Sunday, January 15, 2012

DS Najib Pembela Rakyat Marhein-Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Dan Kedai Rakyat 1 Malaysia



















Membuka kalendar 2012 DS Najib hari ini telah melancarkan Majlis Perasmian Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu dan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pekan.

Dua Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu di Kampung Padang Rumbia dan Kampung Pulau Serai manakala kompleks perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia di Kampung Pulau Serai.

Perumahan untuk golongan miskin, rumah keluasan 1000 kaki persegi, dipenuhi perabot dan tong gas yang disumbang oleh korporat prihatin kepada masyarakat memberi keselesaan kepada rakyat marhein.

50 unit rumah dibina di Kampung Padang Rumbia manakala 100 unit di Kampung Pulau Serai. Sebelum ini ratusan rumah serupa dibina di Kampung Salong dan Kampung Pulau Manis.

Bukan sahaja rumah diberi kepada golongan miskin malah projek komuniti bagi menjana ekonomi kepada isirumah seperti:

  • Pusat Kraftangan
  • Pusat ICT
  • Pusat Memproses Makanan
  • Projek Ternakan Ikan Jade Perch
  • Projek Ekonomi Pertanian Bersepadu-tanaman halia dalam pasu, tanaman padi (system of rice intensification), ternakan ayam, tanaman pisang dan lada.

Kedai Rakyat 1Malaysia menawarkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan. Kompleks perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan pusat komersial menarik di kampung-kampung tradisional.

DS Najib pembela rakyat marhein di kampung tradisional.



















Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Padang Rumbia.



















Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Pulau Serai dan projek pertanian.



















DS Najib diringi DSD Adnan Yaakob MB Pahang menaiki 'golf car' melawat ke sekitar pusat komuniti.



















YB Dato' Ishak Muhamad ADUN Bebar merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan dan EXCO Pahang mengucapkan terimakasih kepada usaha DS Najib, MB Pahang dan sumbangan korporat yang menjayakan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu.

Antara kisah menarik bila Dato' Ishak menceritakan kisah seorang janda yang telah sebelas tahun ditinggal suami tapi bila saja janda itu dapat rumah berjaya menjadi peserta maka bekas suami mahu rujuk kembali dan mereka bersama semula sebagai suami isteri kini!



















YB Cikgu Ibrahim Awang, ADUN Peramu Jaya berucap menyatakan rasa terimakasih kepada DS Najib seorang Perdana Menteri yang perihatin kepada rakyat dengan bajet 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 dan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu serta Komplek Perniagaan Kedai Rakyat 1 Malaysia yang mengubah  landscape Kampung Pulau Serai menjadi lebih menarik dan ceria.



















Kedai Rakyat 1Malaysia Kampung Pulau Serai.
















Gerai sayur-sayuran.
















Gerai ayam.
















Gerai ikan.
















Gerai makanan Menu Rakyat 1Malaysia.
















Gerai-gerai menjual pelbagai barangan. Ini semua ada dalam Kompleks Perdagangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

WZWH berharap Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu, Projek Ekonomi dan Pertanian Bersepadu dan Kompleks Perdagangan Kedai Rakyat 1Malaysia dapat direalisasikan di kampung-kampung tradisional di Parlimen Jerantut dan tiga DUN iaitu DUN Tahan, DUN Damak dan DUN Pulau Tawar.

Ini boleh membantu meninggikan taraf ekonomi rakyat di kampung tradisional Parlimen Jerantut dan tiga DUN dan mereka rakyat marhein berpeluang menikmati 'standard of living' yang lebih bahagia.



















DS Najib Perdana Menteri Pembela Rakyat Marhein mengikuti jejak ayahanda Almarhum Tun Abdul Razak yang jasa dan budi tidak boleh dilupakan oleh ratusan ribu peneroka Felda dan generasi kedua.

DS Najib tidak perlu melayan karenah Anwar Ibrahim yang gila kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri dengan berdebat isu ekonomi dan pengurusan pentadbiran negara terkini.

Apa yang penting DS Najib buat kerja..buat kerja...buat kerja jangan pedulikan Anwar Ibrahim yang pakar retorik dan psiko cakap banyak tapi hasil tiada.

WZWH dari generasi baby boomer dan generasi X, Y dan Z menyokong penuh kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia penyelesai segala masalah dan isu rakyat.

WZWH ingin bertanya kepada Anwar Ibrahim mana dia satu projek perumahan kos rendah di Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat memerintah. Tidak ada. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak prihatin kepada keperluan rakyat marhein.

Apa Anwar Ibrahim telah buat untuk membantu golongan marhein di Parlimen Permatang Pauh? Anwar Ibrahim hanya sibuk roadshow berceramah lebih kepada isu-isu peribadi yang rakyat marhein terutamanya tidak berminat.

Anwar Ibrahim lebih suka ke luar negara memburukkan kerajaan Malaysia.

Itu bukan sifat-sifat seorang negarawan yang ulong!

15 comments:

Anonymous said...

Kenaapa tumpuan kat Pekan aje... Jerantut nya mana??

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 10:40 tuju soalan ini kepada WZWH? atau kepada ahli parlimen dan tida ADUN?

WZWH akan beritahu ahli parlimen dan tiga DUN supaya buat lebih baik dari Pekan.

Siapa korporat yang berminat mahu menyumbang kepada Jerantut?

Sebenarnya ada cara WZWH tahu...itu mudah saja dengan syarat apa yang WZWH cadangkan selama ini yang telah dibawa dalam Mesyuarat Pemuda UMNO dan UMNO Bahagian Jerantut kenalah PM sokong...

Anonymous said...

DS Najib perlu perluaskan konsep Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu ke seluruh negeri Pahang ini.

Harap pihak korporat yang dermawan perlu agih-agih la ke tempat lain di Pahang jangan asyik ke tempat PM saja.

Anonymous said...

Sejak bila WZWH jadi blogger Pekan pulak...hoi WZWH aok tu blogger Jerantut cerita hal Jerantut aje lah jangan menyibuk di Pekan..cis kata Nicky Aziz!

Anonymous said...

Memang bloger WZWH tu bloger Jerantut tapi dia bloger ngetop Pahang skg. Bloger2 Pekan habis semua masuk DAP..kah kah kah..

Anonymous said...

Woi Anon2 semua WZWH bloger Bendahara Pahang so dia boleh cover semua tempat dalam jajahan Pahang.

Anonymous said...

WZWH mula matang menulis rencana Politik ... berbeza sebelum ini beliau hanya menulis untuk membela bosnya saja.... mungkin dia dah sedar beliau mempunyai peluang untuk bertanding berbanding bosnya yang hampir gugur penggal akan datang ini

Anonymous said...

Woi Anon 10:57 aok jangan mengutuk bos WZWH tu budak ajaib Pahang. Dato' Wan Amizan lebih layak bertanding parlimen Jerantut dari WZWH. Apa lagi dun Tahan. WZWH layak jaga Sakai Kg Kuching aje he he he...

Anonymous said...

WZWH,
Ini posting terbaik WZWH menulis mengenai PM yang cool membantu orang kampung. Bukan spt Suckmongkol AK47 yang suka kritik Datuk Seri Najib seolah2 takda apa2 yg baik PM buat.
WZWH ini baru betul true genuine Pahang blogger!

Anonymous said...

Memanglah W.Zuri criter pasal Projek pembangunan komuniti bersepadu di Pekan. Tapi ada dia kabar baiknya kalau benda yang sama dapat diterap di Jerantut. Baca betul2 deme ni ye ahh.

Anonymous said...

Kenapa menuding jari dengan roadshow. Itu hal orang jangan ambil pusing. Malang bila orang berkerjakeras untuk bersihkan dari, tup tup kita pula mencemarkan diri yang semua orang DUN Tahan dan Parlimen Jerantut tahu. Dah lama “menagguk diair keruh”.

Memang banyak jasa-jasa Dr Ahmad Shukri kepada orang DUN Tahan. Lapora WZWH. Antaranya ialah:-
1. Ladang Herba Pungkor 700 ekar di Kuala Tahan. Balak sudah habis ditebang tetapi ladang herba entah kemana. Boleh tanya Tok Empat Kampung Gol yang mengurusnya.
2. Separuh peserta saham Felcra Tembeling Tengah diberi kepada orang luar. Inilah yang menyebabkan permasalahan orang Tembeling yang layak tetapi tidak dapat. Ada yang satu keluarga dapat. Ada yang dijanjikan dapat tetapi sampai mati pun tak dapat. Ada pegawai kerajaan pun diberi.
3. Balak-balak dikeluarkan atas nama JKKK. Antara JKKK yang terlibat adalah JKKK Kampung Gol dan JKKK Kampung Selimbar. Balak dikeluarkan dengan alasan untuk dibuat Rancangan Tanah Kelompok (RTK). Itu yang Dr Shukri beritahu orang Tembeling. Sampai sekarang RTK tidak lulus tetapi semua balak sudah keluar dah, habis apa cerita semua ini.
4. Tanah matau balak dan kawasan rezab Orang Asli Paya Lintah dijadikan ladang sawit DS Lim Ah Chap seluas 50 ekar. Ini apa cerita. Patutlah Suhaimi Said bising memperjuangkan hak orang Asli. Kenapa Dr Shukri meluluskan tanah adat orang Asli ini diberi kepada Tokey Cina terkaya Jerantut?
5. Ladang ayam yang didirikan di atas tanah PPRT Kampung Labu oleh sebuah syarikat yang dipunyai oleh Mohd Zukarmi bin Abu Bakar seorang AJK UMNO Bahagian Jerantut. Ladang ayam ini memberi pencemaran kepada orang Kampung Labu dengan bau yang sangat busuk dan banyak lalat. Jalan-jalan kampung Labu rosak teruk bila lori ayam kerap kali datang. Pekerjanya diambil dari Indonesia seramai 5 orang.
JASA JASA PUNGKOR N PUNGKOQ PULOK

1.TANAH BATU BALAI 250 EKAR
2.TANAH PADANG RAGUT PERLOK 200 EK
3.BUKIT KTUPAT
4.TANAH BKT NIKMAT 30 EK
5.TANAH PASIR DURIAN
6,TANAH SELIMBAR X TAU BRAPA EK
7.TANAH MERTING X TAU BRAPA EK
8.TANAH PADANG RAGUT KG GOL 250EK
9.TANAH PSK KUALA TAHAN 750 EK
10.TANAH PRJEK KOKO KUALA TAHAN 500 EK

itu yang taunye,yang tak tau banyak lagi,semua nama syarikat2dompok n kuncu2nye,

prjek pulak
1.sebelah ulu tembeling telah di sapu bersih oleh wan tarmizi n groupnye,baik jalan slep atau buat sekolah kg bantal atau ape prjek dari egensi krajaan ke semua disapu oleh wan trmizi n group hasil dari rekomen yb dompok,sampai la ke tender yang akan keluar dari jabatan kaji cuaca nak bg ke wan tarmizi juge iaitu kerja mengecat langit di kawasan ulu tembeling.banyak lagi la tak larat nak tulis da,dompok pulak prjek jlan ratus juta la,kayu balak lagi,jalan ke kampung2 semua nilai ratusan juta.kome tengok je la deme org handal, buat la ape suke,tp tngu dan lihat ape akan berlaku kpd dun tahan selepas ini.... CnP...
Inilah jasa punaisiat dan puanhsiat ekonomi.
Jika begini jadinya, ama nu bungkus selepas Pru ke 13, ingat jerat takan lupakan pelanduk....
SAPA YANG PENGKOR DAN SAPA YANG SAPU PUNGKOQ.

Anonymous said...

salam
anon 9.54

buduh bangan tahap piang betul la aok dan org mcm aok nih
cuba la siasat dulu sebelum menuduh tuh
akuk nih tak tau sgt la tapi nampak sgt aok ni kerja buat fitnah kat org jerrr
dah susah payah YB tuh bekerja tp aok tak hargai penat lelahnya.
1.ladang herba di k tahan tu utk org jtet jugak pasal nak selamatkan tanah dari sykt2 besar yg tengah idam kuala tahan nak masuk konglomerat. jd buat tanda ladang herba tu dapat selamat tanah kuala tahan dpd jatuh ke sykt asing yg berbilion dollar tuh. jd masa depan ada la anak cucu kita tanah nak buat apa di k tahan. balak tu di tebang lah pasal utk ekonomi negeri jugak...buduh betul aok nih
2. saham felcra memang la utk semua org yg layak susah dan berjasa. tak semestinya org tembeling jerr. apa punya bodo la dia nih. buat kerja tanam dan bangun tanah tuh bukan pakai duit rakyat seluruh negara kerrr/ tp bila nak dapat saham pulak bagi syarat utk puak aok kat tembeling jer pulak.. apa budoh benar awak nih
3.tanah dekat paya lintah tu tak ada la sampai 50ekar. nipu benor. luas ada 13 ekar jerrr. tp itu cadangan ganti subsidi silang yg kerajaan negeri utang dgn DS Lim ah Chap. atas syarat bangunan tu. jadi niali dah mahal. nanti akan jadi kedai dan umah utk org tembeling jugak. DS Lim pun dah setuju.
4.ladang ayam tuh sumber ekonomi. pemilik org melayu pulak. baru berjaya. kita nak alih pun timbangrasa la jugak pd org melayu yg meniaga tuh. kan sumber ekonomi rakyat tuh. dah kena berenti dalam setahun nih. nanti dia kena cari tempat lain. tp bg la dia masa..pakai ati perut la sket pd org melayu...
5. maleh dah aku nak terang pada puak2 org buduh piang mcm aok dan puak2 aok nih....

Anonymous said...

Ong ni nak bagi hujah tak cukup handal, condel amat. YB ong tuh bebini sampai dua tiga, kereta tak muat garaj, padan ke dengan elaun RM5,400/= sebulan, nak belanja sema sekalinye. Tanah rancangan nak selamat kepala "taik" apabendanya dari sarikat gergasi ke sarikat babak kelembai ker?. Yang duduk mengata sesama sendiri tuh sape dienyer. Semanye urang pulitik belake2. Kalar dapat sikit makan ditangan tak mudahlae memuji ke yb gon tuh. Aku tak nampak sikit apa pun yb ong tuh tulung ke komeh nih. Jalan bukan duit yb ong tuh. YB ong tu buat pembangunan komisen pun bulih ke puak2 gon juge. Bukannye kome tok tahu. Ong jangan buat melantun2 sangat macang getah buku ajer....

Anonymous said...

Jan 17 - 3.53, aok nih buduh sunguh ropanya. Aok ingat gatek reta2 banyak2 atas dunia jika mati kelak jadi senang ke orang lain juga. Tapi kalau ambil kepunyaan orang lain, ingat ada saksi dipadang mahsar kelak... Kas takut sungguh2. Bukan menda main2 senang atas dunia, bagi makan anak bini tapi ingat anak bini akan tuntut dipadang mahsar kelak. Anak bini tak tahu, dia jawab tak tahu, tak tahu, tak tahu.

Anonymous said...

Beruk2 x sekolah takat mana,beramok sesame die..main hukum,main hujah melalut,gasok deme...yg nyata ; kebusukkan hati melayu same melayu,org tu mniage,lantak ke dia aa nk kete berapa,bini berape.deme ade usahe?...semayangm cukup 5 waktunya?dasar melayu..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...