Pemandangan Sg Tembeling dari sebuah restoren di Kg Pagi Ulu Tembeling.
Foto ini diambil pada 18 Oktober 2015 ketika jerubu melanda seluruh negara.
Projek Jalan Kuala Tahan ke Kg Pagi adalah sejauh 21km dengan kos pembinaan RM121 juta. Projek jalan ini baru siap.
WZWH ambil foto secara reverse iaitu dari Kg Pagi ke Kuala Tahan.
Ini foto-foto yang sempat WZWH ambil dalam perjalanan dari Kg Pagi ke Kuala Tahan.
Jambatan Sg Pengau dan Sekolah Rendah Kg Pagi.
Perjalanan driving yang smooth, lancar dan licin ambil masa 12 minit dari Kg Pagi ke Kuala Tahan.
Bagi Pakej 2 pula, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM280 juta untuk pelaksanaannya. Skop kerja bagi Pakej 2 bermula dari penghujung Pakej 1 di Kg Pagi sehingga ke persimpangan Kg Bantal Seberang sejauh 32km. Pakej ini juga melibatkan penambahbaikan 4 jambatan sedia ada.
Pakej ini juga melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dalaman Kg Pagi sepanjang 5km yang mana bahagian ini telah dilaksanakan ke tahap R2 didalam Pakej 1. Bagi membolehkan laluan ini menjadi laluan utama, KKLW telah dipersetuju bahawa jalan dalaman ini dinaiktaraf ke R3 dan menjadikannya sebahagian daripada laluan utama.
Pakej 2 ini telah ditawar kepada Kontraktor yang sama dengan Pakej 1 dengan kos RM280 juta dengan masa pembinaan 36 bulan. Projek ini telah pun bermula pada 16 May 2014. Oleh sebab proses kelulusan kerja pembalakan memakan masa setahun maka projek ini dijangka siap pada 16 May 2018.
Buat masa ini kerja-kerja pembersihan tapak sedang rancak dijalankan dan kerja-kerja tanah sudah giat bermula dan keseluruhan kemajuan semasa disekitar 15%.
Bagi Pakej 3 pula, ia merupakan penyudah kepada keseluruhan projek. Pakej ini ditangguhkan pelaksanaannya akibat daripada kekangan peruntukan tambahan yang diperlukan sebanyak RM151 juta. Peruntukan tambahan ini perlu ADUN Tahan berupaya mendapatkannya.
Pakej ini melibatkan beberapa jalan antaranya:
- Dari Kg Bantal Seberang ke Kg Gusai 5km
- Kg Pagi By Pass 7km
- Jalan kampung dari Kg Bantal Seberang ke Kg Mat Daling 13km
- Jalan Kg Kuala Sat 5km
- Sebuah jambatan di Sg Tembeling menghubung Kg Bantal dengan Kg Mat Daling sepanjang 220m
- Sebuah jambatan di Sg Sepia di Kg Gusai sepanjang 85m
- Membina 6 jambatan pendek merentasi Sg Semena, Sg Rek, Sg Kembir, Sg Semena-Main, Sg Bubut, dan Sg Betung
No comments:
Post a Comment