Tuesday, January 24, 2012

Jambatan Rakyat Keberanian Dan Kegigihan Generasi Muda DUN Tahan



Ramai pembaca blog WZWH bertanya adakah ini jambatan rakyat di DUN Tahan? Betapa generasi muda di DUN Tahan nampak ada sifat keberanian dan kegigihan mencari ilmu pergi ke sekolah.


Ilmu (Kepandaian) yang lebih penting dari jambatan yang kamu robohkan (musnah)...


Tapi senario di atas lebih baik dari tahun 1970an hingga 1990an ketika murid-murid di Ulu Tembeling di DUN Tahan Jerantut terpaksa awal-awal lagi sebelum Subuh berjalan kaki ke sekolah dengan terpaksa menyeberangi beberapa sungai.

Ketika menyeberangi sungai semua murid-murid tidak kira lelaki atau perempuan tanpa sehelai pakaian bertelanjang bulat berenang sambil tangan melambai tinggi memegang baju dan buku.

Itulah keberanian dan kegigihan generasi muda DUN Tahan.

Jambatan di atas lebih baik kerana murid-murid bergayut kepada tali jambatan.

Pembaca blog WZWH bertanya, "apakah betul jambatan gantung sebegitu wujud di DUN Tahan?

Itu adalah jambatan gantung yang sudah uzur di Selatan Thailand. Gambar itu adalah ihsan dari FB Republic Of Patani-Secret Group.

Sengaja WZWH paparkan gambar itu semoga kita semua insaf betapa jika kita tidak memerintah @ kita diperintah oleh kerajaan yang tidak begitu prihatin kepada kita maka itulah yang akan dihadapi generasi muda kita.

Jika sekiranya gambar itu betul kenyataannya wujud sudah tentu DS Najib, DSD Adnan Yaakob MB Pahang melompat bertanya apakah betul gambar itu sebenarnya dan semua kementerian akan diarah membetulkan keadaan yang daif itu.

5 comments:

Anonymous said...

haaaaa, deme 2 ekor wan nieee, bukan sekolah di DUN Tahan kan? Kalau ade macam nieee kesusahan di DUN Tahan boleh TUKAR laaaaa

Anonymous said...

jangan leee tukarrrrr. kesian diorangggg tuuu

Anonymous said...

mujur ada 2 Felda di DUN Tahan nieee, nampak leeee bergayeee sikit.harapkkan kampong tradisoonalll mujur ade kampong kelantan, kg gajah matiiii ade le sikit kelaaasss nyeeee

Unknown said...

jalan tak siap lg sekian...

Anonymous said...

betol ke jambantan ini di dun tahan, tak mungkin berlaku perkara begini, dh 54 tahun merdeka...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...