Sunday, November 9, 2014

Jalan baharu Kubur Kg Pulau Mansok Dan Balairaya Baharu Kg Lada

ADUN Tahan cekap membawa peruntukan berimpak tinggi ke kawasan DUN Tahan. Selain projek-projek ratus juta beliau juga tetap mengutamakan projek-projek asas terutama di kampung-kampung.

ADUN Tahan tidak suka meninjau-ninjau sesuatu masalah. Biasanya Tok Empat-Tok Empat dan Ketua-Ketua Cawangan UMNO diarah oleh beliau untuk mengambil foto-foto jika berlaku apa-apa masalah, kesulitan dan keperluan.

Bila cukup dokumen dan segalanya barulah ADUN Tahan berusaha mencari peruntukan dari Kementerian, Jabatan , Agensi dan GLC yang berkaitan.

Orang Kg Pulau Mansok mahu jalan baharu ditar cantik ke kubur. Nak mati pun mahu hantar dengan jalan yang cantik. Itu kemudahan asas. Maka berusahalah ADUN Tahan maka dapatlah jalan baharu ke kubur yang cantik....













Jalan baharu ke kubur cantik...amal ibadat sebelum mati pun mahu cantik juga!

Orang Kg Lada sebelah Kg Pulau Mansok mahu sebuah balairaya baharu yang besar dan selesa maka ADUN Tahan berusaha sampai dapat untuk memuaskan hati penduduk Kg Lada.

















Susah sangat mahu panggil orang besar atau VIP tidak mengapa sendiri ADUN Tahan buat sendiri ADUN Tahan rasmi. Orang kampung tidak kisah janji yang penting apa yang orang kampung mahu ADUN Tahan boleh deliver.

















Balairaya Kg Lada yang baharu...maka lebih bersemangat JKKK dan orang Kg Lada bermesyuarat demi kepentingan kampung. Mintalah apa-apa dari ADUN Tahan...rumah, tanah, projek pertanian, bantuan dsb.

Kenapa Utusan Malaysia Meroyan Menembak MB Pahang?



YAB DSD Adnan Yaakob MB Pahang

WZWH baca Mingguan Malaysia ruang Bisik Bisik Awang Selamat mengenai tajuk Hebat Sangatkah Adnan? Sila klik sini.

WZWH pun geleng kepala kenapa Utusan Malaysia menembak MB Pahang sebegitu sekali macam umpamanya Utusan ini akhbar pembangkang!

Apa Agenda tersirat Utusan Malaysia menembak MB Pahang? Adakah Utusan Malaysia melalui Awang Selamat telah diupah untuk menjatuhkan DSD Adnan Yaakob MB Pahang?

Kenapa Utusan Malaysia meroyan menembak MB Pahang?

MB Pahang hanya tidak puas hati bila Utusan melaporkan isu Cameron Highlands bahawa rakyat Bangladesh telah Menawan Cameron Highlands!

Sepatutnya Utusan Malaysia perlu guna perkataan yang lebih bertanggungjawab jangan hanya mahu bikin sensasi seolah-olah Negeri Pahang ini tiada Pemerintah, tiada Raja ,tiada MB dan EXCO, tiada Penguasa Polis dan Askar.

Bila MB Pahang menegur dan komen sikit cara Utusan melaporkan tajuk isu itu hari ini Bisik Bisik Awang Selamat telah menembak DSD Adnan Yaakob sebegitu full force with heavy ammunition.

Awang Selamat tiada lansung rasa hormat kepada MB Pahang. Tanpa segan silu memandi basah MB Pahang.

WZWH rasa kalau lah Awang Selamat itu sudah lama servis dalam Utusan Malaysia lebih baik beliau berehat kerana penulisan beliau itu boleh menjatuhkan imej Utusan Malaysia sebagai Suara Rasmi Kerajaan dan UMNO.

WZWH mahu ingatkan Awang Selamat atau siapa saja Pahang ini negeri paling besar dalam Semenanjung. Bila berlaku hujan lebat sudah pasti boleh berlaku bencana alam. Walau pun penerokaan haram itu ada tapi bukanlah kerajaan negeri Pahang tidak mengawal lansung.

Kerana keperihatinan DSD Adnan Yaakob menjaga hutan dan tanah Pahanglah maka Pahang masih menjadi negeri utama pembekal oksigen keseluruh negeri-negeri di Semenanjung. Kalau tidak terjaga hutan Pahang yang masih punya hutan simpan dan hutan negeri terbesar di Semenanjung SUDAH TENTU semua sungai-sungai di negeri-negeri lain kering kontang belaka.

Bisik Bisik Awang Selamat menulis dalam Mingguan Malaysia hari ini bertanya Hebat Sangatkah Adnan?

WZWH jawab Awang Selamat:  YAB DSD Adnan Yaakob MB Pahang MEMANG hebat!

Goyang Morena...



Syahrini Ajari Siti Nurhaliza "Usir Cantik Hush-hush Sana"



Saturday, November 8, 2014

Benom Highlands Satu Lagi Alternatif Tanah Tinggi Di Pahang Ganti Cameron Highlands



Orang Putih mula daki dan study Gunung Benom sejak 1903.



Nama saintis itu W. D. Barnes. Tapi beliau tetap guna seorang pawang bernama Wan Putih dari Ulu Gali Raub bagi menghalau hantu dan semangat di Gunung Benom. Kalau mahu baca ekspedisi W. D. Barnes lebih lanjut ke Gunung Benom sila klik sini.

Gunung Benom merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur. Gunung Benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter atau 6913 kaki dari aras laut. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Benom merupakan gunung yang kedua tertinggi di Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia. Banjaran Benom ini terletak di antara sempadan dua daerah iaitu sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub.

WZWH terang serba sedikit tentang Benom Highlands. Benom Highlands satu lagi alternatif tanah tinggi di Pahang ganti Cameron Highlands.

Cameron Highlands berdepan banjir lebih teruk jika tanah diteroka lagi, kata pakar geologi.Tanah di Cameron Highlands tidak lagi sesuai untuk aktiviti pertanian selepas kawasan tanah tinggi itu diteroka secara berleluasa tanpa sebarang kawalan.

Cameron Highlands mempunyai tanah jenis granit yang bersifat gembur dan mudah terhakis sekiranya terdapat sebarang pemotongan mahupun penggunaan bahan kimia yang tinggi.

Peneroka tarah semua tanah untuk bangunkan ladang sayur di tanah baharu kerana tanah mereka yang sedia ada sudah tidak subur akibat penggunaan baja kimia yang merosakkan tanah.

Ia dilakukan demi keuntungan tanpa memikirkan risiko penduduk sekitarnya dengan ancaman banjir lumpur dan tanah runtuh.

Peneroka perlu mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada dengan menggunakan baja organik dan teknologi bakteria baik untuk menyuburkan semula tanah mereka.

Pihak berkuasa perlu bertindak segera dengan menghentikan sebarang projek penerokaan dan menyita semua kawasan pertanian haram.

Pertanian halal di Cameron Highlands seluas kawasan tanaman ialah kira-kira 7,528 hektar iaitu 5,368 hektar bagi tanaman sayur-sayuran; 1,589 hektar bagi tanaman teh; 539 hektar bagi tanaman bunga; dan, 32 hektar bagi tanaman buah-buahan.

Cameron Highlands merupakan ikon pelancongan negara dengan landskap muka bumi yang cantik serta udara sejuk. Kalau pihak berkuasa tidak ambil kisah akan aktiviti penarahan ini, siapa mahu datang? Identiti Cameron Highlands juga turut 'terhakis' sama.

WZWH berpendapat Benom Highlands dan di kaki gunung terdapat beberapa perkampungan tradisional Ulu Cheka, Jerantut boleh menjadi satu alternatif tanah tinggi di Pahang untuk bersedia mengantikan Cameron Highlands.

Tapi pembangunannya perlu terkawal dan dirancang.

Friday, November 7, 2014

Overview Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika




Ini adalah satu usaha projek yang unik boleh menarik minat pelancong dan pelabur dunia dan lokal. Blue ocean strategy. Buat benda yang orang lain tidak buat. Tidak perlu bersaing sebab tiada pesaing!

Ketika industrialist dan capitalist sibuk membina megapolitan dan hutan batu di seluruh bandar-bandar utama, kenapa tidak Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika.

Taman Negara adalah aset. Nature semulajadi, flora dan fauna adalah aset tidak ternilai. Kena balance antara nature dan manusia. Antara hutan dan pembangunan. 

Guna dan urus nature dengan cekap dan berkesan memberi contribution kepada manusia. Manusia perlu mencipta nilai. Create more values to Taman Negara. 

Statistik menunjukkan dari seramai 9.5 juta pelancong melawat Pahang setahun tidak sampai 120,000 singgah di Taman Negara. Bagaimana mahu menarik lebih ramai pelancong yang datang ke Pahang sahaja?

Bagaimana mahu menarik pelancong dari luar ketika pelancong dari Eropah dan Amerika berkurangan mahu menarik pelancong dari China, Jepun, Korea dan India juga Timur Tengah. Itu belum dikira Asia Tenggara dan pelancong tempatan.

WZWH fikir the best strategy ialah create values for Taman Negara. Bukan sahaja Taman Negara, sekitar Kuala Tahan tapi keseluruhan Lembah Tembeling.

Matlamatnya ialah:

  • Menarik ramai pelancong 
  • Menambah pelbagai aktiviti menarik
  • Kemudahan kelas pertama dunia
  • Menaiktaraf kemudahan infrastruktur
  • Menambah pintu masuk baru gateway
  • Mercu tanda negeri Pahang
  • Jerantut bandar pelancongan utama Pahang

WZWH present Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika. Mengandungi 7 komponen:

  • Green City-Bandaraya dengan teknologi hijau sekitar Kuala Tahan
  • Safari Park
  • Kuala Tembeling Taman Tema Air
  • Hub Gaharu
  • Caviar dan Sanctuary Park
  • Solar Park
  • Pengurusan Sumber dan Pemasaran Bantu Perhilitan

Satu projek ambitious bernilai RM 12 bilion dalam jangkamasa 5 hingga 10 tahun yang boleh menawarkan 20,000 pekerjaan dan perniagaan.


OVERVIEW Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika:

Bandaraya Hutan Hujan Tropika melibatkan pembangunan semula dari Kuala Tembeling menyusuri Sg. Tembeling yang kaya dengan keindahan alam semula jadi serta sejarah seterusnya ke Kuala Tahan sehingga ke Kg. Mat Daling. Di Kuala Tahan disediakan kemudahan-kemudahan kelas pertama bertaraf dunia sebagai Pintu Masuk Taman Negara.

Sebanyak 9.5 juta pelancong berkunjung ke Negeri Pahang tetapi hanya 120 ribu sahaja yang melawat Taman Negara menggunakan bot panjang atau pengangkutan darat.

Tujuan utama cadangan ini adalah bagi menarik lebih ramai pelancong ke Taman Negara dengan menambah pelbagai aktiviti yang menarik serta menaiktaraf kemudahan Infrastruktur ke Taman Negara serta membina pintu masuk yang baru (Gate Way) Ke Bandaraya Hutan Hujan Tropika.

Kuala Tembeling yang dahulunya merupakan salah satu in-land port yang sibuk di Semenanjung Malaysia kini tidak bermaya. Cadangan menjadikan Kuala Tembeling sebagai Pintu Masuk ke Bandaraya Hutan Hujan Tropika serta menaiktaraf Stesen Keretapi Kg. Sepial dapat memberi nafas baru kepada Kuala Tembeling dan seluruh kawasan sekitarnya.

Bandar Green City yang menggunakan Teknologi Hijau sepenuhnya menjanjikan kehidupan yang eksklusif kepada pengunjung secara keseluruhannya. Kompleks bangunan kerajaan, kompleks perniagaan, hotel dan resort bertaraf dunia, golf course dll disediakan.

Safari Park terletak bersebelahan dengan Taman Negara akan menjadi tarikan kedua terbesar dan terpenting di Bandaraya Hutan Hujan Tropika. Haiwan-haiwan dalam Safari Park dilepaskan dalam habitat semula jadi. Pengunjung-pengunjung tidak perlu risau kerana aspek-aspek keselamatan amat dititik berat.

Selain dari Taman Negara dan Safari Park, Taman Tema Ulu Air yang terletak di hulu Sg. Pahang (Pertembungan Sg. Jelai & Sg. Tembeling) di Kuala Tembeling turut dibangunkan bagi pengunjung-pengunjung yang gemarkan aktiviti air.

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan industri gaharu. Sebanyak 6% daripada pengeksport gaharu adalah Malaysia. Namun sehingga kini belum wujud cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Gaharu mengantikan Singapura. Syarikat Konsortium Tembeling Sdn. Bhd. mengorak langkah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) untuk menjadikan Hulu Tembeling sebagai Hub Gaharu pertama di Malaysia.

Caviar dan Sanctuary Park mengunakan teknologi tinggi dari negara luar untuk menghasilkan telur ikan serta pembiakan baka ikan bermutu tinggi. Permindahan teknologi ini bukan sahaja menguntungkan syarikat, malah memberi ilmu kepada penduduk setempat. Syarikat juga berpeluang membiak semula baka-baka spesis ikan asal seperti Kelah, Jelawat, Patin Muncung dan sebagainya.

Solar Park dibina di atas tanah seluas 150 ekar. Janakuasa elektrik berasaskan tenaga suria ini mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 30 MW. Tenaga ini akan disalurkan kepada Bandar Green City dan selebihnya kepada Tenaga Nasional Berhad.

Pengurusan Sumber dan Pemasaran Bandaraya Hutan Hujan Tropika membantu pihak PERHILITAN untuk mengurus serta menyelenggara Taman Negara, Resort-resort di Taman Negara akan dinaiktaraf sesuai dengan status Taman Negara di mata dunia dan penambahbaikan pusat-pusat aktiviti baru dalam kawasan Taman Negara.

Pihak syarikat juga berhasrat untuk menaiktaraf Lapangan Terbang Sg. Tiang bagi memudahkan pelancong-pelancong ke Taman Negara.

Dengan pelaburan sebanyak RM 12 Billion dalam masa 5 tahun hingga 10 tahun, cadangan ini dijangka dapat memberi 20,000 peluang pekerjaan serta perniagaan kepada penduduk setempat dan kawasan sekitarnya. Cadangan ini juga akan menjadi mercu tanda kepada Negeri Pahang dan Negara Malaysia.

Sebagai Pemaju Utama Konsortium Tembeling Sdn. Bhd. melihat masa depan sebagai asas kepada cadangan ini. Hasrat kami ingin menjadikan Jerantut sebagai Bandar Pelancongan Utama di Negeri Pahang.

Technology Transfer Sturgeon Membiak Ikan Tempatan Sg Tembeling



Projek sturgeon Kuala Tahan adalah usahasama Felda dengan syarikat Korea bernilai USD 45 juta hampir RM 150 juta bagi pengeluaran caviar dan daging.

Projek ini akan dimulakan setelah kajian DEIA selesai. Caviar Park akan dibina selepas itu. Pakar consultant dan pegawai JAS berpendapat projek sturgeon ini tidak mendatangkan sebarang masalah kepada alam sekitar.

Salah satu sebab mengapa WZWH sokong projek ini selain dari pembinaan pelbagai infrastruktur yang menyusul, satu tarikan baru kepada Kuala Tahan, sebagai satu collateral bagi mempengaruhi kerajaan supaya lebih membangunkan Lembah Tembeling ialah transfer technology.

Kebaikan transfer technology projek sturgeon ialah kita boleh menggunakan teknologi penternakan sturgeon untuk membiak ikan tempatan seperti kelah, patin, jelawat dsb.

Sturgeon Kuala Tahan mengikut kajian pakar Korea boleh bertelur bila berumur 4-5 tahun. Kaedah ini boleh digunakan untuk membiak ikan-ikan tempatan.

Dulu ada projek membiak ikan kelah dengan grant dekat RM 2 juta di Kuala Tahan tapi projek ini gagal kerana tiada teknologi dan kepakaran. 

Adalah diharap technology transfer projek sturgeon boleh menjayakan pembiakan ikan tempatan.

Salah satu komponen Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika yang WZWH bertanggungjawab sepenuhnya ialah Caviar dan Sanctuary Park. Dari Sg Tabung mudik ke Kg Pagi hingga ke Kg Mat Daling oleh kerana tiada aktiviti kilang maka sangat sesuai dijadikan sanctuary ikan.

Sepanjang Sg Tembeling dari Sg Tabung mudik ke Ulu Tembeling dirancang sebagai tempat caviar dan sanctuary park. 

Felda cuma guna 50 ekar sahaja sebagai perintis, WZWH akan kembangkan Caviar dan Sanctuary Park lebih dari 1000 ekar.

Caviar dan Sanctuary Park menggunakan teknologi tinggi dari luar negara untuk menghasilkan telur ikan serta pembiakan baka ikan bermutu tinggi. Technology Transfer ini bukan sahaja menguntungkan syarikat malah memberi ilmu kepada penduduk setempat.

Syarikat juga berpeluang membiak semula baka-baka spesis ikan asal seperti kelah, jelawat, patin dsb.

WZWH sebagai CEO Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika cuba menerang projek Caviar dan Sanctuary Park dengan mudah...



Dari 29 spesis sturgeon dunia, ada 4 spesis dikenalpasti sesuai diternak sepanjang tebing Sg Tembeling.



Kitaran hidup seekor ikan sturgeon.



Caviar atau emas hitam. Ini WZWH mahu bagi orang Tembeling kaya.



Harga Caviar mengikut gred. Yang paling baik antara USD8,000-10,000 sekilo. Sedang antara USD5200 sekilo. Paling bawah USD4500 sekilo.



Layout kolam dan tangki bela sturgeon.



Recirculating Aquaculture System.









Ikan sturgeon selamat diternak di Malaysia guna Caviar Park. Bukan ikan pemangsa.



Ikan sturgeon tiada gigi, tidak makan ikan lain, makan sedikit saja, bagi minum spirulina , tahi siput.

Mulut ikan sturgeon terletak dibawah. Bukan ikan aggresif, makan kat dasar sungai-bottom feeder. Tidak membawa penyakit.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...