Friday, January 13, 2012

PAS Perlu Usul Mansuhkan Law Jenayah Sodomi (Liwat) Kalau Mahu Lebih Islamik!

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has been acquitted of politically motivated sodomy charges
Anwar Ibrahim adalah 'Imam Mahdi' pujaan PAS. Ilmu agamanya mengatasi semua ulamak PAS dan lebih berpengaruh dari Nik Aziz.

Undang-undang yang tidak adil dalam Islam kalau dimansuhkan lebih Islamik.

Law Jenayah Sodomi (liwat) dikatakan tidak adil kepada Anwar Ibrahim.

Logiknya PAS perlu usul dalam Dewan Parlimen mansuhkan Law Jenayah Sodomi kalau mahu lebih Islamik.

The sodomy law violates the rights of gay Malaysians. Moreover, it was used as a tool of political repression against Anwar.

Donna Guest, deputy Asia-Pacific director at Amnesty International.

Mon, 09/01/2012


Malaysia’s criminal sodomy law, Section 377, was drawn from the Indian Penal Code of 1860 and imposed under British colonial rule. In 2009, India repealed its sodomy law.

160 tahun dulu Inggeris gubal Undang Jenayah Sodomi (liwat) di Tanah Melayu.

British dan Amerika sudah lama mansuhkan Law Jenayah Sodomi ini.

India baru saja pada tahun 2009 hapus Law Jenayah Sodomi.

Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang mesti segan mahu ke depan bawa usul ini kerana beliau baru bebas dari kes sodomi maka Hadi Awang dan Lim Kit Siang perlu membantu.

4 comments:

Anonymous said...

Itu satu cadangan yang bagus yang boleh dipraktikkan bila WZWH jadi calon dan menang PRU13.

Anonymous said...

WZ jangan terbpawa-bawa dengan fikiran selapis. Jangan kerana Anwar kata maka kita melenting tiba-tiba.

2. Perjalanan kes sodomi 2 banyak yang tidak masuk akal. Begini je sebagai perbandingan. Katakan yang didakwa dalam sodomi 2 itu WZWH. WZWH terpaksa melalui apa yang dilalui oleh Anwar sebijik tak tumpah.

3. Yang dipersoalkan oleh kebanyakan orang, termasuk orang tidak berparti tetapi perihatin dengan keadaan negara yang tunggang langgang ini dalam semua segi terutamanya - perjalanan pendakwaan tersebut. Mereka tidak mempersoalkan undang-undang sodomi itu tetapi cara dan perjalanan perbicaraan itu sendiri.

Banyak sangat perkara yang pelik-pelik dan nampak sangat ia adalah pendakwaan berbau politik untuk mengaib Anwar dan seterusnya menghapusnya dari arus perdana politik. Ini nampak semakin jelas apabila kita bandingkan bagaimana kerajaan menangani isu NFC. Tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadaperbar yang terlibat sedangkan memang jelas terdapat unsur-unsur pecah amanah.

3. Apabila WZ menulis seperti diatas, timbul persoalan. Bagi WZ, bagi PAS undang-undang sodomi itu seolah-olah tidak Islamik. Maknanya bagi WZ dan UMNO Baru ia Islamik ke?....kang takde paedah kita dok bertekak pasal ini.

Jadi bagi kita yang agak berpendidikan ini, kenalah control skit marah kita. Kita marah apabila perlu marah. Barulah ade kelas terutama bagi mereka yang mempunyai bakat dalam memimpin.

bat8

Anonymous said...

Bro, sayangnya aku nampak polimik Melayu ni tak kan habis-habisnya pasal sapa yang bersalah.Ok lah, sekarang pembebasan Anwar, kerana tak cukup bukti tu, pasti memberi kekuatan kapada PR.Semua orang hendak menang dan berkuasa. Memang sakit hati tengok orang lain berkuasa. PR sebenarnya telah merasa berkuasa di empat negeri dan udah nampak gelombang sokongan rakyat kepada pembangkang hasil "marriage of convenience" parti-parti pembangkang. Namun BN sudah terbina kekuatan sebagai satu "coalition party" dan rakyat keseluruhannya sendiri adalah testimoni tentang keberkesanannya.Dalam kempen PR sekarang ni, sedap mulut mereka serta halwa telinga pendengar dengan isu "corruption". Balik-balik itu je. Sudah banyak mana kes rasuah termasuk yang membabitkan orang BN didedahkan, dibicarakan termasuk yang menerima hukuman. Ertinya kerajaan telus, jadi apa lagi. Kalu pasal kroni,aku rasa asas mereka lemah, silap-silap makan diri. Itu pun belum memerintah di Putrajaya. Kita tengok diperingkat parti sudahlah.Kalu tengok orang yang bercakap sendiri lagi tak boleh pakai.Pengundi Melayu tetap faktur kritikal.Aku yakin majoriti mereka masih rasional. Jika BN menang, aku harap mereka teruskan usaha-uasaha membenteras rasuah dan transparen. Pengalaman pengurusan ekonomi dan sosial BN serta antarabangsa memang sudah cukup kental untuk membawa Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Anonymous said...

Salam semua,

Rujuk kapada anon 6:04PM.

1.Anda kata banyak sangat tak masuk akal.
2.Cara perjalanan perbicara tunggang
langang dalam pendakwaan kes tersebut ,serta berbau politik dan anda bandingkan dengan isu NFC.

3.Sila huraikan kapada pembaca blog
ini part mana yang tak masuk akal
dan tidak mengikut peraturan?
4.Sila juga tujukan dengan jelas
seksyan yang mahkamah abaikan dalam kes liwat 2 ini....untuk
rujukan kapada pengamal undang2
terutama peguambila liwat2.

Bagi saya tulisan ini cuma sindiran kapada puak PAS yang telah
membuang segala prinsit yang dikatakan selama ini.Kalau mereka
sanggup membuang prinsit teras,tidak mustahil mereka akan
melakukan perkara2 amat jelik pada
masa akan datang.

Harap beri ulasan dengan fakta yg
jelas sebagai orang berpendidikan
seperti yang anda canangkan,demi
pencerahan otak kami yany kurang
pelajaran ya....

AKU MENEGAK BENANG BASAH..OK

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...