Monday, January 2, 2012

Kalau UMNO Boleh Jawap Persoalan-Persoalan Ini BN boleh Menang!

Pada posting WZWH yang lepas ada pembaca WZWH melontarkan persoalan-persoalan yang kalau orang UMNO boleh jawap maka BN boleh menang!

Pembaca ini memberi komen...Tolonglah tuan jawab semua pertanyaan yang dikemukakan oleh anon tentang siapakah yang melakukan semua itu kepada kami orang Islam dan Melayu...Andai satu ...hanya satu saja yang jawapannya bukan UMNO..anda akan dapat beri keyakinan yang UMNO berjuang untuk orang Melayu..pastinya UMNO..

Pembaca ini tidak bernama-Anonymous mahu WZWH jawab. WZWH sudah berjanji WZWH akan jawab sebaik yang boleh. Jawapan yang WZWH bagi tidak mencerminkan pendirian UMNO. Ini jawapan peribadi WZWH.


1)Siapa yang telah memerintah negara selama 54 tahun tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?


Malaysia tidak diperintah dengan undang-undang keras anti-demokratik. Mungkin maksudnya ISA yang digunakan melemahkan Komunis. ISA juga digunakan kepada pembangkang yang disyaki terlibat dengan kegiatan subversif. DS Najib telah umumkan ISA dimansuhkan.

2)Siapa bersubahat dengan penjajah British menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu daripada tahun 1948 sehingga 1957? 

Sebelum 1957, British memtadbir politik Malaya sepenuhnya sukar mana-mana pihak mahu mempengaruhi keputusan British.


3)Siapa yang sengaja benarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah? 

Ini keputusan Almarhum Tunku Rahman dengan argumen beliau tersendiri. Lee Kuan Yew mahu melebarkan konsep Malaysian Malaysia yang tidak secocok dengan UMNO. Ya ada juga orang UMNO tidak bersetuju. Ada pandangan ekstrem sepatutnya LKY ditangkap ISA.

4)Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993? 

Tun Mahathir berpendapat pindaan ini bertujuan melindungi Raja-Raja Melayu dari segi jangka panjang. Mahathir tidak mahu rakyat memberontak menentang atau mengulingkan Raja-Raja Melayu.


5)Siapa memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993? 

UMNO tidak bercakap begini. Ini adalah kenyataan orang anti Raja atau berjiwa republik!


6)Siapa yang menghasut agar semua harta Raja-Raja disiasat dan dirampas pada 1993?

Jika UMNO bercakap begini , ini adalah orang UMNO yang nakal. Mahu menonjol dan bodek Mahathir!

7)Siapa yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988? 

Mahathir sebagai PM guna budi bicara mengikut undang-undang yang ada. Tapi Pak Lah melalui Zaid Ibrahim telah membayar balik pampasan kepada Hakim-Hakim yang terbabit. Akhirnya Zaid Ibrahim memecat diri beliau sendiri!


8)Siapa yang hancurkan UMNO Lama yang ditubuhkan tahun 1946 dan gantikan dengan UMNO Baru pada tahun 1988? 

Ini adalah perbuatan Mahathir dan Tengku Razaleigh.


9)Siapa yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999? 

Mahathir berpendapat orang Cina kuat mempertahankan beliau ekoran kes 'mata lebam' Anwar Ibrahim. Mahathir lupa bahawa jika orang Cina berkurangan menyokong BN seperti PRU 12 maka silap.

10)Siapa yang memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi? 

Ini adalah operasi yang mana-mana negara akan nafikan. Menghalalkan perbuatan yang salah tetapi atas arahan kerajaan yang berkuasa. WZWH tidak boleh sentuh isu ini.


11)Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada RM52 billion saham DEB semenjak 1970?

Orang Melayu sendiri kerana mahu untung cepat dan jangka pendek.


12)Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M ke Brunei?

ICJ telah putuskan Pulau Batu Putih hak Singapura, Malaysia akur. Tanah KTM ialah usahasama Malaysia-Singapura memajukan tanah itu. Blok L dan M ialah hasil perbincangan kerajaan Malaysia dan Brunei.


13)Siapa yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah?

Orang Melayu sendiri kerana mahu cepat kaya tapi rugi pada jangka panjang. Di Pahang, MB Pahang agak sukar mahu membenarkan itu berlaku.


14)Siapa yang telah menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965? 

Ini kena tanya Mahathir dan Tengku Razaleigh.

15)Siapa yang memberikan lesen judi yang bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi? 

Kegiatan judi perlu dikawal supaya mudah dipantau. Kawalan melalui lesen. Ini hak orang bukan Islam untuk berjudi dan gaming. 


16)Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu? 

Mahathir percaya untuk rakyat Malaysia menguasai ilmu perlu PSSMI. Ada ahli akademik, politik, NGO tidak bersetuju. Pembangkang kadang-kadang bersetuju, kadang-kadang tidak bersetuju. Sepatutnya teruskan saja. Kerajaan pula setuju pulak undur ke belakang.


17)Siapa yang membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebehi RM 25 billion? 

DEB berakhir pada 1990. Sebelum itu pelajar dapat biasiswa. Bila dasar berubah semua orang kena bayar kecuali pelajar yang pintar. Kos pendidikan semakin mahal. Kalau belajar pinjam PPTN maka bila kerja bayarlah.


18)Siapa yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh Negara? 

Anak muda tidak mahu kerja disektor pembinaan dan peladangan maka terpaksa pakai buruh asing.


19)Siapa galakkan harga barang naik berganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran yang hanya menguntungkan para peniaga berterusan? 

Kenaikan harga barang makanan adalah fenomena global. Bila tanah pertanian kemarau, banjir dan harga minyak melambung naik memberi kesan kepada kos pertanian seperti baja, mesin dsb.


20)Siapa bebankan rakyat dengan kadar bil letrik yang tinggi berbanding dengan Negara jiran yang bukan pengeluar minyak? 

Ini kesilapan kerajaan kerana perjanjian IPP dengan TNB adalah berat sebelah lebih menguntungkan pengusaha IPP. Dasar kerajaan sendiri yang tidak agresif membina lebih banyak empangan hidroelektrik dan loji nuklear pada awal tahun 1970an.


21)Siapa yang bertanggung jawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan ‘gini coefficient’ 0.492 yang kedua tertinggi di Asia dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin? 

Dari mana dapat data ini. Dunia tahu di Malaysia lebih banyak golongan 'middle class' jika dibandingkan dengan negara-negara jiran.


22)Siapa yang menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan otomotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif? 

Mahathir mahu membina industri otomatif negara melalui Proton. Anak tempatan boleh bina enjin kereta sendiri. Ketika banyak pengeluar kereta dunia gulung tikar, bangkrap dan diambilalih oleh syarikat lain. Proton patut berbangga kerana masih dapat bertahan.


23)Siapa bebankan rakyat dengan kadar tol lebuhraya yang tinggi sedangkan kutipan cukai jalan dan saman kenderaan mampu menampung pembinaannya tanpa tol? 

Pembinaan lebuhraya perlu modal banyak dibiayai melalui tol. Tapi perlu ada hadnya sampai bila. Bila dah buat lebuhraya kena pula selenggara pun pakai modal. Mungkin model tol perlu dikaji supaya tidak membebankan pengguna dan pengusaha.

24)Siapa yang membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehinga 15 kali gaji tahunan berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya 5 kali gaji tahunan? 

Harga rumah ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran terbuka. 


25)Siapa benarkan syarikat-syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton? 

Pengurusan MAS perlu mengurangkan kos operasi yang fenomena ini berlaku global. Proton perlu cari pasaran luar negara.


26)Siapa yang untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka nanti dengan anak syarikat Felda yang rugi besar? 

Ini adalah cadangan penasihat PM. Belum dilaksanakan. Katanya peneroka untung dapat durian runtuh. Pemegang saham untung. Anak syarikat Felda untung.


27)Siapa benarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang wakili perajurit majoriti Melayu tapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina? 

Ini corporate game sektor swasta.


28)Siapa untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim lapangan minyak pinggiran (marginal oil fileds)? 

Anak-anak pemimpin kalau bersifat usahawan apa salahnya mereka pun mahu berniaga. Masalahnya anak-anak pemimpin pembangkang tidak berminat berniaga minyak!


29)Siapa untung apabila semua harta kerajaan seperti pelabuhan Pulau Pinang yang bakal diswastakan murah dan apabila rugi seperti Indah Water akan diselamatkan kerajaan menggunakan duit rakyat dengan harga tinggi? 

Ini dasar penswastaan negara.


30)Siapa yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003? 

Ini kerja pakar-pakar persepsi luar negara. Kadang-kadang pembangkang yang burukkan kerajaan di luar negara membantu kejatuhan indeks persepsi.


31)Siapa yang membeli alat-alat pertahanan Negara seperti Kapal Selam (RM6 billion), kapal laut (RM9 billion) dan kereta perisai (RM6 billion) yang berlipat ganda dari harga biasa semata-mata untuk memperolehi komisen untung atas angin? 

Ini adalah hal sulit pertahanan negara tidak boleh dibincangkan secara terbuka.


32)Siapa kekalkan 70% melayu terus miskin dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan sehinggakan majoriti 5.2 million yang dijangka dapat sumbangan RM500 daripada kerajaan adalah melayu? 

Memang majoriti orang Melayu memang miskin dan susah itu faktanya.


33)Siapa yang kurangkan pengurusan dan peluang perniagaan Melayu dalam Petronas dan syarikat-syarikat GLC lain?

CEO-CEO Melayu yang lupa daratan dan tidak ada jiwa UMNO.


34)Siapa yang menyebabkan dan juga menerima faedah ketirisan ekonomi lebih RM1 trillion semenjak merdeka?

Orang Melayu tidak buat kerja. Orang Melayu mahu mudah. Minta tolong sub kepada orang Cina. Ketirisan kerana sikap orang Melayu itu sendiri. Orang Cina untung. 


35)Siapa yang menambahkan lagi beban hutang negara bakal melebihi 50% KDNK yang mencecah RM500 billion yang digunakan untuk berbelanja boros membayar projek atau pembelian dengan harga yang sengaja diganda tinggikan? 

Hutang negara melebihi 50% KDNK dan di bawah 60% KDNK masih dikira praktis antarabangsa yang normal.


36)Siapa yang menerima tapi pada masa yang sama tidak mahu mengaku menerima pinjaman dari Bank Dunia? 

Dulu memang Malaysia banyak meminjam dari Bank Dunia. Bila ekonomi Malaysia berkembang dapat bayar cepat pinjaman Bank Dunia dan akhirnya boleh menjana dana dalam negara sendiri dan taraf Malaysia sebagai negara membangun dan hampir maju tidak memerlukan lagi pinjaman Bank Dunia.


37)Siapa benarkan ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang sama besar dengan Negara pada tahun 1960an merosot jauh ketinggalan sebanyak tiga kali ganda sekarang?

Kreativiti, inovatif, R&D, Competitive Advantage, FDI itu perlu Malaysia pertingkatkan jika mahu menyaingi.


38)Siapa yang hidup mewah dengan mampu membeli kondo mewah, kereta mewah, pakaian fesyen mewah, perhiasan mewah, cincin mewah, percutian mewah dan gaya hidup serba mewah dengan gaji penjawat awam atau gaji menteri?

Manusia yang sebenarnya miskin jiwanya kerana tidak pernah cukup keperluan materialnya.


39)Siapa selalu meggunakan bahasa keras dan lucah untuk mengugut diludah serta memaki hamun orang dan bangsa lain?

Orang yang tidak berilmu dan berasa terlalu 'inferiority complex'. Orang yang terlalu ingin  merampas dan memerintah Putrajaya. Politik kebencian ditanamkan.


40)Siapa gemar memperkudakan semua institusi dan agensi kerajaan untuk kepentingan sempit? Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, pembatu api dan pengkhianat Agenda Melayu sebenar. Dan bangkit mengganti kelemahan dengan kekuatan sebenar.

Ini adalah kerja-kerja Dajjal politik tidak kira dari kerajaan mahupun pembangkang.

14 comments:

Anonymous said...

Salam bro,
Saya kira satu jawapan yang berimbang dan dapat dijadikan iktibar dan sekaligus memuaskan hati pembaca bro yang bertanya. Cara sy agak spontan dan reaktif, namun nak betulkan sikit bhw sy memang sukakan org UMNO yang kritis. Sy tak kata org tak pandai,sy kata kat sy sendiri bila sy agak reaktif tu . Baguslah kalu bro dan anon tu sebenarnnya proaktif sifatnya.
Saya ambil contoh persoalan no. 39, respon bro. Sy amat berharap majoriti pengundi disetengah kawasan parlimen tu, yang meliputi kira-kira 60% peratus pengundi, boleh terima. Kalau tidak BN akan kalah lah. Maaf, itu satu contoh saja. Tentulah banyak fakta lain lagi yang mempengaruhi.
Akirnya sy harap respon bro kepada persoalan-persoalan pembaca anon tu,sedikik sebanyak dapat mengubah persepsi dan sikap pemikiran mereka, seperti yang diharapkan terhadap UMNO khususnya, dengan penuh kefahaman dan kejujuran sebelum PRU ke 13. WS

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Terimaksih Anon 9:09.

dobit127 said...

jawapan yang agak bagus dan lengkap untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh entah siapa tah...

Walaubagaimanapon , masih ada jawapan yang diberikan tidak fokus menjawab soalan.Mungkin memang tiada jawapan atau tidak dapat menjawab atas kekangan lain....

Selepas ini, anom2 boleh mengutarakan lagi apa yang terpendam dihati agar segala kemuskilan dapat dijawab sekurangnya... jangan mendengar sebelah pihak sahaja.

Sementara itu, pihak KPF akan mebuat EGM khamis ini untuk selesaikan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.. Pelbagai taklimat diberikan termasuklah atas dan bawah meja... Kenapa hal sedemikian pon berlaku....

Kutukandewata said...

Salam,

saya tak nak komen banyak sebab isu yang dibangkitkan anon2 tersebut kebanyakannya isu basi.

saya nak komen sikit tentang salleh abas.saleh abas tidak mengambil peluang membela diri dihadapan tribunal.dia lebih kurang anwar ibrahim juga yang tak mahu membela diri sebaliknya hentam orang lain.konspirasilah,fitnahlah,dan macam2lagi serangan.tak ada orang paksa pun masukkan bukti dna kedalam jubur orang.jadi salleh abas mempersiakan peluang untuk buktikan diri tak bersalah.hakim tribunal dari new zealand hairan dengan tindkan salleh abas.zaid ibrahim pulak memang haprak.duk bayar kat hakim2 tu untuk menunjukkan kerajaan silap.lepas selesi kerja tikus membaiki labunya dia pecat diri sendiri dan masuk parti lain kemudian keluar semula.biul betullah dia ni!

anonymous said...

cntik jawapan, tetapi melayu mana maksudnya tu! rakyat dah ramai sekolah tinggi.

Anonymous said...

Salam anon2 yang bertanya kapada wzwh.

Saya nak tanya pulak ,jawab jangan tak jawab ya,,,,

Melayu mana bila buat ceramah politik minta sedekah?.
Melayu mana yang memjual syurga
Allah?
Melayu mana yang menyukong peliwat
tegar Malaysia?.
Melayu mana yang menhalalkan berkawan dengan Iblis?.
Melayu mana mengatakan Allah mencarut,gedebeng dan,,,,lagi?
Melayu mana yang mengkafirkan orang
lain jika tidak menyukong parti mereka?
Melayu mana membenarkan perkataan
Allah kapada bukan Islam dalam kontik Negara Malaysia?.
Melayu mana yang membenarkan dua
imam mengimamkan sebahyang dalam satu waktu dimasjid dan surau?.

Cukup dulu ya,,,,jawab ,jangan tak jawab, jika anda seorang yang jujur,,,kalau tak jawab anda seorang yang penakut dan pendusta
besar....

Saya tunggu ya.....































/.























/

Anonymous said...

salam Anon 1:44. sy rasa tuan x faham situasi perbincangan posting WZWH ni. comment sy tu bukanlah pertanyaan sy atau berniat nak menghentam umno...cuba baca semula..persoalan yg sy copy n paste tu sy minta WZWH huraikan keadaan sebenarnya, sebab sy bkn org politik dan x berapa kisah sgt ttg politik sehinggalah keadaan sekarang yg mengancam org melayu. Dlm situasi perbincangan itu sepatutnya kita sama2 berbincang supaya sama2 boleh menerangkan soal itu kpd kwn2 kita. Kita jgn cepat melatah dan menuduh x tentu pasal. contohilah WZWH relek je dia malah menjawab dgn jujur. sebab saya menyampah dgn politik ni lah dianya...org umno ni klu berbincang atau mesyuarat suka sgt beklahi sesama sendiri kdg smpai bertumbuk...bekejo keliling balai raya pon ade keh keh keh..mintak maaf bnyk2 lah

Anonymous said...

wzwh...

sekadar pandangan...

adalah lebih elok... persolan dan pertanyaan tersebut.. dijawab dengan jawapan dan soalan balas...

barulah nampak perbahasan yang baik... kerana apa.. jika diberi jawapan sahaja... ada yang tak puas hati...

tapi jika dijawab dengan soalan balik... barulah soalan yang nak menjerat tu terkial-kial...

dan jika pembaca blog tuan menjadi juri... agaknya anda akan kalah dalam debat ini... tapi jika dibangkit pula soalan balas...( kira2 mcm debat lah )... barulah ia mencabar minda juri atau pembaca...

dan akan nampaklah.. dan teranglah.. siapa yang betul dan kurang bettul...

akhir sekali... bumi mana yang tak ditimpa hujan... sama2lah kita baiki...

sekadar pandangan saya..maaf

zz

Anonymous said...

Tahniah WZWH, apakah 1Malaysia dan Malaysian Malaysia sama?

Anonymous said...

Anon 1:44pm

aku nak tanya 1 soalan je.
melayu islam mana yang mengatakan
hukum Hudud tak akan dilaksanakan
diMalaysia dan melayu islam mana
pulak yang menyokong?

Anonymous said...

Anon 12:35AM,

Tidak ada sorang Melayu Islam UMNO
yang boleh mewakili UMNO mengatakan Hudud tidak akan dilaksanakan diMalaysia,sebab UMNO
akan membuat keputusan yang penting mesti melalui perhimpunan
agong dengan usul diterima oleh
perwakilan.Sekiranya perkara ini berlaku,maka pindaan perlambagaan
dalam bab2 tertentu akan dibuat.Buat masa ini ahli perliment yang beragama Islam tidak sampai pun 2/3 drp semua
ahli perlement seramai 222.

Dengan fakta diatas UMNO mengambil
pendirian berhati hati dengen mengatakan setuasi sekarang tidak mengizinkan atau tidak kundusiv.
kami UMNO tidak mengatakan tidak
wajib, itu sangat bahaya kapada
iman kami dan boleh menjadikan kami terkeluar drp Islam ,,,,jauh
darinya amim.....kerana kami mendahului Allah.Seolah olah Allah
tidak bijak dan mengtahui ,,,,.

Saya sangat percaya Pas tahu perkara ini,tapi saja tunjuk kuat
boleh buat sekarang padahal sebaliknya.Cuma tujuan politik
dan reto rik semata mata2.Sebab itulah Dato' Dr Hasan melalak
seorang saja di selangor,itu dalam hal arak saja,,,,

OK ,saya dah jawab,bila pulak nak jawab soalan saya ,jawab ya....

Saya tunggu ya,,.

nesmeighp said...

his explanation click reference check that like this helpful site blog link

neaunaez said...

Ysl replica bags replica bags in gaffar market additional resources replica bags ebay moved here replica radley bags

Anonymous said...

try these out h2q18q2r66 replica wallets replica bags hong kong replica nappy bags replica gucci g9w57b3n46 replica bags paypal accepted replica bags lv look at this web-site y0y78a4v95 replica bags bangkok

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024