Nuffnang Ads

Pages

Monday, January 23, 2012

DS Shafie Apdal Pemimpin Akar Umbi Rakyat Luar Bandar



















DS Shafie Apdal Menteri KKLW sedang mendengar permohonan dari Tok Empat Ali Asra Kuala Tahan bagi memajukan kampungnya. Antara yang diluluskan ialah jambatan baru Sungai Oak.

DS Shafie Apdal , Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah pemimpin yang prihatin kepada permasalahan dan kehendak masyarakat luar bandar. Beliau pemimpin yang kerap turun padang merasai denyut nadi rakyat kerana beliau amat faham masalah rakyat luar bandar.

DS Shafie Apdal sanggup meluangkan masa mendengar rintihan pemimpin akar umbi seperti JKKK. Sewaktu lawatan kerja beliau ke Kuala Tahan bertemu penduduk Tembeling Tengah di Kuala Tahan, Jerantut, beliau memberi ruang kepada JKKK Kuala Tahan berjumpa dengan beliau.
















DS Shafie Apdal meneliti permohonan dari pemimpin UMNO tempatan Kuala Tahan bagi menguatkan lagi UMNO Tembeling Tengah. Beliau juga adalah Naib Presiden UMNO yang bekerja kuat bagi memastikan UMNO dan BN menang PRU 13 nanti.

















DS Shafie Apdal turut memberi peluang dan ruang kepada pemimpin NGO tempatan Kuala Tahan bagi memberi perkhidmatan kemasyarakatan yang baik kepada orang ramai.

















Tok Empat Ali Asra dari JKKK Kuala Tahan menerima sumbangan dari pihak swasta memajukan JKKK.
















Tok Empat Nordin dari JKKK Kampung Gol menerima sumbangan dari pihak swasta bagi pembangunan JKKK.

2 comments:

Anonymous said...

Terimakasih Wan...

Anonymous said...

Salam Engku Zuri,

Siapa2 yang tahu cerita YB Shafie Apdal di KKLW pasti tidak percaya. Orang2 KKLW Putrajaya pasti tersenyum sinis...LOA yang telah diberi kepada syarikat yang bukan kroni boleh ditarik balik. Harap saudara berhati-hati kalau bukan kroni hehehe...