Thursday, January 26, 2012

Kenapa Projek Greater Jerantut Ditangguhkan?


Jerantut adalah bandar transit yang paling pesat membangun dan hidup pada malam hari. Kedudukannya ditengah Pahang merupakan laluan akses dari mana-mana deerah.

Jika kita perhatikan bandar-bandar dalam Pahang ini:
  • Rompin dan Maran siang hari sudah mati.
  • Pekan, Lipis, Cameron Highland, Raub, Bera, malam sudah mati.
  • Temerloh, Mentakab dan Bentong malam malap.
  • Kuantan pun tidaklah hidup sangat malam jika dibanding dengan Jerantut.

Bandar Tun Razak Jengka walaupun punya kuasa pembeli yang lebih besar diantara bandar-bandar di Pahang tetapi kalau kita lihat ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke UITM Jengka lebih suka tidur di hotel-hotel Jerantut.

Itu yang boleh kita perhatikan bandar kesibukan bandar Jerantut. Jika projek jalanraya di Jerantut ini:
  • Jalan Jerantut-Benta siap dibaikpulih.
  • Jalan Jerantut-Simpang Jengka 8 siap dibaikpulih.
  • Jalan Jerantut-Kuala Tahan (Taman Negara) dibuat baru.
  • Jalan Ulu Tembeling siap.
  • Jalan Ulu Tembeling-Kampung Pasir Raja (Terengganu) siap.
  • Jalan Jerantut-Sungai Lembing (Kuantan) siap.

90,000 penduduk Jerantut boleh membayangkan betapa Jerantut bandar transit utama Pahang akan berkembang pesat menjadi tumpuan.

Apakah persediaan bandar Jerantut bagi menghadapi ledakan pertumbuhan ekonomi ini. Apa bandar Jerantut boleh buat tawaran yang menarik kepada pengunjung yang kian ramai datang ke Jerantut.

Posting WZWH kali ini mengenai kenapa Projek Greater Jerantut ditangguhkan?

WZWH yang bagi istilah ini. WZWH tiada kepentingan dalam projek ini hanya mahu lihat bandar Jerantut pesat membangun dengan bangunan setaraf Kuala Lumpur dan boleh menyaingi bandar Kuantan.

Ada pemaju dari Kuala Lumpur yang merupakan pemodal tempatan bertaraf antarabangsa mahu melabur RM400 juta membina kompleks bangunan termasuk kedai,gedung, hotel, dsb mahu nampak greater bandar Jerantut.

Tetapi sayang ada orang politik Jerantut tidak setuju dengan alasan:
  • Projek Greater Jerantut itu menjejas peniaga-peniaga yang sedang berniaga di kedai Majlis Daerah Jerantut (MDJ).
  • Kenapa MDJ mahu beri tanahnya kepada pemaju ( ada tanah lain yang sudah dibeli pemaju).
  • Kenapa MDJ tidak mahu bangunkan sendiri.
  • Ada orang politik Jerantut berjawatan jumpa DS Najib PM kononnya orang Jerantut marah kalau teruskan projek itu.
  • Ada orang politik Jerantut berjawatan jumpa DSD Adnan Yaakob MB Pahang minta tangguhkan projek itu dengan alasan bimbang pilihanraya nanti orang Jerantut bandar tidak sokong. Akhirnya kerajaan negeri menangguhkan projek itu.

Kenapa WZWH sokong Projek Greater Jerantut?
  • Projek ini membangunkan bandar Jerantut dengan lebih pantas.
  • Ekonomi Jerantut cepat berkembang.
  • Peluang pekerjaan kepada orang muda Jerantut.
  • Peluang usahawan muda Jerantut berniaga.

Ini hujah WZWH kepada orang politik Jerantut:
  • Memanglah peniaga-peniaga di kedai MDJ terpaksa dipindahkan buat sementara kerana jika Projek Greater Jerantut berjalan maka kerja-kerja pembinaan berjalan.
  • Peniaga-peniaga ini boleh ditawarkan harga seunit kedai RM160,000 ke atas dan harga ini peniaga-peniaga ini mampu beli.
  • MDJ kena smart beri tanah tapi minta 30% in kind iaitu 30% dari bangunan yang ada. Ini boleh jadi aset kepada MDJ kerana boleh dapat hasil dari sewa bangunan bila siap nanti.
  • Agensi-agensi kerajaan dan GLC boleh digalak membeli lagi dari 70% bangunan yang ada. 
  • Bagi skala Projek Greater Jerantut, MDJ tidak mampu untuk bangunkan sendiri maka gunalah smart parnership atau jointventure.
  • Ramai orang politik Jerantut yang berjumpa dengan PM dan MB itu tidak faham apa itu kebaikan Projek Greater Jerantut dari segi jangka panjang kepada bandar Jerantut. 
  • Sepatutnya orang politik Jerantut dan MDJ berkempen kepada orang Jerantut bahawa Projek Greater Jerantut ini membawa lebih banyak kebaikan tapi tiada pemimpin yang mahu ke depan.

WZWH nampak kebaikan Projek Greater Jerantut ini lebih dari sudut ekonomi. Apa pula komen 90,000 penduduk Jerantut? WZWH mahu dengar juga pendapat anda semua.

24 comments:

Anonymous said...

saya seorg mahasiswa ank kelahiran jerantut.sy bersetuju dengan projek ini.gesa peminpin cptkan projek ini.

Anonymous said...

projek ini akan memesatkan pembangunan jerantut..sy yakin. apabila projek ini di jalan kan ...ia akan mmbuka mata para pelabur untuk melabur di jerantut...saya harap lebih banyak gesaan kearah projek ini supaya disegerakan...

Anonymous said...

Jangan buat.. nanti orang Jerantut akan sokong pembangkang..Biarkan Jerantut mundur dan tak maju, baru senang nak kelentong orang kampung. Tengok semua kawasan bandar sekarang ni di kuasai oleh pembangkang.

Anonymous said...

Nak buat tak nak buat itu lain cerita. Masy. Jatet ini hidup dah ratusan tahun sentuisa ditipu oleh pemimpin2 "yang loba" diulangi "yang loba". Masy lagi ketinggalan lagilah senang "loba meloba" pemimpin tertentu. Bila ada cadangan dan perjanjian mereka leher pendek akan menjadi panjang "jinjang", telinga pun menjadi macam telinga "pacat" dan badan "terjengkal2", hati tak pun berkata2, tapi almaklumlah.....

Lihat sajalah contoh dua tiga hari ini, kegiatan ekonomi lumpuh kerana Taukeh "Tionghua" Bercuti. Tokeh2 ni tak kerja pun tak pa, sebab mereka itu akan mendapat surungan "leher" meelaayuu yang "loba" tuh. Percaya atau tidak mari kita fikir2... WalAllahualam...

Anonymous said...

Kome setuju supaya jangan buat. Kalau buat, orang jerantut makin cerdik. Bila dah cerdik, biasanya orang cerdik akan sokong pembangkang. Macam orang di KL dan Selangor yang kebanyakannya terdiri daripada orang2 cerdik. Akhirnya UMNO/BN lingkup.Jadi, Kita kena selamatkan Malaysia dan Pahang dari jatuh ke tangan pembangkang.

Anonymous said...

maintainkan aje melayu pandir..jadahnye ko nak pandang ekonomi?? bute ke hape ekonomi jantut cine yg pegang??????

biarkan saja mentaliti melayu pandir terpekik terlolong di kedai kopi tepi MDJ....

sebab ape MDJ jadi batu penghalang?? ahli majlis daerah mostly cine

they got us by the ball la gemuk..xpyh nk bersurah berie2 la..aok pikir ke ekonomi ntok perut aok jek..



Cine goyang kaki tggu duit mari,
melayu berpecah bertaki sane sini.
bangla dan nepal amik peluang dapat nationality,
kini nasib kite xubah bagai babi.

Anonymous said...

Kas setuju amat weh matnyeh aok kata begituh. Aok tahu sungguh perasaan komeh nih dan kepincangan orang yang ada kuasa pulitik. Kas nampok aok ni maghah sunguh2. Teruskan, biarkan luncai bawak naik labu ke perahu....

Anonymous said...

haaaaa lebihhhh 50 tahunnnn MERDEKEEE baru nak pikirrrrrrr. Orang Jerantut taakdeee yg cerdekkkkk kkkkkkkeee. Wakil MP @ DUN TIDOKKKKKK jeeeeeeee

Anonymous said...

Salam bro,

Idea ong ni memang la bombastic...I like it bro

Tapi ong kena la realistic sikit. Kalau di negara Jepun segala perancangan projek di peringkat PBT mereka libatkan masyarakat setempat.

Proses brainstorming bermula dari kumpulan2 kecil anak muda di kawasan taman perumahan/kampung/desa membentangkan proposal mereka dan kemudian barulah proposal yg terbaik dan bermanafaat kpd seluruh ahli masyarakat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi untuk perlaksanaan. Ini baru dinamakan kerajaan mesra rakyat.

Pemimpin dan kaum pemodal tidak semua tahu apa kehendak masyarakat setempat. Anak2 muda lebih tahu apa kehendak mereka. Yang penting output atau outcome bro?

KL, Paris, London, Tokyo dan New York tidak dibangunkan dalam satu malam bro...org melayu mesti terus meningkatkan ilmu serta jati diri dan banyak membaca supaya tidak berterusan ditipu pencacai kaum pemodal yang tamak haloba. Siapa see teong sekarang? dulu pemborong rokok je bro...

Ini tanah...melayu punya la bro. jangan juallll...

lau lee said...

haha see tiong baru je dpt lesen loyar setaun lpas setelah bayar punya bayar sama ravi nekoo..

ade ramei hak cerdik, tapinye otak berlemok disebabkan duit..pakey otak ntok mengampu, baru dapat title n kontrek..

lumrah manusia..mati esok ade satu je title; arwah

off topic : cik wan xnk buat posting pasai khoo kay kim ka? smpi skang xde sbrg laporan polis instead of kes mat sabu dulu, 180 laporan..mane ketuanan melayu? mana perkasa? pekida? 36? 77? mahaguru silat PSSM? pundekk karr je blake..sorang cine bukak mulut persoalkan pasal sejarah melayu,tekemot sume mulut pemimpin melayu xmampu berkata apa2..

Anonymous said...

ekonomi pahang ni cina yg punya! sunyi sepi bandar kuantan dek penangan tahun baru cina. apa ke hal.

Anonymous said...

shhh bio je The Last Defender Of Tembeling People ni merapu.die ingt sume orang jantut akai mcm die agoknye.

Anonymous said...

betoiiii2222. bandar inderapura d jerantut membangun tanpa adeee Ijazah ekonomipunnnnnnnn. org taman inderapura sokong Lim Chapppp jeeeee. ideaaa

Anonymous said...

org jerantut pru nieeee TUKAR JE YG ADEEEEEE.

PemikirpolitikJerantut said...

good idea!

Anonymous said...

idea memang bagus tapi implementasikan pasti akan mengecewakan org kampung jerantek ni.tak usah la kita terpadaya dgn projek mega situ dan sini..sbb itu hanyalah mimpi dan angan2 yg tak sudah.dah2 la reka crite karut maruk pase jerantek ni..apa yg org jerantut mahukan adalah tukar pemimpin2 bn/umno yg ada kpada pakatan rakyat..kenapa 50 tahun kita boleh bagi peluang BN memerintah tapi boleh bagi peluang pd pakatan rakyat mencuba 5 tahun je..kalu tak betul kita ubah la..dlm politik org melayu kena cerdik bukan jd balaci sampai mati..kalu kat US ni DAH LAMA DAH BN jadi Tukun kat laut..majoriti senyap yg menentang BN terlalu ramai.dijerantut.be prepared

Anonymous said...

jom ubah

Anonymous said...

projek ini sgt pnting..
negeri2 dan daerah2 lain berebut nak dptkn projek especially projek kerajaan..
tp knape orang jerantut nie suke tolak projek yg boleh mmberi impak pd ekonomi jerantut???..
melayu boley maju kalo dye openminded.. tp kalo duk bwh tmpurung susah la melayu smpai bile2 pown xkn maju..
kalo bab rasuah.. mane2 ade rasuah.. biar tuhan jew balas..

Anonymous said...

Org jantet tak tolak pembangunan, tapi or jantet tolak pemimpin "haramjadah" makan sorang "walhalallul" tapi bila org tahu "walharaman"... Ni, dekat dah GE 13, dengar kabarnyer dah ada setiap DUN kena habiskan "limited" RM8 - 12 juta, alsapa weh alkenyangnyong...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH dah cuba macam-macam,
lobi sama PM nak Jerantut maju. ini projek mega boleh bagi impak tsunami ekonomi kepada Jerantut:
Projek Hidro Sg Tekai-in progress
Projek Nuklear Jerantut-PM Najib teragak-agak
Ok orang Jerantut tak nak terima..WZWH boleh terima.
Projek bina kompleks perniagaan, hotel,mall all benda properti pun pemimpin Jerantut, orang Jerantut kononnya tak mahu.
Projek-projek Jalanraya-Peruntukan lambat...
Apa lagi nak majukan Jerantut???
So be it...

pok de said...

membazir je buat projek ni kat jerantut, nanti jadi bandar hantu, bangunan banyak orang tak nak duduk, hahahaaaa.....

yang baiknyer, tutup semua kedai toto, megnum dijerantut, ramai lagi gilakan judi, hahahaaaaa....

Anonymous said...

salam.. truskan projek nie..
kalo nak projek nie jln kene jd mcm dr. mahathir..
tegas.. jlnkan jew projek nie.. jgn dgr sgt ckp orng..
tngok skung projek KLCC dgn projek putrajaya.. dulu sume orng bising, halang, mcm2 halangan..
tp dr. mahathir ikut prinsip ngn pendirian sendiri x ikot orng lain.. tngok la skung orng ug dulunye bntah projek 2 skung dye la yg selalu pegi klcc, putrajaya.. baru drang akan ttup mulut.. pnduduk jerantut nie ade 90000 orng.. mampu kew nak ikot dgn dgr ckp dwrang 1 per 1???.. lu pk la sndiri??.. truskan projek nie.. projek 2 kalo siap pown dlm 3-5 tahun la paling kurang.. so bile mkn mase yg lame pnduduk jerantut da brtambah melebihi 100000 orng.. so nie la mase nye nak tarik orng luar dtng ke jerantut.. pemimpin kene cepat dgn tegas.. abaikan jew drang..lame2 baru drang sedar pntingnya projek 2.. yg x sokong 2 orang2 peringkat tua or orng2 ulu yg x pnah keluar dr jerantut nie.. so drang x tau kpentingan pmbangunan nie.. orng muda lebih ramai dr orng tua di jerantut.. orng tua da x lame lg da xde.. so yg tggal orng muda.. yg prlukan pmbangunan nie orng muda dgn generasi akan dtng.. so truskan sahaja..

Anonymous said...

pemimpin jerantut prlu kejar projek2 krajaan or swasta.. msti dptkn projek ini untuk jerantut especially projek universiti, kolej, sekolah dll.. so nie la nak majukan ekonomi jerantut..
tngok dulu shah alam mcm bndar mati.. sejak ade UiTm shah alam sgt maju.. pk pk kan lah..

Anonymous said...

saya menyokong sepenuhnye wzwh dengan cara pembangunan jerantut...saya nk tanya wzwh ckt....
projek yang piling sebelah pasar besar skrg 2 jadi ke x??grandmas buat kan???

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...