Thursday, February 2, 2017

Apa Taraf Bersatu Jerantut Bawa Negarawan Mahathir ke Kilang PapanUsang Penuh Hutan!

Image may contain: 3 people, people smiling, text


Bersatu Jerantut mahu bawa top gun Mahathir ke Jerantut supaya orang Jerantut boleh ubah fikiran sokong Pakatan Harapan.

Temanya Malam Semarak Kasih Felda di Simpang Jengka 8 (dalam parlimen Jerantut).

Fauzi Rahman Ketua PKR Pahang sangat confident dan yakin parlimen Jerantut boleh tumbang dalam genggaman tangan Pakatan Harapan. Fauzi Rahman turut hadir malam tema itu.

Maka Bersatu Jerantut usung negarawan Mahathir bagi tujuan itu dengan tema isu Felda. Mahathir mahu cerita pasal isu Felda selain isu favouritenya IMDB dan Derma.

Mahathir mahu cerita DS Najib telah pengaruhi CIA dan Presiden Trump supaya CIA sebar ke pelusuk dunia skandal BMF dan FOREX USD10 billion memalukan Mahathir.

Dibawa juga Sakmongkol 47 ahli parlimen Raub yang terkenal anti DS Najib no 1. Hari-hari hentam DS Najib selepas berhenti jadi YB DUN Pulau Manis dan makin kuat hentam selepas jadi MP DAP Raub.

Selain Mazlan Aliman Anak yang bangkrap konon perjuang peneroka Felda tapi tanah teroka ayah digadai.

Juga Dr Hamzah Ketua PAN Pahang 4 kali bertanding PRU parlimen Jerantut kalah, selepas tidak jadi YDP PAS Jerantut terus masuk PAN.

Hasrat Bersatu Jerantut mahu tarik 5000 pendengar bukan sahaja dari Jerantut bahkan dari Maran , Bandar Pusat Jengka dan Temerloh.

Tapi macam mana mahu tarik orang ramai kalau tempat Mahathir mahu ceramah di kilang papan usang penuh dengan hutan di sekitar pagar dan penuh lalang. Banyak nyamuk denggi kat situ. Banyak kala, lipan, ular boleh sengat orang.

Apa taraf dan apa kelas Bersatu Jerantut bawa negarawan Mahathir ke kilang papan usang penuh hutan!

Apa pimpinan UMNO Bahagian Jerantut buat? Tidur tidak peka kepada persekitaran dan serangan musuh.

Lebih malang  ada beberapa AJK UMNO Bahagian turut bawa Mukhriz dan Muhyiddin Yassin makan durian di Ulu Cheka!

Mana boleh. Ini disiplin parti. Kalau kawan baik macam mana pun tidak boleh sebab ini melanggar tatatertib.

Lebih malang Biro UMNO Bahagian Jerantut sendiri menganjurkan beberapa siri ceramah Bersatu dan PAN di Jerantut tidak diambil tindakan tatatertib dan dipecat dari parti.

Puas dinasihati dan berkabar supaya laporan report dibuat, ambil tindakan terhadap ahli-ahli UMNO yang main api dalam sekam dan mengkhianati parti.

Apa tindakan Biro Politik UMNO Bahagian Jerantut yang tidak melantik Timbalan UMNO Bahagian, Naib Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian sebagai AJK Biro Politik UMNO buat?

Sudah tentu pimpinan yang tidak berpengalaman tapi tidak mahu mengambil pimpinan yang berpengalaman tidak dapat berfikir mengadakan rancangan untuk berbuat sesuatu berdepan dengan serangan musuh.

Lebih sibuk mahu membuang Setiausaha Eksekutif UMNO Jerantut dari musuh UMNO yang nyata.

Tidak buat apa-apa. Biar sahaja. Kalau macam ini caranya Parlimen Jerantut boleh kalah Pilihanraya PRU 14.

Tak kan WZWH mahu parlimen Jerantut kalah PRU 14. Fauzi Rahman, aok ingat mudah dan senang ke mahu ambil parlimen Jerantut begitu mudah.

Sakmongkol AK47 ingat, ini tanah Jerantut bukan tanah Raub.

Mahathir turun sebab sakit hati Sahrir Samad bantai Mahathir itu hari masa turun Jerantut hahahaha.

Pada tarikh dan masa yang sama,  satu program besar turut mengadakan:

Program : *SANTAI GENERASI FELDA* *(Anak Muda Pahang)*

Tarikh : *3/2/2017 (Jumaat)*

Masa : *9.00 mlm - 12.00 mlm*

Anjuran Bersama : *MBFM, KAF & GPW Wilayah Jengka, Pemuda UMNO Jerantut, Pemuda UMNO Maran,Pemuda UMNO Kuala Krau*

Tempat : *Perkarangan Restoran Selera Kesidang Simpang (Jengka 8)*


Agenda / aturcara majlis :
1. Bual bicara
2. Persembahan 
3. Cabutan bertuah 
- 1000 tiket perlawanan bola Felda Vs Kedah.
-Sijil Simpanan Premium
-20 telefon bimbit Samsung
- sebuah motorsikal
-Pakej umrah bagi 2 orang

Tuan-tuan, puan-puan, anak-anak muda semua dijemput hadir.

No automatic alt text available.

Tuesday, January 31, 2017

Projek Sturgeon Kuala Tahan TETAP DITERUSKAN Walau Halangan, Rintangan, Dugaan Melanda!





Sesuatu rancangan yang baik untuk masyarakat dan negara selalunya banyak halangan, rintangan dan dugaan ditempuhi baru boleh berjaya.

Lebih banyak cabaran dan halangan lebih menarik sesuatu projek itu. Itu tanda projek itu berpotensi tinggi. 

Tentangan dan sabotaj adalah lumrah dan perkara biasa bagi menguji ketahanan dan kesabaran kepimpinan.

Sabotaj boleh datang dari luar dan dalam.

Kenali dan atasi segala halangan, rintangan, dugaan dan sabotaj itu.

Baru boleh menghasilkan kepimpinan berkelas tinggi.

Allah suka hambanya yang tetap tabah dan sabar berusaha sepenuh jiwa raga serta bertawakal.

Kejayaan, kemakmuran dan keberkatan pasti dinikmati akhirnya.

Projek Sturgeon Kuala Tahan TETAP DITERUSKAN!

Friday, January 27, 2017

Kerugian Antara Dua Darjat Rugi Niaga Forex RM44 Bilion dan Temasek Rugi RM73 Bilion

Image result for bank negara forex scandal

Kerugian RM44 Bilion Niaga Forex Terbesar Dalam Sejarah 1991-1994, Kenapa Tun M Tidak Siasat?


Kenapa Kerajaan jadi speculator? SILA KLIK SINI

Temasek Rugi RM73 Bilion, Mana WSJ? Tiada bising di Singapura! SILA KLIK SINI


Kerugian antara dua darjat.


Tidak ada apa-apa. Kewangan negara tidak terjejas jawab Mahathir.

Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap kerugian antara dua darjat ini.

Sunday, January 22, 2017

TIDAK Ada Lagi Orang Miskin Dan Fakir Di Negeri Pahang Darulmakmur



KDYMM Pemangku Raja Pahang begitu perihatin dan cakna kepada bencana, musibah dan kesusahan Rakyat Pahang. Foto Tengku Mahkota Pahang bertitah Rakyat Pahang perlu bangkit dari trauma banjir dua tahun dulu di Kuala Tahan, Jerantut.

TIDAk ada lagi orang miskin dan fakir di Negeri Pahang Darul Makmur.


WZWH percaya dengan bantuan dari Kerajaan Pusat, Kerajaan Pahang dan agihan kutipan zakat di negeri Pahang sebanyak lebih RM100 juta setahun TIDAK ada lagi orang miskin dan fakir di negeri Pahang Darulmakmur ini.

Bantuan Kerajaan Pusat melalui Felda untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui penempatan semula dan kegiatan ekonomi dan lain-lain agensi MARA,Felcra, Risda, Mardi, Fama, Peladang dll telah bukan sahaja mengurangkan kemiskinan malah menghapuskan fakir miskin.

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang miskin, OKU @OIstimewa dan ibu tunggal yang sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kemiskinan.

Belum diambilkira lagi BRIM bagi penduduk Negeri Pahang. Kalau dinaikkan BRIM dari RM1200 kepada RM3000 lagi baik!

Bantuan Kerajaan Negeri Pahang melalui Pemberian Tanah samada geran kekal, GSA, sementara TOL dsb telah membuat Rakyat Pahang dan Rakyat Luar Pahang yang berhijrah ke Pahang hingga keturunan generasi ke 2 dan 3 menikmati hasil hingga kini.

Sumbangan dari Pejabat Menteri Besar Pahang, Agensi-agensi Negeri seperti Yayasan Pahang, PKNP, LKPP, ASPA, dll turut membantu Rakyat Negeri Pahang keluar dari kepompong kemiskinan.

Antara sumbangan Kerajaan Negeri Pahang yang paling besar ialah menyediakan tanah kepada Felda dengan premium yang rendah dan tiada premium kepada 115 penempatan tanah rancangan Felda yang paling ketara membasmi kemiskinan.

115 Rancangan Felda ini di Negeri Pahang seperti berikut:

Felda Wilayah Kuantan ada 41 
Felda Wilayah Mempaga ada 37
Felda Wilayah Jengka ada 37


Agihan kutipan zakat di negeri Pahang sebanyak lebih RM100 juta setahun membantu lagi dengan berkat dan suci kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Zakat adalah perintah dari Allah termaktub dalam Al-Quran bagi membantu ekonomi dan sosial orang Islam.

Zakat bukan sebahagian dari bajet kerana ianya adalah derma orang Islam kepada orang Islam yang miskin dan 8 golongan asnaf.

Pahang seperti negara dan negeri Islam yang lain beruntung kerana selain bajet mengikut ekonomi contemporary ada mendapat faedah dari zakat yang dikutip.

Perlu diingat Kerajaan Negeri Pahang tidak mengutip zakat.

Majlis Ugama Negeri Pahang Dan Adat Resam Melayu (MUIP) dibawah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan naungan Sultan Pemerintah Negeri Pahang mengutip zakat melalui Pusat Kutipan Zakat (PKZ).

Pihak lain tidak dibenarkan mengutip zakat terutama parti politik contoh PAS selalu mengutip zakat secara illegal.

Secara kasar agihan kutipan zakat di Pahang adalah lebih RM100 juta setiap tahun yang diberi kepada golongan 8 asnaf. Tidak ramai pemimpin dan rakyat tahu agihan ini.

Media kurang highlight agihan kutipan zakat oleh MUIP.

Majoriti kes-kes yang dipaparkan oleh media mengenai orang susah, orang miskin, ibu tunggal dan OKU sebenarnya telah diberi sumbangan agihan kutipan oleh MUIP tetapi tidak dilaporkan cerita sebenar.

8 golongan asnaf layak menerima agihan kutipan zakat ialah:

  • Amil
  • Fakir
  • Miskin
  • Muallaf
  • Ibnu Sabil
  • Gharimin
  • Riqab
  • Fisabilillah

Contoh-contoh maksud 8 golongan asnaf adalah seperti berikut:
































































Sebagai contoh pembaikan masjid dan surau di Daerah Jerantut sahaja pada tahun 2014 sejumlah RM674,295.00 telah diberi dari agihan kutipan zakat.

Ramai pemimpin tidak sedar peranan zakat membantu ekonomi dan sosial Pahang terutama kepada orang Islam.

MUIP perlu beri taklimat kepada pemimpin terutama pemimpin akar umbi di kampung-kampung dan taman-taman perumahan supaya peka dengan 8 golongan asnaf ini supaya kutipan agihan zakat boleh diberi kepada yang layak.

Media massa perlu highlight agihan kutipan zakat kepada 8 golongan asnaf oleh MUIP.

WZWH percaya dengan agihan kutipan zakat di negeri Pahang sebanyak lebih RM100 juta setahun dan bantuan dari kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Pusat tiada ada lagi orang miskin dan fakir di negeri Pahang Darulmakmur ini.

Friday, January 20, 2017

Janji Najib Projek Perumahan Generasi Baru Felda 20,000 Unit Siap 5 Tahun Apa Tindakan Shahrir Samad Pengerusi Felda?

Image may contain: 1 person, standing, sky and outdoor
Tan Sri Shahrir Samad Pengerusi Felda yang baru dilantik terus turun padang di Felda Sungai Retang DUN Tahan Jerantut Pahang meninjau Projek Perumahan Generasi Baru (PGBF) seluas 40 ekar yang sepatutnya disiapkan 400 unit cuma 52 unit baru didirikan rangka tiang rumah pada 18 Januari 2017.


Majlis penyerahan surat tawaran Perumahan Generasi Baru Felda kepada 26 pemilik anak peneroka dan pekerja kilang Felda pada 18 Januari 2017. Rumah Contoh projek pertama di Malaysia di Felda Padang Piol DUN Tahan Jerantut. Mula dibina 2013 dan siap 6 bulan lepas itu. Kerajaan Negeri Pahang sedia beri tanah 100 ekar tanpa bayar harga premium kepada Felda untuk buat rumah 500 unit lagi Fasa 2 di Felda Padang Piol. Bagi menampung ekonomi, 1500 ekar tanah lagi disediakan supaya Felda dan lain-lain agensi dan swasta boleh bangunkan usahawan tani, industri dan komersial generasi baru Felda Padang Piol.


Posting ini examine memberi status report apa yang berlaku kepada janji DS Najib mahu bina Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) sebanyak 20,000 unit dalam masa 5 tahun dan Apa tindakan yang dilakukan oleh TS Shahrir Samad Pengerusi Felda yang baru.

Janji ini dibuat pada tahun 2013. Setelah 2014, 2015, 2016, sekarang awal 2017 dan tahun depan 2018 bolehkah dari 8470 unit telah siap boleh disiapkan lagi baki 11,530 unit sebelum pertengahan 2018?

Kepada DS Najib 20,000 unit rumah PGBF ini kos RM 2 bilion boleh disiapkan dalam masa 5 tahun. Tidak susah buat, mudah kalau ikut kira-kiranya.

Tapi apa yang DS Najib mahu Felda tidak boleh baca, disuruh buat rumah generasi baru Felda kos murah, Felda lebih tertarik dengan cadangan-cadangan  buat rumah kos sederhana dan sederhana tinggi.

Apa yang generasi baru Felda mahu ialah rumah yang kos pembiayaannya rendah kalau boleh lebih rendah dari RM500 sebulan mungkin RM250 kerana ramai generasi baru Felda yang tidak punya pendapatan tetap tidak ada payslip.

Rumah yang begitu harganya RM50,000 ke bawah. Dari cadangan Felda dari rumah generasi baru Felda berharga RM200,000 seunit akhirnya banyak kali disemak RM180,000, RM150,00 hingga kepada RM90,000.

DS Najib tidak puas hati mahu harga rumah diturunkan hingga RM70,000. Ada cadangan dari ADUN Tahan mahu rumah dikurangkan lagi hingga ke bawah RM50,000 seunit.

Pening kepala kontraktor-kontraktor yang tertarik dengan cadangan-cadangan asal kerana tidak boleh untung besar pada fasa pertama.

Posting ini memberi gambaran status Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) di DUN Tahan, Pahang dan di seluruh negara. Apa masalah dan permasalahan serta apa penyelesaiannya?

WZWH telah menulis 2 posting berkenaan sejarah timeline awal dan permasalahan berbangkit Projek PGBF ini SILA KLIK DIBAWAH:








Apa penyelesaiannya Projek PGBF ini dan Tindakan TS Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru dilantik memenuhi VISION dan HASRAT DS Najib mahu bina 20,000 unit menjelang 2018?

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pelaksanaan Projek PGBF dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama sebanyak 8,470 unit dan Fasa Kedua 11,530 unit.
“Bagi Fasa Pertama, Projek PGBF dipecahkan kepada projek perintis di tujuh lokasi dan melibatkan 2,144 unit. Baki sebanyak 6,326 unit di 26 lokasi telah dibahagikan kepada lima pakej.
“Semua projek dalam Fasa Pertama ini dijalankan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik melalui proses tender. Pembiayaan Fasa Pertama adalah dari sumber dalaman Felda dan juga pinjaman,” katanya.
Beliau berkata, pembiayaan tambahan telah juga diperoleh melalui peruntukan sebanyak RM200 juta yang telah diluluskan di bawah Bajet Kerajaan Persekutuan 2017.
Manakala, bagi Fasa Kedua yang melibatkan 11,530 unit, Lembaga Pengarah syarikat PFSB telah memutuskan pembiayaannya adalah melalui inisiatif pendanaan swasta (PFI) dan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Putra Star Investment Holdings Pte Ltd dan syarikat Terranova Builders Sdn Bhd pada 6 September 2016.
Bagaimanapun, Fasa Kedua Projek PGBF tidak dapat dilaksanakan lagi memandangkan terdapat isu-isu teknikal dan pematuhan kepada perjanjian inisiatif pendanaan swasta tersebut.
“Ketiga-tiga pihak yang terlibat dengan perjanjian tersebut kini di dalam proses perundingan untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul".

DS Najib percaya dan yakin projek ini boleh disiapkan dalam tempohnya.

Thursday, January 19, 2017

Keperihatinan YAM Tengku Temenggong Pahang Kepada Kebajikan Ahli Temenggong Ranger Yang Terlantar Sakit

L1200152.JPG


Temenggong Initiative dipimpin oleh YAM Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain billah.

Temenggong Initiative ialah THE OPERATING ARM OF THE SULTAN AHMAD SHAH ENVIRONMENTAL TRUST (SASET).

WZWH suka YAM Tengku Fahad ibni Sultan Ahmad Shah walau muda baru berumur 21 tahun putera bongsu Tuanku Sultan Pahang tapi punya bukan saja idea-idea dan falsafah hebat alam sekitar tapi juga mempraktikkannya melalui Temenggong Initiative-Temenggong Ranjers.

Berslogankan ' Balancing People and Nature', Temenggong Initiative menganjurkan program yang berkaitan dengan penjagaan alam semulajadi. Program 'Adopt a kampung' ialah menjadikan 7 buah kampung di Kuala Tahan sebagai kampung angkat. Temenggong Rangers  dilantik terdiri daripada volunteers/ sukarela, 2 orang bagi setiap kampung yang akan bertugas melaporkan sebarang pemusnahan alam semulajadi kepada Temenggong Initiative.


Image may contain: 1 person, sitting

Kurnia sumbangan dari YAM Tengku Arif Temenggong Presiden Temenggong Initiative-Temenggong Ranger dan SASET disampaikan oleh Encik Dev Dass, Pegawai SASET kepada Encik Zainuddin Daman seorang Temenggong Ranger dari Kuala Tahan yang sakit terlantar bermingu-minggu  di Hospital Kubang Kerian.


Encik Zainuddin Daman (Jack) seorang Temenggong Ranjer dari Kuala Tahan sudah terlantar sakit berminggu-minggu di Hospital Kubang Kerian. Atas rasa keperihatinan, YAM Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Abdul Fahd Al Muazzam Shah mengurniakan sumbangan kepada Encik Zainuddin Daman. Tengku Arif Temenggong adalah Presiden Temenggong Ranger dan SASET NGO Alam Sekitar yang paling aktif di Pahang. Semoga beliau cepat sembuh.


Image may contain: 2 people


Foto terbaru semasa Encik Zainuddin Daman masih sihat bekerja bersama YAM Tengku Temenggong Pahang sewaktu Program Temenggong Initiative dan SASET di Kuala  Atok Biodiversity Research Centre pada tahun 2016.  WZWH di belakang tunduk cuba menaiki bot panjang Sungai Tembeling.

Keperihatinan YAM Tengku Temenggong Pahang kepada kebajikan Ahli Temenggong Ranger yang sakit terlantar berminggu-minggu di Hospital Kubang Kerian ini amatlah dipuji dan mulia. Inilah kepimpinan YAM Tengku Temenggong Pahang cakna kepada anak-anak buahnya.

Kepada pembaca Blog WZWH yang budiman bolehlah menderma kepada Encik Zainuddin Daman beramal jariah seperti nombor akaun bank di bawah: Marilah kita menderma untuk keluarga beliau.

4464615800
Public Bank

Mohd Zainuddin Daman


Blog WZWH banyak mempromosi Temenggong Initiative-Temenggong Ranger dan SASET (Sultan Ahmad Shah Environment Trust). Antaranya ialah Sila Klik posting-posting di bawah:







[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...