Wednesday, January 18, 2012

Trend Pola PRU Malaysia Yang Konsisten Sejak 1969


Sebenarnya jika kita kaji sehalusnya trend pola PRU Malaysia sejak 1969 adalah konsisten sifatnya. Rakyat Malaysia tidaklah menolak atau menghukum sesuatu parti hingga ke dasar laut.

Analoginya seperti air laut ada masa air pasang ada ketika air surut.

PRU 1969, sokongan kepada Perikatan (BN)  merosot tapi PRU 1974 BN bangkit kembali.

PRU 1978, 1982, 1986, 1990, 1995 BN menguasai secara total politik Malaysia

PRU 1990, faktor Ku Li (Semangat 46 pada masa itu) buat BN kehilangan Kelantan selamanya.

PRU 1999, faktor Anwar Ibrahim juga buat BN kemerosotan pengaruh.

PRU 2004, BN pula mendapat kemenangan terbesar dalam sejarah-landslide victory. Rakyat Malaysia mahu beri mandat baru kepada Tun Abdullah. Kelantan hampir dikuasai BN.

PRU 2008, sebaliknya rakyat tidak puas hati dan menghukum BN hingga 4 negeri selain Kelantan jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan trend pola PRU Malaysia di atas maka diramalkan PRU 2012/2013 nanti, rakyat Malaysia akan beri peluang dan mandat baru kepada DS Najib Tun Razak.

Rakyat Malaysia adalah rasional majoritinya. DS Najib adalah PM yang popular. Tindakan-tindakan politiknya bersungguh menjaga kebajikan rakyat.

DS Najib masih lagi mewarisi sistem mandat dari Tun Abdullah. Wajar DS Najib diberi masa dan waktu untuk beliau mencorak mandat dan sistem pentadbiran yang 100% atas idea beliau.

Anwar Ibrahim bukan lagi faktor penentu dalam PRU 13 nanti kerana majoriti rakyat Malaysia sudah bosan dengan isu liwatnya baik dari penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang.

Pembangkang pun mahu menonjolkan generasi pemimpin muda mereka. Namun PRU 13 adalah masa DS Najib.

Kemungkinan PRU 14 majoriti rakyat Malaysia akan berubah sokongan pula itu tidak dapat WZWH pastikan lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Ada perbezaan antara Tun Abdullah PRU11 dan Najib PRU13.

Semasa PRU11, silent majority yang menyokong PAS meletakkan harapan kepada Abdullah untuk melaksanakan undang2 Islam kerana Abdullah adalah anak kepada salah seorang ulama' PAS. Kegagalan Abdullah dalam perkara ini membuatkan golongan ini berpaling tadah pada PRU12.

Najib pula awal-awal dah tolak pelaksanaan undang-undang Islam. Macamana dia nak dapatkan sokongan dari 'silent majoriti' nie.

Strateginya ialah memberikan tanggapan buruk terhadap PAS termasuklah menggunakan orang PAS sendiri.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024