Sunday, January 8, 2012

Najib Patut Pecat Hishammuddin Lantik WZWH Menteri KDN!

Wok Najib apa cerita KDN sekarang mudah tunduk kepada game politik pembangkang!

Woi Hishammuddin cuba jadi Menteri KDN macam aku lintang pukang Anwar lari dulu..!

Banyak kali WZWH cakap nak jadi Menteri KDN kena ada personaliti macam King Ghaz baru aman dan pembangkang takut dan respek.

Pembangkang sudah naik tocang atas kepala dan mua dengan kelembutan 2 orang sepupu sons of Prime Ministers ini. 

Suara minoriti pembangkang dilayan sangat manakala suara majoriti  termasuk NGO yang menyokong kerajaan dan menghormati kedaulatan undang-undang tidak didengar.

Habis kertas dan dakwat printer Balai Polis seluruh Malaysia membazir print report masyarakat Malaysia yang mematuhi  sivil tidak diambil tindakan.

WZWH boleh faham kekecewaan orang ramai dan NGO. Mereka bersungguh-sungguh dan lantang bersuara demi keamanan tetapi akhirnya suara kelompok minoriti yang didengari.

PDRM mudah mengalah kepada ugutan dan kerap terperangkap dalam permainan yang dicorakkan pembangkang.

Itu persepsi majoriti rakyat Malaysia yang bertamadun.

Di Malaysia lebih mudah menjadi budak jahat dan nakal maka akan mendapat perhatian dan layanan baik.

Perhimpunan Bersih 2.0 dulu pun ribuan report polis dibuat tetapi sia-sia.

Tiada negara lain yang rakyatnya membuat aduan polis mencatat rekod dunia tetapi tiada susulan dan tindakan segera yang menyakinkan.

Isu perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 selepas banyak report polis dibuat membantah namun polis tunduk lagi.

Lebih baik tampal notis di Balai Polis seluruh Malaysia-Anda Dilarang Buat Polis Report Membantah Perhimpunan Haram.

Tidak perlulah orang ramai dan NGO membuat ribuan report polis.

Nampaknya sikap responsif rakyat yang sanggup menghabiskan masa dan tenaga bergegas ke Balai Polis seluruh negara tidak diambil perhatian.

Untuk apa lagi ghairah membuat aduan polis kerana penghujung cerita yang sama.

Bila Menteri KDN lembik maka PDRM pun lembut!

Najib patut pecat Hishammuddin Menteri KDN. Kalau WZWH jadi Menteri KDN tindakan yang WZWH ambil ialah menCinggis Khankan atau mengKing Ghazkan golongan minoriti yang suka buat onar dan gila anarki.

15 comments:

Anonymous said...

Najib Gorbachev

Anonymous said...

Awak..Jauh sangat, kiamat pun tidak lagi..awak susun kerusi meja bolehlah.Budak cerok dapor oii.

Anonymous said...

WZWH Neh!, blm jd YB lg nak tunjok belang doh..!, Hai nmpk gaye nyer lbh bhya drp Dompok la...

Anonymous said...

WZWH Neh!, blm jd YB lg nak tunjok belang doh..!, Hai nmpk gaye nyer lbh bhya drp Dompok la...

Anonymous said...

Kan Umno baru dah bayar bulanan utk kerja propaganda Umno...tu ya tahap kebolehan kau.

Kau punya artikel semua tahap budak PMR shj. hentikan kerja fitnah dan pi sembahyang taubat.

Anonymous said...

Wah Wzwh ong nak jadik Menteri KDN...nak terkencit aku dalam seluar. Ong itu ibarabat pucuk muda masih banyak di pelajari.


Macam mana nak jadi Menteri KDN. Aku nampak ong masih jinjit sayur dan lauk pauk lagi, jadi belum masa. Tokoh Menteri KDN tak ada jinjit sayur masuk WJX 13. Nak perintah beli sayur kepada bioni pun tak berani..ada hati nak cinggi kahan ora king ghaz.

Anonymous said...

Salam semua,

Pandapat dan ulasan yang keciwa nampak.Walapun nampak gila gila,urutan cerita boleh dikatakan betul.Yang sangat gelihati membaca
komen2.Betul gila punya,bukan gila2
lagi.

Saya berpendapat polis telah jerat
penyukong Al Juburi.Polis kasi kontai puak2 ni.Lepas ni u all tak
reti basa lagi,,,,lu jaga.

Yang saya denger sekarang banduan
seluruh penjara telah hantar surat
kapada KDN,sekiranya Anuar didapati bersalah,jangan masukkan
tempat mereka kerana takut kena liwat.....

Gasing toyong. tk.

Anonymous said...

WZWH nampak sangat report yang dibuat oleh PemBODEH UMporNO dan anjing2 NGO.Kenapa Lapuran Polis tentang salah guna kuasa Poltik dan Rasuah yang dibuat oleh orang Awan BERTAHUN2 di bakul sampahkan olih polis tidak diutarakan? Pembunuhan tahanan dalam lokup polis tidak disebut.Cakap biarlah benar, jangan bolih kedia sahaja ditimbulkan.

Anonymous said...

...WZWH, kamu boleh tutup kedai !( u can gulung tikar dah )...

Anonymous said...

Saudaraku wzwh, berangan mmg mudah. Beri idea mmg mudah. Smpai langit ke 7 kita blh bg idea. Cukup sekadar mengomen menteri kdn. Tp x perlu nak menabalkan diri utk jd menteri kdn. Mmg mudah nak cakap 'kalau aku la jd ......'

Anonymous said...

Aku budak kedah tapi hari-hari masuk blog ini,seronok baca komen-komen dan sakat hangpa kat wan zuri. Rasanya nak pindah dari pendang ke jerantut rasaya :D

din pendang

Anonymous said...

Salam semua,

Sah dah sampai targit wzwh untuk menaikan taraf swan dan setengah hampir gilapun ada nampaknya.

Yang menunging atau toyong dalam bahasa orang ulu jangan ceritalah,
ramai sangat.Syabss,,,ada kemunduran
nampaknya.

Walau apa saya angkat tangan pada
wzwh kerana berani kena keritik dan
maki hamun oleh pengumen toyong,,,
Selamat toyong orang Jerantut...

Lebeh baik berangan angan drp hidup
toyong .Orang berangan angan kapala
keatas,orang toyong kepala kebawah,,,hah ,,hah ,,,,hahhhh.


Gasing toyong. tk.

Anonymous said...

Salam bro,
Nampak komen dia orang pada posting bro ni meloncat sungguh. Dema tak reti maksud Wan tu. Kalu tak masakan keluar gambar King Ghaz tu!

Relevan said...

Terbaek WZWH ..

Anonymous said...

akuk sukung wzwh jadik menteri pelajaran dan menteri tenaga hijau sekali.
KDN tu buleh jugak la tapi tak besar sgt cabaran dia, tork padan dengan wzwh yg berdaya wawasan. nape org semua nok dengki...kan baguih org jrtet dpt jadik menteri...
klu hok yg dah tua2 kat jrtet nih dah tak buleh nak buat apa doh...bg la hak muda plok. nak tambah bisa lagi wzwh kawin dgn ketua puteri....idea lg bernas

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...