Saturday, September 25, 2010

Kerajaan Pusat Jual Empangan Bakun Kepada Sarawak

Kerajaan Persekutuan bersetuju jual empangan hidroelektrik Bakun di Belaga kepada Kerajaan Sarawak. Ini dikatakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Peter Chin Fah Kui.

Beliau menambah Kerajaan Pusat dan Sarawak sedang merunding harga. Sarawak menawar untuk membeli maka Putrajaya bersetuju. Bila Sarawak mahu elektrik dari empangan Bakun dikekalkan di Sarawak maka projek kabel dasar laut membekalkan elektrik ke Semenanjung dibatalkan.

WZWH, ketika membentangkan usul projek empangan hidroelektrik Sungai Tekai dalam mesyuarat pemuda UMNO Bahagian Jerantut tahun 2009 pernah menyatakan tidak bersetuju dengan projek kabel dasar laut itu bukan saja kosnya melebihi RM3 bilion tapi berisiko tinggi. Kos sebanyak itu boleh dibuat membina sebuah empangan hidroelektrik Sungai Tekai yang bernilai RM2.7 bilion.

Projek empangan Bakun sudah bersedia untuk dibanjirkan. Kolam empangan bersedia untuk dipenuhi air seluas saiz pulau Singapura dijadualkan bermula bulan depan.

Projek Bakun adalah empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia terletak di Sungai Balui di hulu Sungai Rejang 37km dari Belaga.

Projek hidroelektrik Bakun mula dirancang pada awal 1980an oleh Kerajaan Pusat untuk mempelbagaikan sumber tenaga setelah projek empangan hidroelektrik Tembeling ditentang oleh rakyat Jerantut.

Projek Bakun pada mulanya diberi kepada Ekran Bhd, sebuah syarikat dikuasai oleh Ting Pek Khing. Kerja-kerja fizikal empangan bermula pada tahun 1994.

Sarawak Hidro telah dibentuk untuk mengambil alih pembangunan dan pengurusan projek pada tahun 2000 selepas krisis kewangan Asia 1997-98 yang melumpuhkan projek Bakun.

Pada penghujung tahun 2002, konsortium Sime Darby memenangi saingan tender membina empangan Bakun pada harga RM1.8 bilion. Kos keseluruhan projek Bakun secara rasmi ialah RM7.3 bilion tetapi kerana kos terlebih, kompensasi kelewatan dan kadar faedah telah menyebabkan kos akhir meningkat.
Apa impak penjualan empangan Bakun ini kepada Kerajaan Sarawak? Ini bermakna Semenanjung Malaysia tidak dapat akses bekalan tenaga elektrik dari Sarawak. Kerajaan Pusat terpaksa mencari empangan hidroelektrik alternatif di Semenanjung untuk menampung keperluan tenaga bagi menghadapi krisis tenaga yang mula meruncing sekarang.

Apa yang WZWH cadangkan iaitu projek empangan hidroelektrik Sungai Tekai adalah empangan hidroelektrik alternatif yang dapat menyelesaikan keperluan negara. TNB sudah tentu sangat berminat dan dasar pentadbiran DS Najib sekarang pada salah satu NKEAnya ialah merebut potensi hidroelektrik di Semenanjung.

Projek empangan hidroelektrik Sungai Tekai berkapasiti 300MW bernilai RM2.7 bilion. WZWH boleh nampak peluang projek ini sangat cerah untuk dilaksanakan memenuhi keperluan "renewal energy" atau tenaga yang diperbaharui.

Sudah tentu projek hidroelektrik Sungai Tekai ini bila kerajaan mahu laksanakan dengan segera akan memberi impak besar kepada ekonomi Jerantut, menggerakkan ekonomi Jerantut dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Jerantut.

Jika Ku Lan, MB dan PM DS Najib mahu dan bersetuju...WZWH percaya dan yakin projek empangan hidroelektrik Sungai Tekai, Lembah Tembeling dapat dilaksanakan. Ini bukan mimpi. WZWH amat berharap rakyat Jerantut menyokong projek ini demi kebaikan ekonomi dan masa depan Jerantut.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024