Monday, January 2, 2012

Sakmongkol AK47 Bersedia Mengempur Parlimen Raub PRU 13 Atas Tiket DAP!


Blogger Aspan Alias dan Sakmongkol AK47 dulu blogger UMNO kini berubah wadah blogger DAP!

Bekas ADUN Pulau Manis dalam parlimen Pekan Dato' Mohd Ariff Sabri dan veteran UMNO Negeri Sembilan Aspan Alias telah disahkan menyertai DAP. 

Ariff Sabri @ blogger Sakmongkol AK47 merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.

Kenapa Sakmongkol beralih kepada DAP?

Jawab beliau DAP ialah parti:
  • Berprinsip
  • Profesional
  • Fokus kepada kerja
  • Selalu berfikir
  • Tidak suka bodek pemimpin
  • Lebih relevan kepada orang Melayu
  • Lebih demokratik
  • Lebih bebas menyuarakan hak Melayu dari sekatan UMNO
  • Lebih serious menentang rasuah dan salah guna kuasa

WZWH kira ini tamparan hebat juga kepada DS Najib sebagai PM, Presiden UMNO dan Ketua Bahagian UMNO Pekan.

DS Najib tidak berjaya menghalang veteran UMNO seperti Ariff Sabri dari Pekan dari keluar parti.

Sekurang-kurangnya YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut berjaya mengekalkan veteran UMNO yang bertanding sepenggal di Jerantut seperti Kamaruzamman Baria, Arwah Dato' Azizan Yaakob, Ustaz Mat Jaafar setia dalam UMNO.

Mungkin pada DS Najib itu tidak penting bagi beliau dan tidak suka pujuk orang.

DAP sekarang dalam usaha menarik lebih ramai intelektual Melayu masuk DAP seperti :
  • Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Timbalan Pengerusi DAP,
  • Zairil Khir Johari Setpol LGE
  • Tengku Zulpuri bin Tengku Puji, Timbalan Pengerusi DAP Raub

Zairil Khir Johari dan pakar strategi DAP Lew Chin Tong dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke ditugaskan menarik golongan profesional muda Melayu masuk DAP.

DAP mahu belajar dan memahami psyche politik Melayu dengan lebih serious. 

Sakmongkol akan bertanding di parlimen Raub atas tiket DAP pada PRU 13 nanti dimana Dato' Dr Ng Yen Yen Menteri MCA dan juga Naib Presiden MCA adalah penyandang 3 penggal parlimen Raub sejak PRU 1999.

Dr Ng Yen Yen yang berumur 65 tahun kini berjaya memenangi parlimen Raub dengan majoriti 2752 mengalahkan DAP.

WZWH diberitahu oleh UMNO Raub populariti Dr Ng Yen Yen sudah mula merosot kini. Tambah lagi orang Cina Raub tidak suka kepada Dr Ng Yen Yen. Orang Melayu yang banyak memenangkan beliau.

Raub ialah parlimen bercampur dengan majoriti orang Melayu. Sakmongkol berpeluang cerah memenangi parlimen Raub kerana mungkin orang Melayu Raub akan beri undi kepada calon DAP.

Kecuali UMNO Raub bertanding di parlimen Raub. WZWH perhatikan beberapa tokoh UMNO Raub sudah siap bersedia untuk dipilih sekiranya parlimen Raub diberi kepada UMNO pada PRU 13 kali ini.

Sakmongkol AK47 bersedia mengempur parlimen Raub pada PRU 13 atas tiket DAP.

7 comments:

Anonymous said...

saya akan undi dato' sak. saya anak beranak dah jemu dgn perangai big mama dan corruption dalam umno. bayangkan dalam sibuk2 kes rasuah kapal selam tak abis lagi dok tak segan silu beli pulak kapal perang 9 billion. rileks la..mcm tau2 lak nak bn nak kalah pru13 ni, kasi belasah abis2an. tapi waspada...jika pr menang semua bekas menteri termasuk pm dan bininya akan di hakimi nanti mcm filipina.. hi hi tak sabar nak undi dato ariff....

Anonymous said...

wzwh aok lah berkerak. Bila nak tranform, jangan bercakap hal urang je.

pengundi raub said...

kenapa ariff sabri nak bertanding di raub? kan dah ada tengku zulpuri untuk calon DAP di situ?

Anonymous said...

Hello WZWH,

Sape agaknya tokoh UMNO Raub yang mgkin dipilih sekiranya parlimen Raub diserahkan kepada UMNO.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 4:42,
Blog WZWH biasanya menulis secara mikro tentang siapa tokoh atau cakon di Jerantut. Jika WZWH tulis tentang tokoh dan calon UMNO Raub nanti bimbang pula ada orang Raub marah kepada WZWH. So WZWH jaga UMNO Jerantut sahajalah. OK Anon 4:42. Masih tidak puas hati?

syed said...

akhirnya Melayu sudah hilang kepercayaan pada Bangsa sendiri.

Anonymous said...

tak kira sape pun yang bertanding mewakili umno di parlimen raub,yang penting calon tu mesti ANAK JATI PAHANG bukan orang luar yang lahir di luar pahang dan juga mak atau ayah mestilah ANAK JATI PAHANG

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...