Saturday, September 11, 2010

Pembangunan Tembeling Tengah DUN Tahan

Kebiasaannya bila kita bercakap penbangunan DUN Tahan dalam parlimen Jerantut selalunya orang suka fokus penantian 50 tahun jalan Ulu Tembeling. WZWH kira masalah projek jalan Ulu Tembeling sudah selesai.

Projek ini sudah bermula dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi dan akan disambung berperingkat ke Kampung Kuala Sat dan seterusnya ke Kampung Mat Darling. 7 tahun lagi projek jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta akan siap sepenuhnya, Insyallah.

WZWH faham kenapa YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan terlalu memfokuskan pembangunan Ulu Tembeling. WZWH sudah nampak "vision" bagaimana kita mahu membangunkan Tembeling Tengah yang terdiri dari banyak kampung tradisional tepi sungai seperti Kampung Pasir Sia, Cebong, Air Hitam, Kekura, Kercih, Jong Berlaboh, Paya Koran (tempat lahir Dato' Wan Amizan), Labu, Tada, Permacang Raja, Lubuk Payong, Ranggol, Merting, Gol.

Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang juga dikira sebagi zon Tembeling Tengah yang paling ramai pengundi dalam DUN Tahan.

Sebuah jambatan merentasi Sungai Tembeling perlu dibuat dengan segera jika kita mahu impak pembangunan dapat dirasa dengan cepat. Jambatan Jong Berlaboh bernilai RM60 juta menghubungkan Kampung Jong Berlaboh lama dengan Kampung Jong Berlaboh baru.

Projek jalan di Kampung Jong Berlaboh lama ke kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Batu Balak perlu dibina. Terdapat banyak tanah kerajaan yang luas boleh dimajukan ala Felcra untuk memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang kampung Tembeling Tengah.

Sebenarnya WZWH baru perasan rupanya dari Kampung Jong Berlaboh lama sudah dekat dengan sempadan daerah Kuala Lipis. Kampung Jong Berlaboh lama jaraknya dengan Chegar Perah (Dalam daerah Kuala Lipis) cuma 12km sahaja. maka WZWH mencadangkan kepada Kementerian Luar Bandar supaya membina projek jalan Kampung Jong Berlaboh ke Chegar Perah yang kosnya lebih kurang RM150 juta.

WZWH mahu menceritakan tentang pembangunan di daerah Kuala Lipis agar pembaca blog WZWH dapat gambaran yang jelas supaya boleh memahami "vision" WZWH.


Penantian 3,000 penduduk sejak 50 tahun lalu berakhir apabila projek jalan raya dari Kampung Bukit Kota ke Aur Gading dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai dan DUN Padang Tengku siap tidak lama lagi. Projek bernilai RM35 juta sejauh 11.7 km itu dilaksanakan Konsortium Jalan Relong-Merapoh sejak 3 Mac 2008 dijangka siap mengikut jadual pada 2010 ini. Projek fasa pertama itu bakal memacu pertumbuhan sektor pertanian dan pelancongan di kawasan Pahang Barat.
Fasa kedua projek itu yang menghubungkan Aur Gading ke Chegar Perah di DUN Padang Tengku akan disambung selepas selesai fasa pertama projek itu. Projek fasa kedua ini bernilai lebih kurang RM95 juta sejauh 16 kilometer.
Jika kita dapat menyambung projek jalan Chegar Perah ke Jong Berlaboh dan Jambatan Jong Berlaboh siap dibina maka ia membuka peluang penduduk bergiat dalam bidang pertanian dan pelancongan di samping mewujudkan pusat pertumbuhan baru dan melancarkan modus operandi kerajaan membasmi kemiskinan sifar. Jika kedua fasa siap dalam tempoh empat tahun ini, ia akan menjadi laluan alternatif kenderaan dari Lembah Klang ke Negeri Kelantan dan dapat menjimatkan masa perjalanan.
WZWH boleh membayangkan bahawa Tembeling Tengah di DUN Tahan akan maju dan rakyatnya sejahtera. Jika kerajaan BN mendengar pandangan WZWH ini dan Kementerian Luar Bandar serius melaksanakan pembangunan Tembeling Tengah DUN Tahan maka sudah pasti rakyat akan menyokong kerajaan BN.

5 comments:

jerantutian said...

saya rasa kerajaan patut buat jambatan merentas sungai pahang di kuala tembeling.bila siap orang dari kuala lipis boleh terus ke ulu tembeling tanpa lalu jerantut.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Jerantutian,
Satu idea yang sangat baik untuk dicadangkan kepada kerajaan.

jerantutian said...

jalan ulu tembeling sampai ke kampung mat daling memang confirm yang ministry of finance dah approve?tak buat sampai pasir raj sekaligus?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Jalan Ulu Tembeling sampai ke Kg Mat Daling sudah lulus lama dah pada Mac 2008. Pelaksanaan baru bermula pada bulan April 2010 secara berperingkat. Jalan Kg Mat Daling sampai ke Kg Pasir Raja dalam RMK 10. Kerajaan negeri Pahang dan Terengganu mesti push projek ini kuat-kuat.

jerantutian said...

baguslah kalau betul.kalau siap jalan ke pasir raja,baru ekonomi orang kampung bergerak.saya punya vision kalau boleh buat jalan dari kuala sat merentas sungai tembeling dan sungai sat terus ke tasik kenyir dan sambung ke jalan kuala berang-gua musang-ipoh.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024