Wednesday, March 22, 2017

Peranan JAKOA Membangunkan Masa Depan Dan Survival Orang Asli

Image result for jakoa


JAKOA merujuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Kewujudan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di bawah Aborigional Peoples Ordinance No. 3, 1954 yang telah dipinda pada tahun 1974, penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai komuniti Orang Asli telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan Seksyen 3 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Orang Asli ditakrifkan seperti berikut:

  1. mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu;
  2. mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli; atau
  3. anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.


Orang Asli di Malaysia

Orang Asli terbahagi kepada 3 group besar: Negrito, Senoi dan Melayu Proto.

Negrito pecah kepada: Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq.

Senoi pecah kepada: Temiar, Semai, Semoq Beri, Jahut, Mahut, Che Wong.

Melayu Proto pecah kepada: Kuala, Kanaq, Seletar, Jakun, Semelai, Temuan.

Penduduk Orang Asli di Semenanjung berjumlah tidak sampai 200,000 orang mengikut banci 2010


Pembangunan Penempatan Tersusun

1. Rancangan Pengumpulan Semula ( RPS )

Projek ini dimulakan pada tahun 1980 (RMKe-4), keputusan kabinet bertujuan pada asalnya membendung kegiatan anasir subversif (komunis) yang mempengaruhi Orang Asli di kawasan pedalaman. Rancangan ini banyak melibatkan perpindahan Orang Asli ke lokasi baru dari penempatan asal. Sejumlah 17 lokasi RPS iaitu 6 di Negeri Perak, 7 di Negeri Pahang, 3 di Negeri Kelantan dan 1 di Negeri Johor (RPS Kudung dibangunkan oleh YPJC).

Antara insentif dan projek pembangunan yang disalurkan menerusi RPS ialah penyediaan rumah kediaman kepada peserta program, pembangunan infrastruktur dan prasarana secara bersepadu serta program tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah. Menerusi tanaman komersial tersebut peserta bukan sahaja menerima dividen menerusi hasil ladang malah turut diberi peluang untuk terlibat secara langsung sebagai pekerja ladang.


2. Penyusunan Semula Kampung ( PSK )

Sebanyak 217 buah kampung Orang Asli (12,264 KIR) telah terlibat dengan pelaksanaan PSK JAKOA yang telah diluluskan pada tahun 1999 (RMK7). Pelaksanaannya adalah bertujuan untuk menaik taraf infrastruktur kampung dan kemudahan awam, keperluan asas dan projek pembangunan tanah seperti tanaman sawit dan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Peserta-peserta PSK turut menerima insentif dan kemudahan seperti mana yang dinikmati oleh peserta RPS.


3. Rancangan Kampung Baru ( RKB )

Jabatan ini juga telah melaksanakan projek Rancangan Kampung Baru di kawasan keselamatan yang bersempadan dengan Thailand (KESBAN). Program ini khusus untuk membangun dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli yang mana kampung mereka berada di kawasan berkenaan.

Peserta RKB juga turut menikmati insentif dan kemudahan sama seperti peserta RPS dan PSK.


4. Projek Bencana Alam

Projek ini dimulakan semenjak tahun 1997. Sebanyak 113 buah kampung Orang Asli telah di kenal pasti oleh Jawatankuasa Teknikal Bencana Alam Peringkat Negeri meliputi kategori kawasan berisiko tinggi, sederhana dan rendah. Kampung Orang Asli yang dikategorikan berisiko tinggi adalah yang berkemungkinan kampung berkenaan akan mengalami banjir, tanah runtuh, dipukul ombak atau ribut, perkampungan persisiran pantai negeri Johor, Pahang dan Selangor.

Jabatan ini menyediakan peruntukan bagi tujuan pemindahan mereka ke lokasi baru, tapak dan perumahan baru, termasuk kemudahan jalan, perparitan dan lain-lain manakala kampung yang dikategorikan berisiko sederhana pula peruntukan disediakan untuk memperbaiki sistem perparitan, pembetungan, pelebaran/mendalamkan sungai, benteng dan sebagainya.


5. Ukur keliling Tanah Penempatan Orang Asli (Kampung) / Pengambilan Tanah

Memandangkan terdapat masih banyak kawasan penempatan Orang Asli yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri tetapi belum diwartakan atau keperluan kerja ukur keliling dan kejuruteraan bagi melaksanakan projek pembangunan persekutuan maka JAKOA telah diberi peruntukan bagi tujuan tersebut. Menerusi kemudahan yang disediakan tersebut isu-isu berkaitan pengambilan balik tanah, persempadanan dan kerja-kerja ukur dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pentadbir tanah dan peraturan-peraturan semasa yang berkuat kuasa.


Pembangunan Modal Insan

Unit Pendidikan : Program-Program Pendidikan Formal, Non Formal, IPT dan Biasiswa

Unit Latihan dan Kerjaya : Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Kualiti Hidup

Unit Kebajikan Pesakit :


Pembangunan Ekonomi

1. Program Pembangunan Ekonomi Negeri

Menerusi program ini fokus diberikan kepada pembiayaan projek pembangunan ladang. Projek ini adalah dilaksanakan menerusi RISDA dan FELCRA bagi membangunkan ladang kelapa sawit dan getah. Projek ini merupakan aktiviti utama Jabatan dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli.


2. Program Pengembangan (Kursus)

Program Pengembangan (kursus) ini adalah bertujuan memberi latihan dan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli yang berpotensi mengenai projek tanaman dan pertanian moden. Antara kursus-kursus yang dilaksanakan ialah kursus penyelenggaraan ladang kelapa sawit, tanaman hidroponik, kaedah penanaman getah, kursus ternakan dan sebagainya.


3. Program Bimbingan Usahawan

Menerusi program ini selain daripada mempromosikan produk-produk Orang Asli pelbagai insentif disediakan kepada bakal usahawan Orang Asli yang telah mengikuti kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan Jabatan. Antara insentif yang disediakan ialah bantuan peralatan perniagaan, bantuan bahan input dan sebagainya. Pelbagai bidang perniagaan yang telah diterokai oleh Orang Asli seperti perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel kenderaan, kafe siber, bidang pembinaan dan lain-lain lagi.


4. Program Pembinaan Ruang Niaga

Jabatan turut menyediakan peruntukan bagi membina premis ruang niaga kepada masyarakat Orang Asli yang telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pembinaan ruang niaga kepada peserta ini adalah tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pemberian Bantuan Program Bimbingan Usahawan dan Perusahaan/ Industri kepada Orang Asli. Antara jenis premis yang telah dibina ialah bengkel kraf, kedai runcit, bengkel motosikal, kedai makan dan kedai jahit.


5. Program Peningkatan Pendapatan, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ( SPKR ) 

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi JAKOA turut menyediakan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar miskin tegar selaras dengan hasrat pihak kerajaan. Antara bantuan yang disalurkan menerusi program ini ialah peralatan jentera pertanian, bahan input perikanan, kelengkapan menangkap ikan, projek sayuran, tanaman keledek, tanaman limau nipis, ternakan ikan talapia, ternakan ayam kampung, ternakan kambing dan sebagainya. Permohonan bagi penyertaan program ini boleh dipohon menerusi Pejabat Hal Ehwal Orang Asli di daerah-daerah dan senarai calon dan peserta yang berkelayakan akan dipanjangkan kepada urus setia peringkat Kementerian untuk diperakukan bantuan projek.


Pembangunan Sosial

1. Program Bantuan Rumah ( PBR )

Jabatan Kemajuan Orang Asli melalui Program Pembangunan Sosial ada menyediakan kemudahan perumahan kepada Masyarakat Orang Asli miskin dan miskin tegar di seluruh Semenanjung Malaysia. Kemudahan ini diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli yang layak menerima bantuan dan pemilihan adalah berdasarkan Garis Panduan Program Bantuan Rumah (PBR) SPKR dalam tempoh RMKe9 (2006 – 2010). Bantuan rumah bukan sahaja membina rumah tiga (3) bilik mengikut spesifikasi teknikal Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), malah bantuan turut diberikan bagi kerja-kerja pembaikan rumah PBR sedia ada.


2. Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Jabatan Kemajuan Orang Asli melalui Program Pembangunan Sosial ada menyediakan kemudahan perumahan kepada Masyarakat Orang Asli miskin dan miskin tegar di seluruh Semenanjung Malaysia. Kemudahan ini diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli yang layak menerima bantuan dan pemilihan adalah berdasarkan Garis Panduan Program Bantuan Rumah (PBR) SPKR dalam tempoh RMKe9 (2006 – 2010). Bantuan rumah bukan sahaja membina rumah tiga (3) bilik mengikut spesifikasi teknikal Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), malah bantuan turut diberikan bagi kerja-kerja pembaikan rumah PBR sedia ada.


JAKOA berperanan membangunkan masa depan dan survival Orang Asli. Adalah diharap pelaksanaan dan implementasi program-program ini deliverinya cekap dan berkesan bagi millenia akan datang .

Tuesday, March 21, 2017

Goyang Anti Narcoba...

Bagaimana DS Najib Membangunkan Pulau Tuba, Langkawi Yang Ketinggalan?



Walaupun Pulau Langkawi telah dibangunkan oleh Kerajaan secara pesat sejak 20 tahun yang dulu tapi masih ada beberapa pulau yang kecil berdekatan tidak dibangunkan sebaiknya.

Maka DS Najib mengambil usaha inisiatif beliau untuk membangunkan Pulau Tuba, Langkawi yang ketinggalan dari arus persada pembangunan.




Tengah hari ini saya di Pulau Tuba, Langkawi, merasmikan projek yang amat dekat di hati saya. Tahun 2012 dahulu, saya meluluskan peruntukan sebanyak RM45 juta untuk projek bekalan elektrik luar bandar 24 jam di Pulau Tuba ini menerusi kabel dasar laut dari Kuala Perlis.

Meskipun pada asalnya projek ini tidak tersenarai di dalam bajet tahunan, namun saya sedar kesulitan yang dihadapi penduduk di Pulau Tuba ini, yang rata-ratanya terdiri daripada nelayan dan petani, yang bergantung kepada bekalan elektrik jana kuasa yang tidak stabil.

Alhamdulillah, hari ini saya berasa amat gembira kerana janji saya kepada penduduk Pulau Tuba telah ditepati, bekalan elektrik 24 jam yang akan memanfaatkan 5,000 penduduk di sini.

Selain itu, saya juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM700 ribu melalui Tenaga Nasional Berhad untuk membina jeti penumpang, membaiki pendawaian 32 rumah rakyat miskin serta membina 38 lampu jalan di sini. Tambahan kepada itu, RM800 ribu juga telah diluluskan untuk membaiki rumah rakyat miskin.

Ini adalah bantuan ikhlas kerajaan untuk membela nasib masyarakat di pedalaman, bukanlah dedak mahupun rasuah seperti yang diperkatakan oleh segelintir pihak pembangkang.

Ini adalah dasar yang adil, dasar yang akan terus kita amalkan, pembangunan inklusif buat semua, supaya rakyat Malaysia tidak mengira golongan akan sama-sama menikmati hasil pembangunan negara.



Thursday, March 16, 2017

Memperjuangkan Masa Depan Orang Asli: Kelestarian Dan Survival Hidup

Image result for orang asli


Mengikut kajian dan sejarah setiap orang Melayu jika diteliti DNAnya pasti ada darah Orang Asli! Baik dari genetik sebelah bapa dan ibu.

Mana mungkin Orang Melayu hari ini terutama pemimpin politik mahu mengaku mereka sebenarnya ada darah Orang Asli. Terutama di Semenanjung. Di setiap negeri-negeri dari Kedah hingga ke Johor.

Ribuan dan ratusan tahun dulu di Semenajung Tanah Melayu syarat-syarat mahu jadi penduduk Semenanjung apa tah lagi mahu jadi pemimpin setempat mesti berkahwin dengan anak-anak dara Orang Asli. Paling prestige berkahwin dengan anak perempuan Tok Batin.

Ini sejarahnya yang Nenek Moyang Orang Melayu tidak bercerita kepada kita semua yang kita semua Orang Melayu ada darah Orang Asli.

Ini bermakna pemimpin kita semua baik dari Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN ada darah Orang Asli.

Walaupun semua pemimpin kita Orang Melayu berbangga dengan darah Arab, Farsi, Turki, Siam dan Tamil muslim hakikatnya darah Orang Asli itu tetap ada.

Maka pemimpin kita Orang Melayu perlu lebih memberi perhatian memperjuangkan masa depan Orang Asli mempertingkatkan Kelestarian dan Survial hidup.

Semenjak merdeka pada tahun 1957, sebahagian besar masyarakat Orang Asli berbanding kaum-kaum utama lain di negara ini masih lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan. 

Hingga setakat ini, pembangunan masyarakat Orang Asli di negara ini tidak serancak masyarakat lain. Tahap kemajuan yang dikecapi masih kurang memuaskan jika hendak dibanding dengan masyarakat lain di negara ini. 

Ini bermakna harapan untuk melihat mereka berjaya seiring dengan kelompok-kelompok lain di negara ini menjelang tahun 2020 masih kabur. 

Ramai dalam kalangan masyarakat Orang Asli sehingga kini masih ketinggalan dan terpinggir daripada arus perdana pembangunan. 

Komuniti Orang Asli di negara ini dilihat semakin tergugat dan tersepit di tengah-tengah arus pembangunan semasa. 

Mereka masih tidak dapat menyaingi dan bergerak seiring dengan kaum-kaum lain di negara ini meskipun pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan agensi-agensi kerajaan lain telah menyediakan pelbagai bantuan pendidikan, kewangan, subsidi pertanian dan ternakan, khidmat kesihatan dan makanan percuma, peluang perniagaan serta perumahan. 

Suatu analisis perbandingan kelestarian hidup komuniti minoriti Orang Asli dari kumpulan Negrito, Senoi dan Melayu Proto perlu dikaji.

Mengkaji dan menganalisis tekanan-tekanan dari faktor alam sekitar, sosial, ekonomi dan budaya yang turut menyumbang kepada keterancaman beberapa kumpulan minoriti Orang Asli di negara ini. 

Andaian bahawa penguasaan anggota sesuatu komuniti ke atas enam domain modal (modal kewangan, modal sosial, modal budaya, modal fizikal, modal semulajadi, dan modal manusia) dapat memperkasakan kedudukan dan meningkatkan kesejahteraan hidup mereka untuk suatu jangkamasa yang panjang. 

Namun begitu, kepelbagaian ancaman yang wujud secara serentak juga boleh memberi impak negatif ke atas pemilikan aset dan peluang kehidupan mereka. 

Namun, peranan badan-badan sukarela dan agensi pembangunan tajaan pemerintah boleh membantu mengatasi keadaan kritikal ini dalam jangka masa panjang. 

Antaranya, tindak balas institusi melalui pelaksanaan program-program tertentu anjuran pemerintah dapat meningkatkan daya tahan atau melindungi penduduk daripada ancaman seumpama ini. 

Selain itu, institusi kemasyarakatan dan pembangunan setempat juga boleh berperanan atas inisiatif sendiri mempromosi pelbagai pilihan dalam usaha membantu anggota komuniti menanggani sesuatu masalah atau ancaman. 

Institusi-institusi ini perlu memberi fokus kepada usaha meluaskan akses kepada pelbagai aset modal dan menyokong perubahan struktur dan proses yang boleh membantu anggota komuniti. 

Tumpuan juga harus diberi kepada meningkatkan jaringan keselamatan sosial bagi mereka yang tidak dapat mencapai objektif kehidupan lestari melalui sistem pasaran sedia ada. 

Penduduk Orang Asli di Semenanjung berjumlah tidak sampai 200,000 orang mengikut banci 2010.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...