Sunday, January 15, 2012

Kenapa Anwar Mamak Akan Kalah Dengan Najib Bugis Pada PRU 13?


Koleksi senjata tradisi pahlawan Bugis.

Posting WZWH kali ini mengkaji kenapa Bugis boleh memerintah Malaysia. Kita kena kaji sejarah bangsa Bugis. Dari mana Bugis datang?

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.

Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh British bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni (digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan Inggeris.) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.

Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis.

La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabrata. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14. 

Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan. 

Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu. 

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama. 

Jika sejarah membuktikan peranan dan pengaruh Bugis begitu kuat dalam masyarakat Melayu sehingga sebahagian masyarakat Melayu ada yang mempunyai darah keturunan Bugis. Namun pada masa kini kewujudan bangsa Bugis yang asli masih kekal di Sulawesi selatan walaupun kewujudan identiti dan budaya tidak seperti bangsa Bugis yang wujud dalam sejarah Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. Mereka kini wujud sebagai rakyat Indonesia yang teguh mengamalkan prinsip Pancasila namun mereka kekal sebagai bangsa Bugis yang masih mengamalkan adat Bugis asli yang tersendiri dan bertutur dalam bahasa Bugis walaupun sudah dipisahkan nama mengikut daerah masing-masing di sana seperti Bone, Enrekang, Rappang, Pinrang dan sebagainya.

Sementara itu di Sabah, rakyat Indonesia yang berbangsa Bugis adalah warga pekerja utama di Malaysia. Jika dikira dari statistik terkini, bangsa Bugis dari negara Indonesia menduduki jumlah terbesar dalam perkiraan jumlah pekerja asing di negara Malaysia khususnya negeri Sabah. Mereka adalah tulang belakang kepada ekonomi negeri Sabah pada masa kini. Tidak dinafikan negeri Sabah amat memerlukan sumbangan tenaga pekerja Indonesia berbangsa Bugis ini. Pergantungan ini akan terus kekal hingga beberapa puluhan tahun akan datang dan mungkin tidak akan berubah sama sekali. Begitulah sumbangan besar bangsa Bugis kepada negara Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia yang ke dua Almarhum Tun Razak adalah dari etnik Bugis. Sekarang DS Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang ke enam. Ramai peramal politik dunia meramalkan DS Najib akan mendapat mandat baru dalam PRU 13 nanti.

Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia dari keturunan Mamak Penang tidak mempunyai budaya hebat politik seperti orang Bugis.

19 comments:

Anonymous said...

Orang yang paling layak menjadi PM adalah orang Islam yang beriman kepada Allah s.n.t, orang yang patuh kepada Al-Quran dan Sunnah.

Najib tak layak jadi PM sebab dia tak mahu ikut ayat Al-Quran. Orang yang tak percaya kepada ayat Al-Quran gugur imannya seterusnya kufur (derhaka) kepada Allah s.n.t.
W'alam.

Anonymous said...

Wahai Anon 7:56,
Hamba ingin bertanya sejak bila Anon masuk agama Islam? Kenapa dangkal dan lemah ilmu pemikiran sedemikian rupa.

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=P-OA1nvMo8I

Antara rukun iman adalah percaya kepada Allah s.n.t. dan percaya kepada Kitab Al-Quran.

Sebagai pemimpin beragama Islam, Najib kena percaya bahawa tuhan kepada masyarakat majmuk di Malaysia ialah Allah s.n.t.

Al-Quran adalah ayat-ayat Allah s.n.t. Adalah menjadi kewajipan kepada kita (termasuklah Najib) patuh kepada ayat-ayat Allah termasuklah ayat-ayat Hudud. Jika kita menolak, walaupun satu ayat dalam Al-Quran, kita akan menjadi seorang yang kufur kepada Allah s.n.t.

W'alam.

Anonymous said...

ha ha ha
org bn memang sokong najib.

kalau dulu mahathir mamak
jadi pm
dia sokong 100%

la ni najib bugis + kampar
jadi pm
dia sokong 100%

akan dtg mca jadi pm
dia sokong 100%


nak kata apa, dia orang umno.
biarkan.

Anonymous said...

Ya betul...memang WZWH dan UMNO mudah lupa yang Tun Mahathir tu mamak. Tulis la cerita yg logik sikit. Blog-blog yg macam inilah yg membuatkan rakyat hilang keyakinan dengan UMNO dan BN.

Anonymous said...

Anuar pun tak layak jadi PM Malaysia. "Banyak krisis Moral dan mengamalakan Islam Libral". Haji Hadi pun tak layak jadi PM Malaysia kerana dia gugurkan Negara Islam dan Hudud kerana tunduk kepada DAP Lim Guang Eng. Tak ke kedua dua pemimpin ini gugur Islam mereka kalau ikut cara pemikitan Totok PAS.

Anonymous said...

kalau org melayu ada berdarah bugis kenapa tak kata org bugis keturunan melayu.najib bukanlah bugis jati kerana sejak moyangnya lagi sudah berkahwin campur

Anonymous said...

Aku rasa elok kita lantik WZWH ni jer jadik PM yang baru. Hudud gerenti lulus punya.

Anonymous said...

Salam semua,

Belah utara Tanah Melayu , orang
keturunan India Muslim yang Islamnya lebeh dulu daripada orang Melayu
dipanggil[Keling].Panggilan ini dipakai semasa Kerajaan Melayu Melaka lagi.Sebab itulah diMelaka
ada tempat dinamakan Tanjung Keling,
kerana ramai saudagar keling tinggal
disitu.

Orang India yang tidak Islam dipanggil Hindu.Tun M sahlah
keturuna Keling,sebab keturunan dia lebeh dulu Islam drp orang
Melayu.Ibu Tun M adalah Wan Tempewan,keluraga kapada Perdana
Menteri Kedah dulu iaitu Wan Mat
Saman yang terkenal dengan pembangunan Kedah.Sampai sekarang
masih ada kesanya iaitu tarusan
Wan Mat Saman.
Anuar saya tak pasti.Kalau nak tahu
kena jumpa orang Caruk Tok Kun,yang saya tahu dia bukan Keling.

Anak Felda Keturunan Kedah.

spirit of pasir tambang said...

YANG LAYAK JADI PM IALAH MUSA KUMIL SEBAB DIA MEMANG SAH MELAYU JATI,HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHE!!!!!!

kau orang semua bodoh!!!!sibuk soal keturunan.

orang yang bijak berpolitik sahaja yang akan jadi pm.

siapa lebih bijak berpolitik nuar ke najib???

kau orang tak boleh jawab sebab kau orang bodoh!!!!

najib cool and steady.nuar pulak gelojoh dan rakus.

pilih lah mana satu kalau kat orang manusia berakal!!!!

Anonymous said...

SIAPA ITU MUSA KUMIL?
MAJISTREET?
LOYE?

Ape la korang nie cuma nampak Najib dgn Anuar je boleh jadi PM.

Semua rakyat Malaysia layak jadi PM termasuklah aku.

Yang paling penting ialah undi,
korang boleh undi kekufuran,
korang boleh undi seks bebas,
korang boleh undi katak,
korang boleh undi zina,
korang boleh undi keling kafir,
korang boleh undi orang cacat,
korang boleh undi 'corrupt'.
korang boleh undi Islam.

Semuanya korang yang tentukan.

Anonymous said...

kat malaysia ni kesemua keturunan dari nusantara dipanggil melayu,termasuklah keturunan dari luar nusantara seperti arab,pakistan,india asalkan amalkan beragama islam,berbahasa melayu dan amalkan adat istiadat melayu.akan datang semua bangsa dari seluruh dunia termasuklah dari myanmar,bangladesh,bosnia,nepal,negara2 afrika,negara amerika latin,papua dipanggil melayu.slogan 1 malaysia kena tukar 1 malaysia 1 dunia.rakyat dan pendatang didahulukan pencapaian diutamakan.hahaha

Anonymous said...

bagus anon kat atas nih. akuk setuju benor...indon yg baru dapat status rakyat tu pun boleh dapat status melayu bumiputra!!!!!!
apa hal? baru datang naik tongkang...tak ada sumbangan kpd negara bangsa...memalukan.
anak2 diaorg semua status bumiputra...
klu nak kata politik la org cina tuh dah ada sampai 400 tahun di malaysia masih status bukan bumuputera.tp indon baru 20 tahun mohon warganegara terus dapat melayu bumiputra. tenat benar UMNO masa nih...terdesak nak undi utk menang sampai soal keselamatan negara dijadi taruhan....

Anonymous said...

kalu dah ramai pendatang indon didaftarkan....tak heran la tak lama lagi bakal ada calon dari golongan itu....siap buat parti baru 'malindo'......
nak pengundi hantu?....kat indon beratus juta bersedia tunggu tongkang....siapkan ic mee segera je la....

Anonymous said...

Wan ko pun Mamak...tak caye cuba hantar sampel air liur ko untuk Ujian DNA kt USA Lab....

KO NI MAMAK BERMUKA MELAYU...

ToysGarden said...

sebab ALLAH yang menentukan segalanya.. setiap yang hidup pasti akan mati.. berjanji memang mudah.. adakah anda akan tepati.. jawapannya..
tungguuu...

FZ-TEAM.. kami suka cari duit nak bantu orang miskin.. haha

ToysGarden said...

sapa saya??
lepas solat isyak di taman ria.. saya berbaju melayu biru? siapa saya?
hamba ALLAH.. ALLAH tu siapa? buka Al-quran.. rujuk ustaz yang bijak bijak.. renung renungkan..

apa jua agendamu.. ALLAH itu wujud..
sejauh mana penghayatan anda JIHAD fi sabilillah??

ToysGarden said...

berpolitik tidak salah.. di zaman rasulullah juga telah ada isu politik ini.. jadi contohilah perilaku rasulullah.. baru agama islam di malaysia di pandang mulia martabatnya..

ini berpolitik.. kebajikan terabai.. anak bini jadi mangsa.. anak jadi tuan bapak jadi hamba.. anak hina bapa.. bapa hina anak..

is it what we want to show our malaysian pupils to the worlds..
we already recoize by others country because of the good attitude, our religions, foods, harmony, and the very special is.. malaysia got to proud because.. they got me.. haha.. just a joke..

apa jua perjuanganmu.. jagalah kebajikan orang di bawahmu.. tunjuklah perilaku yang baik untuk di teladani oleh generasi akan datang.. sebab maut bisa mengundang bila di jemput..

mati itu pasti.. bukan janji politik.. tapi janji ALLAH..

renung renungkan dan selamat beramal..

beza manusia dan haiwan adalah??

"lu pikir la sendiri" - nabil


Anonymous said...

Kalau bugis boleh jadi PM? Bodoh bodoh!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...