Tuesday, January 10, 2012

Pakatan Rakyat Perlu Mencatur Semula Strategi Selepas Post 901


Kebanyakan pemimpin Agong Pakatan Rakyat sudah memasang strategi jika Anwar didapati bersalah pada 901.

Sebab itu pemimpin-pemimpin bertaraf nasional dan liberal dipujuk seperti Ku Li dan Zaid Ibrahim.

Ku Li adalah calon yang disegani lawan dan kawan. Beliau memang layak memimpin Pakatan Rakyat baru selepas Anwar tiada mengikut strategi asal.

Pakatan Rakyat lebih suka Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana mahu undi simpati rakyat.

Sebab itu di Mahkamah Tinggi pada 901 sebelum Hakim membuat verdict, ucapan membakar kebencian kepada UMNO dan BN disemarakkan.

Hakikatnya 100,000 penyokong yang diminta hadir cuma datang 4500 orang membuktikan kurang sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Verdict Hakim bahawa Anwar tidak bersalah kerana kurang bukti begitu memeranjatkan pemimpin Agong Pakatan Rakyat.

Karpal Singh peguam bela sudah awal-awal kata itu liwat suka sama suka. Hakim tidak mengatakan tidak berlaku liwat cuma bukti yang ada tidak selamat untuk Hakim berasa was-was.

Pakatan Rakyat perlu restrategise strategi yang ada semula.

Bila Anwar didapati tidak bersalah disisi undang-undang. Memang kedaulatan undang-undang negara kita terpelihara. Ada pemisahan kuasa yang bebas antara badan legislatif, judiciari dan eksekutif.

UMNO tidak mencampuri hal kehakiman. Bahkan UMNO pernah diharamkan di Mahkamah pada tahun 1987.

Maka Anwar adalah bebas. Anwar perlu Pakatan Rakyat letak sebagai pemimpin Agong Pakatan Rakyat mengemudi PRU 13.

Sensitif menegur Anwar adalah dosa besar dalam Pakatan Rakyat. Dr Hassan Ali menjadi mangsa yang terbaru.

Sudah ramai pemimpin tertinggi PAS takut untuk mengutuk Anwar bimbang hilang kedudukan dalam parti termasuk ulama PAS yang semakin bisu.

DAP tiada pilihan selain mengikut Anwar walaupun alternatif dicari dengan merekruit ahli politik Melayu yang berfikir dan mahu ramai lagi.

Bila confirm Anwar mengetuai Pakatan Rakyat sekali lagi berlaga dengan BN maka kali ini seimbang dengan Anwar yang bebas. bebas, bebas, bebas, bebas, bebas, bebas...memetik kata blogger Suhaimi Said.

Pakatan Rakyat sudah tidak perasan bahawa kali ini persepsi rakyat sudah mula memikir semula keputusan mengundi pada PRU 2008 dulu.

Persepsi yang sudah jelas apakah personaliti PM yang bagaimana rakyat mahu.

Persepsinya jelas rakyat mahu PM yang bersih dari segi peribadi, dari segi moral dan ada visi dan misi.

WZWH tidak boleh gerenti bahawa persepsi rakyat terhadap Anwar dulu dan kini adakah sama!

Pakatan Rakyat perlu mencatur semula strategi selepas post 901.

Badan Kehakiman Malaysia adalah bebas dan adil dan UMNO tidak mencampuri hal mahkamah terutama isu peribadi Anwar.

2 comments:

Anonymous said...

Suhaimi said perlu hati2 guna perkataan "bebas".. Anwar di dapati tidak bersalah. Yg BEBAS tu Zul nordin, zaharin, gobala, choo keong..

Anonymous said...

Kuli ahli UMNO Baru. Track record Kuli dalam kerajaan sangatlah baik. WZWH agak-agak siapalah pemimpin UMNO baru yang ada hari ini lebih hebat rekodnya dalam perkhidmatan kerajaan. yang terrer dalam bab songlap projek seperti dalam isu NFC tak kira la weh....

Kalaulah puak Pakatan boleh akui kebolehan dan kehebatan Kuli, apa puak-puak hangpa ni buta ke? patut le hari-hari barang naik. tiris sana tiris sini....sampai rakyat biasa bukan ahli UMNO baru perit bebeno memikirkan barang semua naik dan kos hidup semakin meningkat sedangkan pendapatan dok tangga tu jugak ( puak-puak UMNO Baru agaknya tak terkena tempias ini, depa beli barang sumer murah...seperti zaman belum merdeka kot! Atau depa ni sumer, termasuk ahli-ahli kat cawangan di jerantut sumernya berpendapatan lumayan, setaraf dengan yang kat negara maju kot)

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...