WZWH santai mengeteh ketika berhenti rehat di Bharat Tea House Cameron Highlands sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Koyan Lipis-Tersang Raub-Bentong-Kuantan.
Hari semalam 13 November 2015 WZWH melalui perjalanan ke Kuantan, Pahang yang sangat meletihkan.
Semua orang tahu Highway Karak ditutup sementara 3 hari untuk pembersihan akibat ada ahli politik dan pentadbir kata tanah runtuh atau banjir lumpur yang menghanyutkan tanah, batu dan pokok kayu serta lumpur.
Definasi yang kabur mana satu tanah runtuh atau banjir lumpur. Akibat takungan air di puncak bukit pecah lalu terjadi bencana alam itu.
Sebelum itu highway Pantai Timur ini KL-Kuantan punya juga masalah banjir antara Lancang ke Temerloh. 2 kali. Bayangkan Jeram Panjang di Highway boleh bawa bot Sg Tembeling lalu.
Begitulah uniknya highway KL-Kuantan ini!
WZWH tidak mahu bincang apa penyebab berlaku tanah runtuh atau banjir lumpur yang menyebabkan perjalanan KL ke Pahang terputus 3 hari dan memberi banyak masalah kepada pengguna.
NGO Alam Sekitar kata sebab tebang balak berleluasa. Rakus dan tamak.
Menteri JKR kata kemungkinan berlaku spekulasi pembalakan.
CEO Highway kata juga spekulasi pembalakan. Tiada kuasa, itu bidang kerajaan negeri.
Pengarah Hutan Pahang kata tiada penebangan balak. Tiada penebangan balak haram. Operasi membalak telah dihentikan berapa bulan dulu.
MB Pahang kata itu bencana alam. Tiada pembalakan. Pembalakan untuk laluan jajaran pencawang TNB telah lama dihentikan.
Pakar Alam kata ini kerana faktor El-Nino yang kering kemarau lama kemudian datang hujan yang sangat lebat turun 2/3 hari mengubah struktur tanah.
Banyak isu-isu disini WZWH akan ulas satu-satu secara mudah.
WZWH mulakan dulu cerita WZWH mengenai perjalanan dari KL balik ke Pahang (Kuantan).
Memang ada banyak jalan alternatif. Antaranya:
Jalan KL-Seremban-Kuala Pilah-Bahau-Bera @ Muazzam
Jalan KL -Seremban-Kuala Pilah-Mancis-Bentong
Jalan KL-Ulu Yam-Kuala Kubu-Frazer Hill-Raub-Bentong
Jalan KL-Tapah-Cameron Highlands-Sg Koyan-Tersang-Raub-Bentong
Jalan lama Bukit Tinggi -Bentong.
Banyak orang percaya oleh kerana berlaku banjir dan ada tanah runtuh serta perjalanan banyak kenderaan terutama lori balak dan treler boleh buat Jalan lama Bukit Tinggi-Bentong tidak selamat.
Ramai yang cuba Jalan KL-Seremban-Kuala Pilah-Bahau @ Mancis menghadapi jalan yang sempit, sesak dan jem dengan kelajuan 40-50km/hour. Macam ini kalau mahu dari KL balik ke Jerantut boleh pergi dari 6 petang boleh sampai 6 pagi subuh esok hari!
Sebab itu hari semalam WZWH pilih Jalan KL-Ulu Yam- Kuala Kubu-Frazer Hill-Raub-Bentong. Walau ada laporan kata berlaku tanah runtuh di Ulu Yam.
WZWH tidak kisah walau perjalanan itu lebih jauh janji boleh sampai ke Kuantan. WZWH mula selepas Jumaat petang. Melalu jalam Kuala Kubu-Frazer Hill. Ini lah perjalanan klasik kerana ini jalan lama yang dibuat oleh British dulu.
Jalan ini bengkong bengkok, struktur tembok tebing dan jambatan yang masih buatan British dan baru. Ketenangan melihat tasik dari dam yang airnya jernih, hutan dan sungai.
Selepas simpang naik ke Frazer Hill menurun bukit ada pula lori balak terbalik. Katanya sejak 2 hari. Memang jalan sempit. Sudah tentu kerja-kerja menarik lori dan balak-balak yang bertebaran di jalan itu bukan kerja senang.
Tanpa mahu membuang masa dan menunggu perjalanan yang terhalang, WZWH cepat buat keputusan kena ikut laluan Jalan Kuala Kubu-Kelumpang-Highway Tapah ke Perak-Cameron Highlands-Sg Koyan-Tersang-Raub-Bentong.
Perjalanan Tapah-Ringlet-Tanah Rata yang juga merupakan jalan klasik dari Perak ke Cameron Highland.
Bayangkan WZWH terpaksa berpatah balik dari Frazer Hill ke Kuala Kubu yang perjalan pergi balik sudah 60km dan ikut Highway Tapah terus naik Cameron Highlands turun ke Sg Koyan-Tersang-Raub-Bentong-Kuantan.
Perjalanan menggelilingi Negeri Pahang Darul Makmur melalui 2 negeri ; Selangor dan Perak.
Pukul 11.30 malam semalam baru sampai ke Kuantan dari KL selepas Jumaat.
Tutup saja Karak Highway baru 2 hari sudah huru hara perjalanan ke Pahang.
Berkenaan isu tanah runtuh atau banjir lumpur, WZWH perhatikan ada juga tanah-tanah runtuh yang berlaku di Jalan Kuala Kubu-Frazer Hill, Jalan Ulu Yam, Jalan menaiki Cameron Highlands dari Perak melalui Ringlet-Tanah Rata walaupun tiada aktiviti pembalakan.
Ianya mengenai hujan turun yang sangat lebat dengan kuantiti taburan hujan turun yang banyak.
Hujung tahun lepas di Taman Negara dan Ulu Tembeling sebelah kiri mudik banyak juga kayu-kayu balak tumbang dan hanyut akibat tebing runtuh walaupun tiada aktiviti pembalakan berlaku. Ini fakta.
Jawapan dari DSD Adnan Yaakob MB Pahang itu benar dan tepat. Apa yang berlaku tanah runtuh atau banjir lumpur itu yang menyebabkan Karak highway ditutup 3 hari untuk pembersihan lumpur, pokok-pokok dan batu adalah disebabkan lebih kepada bencana alam atau perubahan cuaca El-Nino.
Like Mantan Menteri JKR Samy Velu cakap," Ini tuhan Allah punya kuasa!
Bagi penyelesaian jangka panjang WZWH mencadangkan satu lagi Projek Jalanraya/Highway dari KL ke Kuantan perlu dibuat baru dengan allignment baru dan design yang lebih baru.
Termasuk juga Jalan Double-Track Railway dari KL ke Kuantan ini guna Keretapi!
Tidak ada benda-benda dalam dunia ini yang kita tidak boleh buat jika kita ada kesungguhan, political will, will power dan keazaman untuk buat dan bina.
Buat dan Bina...
2 comments:
Then why not claim that you are prophet or god!!!
Setuju sgt jika double track railway kl-kuantan dipercepatkan pembinaan.. mcm apa yg blaku skrg, alternatif yg ada cukup xselesa..
Post a Comment