Monday, October 5, 2015

Bagaimana Kerajaan Dan Swasta Mahu Mengatasi 200,000 Graduan Menganggur?




200,000 graduan menggangur tidak ada kerja. Ini bakal pengundi muda untuk menentukan kerajaan apa yang mereka mahu PRU 14 nanti.

Kenapa 200,000 ribu graduan menganggur?

Lebih 200,000 siswazah berijazah institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini masih gagal mendapatkan pekerjaan walaupun telah menamatkan pengajian masing-masing sejak dua tahun lalu.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), berkata, angka tersebut tidak termasuk bilangan siswazah yang bakal menamatkan pengajian tahun ini.

WZWH mahu Kerajaan keluar sendiri berapa statistik graduan menggangur ini sebab WZWH percaya angka yang sebenar mungkin tidak seramai apa yang MEF nyatakan!

Pihak kerajaan dan swasta perlu memainkan peranan dalam memastikan jumlah siswazah menganggur yang semakin membimbangkan itu dapat dikurangkan.

Krisis ini sebenarnya bermula pada 2013 apabila kerajaan mening­katkan umur bersara, jadi pihak swasta tidak dapat mengambil pekerja baharu untuk menggantikan mereka yang sepatutnya bersara.

Pada tahun ini pula, kerajaan telah menghentikan pengambilan pekerja sehingga menutup peluang kira-kira 13,000 hingga 15,000 pekerjaan di sektor awam dan di sektor swasta pula, keupayaan untuk mengambil pekerja agak terkekang kerana ekonomi tidak menentu.

Kebanyakan syarikat sekarang mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana mereka tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan selain turut terpaksa memberhentikan pekerja masing-masing.




Antara punca yang dikenal pasti menyebabkan siswazah berkenaan masih gagal mendapatkan pekerjaan berikutan kelemahan mereka berbahasa Inggeris selain penampilan yang kurang menarik.

Kelompok tersebut juga kebanyakan merupakan siswazah yang berasal dari kawasan pedalaman.

Kebanyakan siswazah terlibat adalah terdiri daripada mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris dan datang dari kampung yang mungkin penampilan mereka itu agak kurang daripada mereka yang datang daripada keluarga dari bandar atau sebagainya.

Perkara ini sebenarnya akan menimbulkan banyak masalah sosial.  Harap kerajaan dapat memberi insentif tertentu kepada majikan agar mereka tidak mengurangkan pekerjanya selain kepada majikan yang sanggup mengambil siswazah menganggur.

Sehingga kini hampir 10,000 pekerja telah diberhentikan di negara ini sejak Januari hingga Julai lalu.

Jumlah itu dilihat akan semakin bertambah berikutan keadaan ekonomi negara yang dijangka tidak banyak berubah sehingga awal tahun hadapan.

Shell sebagai contoh juga telah membuat pengumuman akan memberhentikan kira-kira 1,600 pekerja dalam masa dua tahun akan datang. Begitu juga Hew­lett Packard seramai 30,000 pekerjanya di seluruh dunia.

Kalau majikan tidak mampu mengekalkan perniagaannya, akan lebih banyak pemberhentian pekerja selepas ini. Jadi harap kerajaan segera bertindak menjadi pengantara dengan beberapa dorongan kepada majikan supaya keadaan ini tidak menjadi lebih teruk.

Bagaimana Kerajaan dan swasta mahu mengatasi masalah lebih 200,000 graduan mengganggur ini?

Bagaimana  peranan pembangkang mahu mengatasi masalah  ini? 

Bagaimana peranan Tun Mahathir yang sibuk mahu menjatuhkan DS Najib tidakkah negarawan ini tidak risau nasib 200,000 graduan menganggur ini.

Adakah bila DS Najib letak jawatan, nilai ringgit terus naik, ekonomi berkembang dan semua 200,000 graduan ini boleh dapat kerja?

Kerajaan boleh mengambil langkah melihat apa yang Kerajaan India dan Indonesia buat sebagai contoh.

Kerajaan perlu berkempen mengubah sikap lebih 200,000 graduan menganggur ini melihat bagaimana graduan menganggur di India dan Indonesia buat untuk survive kehidupan.

Di India dan Indonesia, graduan menggangur ini tidak memilih sebarang kerja. Menjadi tukang sapu jalan, jaga, salesman dan salesgirl di supermarket, pemandu teksi, pencuci kereta, pencuci pejabat, buat semua kerja yang tidak sepadan dengan kelulusan dan standar ijazah mereka asalkan tidak salah disisi undang-undang dan halal disisi agama.

Disamping menolong ibubapa dan keluarga di ladang-ladang getah, kelapasawit dsb atau dikedai perniagaan keluarga. Juga bidang-bidang yang boleh menghasilkan pendapatan seperti pelancongan, resort dan spa.

Lebih 200,000 graduan mengganggur sudah tentu tidak bersetuju. Mereka mahu kerja-kerja yang setaraf dan setanding dengan kelulusan mereka dengan gaji yang setimpal dan kompetitif.

Balik-balik isu ekonomi.

Bagaimana kerajaan mahu flood the economy to the country?

Bagaimana mahu kerajaan mahu menarik pelaburan dan dana dari negara-negara yang kaya untuk dibawa masuk melabur di Malaysia dalam bidang-bidang tertentu yang menarik pulangan dan kepentingan jangka panjang bagi pelabur.

Ini yang kerajaan dan PM DS Najib mahu buat.

Tapi kalau ada pihak mahu menggangu, mahu buat onar, mahu mencari kesalahan, tidak mahu mencari penyelesaian, tidak mahu mengurangi beban, mahu menambah lagi kekusutan dan menambah masalah yang tidak perlu menjadi masalah...

Itu yang sebenarnya mahu sabotaj usaha dan gerak kerja kerajaan dan DS Najib mahu membantu dan cuba menyelesaikan kalau tidak pun 100% mengatasi lebih 200,000 graduan menganggur.

Sunday, October 4, 2015

Sambalado Tengku Minangkabau







DAP hari ini memutuskan untuk menangguhkan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana keengganan menarik balik kenyataan kontroversi berkaitan parti itu dalam khutbah solat Aidiladha baru-baru ini.

Prasangka Najib Dan Mahathir Yang Cerdik Sangat







Cikgu Najib : Murid-murid, sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf G ?


Mahathir: Gajah!


Cikgu Najib : Bagus !!!Sekarang sebutkan nama binatang bermula dengan huruf D ?


Mahathir: Dua gajah!


Cikgu Najib : Mahathir,, jangan main-main!!... Berdiri!!... Murid-murid lain ada jawapan ?


Semua murid senyap tak tahu jawapan...


Cikgu Najib : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M ?


Murid-murid lain sentap.. tiba-tiba.....


Mahathir : Mungkin gajah...


Cikgu Najib : Mahathir..... main-main lagi..pegi berdiri diluar kelas !!


Murid-murid diam tak tahu jawapan...


Cikgu Najib : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf J ?


Semua murid diam tak tahu jawapan.. tiba-tiba..... kedengaran suara dari luar kelas...


Mahathir: Jangan jangan gajah...


Cikgu Najib bertambah marah lalu menyuruh Ketua Kelas Ahmad Maslan menutup pintu kelas..


Cikgu Najib : sebutkan nama binatang yang bermula huruf A ?


Murid-murid semua diam...tiba-tiba Mahathir menyampuk dari luar tingkap..


Mahathir : Anak gajah..


Sekali lagi Cikgu Najib menyuruh Ahmad Maslan menutup tingkap..selang beberapa minit suara Mahathir tidak lagi kedengaran...Cikgu Najib menyuruh Ahmad Maslan keluar mencari Mahathir..tapi tiada..


Cikgu Najib : Takpa murid-murid..biarkan Mahathir...


Cikgu bertanya lagi soalan pada murid-muridnya...


Cikgu Najib : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf T ?


Murid-murid semua diam............tiba-tiba.....suara Mahathir dengan pembesar suara....


Mahathir : Taik gajahhhhh.... 


Cikgu Najib : Mahathirrrrrr....masuk kelas sekarang!!!


Mahathir : Tadi suruh keluar. sekarang suruh masuk pulak.


Cikgu Najib: Oleh kerana kamu pandai sangat, cikgu nak tanya kamu 1 soalan. Kamu ada kain pelikat kan?


Mahathir : Ada cikgu. Kain pelikat Gajah Duduk cikgu.


Cikgu Najib : Mahathirrr....tak habis lagi ke dengan gajah kamu ni. Ok lah. Kalau kamu pandai sangat, kenapa kain pelikat tu nama dia "Gajah Duduk?"


Mahathir: Sebab kalau saya salah duduk masa pakai kain tu, nanti belalai gajah terkeluar.


Cikgu Najib : Mahathir.......Mahathirrrrr.......!!!!!!

Saturday, October 3, 2015

Projek-Projek Mega Memakmurkan Pahang



"Ini kali lah"

Meminjam phrase cliche pembangkang diambang PRU 13.

Memang ada kesan motivasi bila ramai pengundi balik negeri Pahang dan seluruh negara mengundi sejak awal pagi berharap kerajaan ditukar tapi kerajaan tetap berdiri.

WZWH dan ratusan ribu mengundi tetap mempertahankan kerajaan ini.

Secara ekonomi rakyat Pahang mahu projek-projek yang boleh memakmurkan Pahang bila pelaburan masuk, projek-projek mega menghasilkan pengembangan ekonomi, banyak peluang pekerjaan dan bisnes dicipta. 

Pembinaan infrastruktur-infrastruktur yang mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. Transportasi dan sebagainya. Lebih ramai pelancong datang ke Pahang.

Kita tidak boleh lagi pegang kepada falsafah "tunggu tempat lain maju...akhir nanti orang akan bertumpu ke Pahang juga"...

Kita tidak boleh tunggu...kita kena cipta.

Bila lagi?

"Ini kali lah" sudah sampai masanya...

Buat projek-projek mega di Pahang Darul Makmur ini sebenarnya kita tidak perlu keluar wang!

Bila kita cipta projek-projek mega, bila Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi kelulusan

Wang pelaburan cari kita....menderu-deru....mencurah-curah...!

Kenapa kita tidak mahu membangunkan Negeri Pahang Darul Makmur kita ini?

Kenapa kita mahu menghalang?

Kenapa kita sentiasa berjiwa kecil?

Kenapa kita tidak mahu majukan negeri kita secara agresif dan proaktif?

Ini projek-projek mega yang boleh memakmurkan Negeri Pahang Darul Makmur untuk 5, 10, 15, 20-50 tahun.

Jangan ketawa dan sinis dengan apa yang WZWH posting ini?

Adakah anda rakyat Pahang? Adakah anda rakyat Pahang yang sejati mahu lihat negeri anda maju dan membangun sepantas dan sepatutnya ke tahap yang sebenar.

Jika begitu fikir dan lihat apa yang WZWH tulis.

Tentu anda juga punya pandangan, cadangan-cadangan yang lebih baik.

Tapi ini yang WZWH mahu buat:


1) Projek Keretapi Pantai Timur Eastrain

-new route jalan baru. Laluan Keretapi Pantai Timur lama itu maintain.

-Route KL-Bentong-Temerloh-Bera-Maran-Pekan-Kuantan

-Kuantan-Gebeng-Kemaman-Paka-Kertih-Dungun-Kuala Terenggau-Besut-Kelantan

-Lebih kepada transportasi kargo

-kos RM30 bilion dalam masa 10 -20 tahun


2) Projek Kuantan Hinterland Port

-Semua economists China, Korea, Jepun cakap kita Pahang tidak menghargai pantai-pantai dan daratan negeri kita yang boleh bina Port paling strategik dalam dunia.

-Port Kuantan dan Kuantan Hinterland Port adalah apa yang semua negara-negara ini mahu kita majukan kerana jimat kos, masa perjalanan kapal lebih pendek. Tiada gangguan iklim dan cuaca ketara yang extreme-tiada ribut taufan, gempabumi, gunung berapi tsunami, banjir melampau.

-Hinterland yang menaiktaraf properti, gudang, kilang, perumahan dsb seluas 10,000 ekar

-Hinterland yang boleh membekalkan gas dengan logi Oil n Gas dan mengeksport ke China, Korea dan Jepun.

-Kos RM50 bilion dalam masa 50 tahun.


3) Projek Jalan Sisir Pantai Paka-Kertih-Kuantan-Pekan-Mersing-Pengerang

-Ini projek ECER menghubung jalan pesisiran tepi pantai terutama menghubungkan Oil n Gas Paka Kertih-Port Kemaman-Kuantan Hinterland Port-Kuantan Port-Tg Agas Oil n Gas-Pengerang Oil n Gas.

-Bina Infrastruktur buka mengembang ekonomi Wilayah ECER dan Oil n Gas facilities.

-Kos RM8 bilion.



Pembaca blog WZWH dari Jerantut pun marah kepada WZWH apa yang boleh memajukan Jerantut?

WZWH  tetap ada projek-projek mega untuk Jerantut my hometown:


1) Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah

-gabungan projek-projek untuk membangun seluruh Lembah Tembeling mengikut kesesuaian nature, landscape menggunakan green technology.


-Mengandungi 7 komponen:

  • Green City-Bandaraya dengan teknologi hijau sekitar Kuala Tahan
  • Safari Park
  • Kuala Tembeling Taman Tema Air
  • Hub Gaharu
  • Caviar dan Sanctuary Park
  • Solar Park
  • Pengurusan Sumber dan Pemasaran Bantu Perhilitan
-Satu projek ambitious bernilai RM 12 bilion dalam jangkamasa 5 hingga 10 tahun yang boleh menawarkan 20,000 pekerjaan dan perniagaan.


- Satu projek yang boleh menyelesaikan isu-isu alam sekitar once for all.



2)  Sg Kiol Golf Resort and Spa

- Golf course, resorts, air terjun , seluas 2000 ekar

-kos Rm3 bilion


3) Sg Tekai Hydropower -Empangan Janakuasa Elektrik

-350 MW

-Supply elektrik, 5000 pekerjaan

-kos Rm2.5 bilion


Cukuplah projek-projek itu dulu.

Bagi daerah-daerah lain, elok WZWH beri peluang kepada pembaca-pembaca blog WZWH yang lebih cerdik dan pandai tentu punya banyak cadangan dan pandangan.

Siapa lagi yang bertanggungjawab dan serious ingin memajukan Negeri Pahang Darulmakmur kita ini kalau tidak anda semua.

''Ini kali lah"- itu kata-kata yang boleh kita jadikan motivasi dan semangat untuk kita katakan kepada sesiapa sahaja.


Ini kali lah...


Thursday, October 1, 2015

1MDB Boleh Laksanakan Projek Jambatan Terowong Johor-Karimun-Riau ( JOKARI ) RM16 Bilion







Cadangan pembinaan Jambatan dan Terowong dari Kukup, Pontian ke Kepulauan Riau (JOKARI) yang diutarakan pengkaji dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada awal tahun 2014  mendapat petanda positif.

Projek ini sudah pun mendapat minat pelabur. Projek kos RM16 bilion ini mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Nama singkatan projek ini JOKARI hampir sama bunyi dengan nama Presiden Indonesia JOKOWI.

Sektor swasta yang boleh laksanakan projek ini. Oleh kerana brand 1MDB sudah terkenal di seluruh dunia maka 1MDB boleh melaksanakan Projek Jambatan Terowong JOKARI.

Projek ini melibatkan pembinaan sebuah jambatan lima kilometer dari Kukup, Pontian ke sebuah pulau buatan.

Ia kemudian disambung oleh terowong bawah laut sepanjang 17.5 kilometer menghubungkan Pulau Karimun, Indonesia.

Jambatan lain juga bakal dibina bagi menyambungkan Pulau Karimun ke pulau-pulau lain di Riau yang lain.

Projek itu dijangka memberi impak kepada hubungan dua hala Malaysia – Indonesia terutamanya dari segi ekonomi.

Jambatan Terowong JOKARI itu boleh menyumbang sehingga 3 hingga 4 peratus kepada ekonomi negara.

Sumbangan itu dijangka mencecah sehingga lima peratus selepas sepuluh tahun.

Projek ini lebih efektif dari segi kos dan jarak jika dibandingkan dengan rancangan membina jambatan yang menghubungkan Dumai dan Melaka yang dianggarkan menelan belanja RM44.3 bilion.

Kajian awal menunjukkan projek itu bakal memberi impak ekonomi yang besar antara Riau dan Johor malah risiko dan kesan kacau ganggu alam sekitar yang rendah jika dibandingkan rancangan jambatan Dumai-Melaka atau Batam-Singapura.

Pembinaan terowong dasar laut seperti yang menghubungkan Paris, Perancis dan London, United Kingdom itu tidak akan mengganggu perjalanan kapal dagang di Selat Melaka kerana tiada struktur yang dibina di atas permukaan laut.

JOKARI Link menggunakan contoh Jambatan Oresund yang menghubungkan Malmo, Sweden dengan Copenhagen, Denmark. Jambatan Oresund juga menggunakan kombinasi jambatan dan terowong.

Kaedah 'boring' boleh digunakan seperti yang digunakan dalam pembinaan Mass Rapid Transit di Lembah Klang dan akan memakan masa tiga hingga lima tahun untuk disiapkan.

Dua syarikat kejuruteraan antarabangsa dari Korea Selatan dan Perancis berminat untuk terlibat sama dalam pembinaan JOKARI Link.

Syarikat kejuruteraan dari Korea Selatan itu bertanggungjawab membina Busan-Geogje Fixed Link yang juga menggabungkan pembinaan jambatan dan terowong dasar laut.

Kedua-dua syarikat itu memiliki teknologi ‘Immersed Tunnel’ yang dicadangkan untuk digunakan di JOKARI Link, berikutan kos pembinaannya yang lebih murah berbanding ‘Boring Tunnel.’

Projek itu akan memanfaatkan Malaysia kerana Riau adalah wilayah kedua terkaya di Indonesia selepas Kalimantan Utara dari segi minyak, gas asli, arangbatu dan batu granit.

Riau yang berada dalam Koridor Pembangunan Sumatera juga adalah kawasan penanaman kelapa sawit terbesar di Indonesia.

Mercu tanda hasil hubungan diplomatik dua negara Malaysia-Indonesia satu pembangunan projek pembinaan terowong antara Johor- Riau (JOKARI) bakal direalisasikan.

Pembinaan jambatan terowong itu bakal mengubah hubungan global antara negara di sudut ekonomi termasuk mengeratkan hubungan antara tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Kesan negatif terhadap alam sekitar, boleh diminimakan memilih cara terbaik iaitu gabungan antara jambatan dan terowong bawah laut.

Pulau Karimun ternyata bersedia dari segala aspek termasuk sosial dan infrastruktur sekiranya cadangan Jambatan Terowong JOKARI menjadi kenyataan.

Ia juga akan menjadi pulau pertama yang mempunyai jalan darat menghubungkan antara Malaysia-Indonesia.

1MDB boleh laksanakan Projek Jambatan Terowong Johor-Karimun-Riau (JOKARI).

Pak Ketipak Ketipung...




Sultan Abdul Jalil IV Riayat Shah (Marhum Kuala Pahang) 1699-1721



MAKAM AL MARHUM DYMM SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SHAH IV IBNI AL MARHUM BENDAHARA TUN HABIB ABDUL MAJID PADANG SAUJANA JOHOR.MAKAM BAGINDA TERLETAK DI MAKAM DIRAJA KG MARHUM KUALA PAHANG.
PAHANG DARUL MAKMUR.



1699 - 1721 H.H. Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah Zillu’llah fi al-’Alam bin Dato’ Bendahara Sri Maharaja Tun Habib Ghazi, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Johor and Pahang and their dependencies, eldest son of Y.M. Sri Paduka Tun Habib ‘Abdu’l Majid Ghazi bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Bendahara Sri Maharaja, sometime Regent of Johor, by his wife, Y.M. Tun Rembiah, daughter of the Chief Minister of Aceh. Succeeded his father as Sri Paduka Dato’ Bendahara Sri Maharaja, 1697. Proclaimed at Kota Tinggi on the death of Sultan Mahmud Shah II of Johor as Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah, 3rd September 1699. Fled from Johor Lama following the rebellion against his brother, the Yang di-Pertuan Muda, 1712. Captured by Raja Kechil, putative son of the deceased Sultan Muhammad Shah II, 21st March 1717. He was then re-appointed to the post of Dato’ Bendahara Sri Maharaja, and lived at Kota Tinggi. Retired to Trengganu in 1718, and removed to Pahang 1719. Established his new capital at Kuala Pahang, 11th July 1721. m. (first) Y.M. Raja Embun, a lady from a noble family of Johore. m. (second) Encik Nusamah, To’ Tengah (d. 21st November 1749), daughter of Mamajit, a commoner from Aceh. m. (third) Raja Mas Chayam [Nang Chayang], Raja of Patani (d.s.p. 1710), daughter of Sultan Long Bahar bin Raja Daim, Raja of Kelantan-Utara (Jembal) and Kelantan-Patani, by his wife, Raja Mas Kelantan, Raja PeremChe’ Puan of Patani, daughter of Raja Bakar [Kampung Teluk], Raja of Patani. m. (fourth) Daeng Sirat, a former lady-in-waiting to his third wife. He was k. while conducting his prayers on board his ship, by an emissary sent by Raja Kechil of Siak, off Kuala Pahang, before 21st November 1721 (bur. Royal Cemetery, Kuala Pahang), having had issue, sixteen children, including seven sons and six daughters:


  • 1) Y.M. Tun ‘Abdu’l Hamid ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, Orang Kaya NaraWangsa. He was k. with his father on board his ship, by an emissary sent by Raja Kechil of Siak, off Kuala Pahang, before 21st November 1721 (bur. Royal Mausoleum, Kuala Pahang), having had issue, a daughter:
    • a) Y.M. Tun Khadija [Tijah] binti Tun Nara Wangsa ‘Abdu’l Hamid. She d. 16th December 1741.

  • 2) Y.M. Sri Paduka Tun Abbas ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, Dato’ Bendahara SriMaharaja (cre. 4th October 1722). b. ca. 1698, educ. privately. Appointed as Governor of Pahang by his father in 1719. Styled Dato’ Temenggong Sri Maharaja 1721-1722. He went mad and d. at Bulang, 1736, having had issue:
    • a) Y.M. Sri Paduka Tun ‘Abdu’l Jamal bin Dato’ Bendahara Sri Maharaja Tun Abbas, Dato’Temenggong Paduka Raja of Riau (cre. 1757). He became mentally unstable and killed his nephew, Tun ‘Abdu’l Mutalib, in a fit of jealousy at Kuala Pahang in 1802. Arrested on the orders of the Sultan and sent as a prisoner to Riau. m. (first) Y.M. Tuan Encik Lah binti Dato’ Temenggong Tun Mutahir, of Pasir Naring, daughter of his paternal uncle, Y.M. Tun Muhammad Tahir ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil [Mutahir], Dato’ Temenggong Sri Maharaja, by his second wife, Encik Che’ Puan, daughter of Y.M. Sri Paduka Tun Muhammad Kamil [Mukamil] bin Dato’ Bendahara ‘Abdu’l Majid, Dato’ Temenggong Sri Maharaja, of Tanjong Batu. m. (second) ca. 1740, Daeng Maimuna (b. ca. 1723; d. after 1795), daughter of Opu Daeng Parani bin Opu Ten-ri Burang Daeng Rilaga, by his second wife, Y.A.M. Tengku Tengah Fatima binti al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, daughter of H.H. Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah Zillu’llah fi al-’Alam bin Dato’ Bendahara Sri Maharaja Tun Habib Ghazi, Sultan of Johor and Pahang. He was k. with his two sons in an explosion on a boat at Bulang, 1803, having had issue, five sons and two daughters.

  • 3) Y.M. Tun Husain ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, Dato’ Bendahara Paduka Raja. b. before 3rd September 1699 (s/o Raja Embun), educ. privately. Appointed as Governor of Trengganu by his father in 1720. He d. 1748, having had issue, three sons and two daughters:
    • a) Y.M. Encik Engku Aki bin Bendahara Paduka Raja Tun Husain. Copyright© Christopher Buyers
    • b) Y.M. Encik Engku Amat bin Bendahara Paduka Raja Tun Husain [Tun Abu Said?].
    • c) Y.M. Tun ‘Abdu’l Jamal bin Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Husain [Tun Abu], MaharajaIndra Bongsu of Trengganu.
    • a) Y.M. Tun Inah [Ngah] binti Dato’ Bendahara di-Trengganu. m. at Kuala Trengganu, shortly after 10th August 1735, Y.M. Tun ‘Abdu’l Majid bin Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir, Bendahara Paduka Raja (b. 1718; d. 1802), eldest son of her paternal uncle, Y.M. Tun Muhammad Tahir ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, Dato’ Temenggong Sri Maharaja of Johor – see Malaysia (Pahang). She had issue Y.M. Tun Pedah Yusuf bin Dato' Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdu’l Majid [Tun Da] (s/o Tun Inah). Ancestor of the Wan families of Tembeling.  . He had issue, a son:
      • a) Y.M. Tun ‘Abdu’llah bin Tun Da. He had issue, five sons and a daughter:
        • i) Encik Wan Endut bin Tun 'Abdu'llah [Engku Khatib]. He had issue, six sons:
    • b) Encik Engku Ada binti Bendahara Paduka Raja Tun Husain

  • 4) Y.M. Tun Muhammad Tahir ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil [Mutahir], Dato’ Temenggong SriMaharaja (cre. 4th October 1722) (s/o Raja Embun), educ. privately. m. (first) Dato’ Che’ Puan (d. 15thMarch 1745). m. (second) Encik Che’ Puan (b. before 1716), daughter of his maternal uncle, Y.M. Sri Paduka Tun Muhammad Kamil [Mukamil] bin Dato’ Bendahara ‘Abdu’l Majid, Dato’ Temenggong SriMaharaja, of Tanjong Batu. He d. in Pahang, before 12th December 1757 (bur. Royal Mausoleum, Kuala Pahang), having had issue:
    • a) Y.M. Tun Muhammad bin Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir [Engku Busu], Dato’Bendahara Tua (s/o Dato Che’ Puan, and half-brother of Tun ‘Abdu’l Majid). Ancestor of the Wan families of Tembeling.
    • b) Y.M. Tun ‘Abdu’l Majid bin Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir, Dato’ Bendahara PadukaRaja (s/o Encik Che’ Puan) – see Malaysia (Pahang).
    • c) Y.M. Tun ‘Abdu’l Rahman bin Dato’ Temenggong Tun Mutahir (s/o Encik Che’ Puan). He d. at Kuala Linggi, 30th June 1745.
    • d) Y.M. Tun ‘Abdu’l Jamil bin Dato’ Temenggong Tun Mutahir (s/o Encik Che’ Puan). He d. after 1737.
    • e) Y.M. Tun Yusuf bin Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir (s/o Encik Che’ Puan). 
    • f) Y.M. Tun Abbas bin Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir. Settled at Semantan.
    • a) Y.M. Tuan Encik Lah binti Dato’ Temenggong Tun Mutahir (d/o Encik Che’ Puan). Settled at Pasir Naring. m. Y.M. Sri Paduka Tun ‘Abdu’l Jamal bin Dato’ Bendahara Sri Maharaja Tun Abbas, Dato’ Temenggong Paduka Raja of Riau (k. with his two sons in an explosion on a boat at Bulang, 1803), son of her paternal uncle, Y.M. Sri Paduka Tun Abbas ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, Dato’ Bendahara Sri Maharaja,

  • 5) Tun …ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, Orang Kaya Raja Indra Bongsu (cre. 4thOctober 1722) (s/o Daeng Sirat). Fled to Malacca after the revolution of 1717 but rejoined his brother in Pahang in July 1721. Copyright© Christopher Buyers
  • 6) H.H. Tengku Raja Sulaiman [Abang Engku], Yang di-Pertuan Raja Muda, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan Sulaiman Badr ul-‘Alam Shah ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Johor and Pahang and their dependencies (s/o Encik Nusamah) – see below.
  • 7) Y.A.M. Tengku Raja ‘Abdu’l Rahman ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah [Raja Abdu].b. after 1700 (s/o Encik Nusamah), educ. privately. He is mentioned in certain sources as Sultan ‘Abdu’l Karim, perhaps an indication that he may have been installed as Sultan Muda during the reign of his elder brother or later. He had issue:
    • a) Y.M. Tengku ‘Abdu’l Hamid bin Sultan ‘Abdu’l Karim, of Riau.

  • 1) Y.M. Engku Siti binti al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah. b. before 3rd September 1699.
  • 2) Y.M. Engku Tatanag Wangsa binti al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah. b. before 3rdSeptember 1699 (d/o Encik Nusamah).
  • 3) Y.A.M. Tengku Tengah Fatima binti al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah [Tengku Raja Irang].b. after 1701 (d/o Encik Nusamah). m. (first) October 1722, as his second wife, Opu Daeng Parani (k. by a cannon-ball at Kedah, 1723), second son of Opu Ten-ri Burang Daeng Rilaga. m. (second) Y.M. Sri Paduka Tun Hasan bin Dato’ Bendahara Tun ‘Abdu’l Jamal, Dato’ Bendahara Sri Maharaja (d. before 1770), son of her paternal uncle, Y.M. Sri Paduka Tun ‘Abdu’l Jamal bin Dato’ Bendahara ‘Abdu’l Majid,Dato’Bendahara Sri Maharaja, of Pahang. Shed. in Siak, before 1741, having had issue, an only daughter by her first husband – see Indonesia (Riau).
  • 4) Y.A.M. Tengku Bah binti al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah (d/o Daeng Sirat).
  • 5) H.H. Tengku Raja Mandak binti al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, Tengku Ampuan (cre. 1728). b. after 1702 (d/o Encik Nusamah). m. before 1728, H.H. Paduka Sri Raja Chelak bin Daeng Rilaga, Yang di-Pertuan Muda of Riau (d. in Riau, 19th May 1745), youngest son of Opu Ten-ri Burang Daeng Rilaga. She d. in Riau, 10th February 1748, having had issue, two daughters – see Indonesia (Riau).
  • 6) Y.A.M. Tengku Cik Bongsu Kamariah binti al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, RajaPerempuan.b. after 1703 (d/o Encik Nusamah). m. 1718, H.H. Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil Rahmat Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Sultan of Siak (b. at Pagar Ruyung, ca. 1700; d. at Buantan, 1746), putative posthumous son of H.H. Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Shah, Sultan of Johor, by Encik Apung, a lady-in-waiting, and daughter of the Lakshmana of Johor. She d. ca. 1740, having had issue, one son – see Indonesia (Siak).

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...