Monday, August 30, 2010

Projek Jambatan Perlis-Langkawi

WZWH rasa terpegun juga dengan cadangan projek jambatan Perlis-Langkawi sejauh 48km dengan kos sebanyak RM130 bilion. Wow! satu projek supermega yang telah diilhamkan lebih 10 tahun dulu.

Diberitakan projek ini akan dilaksanakan pada tahun depan. Dua syarikat sedang menyiapkan cadangan projek untuk diserah kepada kerajaan negeri Perlis pada bulan depan.

Projek ini akan merupakan dasar pokok ucapan MB Perlis Mohamad Isa Sabu bila beliau membentangkan bajet negeri 2011. Projek Supermega ini diumumkan untuk menaikkan imej kerajaan BN dan kalau hendak memastikan projek ini dilaksanakan maka rakyat Perlis mestilah mengundi BN pada PRU 13 nanti.

WZWH difahamkan dua syarikat berdaftar di Perlis telah mencadangkan pembinaan jambatan sepanjang 48km menghubungi Langkawi ke Kuala Perlis. Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd Kamarudin Husin berkata syarikat mempunyai dana yang cukup untuk membina projek yang termasuk sebuah jambatan monorel.

Diberitakan Tun Mahathir dan penduduk Langkawi menentang cadangan projek jambatan ini kerana boleh menjejaskan ekologi Pulau Langkawi dan risau takut bila siap projek jambatan tersebut akan buat ramai pelancung tidak mahu bermalam di Pulau langkawi.

WZWH membayangkan nilai projek RM130 bilion. Kalau betul cakap Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd yang syarikat punya dana mencukupi ini bermakna ramai pelabur luar berminat dengan projek tersebut walaupun ekonomi baru hendak pulih.

Jika kita boleh bawa wang sebanyak itu ke Jerantut maka senanglah kita menyiapkan beberapa projek-projek yang Jerantut perlu siapkan demi kemudahan penduduk Jerantut seperti:
  • Jalan Ulu Tembeling
  • Jalan Ulu Tembeling-Terengganu
  • Jalan Kuala Tembeling-Sungai Lembing.
  • Jalan Jerantut- Benta
  • Jalan Maran -Jerantut
  • Jalan Ulu Cheka -Bentong
  • Beberapa Jambatan merentas Sungai Tembeling
  • Kereta Kabel Gunung Tahan
  • Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai
  • Loji Janakuasa Nuklear Tembeling
  • Flyover bandar Jerantut-Kampung Tampin
  • Zoo Aquakultur Kuala Tahan
Jika pemimpin kita boleh meyakin kerajaan pusat dan pelabur datang ke Jerantut maka projek-projek di atas boleh kita laksanakan. Memang kita boleh buat projek-projek itu.

Sunday, August 29, 2010

Dasar "Pemain Import" Parlimen Jerantut

Posting WZWH bertajuk " Nazir Razak calon parlimen Jerantut PRU 13" telah menerima beberapa "feedback" pandangan dan komen dari pembaca blog WZWH yang menarik untuk diperbincangkan.

Berikut dua komen yang menyentuh hati WZWH:

Anonymous said...

Jerantut ini telah dijajah kepimpinannya oleh orang luar dah banyak kali (Sharif Ahmad, Kamaruzaman Baria, Tengku Lan), cukuplah tu... Bagilah kepercayaan kepada anak tempatan, banyak lagi yang bagus-bagusnya, yang benar-benar boleh berusaha untuk membangunkan parlimen dan rakyat Jerantut. Zaman Wan Bakar dulupun ok dah, banyak juga yang dirancang nak majukan jerantut ni.. tapi usahanya banyak tergendala, mungkin kerana terlalu bermain politik... Kali ini mesti ditonjolkan anak tempatan yang benar-benar faham terhadap kehendak dan suasana tempatan..

Satu usaha yang tidak yakin kepada kebolehan anak tempatan.., sdr tidak yakin kepada kebolehan sendiri - adakah sdr tidak layak?...

DSN tidak mungkin akan meletak adiknya dalam kancah politik dan saya yakin Nazir Razak tidak akan terjun ke dalam politik, beliau akan bertahan sebagai tokoh koperat terkemuka.

Kalau inilah WZWH, beliau bukan contoh terbaik untuk diteladani dan diikuti, beliau seorang bersifat tidak berpendirian.., hentikanlah kalau hendak mewarisi datok nenek yang dikatakan puak-puak pemimpin silam..

Terima kasih, satu nasihat motivasi yang baik. WZWH akui. Tapi Jerantut dari sejarah ahli parlimennya pucuk pimpinan tertinggi suka ambil calon import. WZWH tidak pasti samada dasar ini mahu diteruskan oleh DS Najib dan MB Pahang pada PRU 13 nanti. Sekiranya dasar "pemain import" ini diteruskan maka sebab itu WZWH mencadangkan Nazir Razak. Sudah menjadi nasib rakyat Jerantut, pucuk pimpinan UMNO tidak yakin dengan kemampuan anak tempatan. Rakyat Jerantut akan menentukan nanti samada mereka masih mahu "pemain import" atau tidak pada PRU 13 nanti. Mungkin pada PRU 13 nanti jika rakyat Jerantut sudah bosan dengan servis pemain import yang acuh tak acuh akan "menguburkan pemain import terakhir" yang UMNO pilih. Masa akan menentukannya....

Kenapa pucuk pimpinan tertinggi UMNO suka menguna pakai Dasar Pemain Import parlimen Jerantut? Soalan ini sangat menarik untuk diperbincangkan oleh ahli UMNO dan rakyat Jerantut. WZWH telah mengkaji soalan ini selama 20 tahun maka ini yang WZWH boleh ketengahkan:

  • PM dan MB tidak yakin dengan kemampuan anak-anak tempatan. Mungkin orang Jerantut IQ politiknya atas sikit pada orang Asli. Ertikata yang pemikiran politik orang Jerantut "bodoh".
  • PM dan MB mendapati puak-puak politik Jerantut suka "berperang sesama sendiri". Maka sebab itu perlu calon import untuk menjajah pemikiran politik Jerantut.
  • PM dan MB tidak nampak Jerantut ada tokoh yang hendak ditonjolkan. "Vaccum of leadership".
  • Pemimpin-pemimpin politik Jerantut tidak pandai, tidak berani, kelu lidah untuk mengatakan TIDAK kepada pucuk pimpinan dan apa sebenarnya yang mereka sendiri mahu.
  • Pemimpin-pemimpin politik Jerantut mempunyai perasaan "inferiority complex"-rasa rendah diri yang sangat tinggi.
  • Pemimpin-pemimpin politik Jerantut tidak mahu ke depan segan.
  • PM dab MB berfikir bahawa masyarakat Jerantut masih lagi primitif tamadunnya membuatkan amalan "feudal" boleh diterapkan maka pilih pemimpin yang pucuk pimpinan suka dan letak saja bertanding di parlimen Jerantut.
  • Mungkin orang Jerantut suka orang luar jadi ahli parlimen, lepas ni kalau hendak ubah selera orang Jerantut akan pilih calon dari Kota Bharu ,Kelantan pula sebagai ahli parlimen.
  • Jiwa pemikiran politik orang Jerantut yang memang suka dijajah. Orang politik Jerantut tidak ada keyakinan. Mentaliti "slave" atau hamba masih ada pada majoriti orang Jerantut.
  • Mungkin kerusi parlimen Jerantut dikhaskan untuk calon-calon kategori "bermasalah" yang tiada tempat lain maka Jerantut dikorbankan untuk mereka.
Tapi faktor-faktor di atas tidak dipedulikan oleh orang Jerantut kerana mereka memang tidak kisah. Dan bila ada masalah-masalah berbangkit mengenai pembangunan dan servis yang tidak efisien dan efektif maka janganlah menyalahkan sesiapa- salahkan diri sendiri kerana kita orang Jerantut tidak ada "will power" atau "political will" untuk memerdekakan pemikiran dan jiwa politik kita sebagai orang Jerantut.

Nazir Razak Calon "Malaikat" Menepati Kriteria WZWH Parlimen Jerantut PRU 13

Satu operasi "drastic cleansing" calon-calon UMNO PRU 13 perlu dilakukan oleh DS Najib dan MB Pahang bagi membersihkan UMNO bahagian Jerantut. Mengambil kaedah Tun Mahathir, satu pembedahan kepimpinan politik UMNO Jerantut perlu dilaksanakan untuk membersih UMNO Jerantut.

Maka operasi "Drastic Cleansing" calon-calon UMNO pada PRU 13 perlu diaplikasikan dengan penuh yakin oleh DS Najib dan MB Pahang. UMNO perlu mencalonkan "calon malaikat" di Jerantut.

Kriteria "calon malaikat":
  • bersih
  • berintegriti
  • berkepimpinan
  • berpendidikan baik sekular atau agama
  • Tiada kes skandal
  • Tiada kes hutang melampau
  • muda
  • berminat dan bersemangat
WZWH amat percaya jika DS Najib dan MB Pahang letak calon-calon parlimen dan DUN yang memiliki sifat-sifat "calon malaikat" nescaya 70% pengundi-pengundi 48,000 parlimen Jerantut akan memilih calon parlimen dan DUN dari UMNO!

Beberapa tokoh telah disurvey tapi tidak mencapai tahap piawai atau standard yang rakyat Jerantut semakin bijak, cerdik dan chosy memilih. Pengundi Jerantut tidak mahu bakal ahli parlimen yang ada masalah peribadi, tidak ada akal kekuatan untuk berfikir memajukan Jerantut, yang lebih memikirkan keuntungan peribadi lebih dari rakyat, yang mengumpul harta sebanyak-banyaknya dan yang tiada visi dan agenda.

Kali ini dari generasi muda Jerantut apa yang WZWH difahami pengundi muda mahu pemimpin muda yang dinamik yang boleh bukan sahaja memajukan Jerantut tapi juga memberi sumbangan kepada negara dengan buah fikirannya untuk membina negara bergerak di atas landasan yang betul membawa halatuju negara.

WZWH mencadangkan kepada DS Najib dan MB Pahang supaya Nazir Razak dicalonkan sebagai ahli parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti. Ramai orang-orang muda Jerantut yang duduk di Kuala lumpur dan di Jerantut memberi idea kepada WZWH bahawa Jerantut perlu ahli parlimen baru seperti ketrampilan dan kewibawaan Nazir Razak.

Siapa Nazir Razak? Beliau anak bongsu Tun Razak Perdana Menteri ke dua, Bapa Pembangunan Malaysia, pemimpin muda teknokrat baru berumur 44 tahun tapi sudah terbukti kepimpinan dan pengurusannya membina Bank CIMB menjadi bank ke tiga terbesar di Malaysia.

WZWH dan pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut sudah tentu boleh membantu Nazir Razak dari segi politik dan kerja akar umbi baik bahagian, cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri serta seluruh masyarakat Jerantut. WZWH percaya pengundi Cina dan India di Jerantut sudah tentu amat gembira untuk menerima Nazir Razak sebagai bakal ahli parlimen mereka. Nazir Razak adalah icon pemimpin 1Malaysia generasi muda Malaysia.

Maka Jerantut memerlukan pemimpin yang boleh menyatupadukan semua kumpulan politik Jerantut bukan saja dari UMNO tapi juga dari komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan seluruh masyarakat Jerantut. Nazir Razak adalah tokoh yang WZWH cadangkan untuk menjadi ahli parlimen Jerantut. Anda semua fikirkanlah...

Tulah Menghina Malaysia Letupan Berapi Bakal Membalun Indonesia

WZWH bersetuju dengan pandangan blogger Aku Yang Gambi (AYG) di bulan Ramadan yang mulia ini bila rakyat Indonesia menghina Malaysia begitu rupa, Allah akan menurunkan bala. Seperti Pakistan yang sering kita dengar pengeboman sesama orang Islam di masjid dan di pasar, membunuh anggota keselamatan dan polis serta orang ramai.

Lihat apa bala besar berlaku di Pakistan, Allah telah menurunkan banjir amat dasyat menyebabkan rakyat hidup dalam kesusahan dan derita. Perlukah satu tsunami melanda Indonesia bagi memperingati rakyatnya yang sudah hilang ingatan dan kewarasan menggila.

Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara (Sumut) telah meletus malam tadi sekitar jam 1.10 pagi waktu Malaysia setelah lebih 410 tahun gunung ini tidak menunjukkan tanda-tanda aktif.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) telah mengarahkan agar Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) dan Pemda Sumut bertindak cepat untuk menyelamatkan penduduk sekitar yang dianggarkan berumlah 10 ribu orang.

Gunung Sinabung yang berketinggian 2.400 meter dari aras laut terletak di Karo, Sumatera Utara, telah lama tidak menunjukkan tanda-tanda aktif ini mempunyai kemiripan dengan Gunung Kratakau di Selatan Sunda.

Semoga rakyat, penghuni yang berhampiran dengan gunung Sinabung selamat serta tabah menghadapi dugaan. Indonesia tidak henti-henti diduga dengan malapetaka alam yang hebat.

Tahun lalu pada 30 September kira-kira jam 6.15 petang waktu Malaysia, satu gegaran gempa bumi yang kuat telah berlaku di bahagian Padang, Sumatera, Indonesia selepas warganya sibuk menganjurkan demonstrasi ganas ‘ganyang Malaysia’, membakar bendera, melempar najis oleh kumpulan buluh runcing, kumpulan Bendera.

Beribu nyawa rakyat Indonesia ditelan bumi. Adakah peringatan bagi manusia-manusia yang sudah lupa akan Tuhan yang maha kuasa?

Adakah ianya juga satu petanda yang Indonesia juga akan diberi pembalasan serupa apabila gunung Sinabung mula meletus selepas lebih 400 tahun mendiam diri.

Sedikit sebanyak kita juga harus berfikir akan kedaulatan Negara Malaysia. Kedaulatan Raja-Raja dan Sultan yang memerintah yang menjadi penaung kepada rakyatnya

Kepada rakyat Indonesia, lupakan sebentar hasrat untuk menganyang Malaysia. Lihat akan kebesaran Allah. Menghina, membakar, melempar najis ke atas bendera 'Jalur Gemilang' Malaysia perlu dihentikan sebelum Allah membalas di atas sikap bongkak, takbur dan yang paling hina sikap 'bodoh sombong' yang telah anda lakukan terhadap negara Malaysia yang banyak menghulur untuk rakyat Indonesia.

Saturday, August 28, 2010

Nik Aziz Pertahan, KJ Tempelak Isu Ahli Parlimen Teo

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tidak sensitif dalam usahanya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang, yang menurut Umno telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.

“Ia menunjukkan DAP tidak sensitif kepada agama dan kaum lain manakala Teo pula terlalu naif,” kata Khairy kepada pemberita di sini hari ini.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata penjelasan Teo hari ini sebagai “sesuatu yang difikirkan kemudian” ekoran serangan pelbagai termasuk yang dibuat oleh Umno dan Perkasa.

“Kami tidak mahu alasan atau justifikasi. Isu ini mengenai sensitiviti agama lain,” katanya lagi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Teo berhubung kunjungannya ke surau itu.

“(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu.

Terdahulu dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang.

Bagaimanapun Khairy menafikan bahawa Umno menjadikannya sebagai satu isu.

Beliau juga kecewa kerana Pakatan Rakyat menyalahkan Umno kononnya ia mempolitikkan isu berkenaan.

Kata beliau, DAP perlu memahami bahawa majoriti orang Islam negara ini kecewa dengan tindakan Teo.

Bagaimanapun Khairy menjelaskan PAS akan cuba menjustifikasikan tindakan wakil rakyat DAP penggal pertama itu.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menghantar surat amaran kepada Teo kerana menyampaikan ceramah di ruang solat surau itu.

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan media di sini hari ini berkata tindakan Teo itu menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berdukacita.

Malah menurut Khairy, tindakan Mais adalah adil kerana turut menghukum pengurusan jawatankuasa Surau Al-Huda.

Operasi "Drastic Cleansing" Calon Jerantut PRU 13

Satu operasi "drastic cleansing" calon-calon UMNO PRU 13 perlu dilakukan oleh DS Najib dan MB Pahang bagi membersihkan UMNO bahagian Jerantut. Mengambil kaedah Tun Mahathir, satu pembedahan kepimpinan politik UMNO Jerantut perlu dilaksanakan untuk membersih UMNO Jerantut.

Bagaimana caranya? Oleh kerana semua ahli UMNO dan rakyat Jerantut mahu pemimpin yang bersih, tiada skandal, jujur, berintigriti, tidak korup dan benar-benar berminat mahu memberi servis kepada rakyat Jerantut maka "penyelesaian di luar kotak" atau "drastic change" perlu dilakukan.

Mengambil analogi pasukan bolasepak Jerantut umpamanya. Jika pasukan bolasepak Jerantut sudah tidak ada "teamwork spirit", tidak berdisiplin, ada pemain suka hisap rokok, dan selalu tewas dalam permainan memalukan Jerantut maka apa penyelesaiannya? Semua baik pengurus dan pemain perlu dibuang dan digantikan dengan pemain baru yang lebih berminat, muda, bertenaga dan berskil.

Justru itu WZWH mencadangkan semua pemimpin UMNO Jerantut baik YBM Tengku Azlan, Dato' Dr. Shukri, Dato' Wan Amizan perlu digantung kasut bola mereka, biar mereka berehat, gantikan dengan pemain-pemain baru. Ertikatanya mereka tidak perlu bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana akan menyusahkan dan menjadi liabiliti kepada UMNO. Kalau itu kehendak rakyat Jerantut semua.

Calon-calon dari kumpulan "recycle" juga seperti Tn Hj Kamaruzaman Baria, Dato' Azizan Yaakob, Ustaz Mat Jaafar dan Dato' Wan Abu Bakar jangan dilayan dan dipertimbangkan untuk menjadi calon kerana Allah telah memberi mereka peluang menjadi ADUN atau ahli parlimen tetapi gagal membangunkan Jerantut mengikut kehendak rakyat Jerantut sepatutnya.

Maka operasi "Drastic Cleansing" calon-calon UMNO pada PRU 13 perlu diaplikasikan dengan penuh yakin oleh DS Najib dan MB Pahang. UMNO perlu mencalonkan "calon malaikat" di Jerantut.

Kriteria "calon malaikat":
  • bersih
  • berintegriti
  • berkepimpinan
  • berpendidikan baik sekular atau agama
  • Tiada kes skandal
  • Tiada kes hutang melampau
  • muda
  • berminat dan bersemangat
WZWH amat percaya jika DS Najib dan MB Pahang letak calon-calon parlimen dan DUN yang memiliki sifat-sifat "calon malaikat" nescaya 100% pengundi-pengundi 48,000 parlimen Jerantut akan memilih calon parlimen dan DUN dari UMNO!

Apa yang DS Najib dan MB Pahang mahu takut? Kerana rakyat akan memilih calon-calon yang bersifat malaikat untuk dijadikan pemimpin. Rakyat Jerantut bukan mahukan wang ditabur dari berguni-guni wang. Mereka hanya mahu pemimpin yang jujur dan ikhlas untuk membangunkan Jerantut.

PAS letaklah siapa-siapa calon baik Nik Aziz dan Hadi Awang bertanding di parlimen Jerantut dan DUN pasti kalah.....kerana rakyat Jerantut lebih memilih "calon malaikat"!

DS Najib dan MB Pahang ada berani ke ambil risiko?....

Friday, August 27, 2010

Kehancuran UMNO Jerantut Pada PRU 13

UMNO akan hancur pada PRU 13 kerana YBM Tengku Azlan, Ketua Bahagian UMNO Jerantut sudah hilang punca, lemah kepimpinan, tidak ada pendirian, tidak berminat lagi kepada UMNO, dan yang paling rakyat Jerantut sedih ialah YBM Tengku Azlan membazirkan peluang 3 penggal parlimen Jerantut tanpa memberi sumbangan pembangunan kepada Jerantut. Sebab itu beliau menolak jawatan Timbalan Menteri yang ditawarkan dulu.

Jika kita ikuti prestasi YBM Ku Lan maka ini statistiknya WZWH boleh tunjukkan. Berikut ialah prestasi YBM Ku Lan

Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

WZWH menjangkakan jika YBM Ku Lan bertanding lagi sekali, YBM Ku Lan akan kalah kerana pengaruh PAS dan Dr. Hamzah sudah makin popular di Jerantut. Ditambah lagi penyokong kuat Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri sudah tawar hati, terluka dan menyampah dengan perangai politik Ku Lan.

Betul Tuanku, Tengku Mahkota, Tengku Muda boleh memujuk Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri tetapi patik WZWH pacal yang hina ini tidak boleh menjamin bahawa penyokong-penyokong Dato' Wan Amizan dan keluarga Wan Tembeling akan terima. Maruah keluarga Wan jangan dipermainkan. Ada ramai lagi keluarga bukan Wan yang menyokong Wan Amizan. Tuanku, ingat perjanjian lama kita!

WZWH bukan bercita-cita mahu menjadi ADUN dan ahli parlimen sebab itu WZWH berani menyatakan pemikiran bebas politik WZWH demi kemajuan dan kemakmuran Jerantut. WZWH mahu menjadi pemimpin agong Jerantut yang berani menyatakan kebenaran dan kehendak hati dan naluri rakyat Jerantut. Anda tidak perlu jawatan dalam kerajaan dan pangkat Dato' untuk menjadi pemimpin agong.

Kita ikuti lapuran penuh sebuah blog politik Jerantut iaitu "123silekuk" yang makin meningkat naik populariti berikutan analisa politiknya yang menyengat...bertajuk "Tengku Azlan dan Dr. Shukri Tolak Wan Amizan Pru 13"...

Perjumpaan K18 pada 27/7/10 ditingkat 3 pasaraya Bangsar Shoping Complex, Bangsar telah membuat kata sepakat bahawa Tengku Azlan akan menyerahkan kerusi Parlimen pada PRU 13 kepada Dr Shukri Ismail. Dalam pertemuan itu juga Tengku Azlan memberi jaminan bahawa beliau akan pastikan bahawa Wan Amizan dan Haji Nazri tidak bertanding kerana mereka banyak isu dan masalah.

Pertemuan itu dibuat ketika Wan Amizan dan ketua-ketua cawangan serta ketua-ketua kampung sedang menjalankan ibadat umrah ditanah suci Mekah. Setelah pulang dari Mekah Wan Amizan mendapat lapuran penuh dari orang setia kepada Haji Nazri. Segala percakapan didalam pertemuan itu dan gambar-gambarnya dapat dilihat dengan jelas oleh Wan Amizan.

Wan Amizan dengan perasaan sedih memberi tahu penyokong-penyokongnya bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya sehingga tamat tempoh satu penggal ini sahaja. Sekiranya dapat bertanding lagi diPRU 13 itu merupakan bonus baginya.

Wan Amizan tidak menduga bahawa orang yang disokongnya dalam pemilihan UMNO 2008 yang lalu sebagai ketua Bahagian boleh berbuat demikian walaupun beliau membantu kewangan lebih dari RM600 ribu dilupakan begitu sahaja. Begitu juga Haji Nazri membantu lebih RM400 ribu juga tidak dikenang. Mereka yang buat kerja menabur duit itu untuk pastikan Tengku Azlan menang besar. Setiap perwakilan dibayar lebih dari RM5000 seorang. Ada setengah perwakilan mencapai RM10,000. Jika tidak sukar untuk Tengku Azlan menang. Tengku Azlan tidak mengenang budi.

Wan Amizan menolak sekeras-sekerasnya jika Dr.Shukri dicalonkan diParlimen pada PRU 13 kerana dikatakan Dr.Shukri menjual bandar Jerantut kepada syarikat Grandmas dengan nilai RM satu juta dengan memasang proksinya Rahmat Yusof dan Haji Rosdi Aw Sulong. Selain dari itu Dr Shukri juga menjual tanah taman depan CIMB kepada Lim Ah Chak dan berbagai-bagai lagi. Dia sendiri menulis melalui blog DUN Tahan melalui komennya diblog WZWH mencabar Dr.Shukri jika beliau tidak benar beliau mencabar Dr.Shukri mendakwanya fitnah diMahkamah.

Setakat ini Dr.Shukri tidak berani mebuat apa-apa saman itu menunjukkan bahawa dakwaan Wan Amizan itu benar dan tidak dapat dinafikan lagi. Dia berpuas hati jika Dr,Shukri sama-sama tidak dicalonkan dalam PRU 13 kerana sikap Dr.Shukri sebagai pengkhianat dan penjual bangsa.

Apa yang dikatakan Wan Amizan itu ada kebenarannya kerana jika Dr.Shukri mahukan kerusi parlimen mengapa kedudukan beliau disentuh. Dr Shukri patut berusaha keras bagi mencapai cita-citanya mengapa pula untuk naik memijak kepala orang dengan menghasut Tengku Azlan yang mudah dirasuk itu.

Sumber berita diambil dari Halaman Facebook Dr Shukri, blog WZWH, Blog SPU, Komen-komen DUN Tahan dan perbualan kedai kopi.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...