Thursday, October 15, 2015

DS Najib Perdana Menteri Paling Kuat Dan Berpengaruh Dalam Sejarah Politik Malaysia




DS Najib lebih disayangi oleh ulama, anak-anak Raja dan pemerintah Arab. Pemerintah dan pemimpin Arab sanggup berkorban membantu politik DS Najib seperti juga pemimpin China all out mempertahankan kepentingan Malaysia sebab DS Najib.





King Salman Arab Saudi mahu DS Najib mempertahankan Islam bersama ke martabat yang tinggi di dunia mengikut pesanan Rasullulah S.A.W. Islam yang sederhana ditonjolkan lebih dari Islam yang extreme. Arab Saudi sanggup membantu.




Presiden China Xi Jinping komited mahu membangunkan Asia dan meluaskan pengaruh di seluruh dunia melalui perdagangan, bisnes, pelaburan bagi kepentingan bersama. China sanggup melabur membina projek-projek infrastruktur dunia dan mahu Malaysia pantas bergerak mengikut Visi China. Malaysia negara pertama yang mengadakan hubungan diplomatik dengan China di era Tun Razak dan Moa Zedong. DS Najib adalah simbol hubungan erat China dan Malaysia.




Presiden Obama sanggup menerima syarat-syarat kepentingan Malaysia dalam TPPA seperti hak-hak istimewa orang Melayu, Bumiputera, kepentingan GLC, SMI dan local industries and suppliers tidak terjejas kerana mahu sokongan Malaysia untuk balance kedudukan superpower Amerika. Selain kepentingan ekonomi Malaysia jangka panjang.

DS Najib adalah Perdana Menteri paling kuat dan berpengaruh dalam sejarah politik Malaysia. Ekonomi Malaysia adalah dibentuk mengikut polisi-polisi DS Najib bagi berkembang di masa depan yang penuh cabaran dengan cara DS Najib sendiri melalui pengaruh beliau.

Ekonomi Malaysia akan bertambah baik dan pertumbuhan ekonomi yang boleh membawa Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

Apa yang berlaku adalah adjustments yang boleh buat pemimpin-pemimpin yang dulu tidak senang kerana cara kerja politik DS Najib yang tidak mahu membebankan rakyat dengan kesilapan-kesilapan pemimpin dahulu dalam perjanjian ekonomi domestik seperti IPP, Tol, dsb.



Agenda pemimpin-pemimpin veteran atas apa-apa alasan dan kepentingan yang dilihat mahu menjatuhkan DS Najib adalah kerja sia-sia. 

It is enough for your era indeed ...let DS Najib feel free to do his jobs...majority rakyat and young people support DS Najib for his vision.

PRU 14 DS Najib akan menang lagi menerajui kembali Kerajaan Malaysia.

8 comments:

Anonymous said...

Yaa... betullah tu.... dalam mimpi... hehehe. Sori bang.... hehehe.

Anonymous said...

Paling bodoh pun iya jugak.

Anonymous said...

1 malaysia... nk kata perpaduan antara kaum semakin baik x jugak. maju??? nampaknya hanya setakat meneruskan legasi yang lalu sahaja. Jalan yang dah diturap cantik2. najib dah agak lama jadi PM sebenarnya... dia pun bukannya jadi PM secara tiba2. sepatutnya kesan positif dah dapt dikongsi rakyat. Jangan nak salahkan orang lain sahaja. kebolehan seseorang ada limit. Mungkin najib dah all out tp itulah limit dia.

Anonymous said...

kesiannn....Bro bukan x mo sokong najib....ahjibgor punya perbuatan sendiri menyebabkan rakyat berpaling tadah! Kalau najib org yg benar, engkau dan ramai lagi penjilat tegar najib x payah bersusah payah nak defend dia dgn memerah otak menjawab persoalan! ini penggal kedua dia memerintah, waktu penggal pertama kalau bermasalah org boleh paham sebab dia org baru!

apa yg berlaku pada najib sedang dipertontonkan oleh Allah SWT. hari ni ko tgk cuaca di malaysia pun tak macam dahulu. Dahulu boleh rasa sunggoh keberkatannya!

Anonymous said...

Tidak ada apa yang membanggakan bagi rakyat malaysia malah, ianya lebih memeritkan kehidupan rakyat....

Hanya golongan2 penjilat dan berkepentingan sahaja melalui kehidupan yang menyeronokkan tanpa mempedulikan penderitaan rakyat termasuk WZWH..

kiasfansuri said...

tulisan terbaik, tuan!!!!

Anonymous said...

Biarlah Najib uruskan negara. Dia dah jadi PM dengan cara demokrasi. x de jatuh menjatuhkan orang macam sesetengah orang tu. Kadar kemiskinan pun sudah menurun. Ada yg kata menderita tu mungkin ada sebab lain. Mungkin kerana sakit berpanjangan, dilanda musibah, terjerat dengan along atau kena rompak. Kena redhalah mungkin ujian. Secara umumnya, everything is ok.

Anonymous said...

Pala butuh

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024