Sunday, January 8, 2012

Anwar Jangan Politikkan Kedaulatan Undang-Undang!


Langkah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara mulai Selasa lalu iaitu seminggu sebelum keputusan perbicaraan kes liwatnya sebagai usaha terdesak untuk meyakinkan orang ramai yang beliau tidak bersalah terhadap tuduhan yang dihadapinya.

Siri jelajah yang Anwar lakukan kali ini sama seperti tindakan beliau pada 2 September 1998 selepas dipecat oleh Tun Dr Mahathir.

Ketika itu, Anwar, mencetuskan gerakan Reformasi dan mengadakan ceramah politik tanpa henti di seluruh negara. Beliau ditangkap akhirnya.

Perhimpunan besar-besaran tidak perlu diadakan walaupun Anwar disabitkan kesalahan dalam kes itu, Anwar masih boleh merayu terhadap keputusan itu.

Perhimpunan yang dirancang penyokong Anwar itu boleh dianggap sebagai cubaan untuk menggertak badan kehakiman.

Jika tindakan mereka itu boleh menyebabkan pengumuman keputusan terpaksa ditangguhkan, mereka boleh dituduh menghina mahkamah.

Keingkaran sivil, nampaknya sudah menjadi amalan popular dalam kalangan ahli politik, khususnya daripada Pembangkang, dengan mendapat sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan serta pergerakan yang memperjuangkan hak sivil dan kebebasan.

Ia merupakan senjata taktikal yang semakin popular dalam kalangan mereka untuk mewajarkan tindakan mereka membelakangkan undang-undang, yang menurut pandangan mereka sebagai tidak adil, di samping mencetuskan polemik.

Anwar yang terlibat dengan tindakan yang melanggar undang-undang perlu bersedia menerima hukuman akibat perbuatan beliau itu.

Tetapi, Anwar tetap gembira kerana perbicaraan di mahkamah membolehkan beliau mendapat publisiti.

Kebanyakan pakar undang-undang terkenal menekankan tentang pentingnya kedaulatan undang-undang.

St Thomas Aquinas (1225-1274) sebagai berkata bahawa walaupun undang-undang yang tidak adil mendera hati nurani, tetapi undang-undang tetap perlu dipatuhi untuk mengelak tercetusnya kacau-bilau.

Hakim Mahkamah Agung Amerika Abraham Fortas (1910-1982) pula berkata ”setiap seorang daripada kita wajib mematuhi undang-undang. Ini merupakan tanggungjawab daripada segi moral dan undang-undang,” katanya.

Pakar undang-undang dan bapa konsep pemisahan kuasa dari Perancis, Montesquieu (1689-1755) pula berkata “kebebasan bererti hak untuk melakukan apa yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ucapan melalui radio dan televisyen pada 30 Sept 1962, Presiden John F. Kennedy (1917-1963) menegaskan: “Negara kita dibina berasaskan prinsip bahawa kepatuhan terhadap undang-undang menjadi pelindung paling ampuh bagi kebebasan dan tindakan melanggar undang-undang merupakan jalan paling pasti untuk mengalami penderitaan. Ringkasnya, rakyat Amerika boleh tidak bersetuju dengan undang-undang, tetapi mereka tetap perlu mematuhinya.”

Beberapa hujah lain yang boleh digunakan untuk menentang keingkaran sivil. Paling utama, sekiranya sesuatu undang-undang itu diluluskan oleh kerajaan yang dipilih secara demokratik oleh rakyat, maka adalah jelas, orang yang melanggar undang-undang berkenaan tidak bersikap demokratik.

Tiada siapa patut menggunakan sebarang cara untuk mempengaruhi badan kehakiman dalam membuat penghakimannya.

Setiap orang tanpa mengira aliran politik, perlu menjunjung kedaulatan undang-undang. Keputusan kehakiman tidak sepatutnya dipengaruhi oleh orang ramai. Ini perlu dipertahankan. Sekiranya tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan, seseorang itu boleh mengemukakan rayuan kepada mahkamah lebih tinggi.

Andainya amalan sedia ada diingkari, maka keputusan mahkamah tidak akan dihormati lagi. Akibatnya akan berlakulah huru-hara.

Usaha Anwar mengadakan perhimpunan kali ini samalah seperti yang beliau lakukan ketika menjadi pemimpin pelajar pada 1974 isu kemiskinan dan kebuluran Baling.

Kali ini, beliau menguji kerajaan dan pihak berkuasa untuk melihat sama ada mereka membenarkan perhimpunan secara aman diadakan, terutama selepas Rang Undang-undang Perhimpunan Secara Aman diluluskan.

Bagaimanapun sasaran sebenar perhimpunan itu bukan untuk meraih impak melalui jumlah mereka yang menyertainya, tetapi kesan yang dicapai melalui media sosial.

Anwar telah menyusun beberapa aktiviti dan program yang akan dilaksanakan di seluruh negara untuk mempengaruhi persepsi orang ramai selepas berkempen melalui media sosial.

Mereka yang tidak menyertainya akan dijadikan sasaran melalui media sosial. Dalam dunia maya, polis tidak boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian.

5 comments:

Anonymous said...

kalau tak tahu pasal undang-undang tak payah tulis la! nampak tak betul sangat.

bapak tiri kau ni said...

hei anon di atas,

sedap tak nuar berahim balun jubur awak?

kalau awak betul sangat tulislah kat ruangan komen ni aku nak baca setakat mana pengetahuan awak ttg undang-undang.
aku nak tengok kau berani tak tulis kat sini.jangan tahu perlekehkan orang.awak ni aku rasa biul lah.

Anonymous said...

memang bangang penulis ini dan perasan macam cerdik rupa nya cetek.
Lancheowwww!

LaM said...

Hei bapa tiri kau ni,
Anwar telah balun jubur kau ke sampai marah sangat? Pergi repot kat Musa Hasan atau Rodwanlah supaya satu kes liwat 3 lagi dapat diadakan.

Apa punya bangang penulis ni. Ini kes politik lah. Umno Baru yg mempolitikkan mahkamah dan polis. Pemimpin Umno Baru guna hakim2 melayu, polis2 melayu yg bangang dan pendakwa raya melayu untuk berlawan dng Anwar. Kalau diatas pentas politik Umno Baru tak bolih nak berlawan dng Anwar.

Nak cakap undang2 kau mana ada kelayakan. Aku cakap undang2 sikit. Tengok kau faham tak. 'The fact that Siful had met Najib and Rodwan 2-3 days bf the alleged incident complaining of being sodomised shows that these persons are material witnessess for the prosecution and should be called as witnesses to assist the court to determine the thruth or otherwise of the alleged incident. Failure to call these witnesses by the prosecution will attract the presumption u/d s.114(g) of the Evidence Act that the prosecution had some material evidences to hide which are unfavorable to the prosecution's case but favorable to the accused'. Kau faham tak ni. Apa yg berlaku. Prosecution tak panggil Najib/rodwan dan apabila Defence nak panggil..bagi seribu alasan tak mahu hadir.

Tak payah cakap berkenaaan DNAlah. On this issue alone...orang bodoh pun tahu perancangan kes sodomy ini dibuat olih Najib/Rodwan. Apasal tak berani pergi mahkamah 'to deny allegation that they conspired with Siful to fix Anwar'. Kau faham undang2 Evidence( Kerterangan) ni.

Sudahlah .... orang tak sekolah pun, kecuali lah ahli2 Umno yg bangang, tahu ini political case which was planned by Najib/Musa/Rodwan. Kau pi tanya pemimpin2 Umno Baru. Mereka pun tak percaya kes sodomi ni lah. Tapi sebab kepentingan politik dan ahli2 Umno bolih diperbangangkan, mereka diam shj lah. Kau ketegori mana? Pemimpin Umno Baru yg tahu kes sodomi ni kes rekaan politik atau ahli2 Umno yg bangang yg senang diperbodohkan.

Anonymous said...

Saudara LaM said,

Saya setuju dengan pendapat anda.Ini kes politik.Kita namakan liwat politik.Liwat politik senang dapat
sempati golongan songsang otak dan
sokongan Yahudi,Cia serta beberapa
negara yang menghalalkan berjubur bebas.....

Saya cadangkan kita ramai2 esok kemahkamah,kita tunjukkan cara politik meliwat untuk diikuti oleh anak cucu kita .....Baru boleh kita
kata negara kita betul2 dimokrasi
dan maju.

Saya nanti anda dipeasta meliwat
politik esok 9.1.2012....
Jangan tak tak datang ya,,,,,.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024