Wednesday, January 4, 2012

DAP Mahu Jadi MB Pahang!


Sakmongkol AK47 duduk disebelah kiri LKS telah mendapat 'blessing' dan restu dari LKS Pemimpin Agong DAP. Sakmongkol adalah potensi material MB Pahang kerana IQ dan EQ beliau lebih tinggi dari Ir. Nizar mantan MB pilihan DAP Perak.

Dalam posting WZWH yang lepas sila sila klik sini, respon yang WZWH dapat dari majoriti ahli DAP dan PAS Raub mahu Tengku Zulpuri bin Tengku Puji menjadi calon parlimen DAP Raub.

Tengku Zulpuri adalah Timbalan Pengerusi DAP Raub. Beliau adalah berlatarbelakangkan seorang jurutera dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang. Beliau juga anak kepada mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Di Pahang ini adalah normal bila DAP boleh kahwin dengan PAS.

Di Pahang ini DAP itu PAS dah PAS itu juga DAP. Begitulah kisah parti Islam dan parti Malaysian Malaysia ini.

Dimana kedudukan Sakmongkol AK47 @ Ariff Sabri dalam menempatkan beliau dalam calon DAP di Pahang. 

Menurut sumber yang belum disahkan melalui broker menarik "orang Melayu yang berfikir" iaitu Zairil Khir Johari SETPOL LGE, Sakmongkol AK47 adalah calon MB DAP Pahang.

WZWH telah diberitahu sendiri oleh YB Leong Ngah Ngah ADUN DAP Triang yang sudah 6 penggal menjadi ADUN telah bersedia untuk berundur. 

Kemungkinan Sakmongkol AK47 akan bertanding di DUN Triang.

Jika Pakatan Rakyat menang besar beliau pasti calon utama DAP bagi menjawat jawatan MB Pahang.

4 comments:

LaM said...

Daripada lanun dari Umno Baru yang inspirasi and cita2 hanya untuk merompak harta rakyat, lebih baik orang melayu yg jujur dan tidak korup jadi MB walaupun dari parti apa sekali pun.

Anonymous said...

Che Wan..

Ha ha ha..Orang Pahang bukan macam orang Kelantan atau Terengganu atau Melaka..Aok tenggok..Orang Pas boleh dok serumoh dengan orang Ameno..Orang Ameno boleh dok semeja dengan Orang DAP..Ayoh PAS anak Ameno..Ayoh Pas, Anak DAP...seme boleh...Orang Pahang boleh Kawin walaupun berlainan Parti...Kira Orang Pahang ni cukup bagus..

Yang kome tak mahu kalo Perompok, penyamun jadi ketua..abih kena juei ler gamoknye..ha ha ha.

Tapi kome rase ler..SAK ni nak keluar ker dari AMENO..dia sayang pepalih kat AMENO..cuma AMENO jer tak sayang kat Dia ..ha ha ha.

Anonymous said...

Pgundi Jrtt, berade di Raub...
Tidak smestinye Dato Arif clon MB sekiranyer PR Pahang. Dinimika politik dlm kerjasama politik PAS dan DAP terbukti di Perak sblm ini apabila Ir Nizar jd MB Perak walaupun kerusi DAP lbh bnyk...W/pun dikatekn DAP blh menang semue kerusi iaitu 7 kerusi yg ditandingi...awok nie kate mcm confident jer UMNO mng semue kerusi dun lwn Pas...? Sy jg blh ktkn Dato Tuan Ibrahim lps PRU 13 nie...sbb sy juga confident PR perintah Phg dgn Pas mng bnyk kerusi dun lwn UMNO...

Kutukandewata said...

DESPRADO!DESPRADO!DESPRADO!

IKUT AWOKLAH SAKMONGKOL!CICIT PENJUANG PAHANG NI BERASAL DARI JERANTUT,PATUTNYA BERPOLITIK DI JERANTUT BUKAN PEKAN.DAH KENA CANTAS!!!

SIA-SIA MOYANG AWOK DULU-DULU BERJUANG TAK MAHU DI JAJAH BANGSA LAIN,TAPI AWAK RELA DIJAJAH KAFIR HARBI!

MALU AKU NAK HORMATKAN KAU,DESPRADO!!!!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024