Sunday, January 29, 2012

Hadi Awang Bagi Signal Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh Supaya Berundur!

Ramalan majalah Asiaweek bahawa mungkinkah Hadi Awang akan memimpin Malaysia pasti tidak menjadi kenyataan jika Hadi Awang bertegas mahu mengundur diri dari politik dengan tidak bertanding sebarang kerusi pada PRU 13 nanti.

Hadi Awang membayangkan hasratnya mahu berundur dari politik dan ini penggal terakhir beliau sebagai wakil rakyat dan Presiden PAS.

Hadi Awang telah 30 tahun jadi ADUN dan berbelas tahun sebagai ahli parlimen. Beliau juga telah menjadi Naib Presiden PAS sejak berumur 30an.

Mengungkap kata Mahathir "dah lama dah.."

Hadi Awang mahu beri peluang kepada generasi baru.

Adalah janggal dikala Pakatan Rakyat bersemangat mahu menawan Putrajaya pada PRU 13 alih-alih Hadi Awang mahu berundur!

Pasti ada yang tidak kena. WZWH boleh menghidu terdapat krisis dalaman PAS. Ada yang Hadi Awang tidak puas hati.

Atau Hadi Awang (65) bagi signal kepada Anwar (64), Nik Aziz (81), Lim Kit Siang (71) dan Karpal Singh (72) supaya berundur. Mereka ini semua ahli politik yang berumur sangat tua antara 70 hingga 80 tahun.

Generasi Baby Boomer, X, dan Y dan Z memerlukan pemimpin muda yang relevan dengan isu-isu politik semasa Malaysia.

Generasi muda Malaysia melihat bahawa gaya politik Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh cara politik lama. Isu dan polemik yang mereka perjuangkan tidak produktif kepada pembangunan negara.

Mungkin Hadi Awang sudah membayangkan bahawa Pakatan Rakyat akan mengalami kekalahan yang besar pada PRU 13 nanti sebab itu mahu berundur.

Anwar sedang memujuk Hadi Awang ketika ini kerana Anwar tahu jika Hadi Awang mengundur diri ianya pasti memberi kesan besar bukan sahaja kepada PAS tapi kepada usaha Pakatan Rakyat mahu menguasai Putrajaya.

Maka pecah berkecai berderai cita-cita dan harapan serta impian Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri.

Sedikit demi sedikit tanda-tanda itu sudah kelihatan ditunjuk oleh Allah SWT kepada kita...

4 comments:

Anonymous said...

I feel good
I feel good
SO GOOD.

Anonymous said...

YB Hj Hadi sejak lama dulu lagi bahkan diusia remaja menyelami di dasar amat mengetahui onak dan duri sebagai politikus. Berbalik soal pilitik hasrat itu sebagai amaran kepada sekutu mahupun lawan. Sebagaimana seorang menteri kabinet YAB Dato Seri Najib dengan prinsip "amaran" nya... Amaran untuk berundur sebagai satu "kemenagan" terhadap beliau. Jika ada GE 13, dalam tempoh terdekat atau bila2 pun, majoriti terus bertambah besar. Nama2 yang bersekongko,dengan tokoh "ulama" ini juga akan terus bertambah. Awas undi simpati terhadap Pakatan Rakyat melalaui "amaran" ini boleh megugat pentadbiran YAB DSN.

Pandangan ikhlas...

Anonymous said...

Pemimpin UMNO elok stop awal2 walaupun muda sebab makin lama jadi wakil rakyat makin banyak buat kerja maksiat. Kebas duit, kebas balak, rasuah, makan komisyen atas projek, banyak buat kerja fitnah dan lucah. Yang terbaru ni nak tunjuk video seks terbaru pulak. Katanya Anwar buat kerja dengan amoi Thai pada 12 dan 13 Jan 2011. Tengok2 masa tu Anwar sedang meting di Pejabat PAS Pusat. Dulu fitnah Anwar buat kerja dengan Azizan di Trivolli villa pada Tahun 1998.Tengok2 masa tu villa tu pun tak siap lagi. Yang lucunya, boleh ubah tarikh pulak tu. Yang lucunya lagi orang2 UMNO yang cerdik2 boleh percaya pulak.
Pemimpin PAS kalau dia jadi wakil rakyat lama2 pun tak pe. Tak main pompuan, tak makan rasuah dan komisyen dll.Tak tunduk pada orang bukan Islam dll. Prinsipnya mantap.Saya kesian tengok WZWH. Orangnya cerdik dah tapi benda2 macam ni pun tak leh fikir.

Anonymous said...

Engku ni secara sedar atau sebaliknya kutuk secara halus sesama pemimpin politik, tapi jika dia tu melangit dilambung. Ingat cara tu dia terus terhempas.. barulah engku tahu langit tu berkaki, sungai tu berkuala atau berulu dimana!!!...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024