Cadangan pembinaan Jambatan dan Terowong dari Kukup, Pontian ke Kepulauan Riau (JOKARI) yang diutarakan pengkaji dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada awal tahun 2014 mendapat petanda positif.
Projek ini sudah pun mendapat minat pelabur. Projek kos RM16 bilion ini mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia dan Indonesia.
Nama singkatan projek ini JOKARI hampir sama bunyi dengan nama Presiden Indonesia JOKOWI.
Sektor swasta yang boleh laksanakan projek ini. Oleh kerana brand 1MDB sudah terkenal di seluruh dunia maka 1MDB boleh melaksanakan Projek Jambatan Terowong JOKARI.
Projek ini melibatkan pembinaan sebuah jambatan lima kilometer dari Kukup, Pontian ke sebuah pulau buatan.
Ia kemudian disambung oleh terowong bawah laut sepanjang 17.5 kilometer menghubungkan Pulau Karimun, Indonesia.
Jambatan lain juga bakal dibina bagi menyambungkan Pulau Karimun ke pulau-pulau lain di Riau yang lain.
Projek itu dijangka memberi impak kepada hubungan dua hala Malaysia – Indonesia terutamanya dari segi ekonomi.
Jambatan Terowong JOKARI itu boleh menyumbang sehingga 3 hingga 4 peratus kepada ekonomi negara.
Sumbangan itu dijangka mencecah sehingga lima peratus selepas sepuluh tahun.
Projek ini lebih efektif dari segi kos dan jarak jika dibandingkan dengan rancangan membina jambatan yang menghubungkan Dumai dan Melaka yang dianggarkan menelan belanja RM44.3 bilion.
Kajian awal menunjukkan projek itu bakal memberi impak ekonomi yang besar antara Riau dan Johor malah risiko dan kesan kacau ganggu alam sekitar yang rendah jika dibandingkan rancangan jambatan Dumai-Melaka atau Batam-Singapura.
Pembinaan terowong dasar laut seperti yang menghubungkan Paris, Perancis dan London, United Kingdom itu tidak akan mengganggu perjalanan kapal dagang di Selat Melaka kerana tiada struktur yang dibina di atas permukaan laut.
JOKARI Link menggunakan contoh Jambatan Oresund yang menghubungkan Malmo, Sweden dengan Copenhagen, Denmark. Jambatan Oresund juga menggunakan kombinasi jambatan dan terowong.
Kaedah 'boring' boleh digunakan seperti yang digunakan dalam pembinaan Mass Rapid Transit di Lembah Klang dan akan memakan masa tiga hingga lima tahun untuk disiapkan.
Dua syarikat kejuruteraan antarabangsa dari Korea Selatan dan Perancis berminat untuk terlibat sama dalam pembinaan JOKARI Link.
Syarikat kejuruteraan dari Korea Selatan itu bertanggungjawab membina Busan-Geogje Fixed Link yang juga menggabungkan pembinaan jambatan dan terowong dasar laut.
Kedua-dua syarikat itu memiliki teknologi ‘Immersed Tunnel’ yang dicadangkan untuk digunakan di JOKARI Link, berikutan kos pembinaannya yang lebih murah berbanding ‘Boring Tunnel.’
Projek itu akan memanfaatkan Malaysia kerana Riau adalah wilayah kedua terkaya di Indonesia selepas Kalimantan Utara dari segi minyak, gas asli, arangbatu dan batu granit.
Riau yang berada dalam Koridor Pembangunan Sumatera juga adalah kawasan penanaman kelapa sawit terbesar di Indonesia.
Mercu tanda hasil hubungan diplomatik dua negara Malaysia-Indonesia satu pembangunan projek pembinaan terowong antara Johor- Riau (JOKARI) bakal direalisasikan.
Pembinaan jambatan terowong itu bakal mengubah hubungan global antara negara di sudut ekonomi termasuk mengeratkan hubungan antara tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Kesan negatif terhadap alam sekitar, boleh diminimakan memilih cara terbaik iaitu gabungan antara jambatan dan terowong bawah laut.
Pulau Karimun ternyata bersedia dari segala aspek termasuk sosial dan infrastruktur sekiranya cadangan Jambatan Terowong JOKARI menjadi kenyataan.
Ia juga akan menjadi pulau pertama yang mempunyai jalan darat menghubungkan antara Malaysia-Indonesia.
1MDB boleh laksanakan Projek Jambatan Terowong Johor-Karimun-Riau (JOKARI).
4 comments:
idea yang sangat menarik. Tapi kos yang tinggi bakal menjadi penentu realisasi projek ni..
Adakah kerajaan juga pembiayainya.? Satu kaedah yang tidak kena pada masanya..
Mungkin mewujudkan sykt JV antara negara lebih sesuai..
sebelum melangkah lebih jauh dengan membuat terowong ke indonesia tersangat lah baik nya kerajaan membuat jambatan bengkok ke singapura terlebih dulu sebab rakyat johor telah terlalu lama merindukan kebersihan air di selat tebrau.rasa nya terlalu kecil kos jambatan bengkok itu dengan perbandingan kos 16 bilion untuk terowong ke indonesia itu
skrg senyap je, bila nk terlaksana
Post a Comment