Wednesday, January 18, 2012

WZWH Simpati Dengan EXCO PAS Selangor Yang Layak Jaga Adat Istiadat Melayu Sahaja!

TS Khalid MB Selangor ucap tahniah kepada YB Dr Yunus Ahmad Hairi ADUN Sijangkang sebagai EXCO. Tapi jawatan portfolio yang biasa disandang oleh EXCO PAS itu telah dipisahkan. Khalid MB jaga Agama Islam hanya tinggal Adat Istiadat Melayu kepada PAS!

Sah...PAS memang dah tak layak lagi untuk bercakap tentang Islam. Perlantikan EXCO baru Selangor yang mengisi kekosongan jawatan EXCO yang kosong akibat pemecatan Hasan Ali hanyalah sebagai EXCO yang menjaga Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan.

TS Khalid Ibrahim MB Selangor yang jaga portfolio Islam pulak. Tak apa... mana-mana yang dia tak faham, dia boleh tanya Teresa Kok. Nak tanya orang PAS dah tak ada yang layak! 

Kesimpulannya ialah memang benarlah DAP di belakang kegiatan murtad yang dilakukan oleh DUMC. Kesimpulan seterusnya ialah:-
  1. PKR dan DAP tidak pernah menganggap PAS sebagai sekutu yang setaraf; 
  2. PAS sememangnya diperkudakan oleh PKR dan DAP untuk sokongan sahaja; dan 
  3. Perjuangan Islam di tolak oleh PKR dan DAP; dan 
  4. ISLAM bakal dibakulsampahkan oleh PKR dan DAP; dan 
  5. PAS tidak diiktiraf oleh PKR dan DAP sebagai pakar agama Islam; dan 
  6. Habislah kesepakatan antara PAS-DAP-PKR.
  7. Membuktikan bahawa UMNO sahajalah yang benar-benar memperjuangkan ISLAM aliran Ahlissunnah wal Jamaah.
  8. Beginilah berakhirnya kesepakatan antara DAP-PKR-PAS.

8 comments:

Anonymous said...

Mana ada bukti UMNO memperjuangkan Islam. Najib awal-awal lagi dah tolak perundangan Islam jadi negara Islam bukanlah agenda UMNO.

WZWH nie berkata-kata macamlah Khalid Ibrahim tu kafir. Kalaupun Khalid Ibrahim tu kurang ilmu, dia tetap orang Islam macam WZWH.

Kalau dilihat pada pentadbiran persekutuan, hal-ehwal agama Islam adalah dibawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi tidak salah jika diperingkat negeri, hal-ehwal Islam diletakkan bawah Menteri Besar.

WZWH henti-hentikanlah politik fitnah-memfitnah nie.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 4:39,
PAS parti Islam SeMalaysia maka PAS patut layak dan sebelum ini pegang portfolio itu.

Maka apa yang PAS perjuangkan selama ini sia-sia sahaja.

Kalau agama Islam pun PAS tak sanggup pegang dan jaga apa lagi boleh diharap dari PAS.

Memang patut pun DAP letak ramai calon Melayu pada PRU 13 nanti pasal boleh ganti PAS.

Anonymous said...

Saya masih beranggapan bahawa sesiapa pun ADUN Islam adalah layak mengepalai hal=ehwal Islam di Selangor.

Yang penting orang itu kompeten, berintegriti dan beriman,

Soal ADUN PAS adalah lebih layak atau tidak layak adalah soal kedua. Ini menunjukkan mereka nie bukanlah golongan yang gila kuasa dan kedudukan.

Apa yang lebih penting sekarang adakah martabat agama Islam akan bertambah baik selepas PRU13?

Anonymous said...

Jika sesiapa pun sandang apa jua berkaitan agama Islam khusnya, jika ikut telunjuk dan arah kaki orang baik tak usah. Ingat amanah tu tersangat berat di sisi Allah.

Anonymous said...

Dalam PR siapa pun pegang EXCO agama insya allah dia akan buat yang terbaik untuk Islam. Dalam UMNO, usahkan orang Islam biasa, ustaz pun kalau pegang bahagian agama akan jadi tonggang terbalik. Guna duit zakat untuk lawan orang yang minta laksana hukum qazaf iaitu salah satu hukum Islam. Lim Guan Eng bagi peruntukan kepada Hal Ehwal Agama 2 3 kali ganda jika dibandingkan dengan zaman UMNO perintah P. Pinang. Khalid pula naikkan gaji guru kafa RM1200 berbanding RM600 di zaman BN.So jangan bimbang dengan pertukaran peranan exco Selangor. Islam yang dibawa PAS bukannya nak jaga agama tetapi nak Islamkan bidang kehidupan manusia. Nak Islamkan adat resam khurafat yang UMNO tak leh selesai sejak 50 tahun yang lalu termasuk nak selesaikan masalah sukan sampai ada yang tak sembahyang bang.Ehh banyak sebenarnya nak tulis tapi tak pe.Harap2 WZWH berfikir cara orang mengaji kat Over Sea lah. Jangan berfikir macam orang yang tak mengaji tinggi tapi macam mengaji tinggi.

Anonymous said...

Tahniah kepada TS Khalid Ibrahim dan kwn kagum dgn kesedaran beliau itu. sebagai seorang ketua kerajaan beragama islam, beliau lebih patut memegang jawatan itu. secara tidak langsung, bila di jaga oleh org no.1 dlm kerajaan segala keputusan mengenai hal ehwal islam itu dihormati dan tidak mudah dipersendakan.. kwn berharap agar ketua2 menteri islam dan perdana menteri sepatutnya mengambil ikhtibar...

itu lah singkatnya pemikir org2 umno ni,,, bila org pas hanya layak jadi menteri agama...bila anak2 masuk sekolah agama...hanya lyk jadi ustad, imam,kadi dsbnya...kalau begitu universiti islam antarabangsa tu sepatutnya hanya ada jabatan pengajian islam je la...tapi kenapa ada kuliah perubatan, perundangan dsbnya...

ahli2 pas bukan sahaja dari alim ulamak, tok2 guru tapi dari pelbagai lapisan masyarakat. ada doktor, jurutera, akauntan, arkitek dsbnya... dr hasan ali pun dapat phd bukan dlm pengajian islampun...dr yunus tu pun bidang perubatan juga...

JAIS pulak adalah 'alat' BN..skrg TS khalid yg jadi exco agama, ada berani ke nak 'kacau' lg?.

semoga islam selangor dibwh jagaan ketua menteri sendiri akan lebih syumul dan berkembang....amin..

Anonymous said...

la....apa nak dipelik wahai wzwh oiii....

semasa perjanjian pangkor dulu....raja-raja melayu je dapat kuasa potfolio tu....terlalu tinggi kan darjat potfolio tersebut?...so tahniah la dr yunus yg dapat potfolio tersebut....

umno marah sgt pas sekarang sebab ayam tambatan mereka asan ali terpelanting dari pas....so tak de peluang nak ganggu gugat pas dari pakatan menggunakan asan ali....heheheeee

Anonymous said...

"PAS parti Islam SeMalaysia maka PAS patut layak "....klau cam tu apa kata bro undi PAS masa PRU 13...jgn sekadar jadi batu api je...mulut kata lain tapi hati kata lain....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...