Tuesday, January 17, 2012

Negeri Sembilan Milik Pakatan Rakyat PRU-13?

Pahlawan Tua dan Pahlawan Muda harapan orang Minangkabau.

Rapat Rakyat di Gemas pada malam Ahad lepas membakar rakyat Negeri Sembilan dengan isu NFC dan Projek Laluan Kereta api berkembar Gemas-JB.

Itu yang blogger Sakmongkol AK47 menulis dalam posting sila klik sini bahawa Pakatan Rakyat mahu memiliki Negeri Sembilan pada PRU 13.

Ini pantun yang Sakmongkol AK47 suka dan mahu Aspan Alias dendangkan di Negeri Sembilan:


Buai laju laju
Sampai pokok sena
Melayu tetap Melayu
Walau masuk parti Cina


WZWH mahu tunggu DSU Rais Yatim jawab pantun ini kerana ini orang Negeri Sembilan paling berbudaya.

Membaca analisis politik blogger Paneh Miang  sila klik sini dan  dan sini memerlukan UMNO dan BN Negeri Sembilan mengambil iktibar dan memperbaiki kelemahan.

Pahlawan UMNO hanya tinggal DSU Rais Yatim, KJ, DS Mohamad Hasan MB, TS Isa Samad dan Shaziman Abu Mansor.

115,000 orang pengundi Melayu di Negeri Sembilan masih belum berdaftar sebagai pengundi itu statistik 6 bulan lepas. Di harap pemimpin UMNO dan BN Negeri Sembilan dapat sama menambah keahlian UMNO dan komponen BN di cawangan-cawangan. 

Negeri Sembilan ialah negeri Orang Minangkabau. Menarik sejarahnya dengan Adat Perpatihnya yang demokratik.

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. 

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Paya Kumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam sejarah ada seorang putera Minangkabau bernama Raja Kechil pernah menjadi Sultan Johor dengan cara menakluk Empayar Johor Pahang Riau pada tahun 1717.

Adakah orang-orang Minangkabau Negeri Sembilan masih punya semangat kepahlawanan mempertahankan UMNO dan BN pada PRU 13 tidaklah WZWH ketahui!

2 comments:

Anonymous said...

Blog Wz dah terkeluar dari Blog list Sak ke? Saya mengenali blog wz ni dari blog list Sak asalnya. Apa pun tahniah kepada wz dan sak semoga berpolitik secara berhemat...errr adakah berpolitik cara berhemat????

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon dalam bloglist WZWH ramai ada blog tokoh-tokoh pembangkang disamping kerajaan.

WZWH lebih berfikiran terbuka dari Sakmongkol AK47.

Sejak Sakmongkol AK47 masuk DAP beliau jadi anti Orang Pahang mungkin hasutan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim agaknya.

Walau bagaimanapun WZWH ucap terima kasih kepada Sakmongkol AK47 kerana membantu mempopularkan blog WZWH.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...