masyarakat yang jahil ilmu pengetahuan, buat-buat pandai hingga sabotaj hasil usaha kerajaan. 

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pahang seperti tidak ada telur tidak berani mempertahankan projek yang baik untuk masyarakat. 

Putar belit kononnya ikan sturgeon itu besar macam ikan tapah, pemangsa, makan ikan-ikan tempatan di sungai, makan orang, mengancam biodiversiti alam sekitar kononnya. 

Hakikatnya ikan sturgeon telah dihibrid, panjang tidak sampai 1 meter, makan lumut dan spirulina, mulut bottom feeder, dibela dalam tangki kolam (caviar park), diselaras suhu temperature, persekitaran tertutup, air kolam yang direcycle dan selamat. 

Ikan sturgeon yang boleh dalam masa 4 tahun setengah menghasilkan telur kaviar untuk dieksport dengan menggunakan teknologi Korea yang lebih kos efektif. 

Keputusan DOE tahun lepas bahawa Projek Penternakan Sturgeon di Kuala Tahan itu tidak mendapat kelulusan perlu dipindahkan-relocate. 

Felda giant tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek perintis RM150 juta tunduk dan tidak melawan dengan perjuangan jihad ekonomi yang baik ini. 

CEO Felda yang menyuruh seorang pegawainya berjumpa dengan WZWH minta WZWH senyap dalam isu ini akhirnya dipecat. 

WZWH ingin menyatakan di sini Projek Sturgeon untuk kaviar adalah projek multi-bilion adalah sumber ekonomi baru bagi penduduk di luar bandar. 

Harapan baru masih ada. Sturgeon masih bernyawa dan hidup di Dewan Undangan Pahang! 

Dalam ucapan membahas Bajet 2016 Pahang di Sidang Dewan Undangan Pahang, ADUN Tahan telah menyatakan projek sturgeon itu akan diambilalih oleh sebuah syarikat swasta yang turut mengadakan usahasama dengan sebuah syarikat dari Korea. 

Projek ini akan tetap dimulakan dengan pelaburan nilainya besar berbilion. 

Akhirnya DSD Adnan Yaakob MB Pahang mengakui bahawa apa yang dinyatakan oleh ADUN Tahan berkenaan dengan putar belit dan silap faham yang menghasilkan persepsi negatif oleh penghasut dan pensabotaj projek sturgeon itu adalah benar. 

MB Pahang turut menyatakan bahawa ini sebenarnya adalah pet project Perdana Menteri. 




WZWH ingin menyatakan kepada penghasut dan pengsabotaj penternakan ikan sturgeon bahawa...

By hook or by crook...

Projek penternakan ikan sturgeon tetap dilaksanakan di Lembah Tembeling walaupun seekor!

Wednesday, November 18, 2015

Bajet Pahang 2016 Bagaimana Sepatutnya Mengembang Ekonomi?



Foto ihsan Blog Khabar Pahang.

Bagi ringkasan teks Bajet Pahang 2016 Sila Klik Sini.

Hasil       :    RM728.9 juta
Belanja   :    RM727.62 juta
Lebihan  :    RM    1.28 juta

Belanja Pembangunan RM191.6 juta

Kutipan hasil dijangka dari:

Hasil tanah dan galian berjumlah   :      RM295.85 juta, 
Perhutanan                                           :      RM116 juta, 
Hasil air                                                 :      RM6.3 juta, 
Geran Kerajaan Persekutuan            :      RM226.1 juta 
dan lain-lain hasil                                :      RM84.65 juta,


Ini bajet surplus (lebihan) yang ke 13 sejak tahun 1992. Ahli politik kerajaan cukup fobia bila ahli politik pembangkang guna isu bajet defisit sekiranya bajet itu defisit. Bajet defisit dikatakan negatif , tidak bagus!

Ekonomi tidak begitu. Negeri Pahang yang terbesar di Semenanjung ini perlu bajet defisit yang sebenarnya untuk mengembang ekonomi.

Bajet yang didesign untuk surplus begini untuk balance adalah bajet konservatif.

Bajet yang berani adalah bajet defisit untuk belanja pembangunan Negeri Pahang yang besar kerana negeri ini sememangnya memerlukan belanja pembangunan yang besar! 


Paul Krugman menyatakan dalam posting blog ekonomi terbaru beliau...


The Great Depression wasn’t ended by the intellectual victory of Keynesian economics; in fact, the publication of The General Theory was followed by the great mistake of 1937, when FDR tried to balance the budget too soon and send the U.S. economy into a severe recession. What put a decisive end to the slump was World War II, which led to deficit spending on a scale that was politically impossible before.


Negeri Pahang perlu mengakui hasil tanah dan galian terutama besi dan bauksit adalah bersifat sementara dan short term. Hasil ini akan berkurangan. Kecuali kalau cukai tanah dan cukai pintu direstruktur semula bagi meningkatkan hasil. 

Begitu juga hasil perhutanan. Pahang sudah makin lama kekurangan hasil hutan. Hutan Pahang yang masih ada perlu dipreserve bagi nilai dimasa depan dan pulangan nilai ekonomi estetikanya. 

Hasil air juga perlu direstrukturkan semula bagi tingkatkan hasil. 

Geran Kerajaan Persekutuan perlu diperbanyakkan. Negeri Pahang perlu bijak ambil kesempatan. 

Pertingkatkan lain-lain hasil. 


Dari Bajet Pahang 2016 yang fokus kepada 5 strategi utama: 

  1. Memperkasakan sektor pendidikan dan sosial 
  2. Membangun modal insan 
  3. Menggalakkan sektor pelancongan 
  4. Mensejahterakan rakyat 
  5. Merancakkan pertumbuhan ekonomi 

WZWH lebih berminat menyentuh strategi 3 dan 5.

Menggalakkan sektor pelancongan

Tahun Melawat Pahang 2017 mensasarkan 15 juta pelancong yang berbelanja hampir RM10 bilion.

Bagaimana menarik ramai pelancong ke Pahang? Infrastruktur dinaiktaraf dan dibina. Highway, Kuantan International Airport. Pelaburan bina hotel bertaraf tinggi 5 star ke atas. Infrastruktur-infrastruktur pelancongan. Produk-produk pelancongan yang kreatif dan inovatif disokong oleh servis berkualiti dan memuaskan.

Caviar Park dan Penternakan ikan Sturgeon sebagai contoh.


Merancakkan pertumbuhan ekonomi

Projek-projek berimpak tinggi di Pahang. Selain dari membesarkan Kuantan Port RM6 bilion, Zon Ekonomi MCKIP, Pahang perlu bina Highway baru KL ke Kuantan, Double Railway Track dari KL ke Kuantan, Kuantan ke Terengganu dsb.

Saturday, November 14, 2015

Projek Jalan Lingkaran Dan 2 Flyover Mengindah Dan Memakmurkan Lagi Bandar Jerantut




Projek Jalan Lingkaran bandar Jerantut dan 2 Flyover bagi mengurang kesesakan lalu lintas jalan dan jalan keretapi di bandar Jerantut menghubungkan DUN Damak Dan DUN Tahan sila klik sini. 

DS Najib bersetuju memasukkan projek ini dengan lengkap ke dalam RMK 11.

Kos projek ini hampir Rm200 juta.

Hari ini Lawatan Tapak Bagi Cadangan Projek membina Jalan Lingkaran Jerantut, Pahang Darul Makmur Oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

















Taklimat Projek dihadiri ADUN Tahan, Dato' Hj Allauddin bin Hj Anuar Timbalan Ketua Pengarah UPE JPM, JKR Malaysia, JKR Pahang dan JKR Jerantut serta DO Jerantut.

Projek ini hasil usaha usul Dato' Sri Hj Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan semasa beliau  masih menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Jerantut belum lagi bergelar wakil rakyat sekitar tahun 2006.

Benefit projek ini selain mengurangkan kesesakan lalu lintas jalanraya dan jalan keretapi juga diharap projek ini boleh menaikkan nilai tanah-tanah di kawasan suburban pinggir bandar Jerantut sila klik sini.

Projek Lingkaran bandar Jerantut ini sepanjang 11km. Mengandungi 2 Fasa:

Fasa 1  :  Dari Kg Padang Saujana ke Kg Batu 1 (DUN Damak) sepanjang 5 km kos RM99 juta

Fasa 2 : Dari Kg Batu 1 (DUN Damak) menghubung Kg Batu Embun (DUN Tahan) jarak 6 km bersama 2 flyover merentasi jalan keretapi ke Kg Tampin. Kos Rm100 juta.

Selain dari itu taklimat tambahan Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran Fasa 3 dan Fasa 1 dibincangkan termasuk :

Menaiktaraf Jalan Simpang Jengka 8 hingga PPTR dekat Felda Sg Tekam jarak 10km kos RM70 juta.

Menaiktaraf Jalan Jerantut Benta sepanjang lebih 60km kos anggaran + RM600 juta (anggaran WZWH).

Semua projek ini memakmur dan memberi kepentingan ekonomi kepada bandar dan pinggir bandar Jerantut  dan seluruh Parlimen Jerantut, Parlimen Lipis dan Parlimen Maran.

Foto-foto dibawah adalah Lawatan Tapak Bagi Cadangan Projek-Projek tersebut.












































Tutup Karak Highway Huru Hara Perjalanan Ke Pahang : Perjalanan Klasik Dan Penyelesaian Jangka Panjang



















WZWH santai mengeteh ketika berhenti rehat di Bharat Tea House Cameron Highlands sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Koyan Lipis-Tersang Raub-Bentong-Kuantan.


Hari semalam 13 November 2015 WZWH melalui perjalanan ke Kuantan, Pahang yang sangat meletihkan.

Semua orang tahu Highway Karak ditutup sementara 3 hari untuk pembersihan akibat ada ahli politik dan pentadbir kata tanah runtuh atau banjir lumpur yang menghanyutkan tanah, batu dan pokok kayu serta lumpur.

Definasi yang kabur mana satu tanah runtuh atau banjir lumpur. Akibat takungan air di puncak bukit pecah lalu terjadi bencana alam itu.

Sebelum itu highway Pantai Timur ini KL-Kuantan punya juga masalah banjir antara Lancang ke Temerloh. 2 kali. Bayangkan Jeram Panjang di Highway boleh bawa bot Sg Tembeling lalu.

Begitulah uniknya highway KL-Kuantan ini!

WZWH tidak mahu bincang apa penyebab berlaku tanah runtuh atau banjir lumpur yang menyebabkan perjalanan KL ke Pahang terputus 3 hari dan memberi banyak masalah kepada pengguna.

NGO Alam Sekitar kata sebab tebang balak berleluasa. Rakus dan tamak.

Menteri JKR kata kemungkinan berlaku spekulasi pembalakan.

CEO Highway kata juga spekulasi pembalakan. Tiada kuasa, itu bidang kerajaan negeri.

Pengarah Hutan Pahang kata tiada penebangan balak. Tiada penebangan balak haram. Operasi membalak telah dihentikan berapa bulan dulu.

MB Pahang kata itu bencana alam. Tiada pembalakan. Pembalakan untuk laluan jajaran pencawang TNB telah lama dihentikan.

Pakar Alam kata ini kerana faktor El-Nino yang kering kemarau lama kemudian datang hujan yang sangat lebat turun 2/3 hari mengubah struktur tanah.

Banyak isu-isu disini WZWH akan ulas satu-satu secara mudah.

WZWH mulakan dulu cerita WZWH mengenai perjalanan dari KL balik ke Pahang (Kuantan).

Memang ada banyak jalan alternatif. Antaranya:

Jalan KL-Seremban-Kuala Pilah-Bahau-Bera @ Muazzam
Jalan KL -Seremban-Kuala Pilah-Mancis-Bentong
Jalan KL-Ulu Yam-Kuala Kubu-Frazer Hill-Raub-Bentong
Jalan KL-Tapah-Cameron Highlands-Sg Koyan-Tersang-Raub-Bentong
Jalan lama Bukit Tinggi -Bentong.

Banyak orang percaya oleh kerana berlaku banjir dan ada tanah runtuh serta perjalanan banyak kenderaan terutama lori balak dan treler boleh buat Jalan lama Bukit Tinggi-Bentong tidak selamat.

Ramai yang cuba Jalan KL-Seremban-Kuala Pilah-Bahau @ Mancis menghadapi jalan yang sempit, sesak dan jem dengan kelajuan 40-50km/hour. Macam ini kalau mahu dari KL balik ke Jerantut boleh pergi dari 6 petang boleh sampai 6 pagi subuh esok hari!

Sebab itu hari semalam WZWH pilih  Jalan KL-Ulu Yam- Kuala Kubu-Frazer Hill-Raub-Bentong. Walau ada laporan kata berlaku tanah runtuh di Ulu Yam.

WZWH tidak kisah walau perjalanan itu lebih jauh janji boleh sampai ke Kuantan. WZWH mula selepas Jumaat petang. Melalu jalam Kuala Kubu-Frazer Hill. Ini lah perjalanan klasik kerana ini jalan lama yang dibuat oleh British dulu.

Jalan ini bengkong bengkok, struktur tembok tebing dan jambatan yang masih buatan British dan baru. Ketenangan melihat tasik dari dam yang airnya jernih, hutan dan sungai.

Selepas simpang naik ke Frazer Hill menurun bukit ada pula lori balak terbalik. Katanya sejak 2 hari. Memang jalan sempit. Sudah tentu kerja-kerja menarik lori dan balak-balak yang bertebaran di jalan itu bukan kerja senang.

Tanpa mahu membuang masa dan menunggu perjalanan yang terhalang, WZWH cepat buat keputusan kena ikut laluan Jalan Kuala Kubu-Kelumpang-Highway Tapah ke Perak-Cameron Highlands-Sg Koyan-Tersang-Raub-Bentong.

Perjalanan Tapah-Ringlet-Tanah Rata yang juga merupakan jalan klasik dari Perak ke Cameron Highland.

Bayangkan WZWH terpaksa berpatah balik dari Frazer Hill ke Kuala Kubu yang perjalan pergi balik sudah 60km dan ikut Highway Tapah terus naik Cameron Highlands turun ke Sg Koyan-Tersang-Raub-Bentong-Kuantan.

Perjalanan menggelilingi Negeri Pahang Darul Makmur melalui 2 negeri ; Selangor dan Perak.

Pukul 11.30 malam semalam baru sampai ke Kuantan dari KL selepas Jumaat.

Tutup saja Karak Highway baru 2 hari sudah huru hara perjalanan ke Pahang.

Berkenaan isu tanah runtuh atau banjir lumpur, WZWH perhatikan ada juga tanah-tanah runtuh yang berlaku di Jalan Kuala Kubu-Frazer Hill, Jalan Ulu Yam, Jalan menaiki Cameron Highlands dari Perak melalui Ringlet-Tanah Rata walaupun tiada aktiviti pembalakan.

Ianya mengenai hujan turun yang sangat lebat dengan kuantiti taburan hujan turun yang banyak.

Hujung tahun lepas di Taman Negara dan Ulu Tembeling sebelah kiri mudik banyak juga kayu-kayu balak tumbang dan hanyut akibat tebing runtuh walaupun tiada aktiviti pembalakan berlaku. Ini fakta.

Jawapan dari DSD Adnan Yaakob MB Pahang itu benar dan tepat. Apa yang berlaku tanah runtuh atau banjir lumpur itu yang menyebabkan Karak highway ditutup 3 hari untuk pembersihan lumpur, pokok-pokok dan batu adalah disebabkan lebih kepada bencana alam atau perubahan cuaca El-Nino.

Like Mantan Menteri JKR Samy Velu cakap," Ini tuhan Allah punya kuasa!

Bagi penyelesaian jangka panjang WZWH mencadangkan satu lagi Projek Jalanraya/Highway dari KL ke Kuantan perlu dibuat baru dengan allignment baru dan design yang lebih baru.

Termasuk juga Jalan Double-Track Railway dari KL ke Kuantan ini guna Keretapi!

Tidak ada benda-benda dalam dunia ini yang kita tidak boleh buat jika kita ada kesungguhan, political will, will power dan keazaman untuk buat dan bina.

Buat dan  Bina...

Monday, November 9, 2015

WK Chalet Inn Kg Mat Daling Tempat Pegawai Kerajaan, Consultant Dan Kontraktor Berehat Bersantai

Bagi rombongan Pegawai Tinggi Kementerian, Consultant, ADUN dan kontraktor perjalanan mengharungi Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 hingga ke Fasa 2 yang sedang dibina sungguh memenatkan. Rombongan ini perlukan rehat.

Di penghujung kampung Ulu Tembeling sepanjang Sungai Tembeling ada kampung terakhir Kg Mat Daling. Ada banyak sub-sub kampung yang lebih kecil dan banyak yang kurang penghuni. Terdapat sebuah hotel atau dipanggil WK Chalet Inn bagi memenuhi keperluan rombongan yang ingin melawat kampung paling hujung ini.


Dari Kuala Tahan ke Kg Pagi 21km jalan sudah siap bertar.

Dari Kg Pagi ke Kg Kuala Sat ke Kg Bantal Seberang 32km jalan sedang bina.

Dari Kg Bantal Seberang ke Kg Mat Daling 13km akan dibina dengan peruntukan tambahan.

Total jarak Projek Jalan Ulu Tembeling ini ialah 66km sudah tentu perjalanan yang cukup memenatkan apalagi bila hujan lebat.


WK Chalet Inn menawarkan penginapan dan makan pagi dan malam. Agar menarik ada sebuah hotel chalet inn yang besar dan selesa. Ini diusahakan oleh orang kampung Mat Daling sendiri. Pemilik hotel chalet ini bernama Wan Kamaruddin (lebih dikenali sebagai Wan Uyuk) sudah meninggal dunia. Kini anak-anak arwah yang mengurusnya.



WK Chalet Inn Kg Mat Daling Ulu Tembeling.



Chalet eksklusif WK Chalet Inn.



Beberapa ekor ikan kelah @King of The Tembeling Fish menanti untuk hidangan dinner malam nanti.



Beberapa kenderaan 4WD sudah berkumpul parking di hadapan WK Chalet Inn.



Pegawai Kerajaan, Consultant dan Kontraktor berehat santai di WK Chalet Inn.



Rombongan yang turut serta pun berehat santai di WK Chalet Inn.



Bangunan cafe house untuk dinner malam nanti hidangan lazat ikan kelah, daging eksotik hutan, sayur pucuk paku tebing Sungai Tembeling goreng kicap...wow membuka selera WZWH dan untuk breakfast esok hari.



Di cafe house WK Chalet Inn tempat mini Parlimen dan Dewan semuanya combine dari YB ADUN, Pegawai Tinggi Kerajaan, Kementerian, EPU, Consultant dan Kontraktor mengimplementasi, merancang kembali, pembangunan di Ulu Tembeling. Suara pemimpin akar umbi kesemua 5 Tok Empat Kampung Ulu Tembeling; Kg Bantal , Kg Mat Daling, Kg Gusai, Kg Kuala Sat dan Kg Pagi didengar kemahuan, rintihan dan permasalahan dan penyelesaian.

Bagi Pakej 3 pula, ia merupakan penyudah kepada keseluruhan projek. Pakej ini ditangguhkan pelaksanaannya akibat daripada kekangan peruntukan tambahan yang diperlukan sebanyak RM151 juta. Pakej ini akan diluluskan dengan kadar segera.

Pakej ini melibatkan beberapa jalan antaranya:

  • Dari Kg Bantal Seberang ke Kg Gusai 5km
  • Kg Pagi By Pass 7km
  • Jalan kampung dari Kg Bantal Seberang ke Kg Mat Daling 13km
  • Jalan Kg Kuala Sat 5km
  • Sebuah jambatan di Sg Tembeling menghubung Kg Bantal dengan Kg Mat Daling sepanjang 220m
  • Sebuah jambatan di Sg Sepia di Kg Gusai sepanjang 85m
  • Membina 6 jambatan pendek merentasi Sg Semena, Sg Rek, Sg Kembir, Sg Semena-Main, Sg Bubut, dan Sg Betung 


WK Chalet Inn Kg Mat Daling tempat Pegawai Kerajaan, Consultant, Kontraktor dan Pemimpin Akar Umbi berbincang berehat santai.



Pemandangan pagi hari WK Chalet Inn bangunan hotel 2 tingkat dan chalet setingkat 



Pemandangan pagi hari chalet setingkat dan bangunan cafe house WK Chalet Inn.



Ini kolam yang luas jauh ke penghujung kaya dengan sumber pelbagai ikan air tawar fresh water fish yang boleh dipesan menunya untuk siap dipanggang dan digulai oleh WK Chalet Inn Kg Mat Daling.



Inilah team Pegawai Tinggi Kerajaan, Kementerian, Consultant, ADUN dan Kontraktor yang bekerja bertungkus lumus bagi menjayakan Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Kuala Tahan-Kg Pagi RM121 juta, Projek Fasa 2 Kg Pagi -Kg Seberang Bantai RM280 juta plus tambahan peruntukan RM151 juta dan seterusnya Projek Fasa 3 Kg Mat Daling - Terengganu RM600 juta.




WZWH boleh conclude bahawa pembangunan Ulu Tembeling dengan memastikan projek-projek pembangunan ini diimplementasikan mengikut bajet yang diluluskan maka bolehlah dianggap sudah selesai. Kini masa untuk membangunkan di banyak tempat di Parlimen Jerantut yang memerlukan kebolehan, keupayaan dan kepakaran mendapatkan projek-projek untuk dijayakan. WZWH will do it!

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...