Thursday, October 15, 2015

Apa Sebenarnya "Politik Baru" Saifuddin Abdullah?

Cover Politik Baru

Dulu...WZWH bangga kerana Pahang ada politikus philosopher. Jarang ada ahli politik tulis buku. Dato' Saifuddin Abdullah ketika itu ahli parlimen Temerloh, Timbalan Menteri, MT UMNO dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

WZWH baca buku " Politik Baru" Saifuddin Abdullah. Banyak kali belek juga.

Antara isi-isi penting buku itu yang boleh WZWH ringkaskan dulu...

Temanya cliche iaitu perubahan. Terminologinya bukan baru kerana New Politics sudah digembar-gemburkan di banyak negara maju termasuk di AS. Pentadbiran Obama sering dikaitkan dengan amalan New Politics tetapi dalam konteks yang berbeza. Di AS, demokrasinya sudah jauh lebih matang berbanding di Malaysia. Obama dengan idea bipartisanship, sudah memulakan amalan ini yakni melantik ahli kabnet dari kalangan parti Republikan. Satu amalan yang amat mustahil untuk berlaku di Malaysia setidak-tidaknya untuk 50 tahun lagi!

Politik Baru adalah pandangan penulis tentang politik di Malaysia. lebih tepat lagi budaya dan tingkahlaku. Beliau menyarankan budaya lapuk dan negatif di kalangan politikus dan gurkha-gurkha politik diubah dan diganti dengan budaya yang lebih segar seperti mengamal politik dengan ilmu. Rata-rata bagi beliau pemimpin disanjung kerana kuasa dan wangnya bukan kerana ilmu dan peribadinya. which is extremely true! Jikalau pemimpin kita sebenarnya tidak korup atau tidak baik, tetapi persepsi umum hari ini tidak dapat menanggalkan topeng pemimpin BN dengan amalan korupsi. It doesnt mean that people think the opposition is free from corruption, but today generation demands transparency and sincerity. It sounds a bit idealistic, but why idealistic has always been an excuse for us to have better governance?

Paling istimewa kerana buku ini ditulis oleh seorang menteri yang masih berada dalam kabinet. Selalunya, yang menulis dan mengkritik apabila mereka sudah tiada kepentingan atau dibuang dari parti. Politik Baru adalah talian hayat untuk BN dan UMNO. Sekiranya mereka tidak memilih talian hayat ini dan terus dengan kejahilan mencari jawapan, BN and UMNO will be out of the game for the next general election.




Maka DS Najib masa itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan bangganya melancarkan buku karya anak Pahang politikus philosopher itu di Putrajaya pada 20 Januari 2009.

Pernah juga WZWH menulis  dalam posting yang terdahulu disamping "Politik Baru" ini seorang ahli parlimen itu perlu tahu politik kampung, apa yang pengundi di kawasan parlimen mahu.

Orang kampung mahu jalan, jeti, rumah, tanah pertanian, bantuan peruntukan , sumber ekonomi, projek-projek pembangunan, saham felcra sedikit dsb selain kemudahan infrastruktur asas.

Orang bandar mahu kemudahan perbandaran, peluang-peluang pekerjaan, bisnes hasil dari pembesaran bandar dan projek-projek pembangunan bandar selain institusi pendidikan, kilang-kilang dan industri park.

Jika ahli parlimen itu berupaya dan berkebolehan membawa sebanyak peruntukan yang boleh dengan meyakinkan pembuat keputusan maka kawasan parlimen itu lebih cepat membangun lalu pengundi akan membalas dengan undi ahli parlimen itu bila bertanding PRU.

Tidak terdaya juga orang kampung, orang bandar dan pengundi hanya mendengar ceramah "Politik Baru" ini tanpa tindakan dan gerak kerja hasil real politik.

Bila menang PRU maka itulah KPI ahli parlimen yang sebenar.

Sebelum PRU 13, UMNO Bahagian Temerloh telah briefing kepada DS Najib bahawa parlimen Temerloh boleh menang majoriti 13,000 undi . Wah WZWH fikir parlimen Temerloh sudah cukup baik. Jika hendak dibandingkan dengan ramalan parlimen Jerantut UMNO Jerantut boleh menang majoriti 4000 ke 5000 undi sahaja.

Keputusan yang sebenarnya Saifuddin Abdullah kalah majoriti 1070 undi kepada calon PAS.

Calon sekaliber, karisma seperti Saifuddin Abdullah boleh kalah? Tidak mengapa Tun Mahathir pun pernah kalah parlimen Kota Star pada PRU 1969.

Selepas itu DS Najib telah melantik Saifuddin Abdullah sebagai CEO of Global Movement of Moderates (GMM). Dengan harapan Saifuddin Abdullah boleh mengerakkan politik global DS Najib.

Hari ini Saifuddin Abdullah memperlihat real "Politik Baru" yang sebenarnya...




Apa alasan Saifuddin Abdullah keluar dari UMNO dan join PKR?

  • kegagalan UMNO menangani isu berhubung syarikat bermasalah 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion sebagai punca beliau meninggalkan parti tersebut.
  • UMNO kini sudah tidak serasi dengan landasan perjuangannya. Tidak ada satu perbincangan yang komprehensif dan mendalam. 
  • PKR adalah parti berbilang kaum dan agama yang menyebabkan beliau tertarik dengan parti yang diasaskan selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 itu.
  • Hati saya terpaut dengan PKR.

Ironinya Tun Mahathir, TSMY, Shafie Afdal, Ku Li, TSSJ mengkritik hebat isu yang sama tetapi tidaklah sampai istihar keluar UMNO dan join parti pembangkang.

UMNO parti paling lama memerintah rekod dunia tidak ada satu perbincangan yang komprehensif dan mendalam?

Tidakkah BN yang dulu Perikatan adalah parti berbilang kaum dan agama?

Sememangnya Saifuddin Abdullah perlu mengaku hati saya sudah bersama DSAI sejak dulu lagi.


Apa sebenarnya "Politik Baru" Saifuddin Abdullah?



Beliau boleh bertanding di mana-mana kawasan parlimen yang diperuntukkan kepada PKR.

Beliau yakin menang jika sekiranya dicalonkan oleh PKR.

Beliau percaya Pakatan Harapan (Rakyat) boleh menang PRU 14.

Beliau adalah material Kabinet Baru Pakatan Harapan sebagai Menteri.

Barangkali itu sebenarnya "Politik Baru" Saifuddin Abdullah!

Kalau itulah...bukanlah politik baru sangat...

Dato' Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 seorang lagi politikus philosopher Pahang telah lama praktik politik baru dari mantan ADUN UMNO Pulau Manis kemudian keluar UMNO join DAP dan akhirnya menjadi ahli parlimen Raub menang PRU 13.

That the real definition of "New Politics" according politikus philosphers Pahang!

2 comments:

Anonymous said...

Pengundi Tloh tak sokong dia sbb kegagalan membawa kemajuan di T'loh. Pengundi kesal dgn janji BN nak bawa IPTA,MRSM dan jadikan Tloh pusat ilmu, janji sejak tahun 2000 lg. Watch out BN dan Dato Seri Najib, selagi tak tunaikan janji2 ni, letaklah siapa pun, pasti kalah! Saya percaya Datuk Sharkar as boss UMNO Tloh sangat maklum perkara ni kerana inilah rintihan anak-anak muda di Tloh (majoriti pengundi pada PRU 14 nanti).

Menjadikan Tloh sebagai pusat ilmu dapat menjana ekonomi masyarakat setempat. Lihat menifesto ahli parlimen PAS masa PRU 13, menjadikan Tloh as pusat ilmu (termasuk pengajian islamik spt pusat2 tahfiz dll) menjadi teras kempennya dan ternyata ini menarik minat pengundi. Kini, mmg banyak pusat2 tahfiz di sekitar Tloh dan akan datang yang akan dibuka.

Oleh yg demikian, kalau rasa2 nak rampas kembali Tloh, bukalah IPTA secepat mungkin. Pernah bawa ke Parlimen isu nak bawa UM dan MRSM ke Tloh tp terus snyap sunyi dan diambil alih oleh daerah lain (Bentong yg dpt MRSM-yg kemudiannya bermasalah juga). Saifuddin janjikan cwgn UIAM, tp tidak berjaya.

Nanti akan adalah komen2 macai yg kata takkan semua daerah nak ada IPT. Seperkara harus diingat, jgn bandingkan T'loh dgn tmpt lain sbb apa yg dituntut rakyat adalah apa yg telah dijanjikan sejak sekian lama. Jadi, fikir2kanlah wahai PM dan BN, bandar Tloh/Mtkb yg besar dan kedua selepas Kuantan di Pahang ni, tp syg UiTM, politeknik, maktab perguruan, satu apa pun takder.. PM pun takkan asal ada usul utk bawa IPT, semua nak letak kat Pekan kot...

Anonymous said...

kpd DSN /BN, permohonan diadakan MRSM bukanlah berat manapun, konsep yg sama 'mcm nak buat sekolah menengah'. Tmbhan lagi tidakkah ini sebahagian drpd tunjang utama UMNO. bukanlah brmaksud utk racis, pokok utama brkaitan MRSM.
1. Pendidikan yg lebih bkualiti-yg akan diterima oleh pelajar melayu
2. Peluang pekerjaan-guru2, pekerja am tmasuk tukang potong rumput malahan kontrak kecil akan memanfaatkn org melayu
3.Ekonomi bskala kecil-kedai mkn,homestay/hotel,rumah sewa, kedai runcit akan mmberi mnfaat kpd org melayu yg modalnya kecil sekaligus mengurangkn jumlah org tidak bpndapatan, mewujudkn tmbhn peluang pkerjaan.
sekalipun klaulah kerajaan xdpt nak buat, org3 UMNO bukalah unit Wakaf dlm parti.pasti ramai yg akan mghulurkannya.
#org yg dah tukar parti, biarlah dia. pru12 adalah titik pengenalan PR, pru13 bnyak mnjelaskn hubungan sbnr PR & ramai tkelu n mgkin kecewa. begitu juga dgn UMNO. sblm pru 14,berilah khabar gmbira n realisasikan 'janji' kpd mrk yg telah dijanjikan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024