Monday, January 31, 2011

Konvensyen BN Negeri Pahang 2011


Hari ini WZWH menghadiri Konvensyen BN Pahang 2011 di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan.

Kali terakhir konvensyen BN diadakan ialah pada tahun 2002. Konvensyen ini melibatkan 2500 perwakilan dari parti-parti komponen BN Pahang terdiri dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Konvensyen kali ini dipenuhi ucapan-ucapan termasuk oleh perwakilan daripada setiap parti komponen. Ucapan-ucapan ini diharap dapat menjurus ke arah meningkatkan lagi persepakatan sesama BN serta menguatkan lagi demi mendapat sokongan rakyat terhadap BN.

Selari dengan peredaran zaman, BN tidak boleh lagi terus-menerus bersandarkan kepada bekerja kaedah lama yang mungkin tidak lagi bersesuaian. Oleh itu, BN harus sedia berubah dalam beberapa pendekatan yang diambil dan dilaksanakan.

Tahniah kepada BN Pahang kerana berjaya menganjurkan Konvensyen BN Pahang 2011 yang pertama dianjurkan di peringkat negeri selepas hanya dua bulan BN Pusat menganjurkan konvensyen di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada awal Disember lepas.

Kesegeraan menganjurkan konvensyen ini membuktikan komitmen tinggi BN Pahang di bawah kepimpinan DSD Adnan Yaakob menjayakan segala saranan BN Pusat dengan mendahulukan rakyat iaitu meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya.


Menerusi konvensyen ini diharap dapat meningkatkan lagi semangat bekerja dalam kalangan kepimpinan dan ahli-ahli BN Pahang seterusnya mengukuhkan lagi persepakatan sesama kita untuk memastikan perjuangan BN sentiasa diterima rakyat.

WZWH berharap BN Pahang sama-sama bertekad memastikan Pahang terus menjadikan penyumbang besar kepada kejayaan BN pada setiap kali pilihanraya. Kita perlu mengenepikan perkara-perkara yang remeh, sebaliknya sama-sama berganding bahu memantapkan perjuangan membela rakyat dan berdepan dengan pembangkang di luar sana kerana golongan inilah musuh kita yang sebenarnya.

Walau apapun yang dibincangkan dan dibahaskan WZWH percaya pada analisis terakhir tentulah memantapkan lagi BN Pahang bagi menghadapi ujian PRU 13 nanti.

Hakikatnya BN Pahang ialah antara BN negeri yang paling berjaya tidak boleh diremeh-temehkan. Ini terbukti dengan kejayaan demi kejayaan yang ia kecapi pada PRU dan PRK lepas.

WZWH percaya selepas konvensyen ini keupayaan BN Pahang pasti dapat dilonjakkan dan semoga momentum ini dapat terus dikekalkan dan ditingkatkan sehinggalah tiba masa yang dinanti-nanti dalam menghadapi PRU akan datang.

WZWH berharap BN Pahang dapat memanfaatkan sepenuhnya hasil daripada penganjuran Konvensyen BN Pahang 2011 semoga BN Negeri lain yang bakal menganjurkan konvensyen yang sama dapat turut mengambil iktibar daripadanya.

Konvensyen ini akan menjadi detik pemula kepada perubahan yang lebih baik kepada parti komponen dan ahli-ahli merealisasikan Transformasi BN.

Kita semua yakin dan percaya bahawa BN adalah satu-satunya gabungan parti politik pelbagai kaum yang terus diyakini oleh rakyat Malaysia.


DSD Adnan bin Yaakob, MB Pahang bertanya khabar kepada seorang veteran UMNO dan BN Pahang yang sedang uzur sanggup datang ke Konvensyen BN Pahang 2011.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024