Sunday, January 22, 2012

Transformasi Luar Bandar Strategi Baru BN Memenangi Hati Rakyat PRU 13



















DS Shafie Apdal berkata, sejumlah RM528.6 juta diperuntukkan kementeriannya bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan prasarana di Pahang, sepanjang tahun ini. Sebanyak RM251 juta diperuntukkan bagi projek jalan luar bandar, projek bekalan air (RM164 juta), bantuan rumah (RM95 juta) dan bekalan elektrik (RM21 juta). KKLW memperuntukan bajet RM 7 bilion pada tahun  2012.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia bertanggungjawab kepada Sekretariat Luar Bandar adalah gandingan yang mantap bersama DS Shafie Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Di DUN Tahan sahaja Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi projek jalan luar bandar, projek bekalan air (RM36 juta), bantuan rumah (RM 1 juta) dan bekalan elektrik (RM 5 juta). 

WZWH dalam posting yang lepas selalu guna istilah 'Rural Transformation Programme' sebagai idea bagi membangun luar bandar. 

DS Najib dan strategis UMNO dan BN bakal merealisasikan idea ini untuk dilancarkan tidak lama lagi dipanggil 'Rural Transformation Centre' maksudnya Transformasi Luar Bandar.

WZWH percaya dan yakin Transformasi Luar Bandar adalah strategi baru BN memenangi hati rakyat PRU 13.

Asas premisnya mudah. Penduduk Malaysia berjumlah 28 juta. Penduduk luar bandar mewakili 35% namun kuasa politik penduduk luar bandar hampir 68%. 

Kalau mahu menang PRU 13 dan mengekalkan Putrajaya BN perlu memangi hati penduduk luar bandar.

Ada 15,000 kampung diseluruh Malaysia. Lebih 85% penduduk kampung-kampung ini menyokong BN.

Ada sejumlah deposit pengundi Melayu yang sekian lama setia kepada BN. Ia merangkumi 317 tanah rancangan FELDA yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga.

Satu perempat atau 56 daripada 222 kawasan Parlimen di negara ada di kawasan FELDA, sekali gus menyumbang sehingga 75 hingga 80 peratus undi kepada BN di setiap kawasan itu. 

Sebab itu Pakatan Rakyat hendak pecahkan kubu dan kekuatan BN ini dengan menabur pelbagai fitnah untuk mengurangkan kerusi BN. Ada 96 kerusi DUN yang ada di kawasan FELDA di seluruh negara. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata FELCRA Berhad mensasarkan perolehan pendapatan kira-kira RM1 bilion bagi tahun ini.

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan peningkatan hasil ladang sawit dan getah yang diusahakan kira-kira 90,000 peserta FELCRA seluruh negara.

Katanya, sasaran itu juga lebih tinggi berbanding pendapatan RM900 juta yang diperoleh tahun lalu, dan mampu dicapai dengan pertambahan 10,000 jumlah peserta tahun ini. 

"Selain membantu menambah perolehan FELCRA, kerajaan akan melaksanakan transformasi luar bandar yang membawa pelbagai kemajuan kepada penduduk. 

"Peserta akan mendapat pelbagai manfaat termasuk pendapatan lebih baik bagi membantu menguruskan keperluan keluarga," katanya pada sidang media pada majlis ramah mesra Masyarakat Bersama Pemimpin di Rancangan FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, Jerantut semalam. 

Beberapa pusat atau region Rural Transformation Centre ditubuhkan dimana segala kemudahan bank yang merupakan 'financial hub', latihan, infrastruktur, kontena memudahkan pemasaran produk hasil penduduk kampung.

Mohd Shafie berkata, FELCRA juga akan menubuhkan Tabung Permodalan Peserta FELCRA bagi menguruskan kewangan peserta dengan lebih baik. 

"Tabung ini sebagai persediaan jangka panjang termasuk sekiranya berlaku kegawatan ekonomi ia boleh membantu meringankan beban peserta pada masa akan datang. 

"FELCRA akan menyumbang RM10 juta untuk tabung ini selain dibantu melalui dividen peserta. Ia juga akan diuruskan badan profesional supaya pelaburan dibuat memberi pulangan setimpal," katanya.
















10 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, ekonomi penduduk luar bandar semakin bertambah baik berbanding sepuluh tahun dulu.

Olehitu, penduduk luar bandar kini tidak perlu disogokkan dengan RM untuk menagih undi. Pendduk luar bandar kini memerlukan lebih nilai dari RM.

Gunakan 'Maslow's Theory' dan fikirkan apakah harapan penduduk ini setelah keperluan makan/minum, pakaian dan tempat tinggal telah dipenuhi.

W'alam.

Anonymous said...

Di bimbangi selepas Felda..... Kantung Felcra Pulak akan cuba dikuasai..... jangan sampai punoh wehhh....

Anonymous said...

Ewah3 beraya sakan lah puak2 UMNO kalau betul dapat peruntukan sebanyak tu. Tapi.. orang jengantut jangan lah terus tertipu. Umpan untuk PRU 13 kali agak besar2.Ratusan juta. RM100 dah di beri pada budak2 sekolah sebelum buka sekolah untuk beli prepaid.dah habis dah ber sms dengan kawan2.RM500 dah dan sedang diberi kepada mak ayah budak2.Besar sungguh projek UMNO untuk menang PRU13. RM500 untuk makan 5 tahun, Tu pun kalau orang Melayu termakan sekali dengan mata kail maka menang lah lagi BN.RM500 kalau dibahagi 5 tahun iaitu 1800 hari maka UMNO beli rakyat sebanyak 27 sen sehari.Kalau menang BN terus naik harga minyak. Dalam masa tak samapai setahun, UMNO dapat balik RM500 seorang. Dekat PRU14 akan datang UMNO bagi RM1000 pulak. Rakyat yang kurang cerdik, terus sokong UMNO maka UMNO/BN menang lagi untuk 5 tahun.Dengan 54 sen sehari, UMNO rembat harta rakyat, duit minyak, balak selama 5 tahun. Haa ni mai menteri yang paling AFDHAL di M'sia jual peruntukan untuk orang Jerantut sebanyak 1/2 bilion ringgit.Kalau betul, nescaya duit entah ke mana, jalan pun tak tau ke mana, rakyat terus merana.bye2

Anonymous said...

betul tu......
bn ni...kalau dengar janjinya.... ibarat nak bina hiway ke kg bantal tu....
apa apapun tarak..... usahkan ke kg bantal... jln ke taman negara pun teramat dhaif....
biasala...kalau menteri datang mestila kena bawak janji2...
apapun jgnla letak harapan besar pada janji2 tu...
kalau adapun yg berjalan..cuma rega dlm 40-50 juta je.... yg lain2 masuk dlm tembolok kroni umno....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH semasa kecil sering bermimpi mahu lihat pembangunan di Jerantut terutama di DUN Tahan khasnya Lembah Tembeling.

Highway Tembeling-Terengganu itu WZWH mahu lihat...

WZWH percaya dan yakin hanya UMNO dan BN boleh merealisasikannya.

WZWH sudah ada pengalaman dalam proses menjadikan mimpi itu kalau tidak penuh tetapi cebisan mimpi sudah menjadi hasilnya.

Maaf Anon-Anon semua, WZWH tidak percaya lain parti.

WZWH akan pastikan mimpi ini menjadi kenyataan.

WZWH tidak akan biarkan generasi muda Lembah Tembeling terpinggir selamanya.

Ini perjuangan WZWH yang membuatkan arwah moyang-moyang WZWH bangga.

The Last Defender Of Tembeling People.

Anonymous said...

Bnyk lg org blh jd The last defender of Tembeling people hoi....Yg pnting ABU ( Asalkn Bkn UMNO ).....

Anonymous said...

Eh wah ehwah, tafsir mimpilah pulak kuWZWH nih. Setak yang pernah didengari, dari alim ulama' mimpi nih orang yang maksum seperti Nabi2, Rasul2 adalah kebenarannya, tapi apa yang dimimpikan oleh orang seperti yang diperkatakan oleh kuWZWH tu, hanyalah impian dan tak lebih daripada permainan tidur atau gangguan "$$$$$$$". Kecuali sapa2 bermimpin "melihat" Rasul Allah itu adalah kebenaran kerana "syaitan" tidak menggangu sapa2 seperti yang dimimpikan tersebut. Wallah'hualam.........

Anonymous said...

Salam semua,

Kami UMNO telah berjanji dengan janji yang munasabah dengan kemampuan yang Allah berikan kapada
kami sejek diberi kuasa,terutama
janji pembangunan.

Kami takut berjanji syurga,dan memberi imam kapada manusia.Kerana itu boleh kami jatuh syerik,,,,.Kami
biarkan PAS saja membuat janji2 begitu, OK.

Kami juga berjanji akan tidak membenarkan undang2 membenarkan
hubungan sejenis dimamsuhkan.Kami
biarkan PKR saja yang memperjuangkan perkara tersebut,OK,,, ,.Yang kita nampak
sekarang orang PAS diliwat otak oleh Nike Ajiss,,,dan diliwat buntut oleh PKR,sudalah begitu dikuda pulak oleh DAPIGSSS.....
kesiah tengok mereka ni,,,,,hingga
Dr Hassan Ali terpeksa menyepak kupiah wali seliper ,,,supaya sedar drp terliwat terus...

Gasing Toyong...

Anonymous said...

tidak ada yg akan kekal lama didunia ini...bunga yg mekar pasti akan layu dan mati.begitulah juga dgn parti politik ni..umno yg dulunya segar bugar kini dah layu..dan selamanya akan dikuburkan dlm pru 13.bersedia jelah .anon 7.14pm tak payahlah nak berhujah dgn hujah yg kolot dan org umno sendiri pun dah jemu dgn hujah mcm tu agaknya.carilah idea2 dan hujah lain yg boleh meyakinkan skit..balik2 isu Dlm tv jugak yg diulang2 siang mlm pg petang..dtg la bapak menteri mana sekalipun ke jerantut ni rakyat tak heran dan pelik la.sebab itu memang dah keje dia..sudah2 tabur janji palsu..

Anonymous said...

Terima kasih anon 9:55PM

Nada keciwa bunyinya,ada unsur dakwah pedah gayanya.Memang bagitulah
selalunya puak2 walise liper berhujuh,dengan rasa yakin tampa
melihat kapada realiti semasa....

Yang saya hendak terbahak dengan umpama UMNO layu dan dulunya segar bugar,,,,,.Ini bermakna UMNO telah
berjaya menjadi pokok yang rendang
dan dapat memberi nakmat kapada
rakyat Melaysia....anda telah memberi bola tanggong....saya lanyaklah.....

PAS bulum sempat kembang dah layu
dengan baja2 yang ditabur oleh pengikut2 yang fanatik dan tidak
tahu apa perjuangan yang sebenar,,,,.
Saya cabar anda tolong difinasikan
apakah negara Islam ? dan berapa
ketogari negar Islam yang anda faham mengikut kajian anda, jika
tak dapat jawab ,,,,sahlah anda tak
tahu apa2 dalam perjuangan anda..
Saya percaya anda seorang yang berpendidikan ....tolong huri ya,,
barulah kita boleh berdilog dengan cara interlik,,,,saya tunggu ya,,.

Gasing Toyong.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...