PRU 11 UMNO dan BN score rekod terbaik pencapaian sejarah BN selama 50 tahun. Lonjakan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN kerana apa?
Rakyat mengharapkan expectasi terbaik dari kerajaan. Tetapi Tun Abdullah dan KJ gagal mencorakkan Malaysia seperti yang diharapkan rakyat.
Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah putus asa. PRU 12 apa yang buat Pakatan Rakyat score pula rekod terbaik pencapaian sejarah Pakatan Rakyat. Lonjakan sokongan rakyat kepada PKR, DAP dan PAS kerana apa?
Ketika Anwar Ibrahim dibebaskan beliau berperanan sebagai leader menyatupadukan PKR, DAP dan PAS menghentam UMNO dan BN habis-habisan.
Strategi berganda Pakatan Rakyat digunakan pada PRU 13 nanti.
Anwar hanya mahu undi Cina saja menyokong beliau. Anwar tidak kisah sangat undi Melayu. Undi India sudah lama Anwar berjaya 'hindraf'kan. Tidak banyak estet-estet tempat orang India tinggal lagi sekarang untuk MIC menjuarai.
Ketika BN kuat selalu menang 2/3 pada banyak PRU undi orang Cina hanya 30% menyokong BN. Pada PRU 12 bila mana 5 negeri tumbang hanya 20 peratus menyokong BN.
Anwar hanya mahu 10-15% orang Cina menyokong BN pada PRU 13 maka Pakatan Rakyat akan menuju Putrajaya.
Anwar mudah bercakap kepada orang Cina," Orang Cina punyai kuasa ekonomi, orang Cina perlu kuasa politik, orang Cina boleh jadi Perdana Menteri, selama ini pun UMNO bergantung harap kepada duit tauke Cina tolong PRU, orang Cina boleh punya kuasa ekonomi dan kuasa politik tapi sokong Pakatan Rakyat kasi saya jadi PM dulu....!"
Mana-mana orang Cina bila diyakini hujah ini terbang menyokong Pakatan Rakyat. Orang MCA dan orang Gerakan pun lari bertempiaran menyokong Pakatan Rakyat.
Anwar kata UMNO parti rasis, UMNO parti kasta, UMNO parti projek, UMNO tidak jaga kepentingan orang Melayu.
DAP kata UMNO parti anti orang Cina. UMNO tidak mahu tolong orang Cina. UMNO sengaja mengaji ramai orang Melayu dalam kerajaan.
Masalahnya UMNO tidak tahu menjawap isu. UMNO tidak tahu di dalam peperangan ini apa bentuk musuh yang dihadapi?
Strategis UMNO tidak ada idea-idea mahu mematahkan psywar Pakatan Rakyat.
Pemimpin UMNO tidak perasan bahawa UMNO ada ahli lebih 3.3 juta. Prestasi UMNO tidaklah seteruk yang dijangka pada PRU 12 dulu. Prestasi komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan ya betul buruk prestasi.
Penasihat-penasihat yang mengelilingi DS Najib selalu memberi nasihat yang salah.
1Malaysia menimbulkan polemik. Ramai orang Melayu lari...
Polisi ekonomi entah apa-apa ETP, GTP, NKRA orang Melayu tidak faham apa relevannya model ekonomi baru ini. Ramai orang Melayu lari...
Kalau polisi ekonomi berdasarkan RMK setiap 5 tahun sekali atau sambungan 'Corridor Pak Lah' tak payah lah.
Lebih banyak penasihat memberi nasihat yang salah kepada DS Najib setiap kali DS Najib buka mulut...lebih banyak orang Melayu lari..
Bercakap banyak politik pembangunan pun tak guna juga. Kelantan selama 20 tahun Nik Aziz tidak bercakap politik pembangunan tapi PAS menang juga...
Penasihat DS Najib menasihat Najib supaya suruh Taib Mahmud KM Sarawak undur semasa PRN Sarawak. Tapi nasib baik Taib Mahmud orang politik berpengalaman tahu penasihat DS Najib bodoh lalu dengan pengalaman politiknya parti Taib Mahmud menang 100%. Soal orang Cina tidak menyokong lantas DAP menang di bandar-bandar Taib Mahmud peduli apa.
Felda adalah kubu terakhir orang Melayu merupakan the last bastion of Malays maka isu FGV listing dihentam habis-habisan. Kenapa penasihat DS Najib mahu juga memberi idea FGV listing sebelum PRU 13 adalah satu tindakan yang kurang bijak bila tiada siapa mahu bertanggungjawab roadshow menerangkan kepada peneroka Felda malah Pakatan Rakyat turun padang mensmash bola tanggung!
DS Najib memperkenalkan konsep 'winnable candidate'. Calon UMNO dan BN yang boleh menang bukan sahaja dalam UMNO dan BN tapi calon ini mendapat sokongan dari luar. Tidak semestinya dari orang kuat parti.
Pada PRU 13 rakyat hanya tahu mahu pangkah BN atau Pakatan Rakyat. Kecenderungan lebih mahu melihat BN tumbang itu memang naluri rakyat Malaysia yang sudah terlalu cerdik..!
WZWH mahu tambah 'winnable candidate' ialah mana-mana kerusi baik yang parlimen mahu pun DUN yang UMNO punya dulu atau UMNO boleh menang kerana majoriti orang Melayu itu perlu UMNO ambil balik kali ini.
Orang UMNO yang terlibat dengan salahguna kuasa, rasuah, angkuh, kaya kerana parti tidak ramai tidak sampai pun 0.05% ada lagi 99.95% dari 3.3 juta orang UMNO yang sayangkan parti, yang mahu parti UMNO menang, yang tidak sanggup melihat parti UMNO terkubur.
DS Najib perlu jangan malu-malu buang orang UMNO yang menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan. Buat apa simpan lagi.
DS Najib perlu ingat beliau adalah PM Malaysia, Ketua Kerajaan Malaysia. DS Najib perlu ingat UMNO dan BN masih lagi ketika ini memerintah Malaysia.
Gunakan segala kuasa dan kelebihan at disposal untuk memenangkan parti UMNO dan kerajaan BN. Tidak peduli jika Anwar dan DAP suka lihat patern pengundi ada pola etnik let it be..
Hari ini DAP mahu guna orang veteran UMNO bagi menarik sokongan orang Melayu kepada DAP. DAP sudah siap siaga mempertaruhkan calon-calon profesional muda Melayu dan orang veteran UMNO bertanding bagi DAP dalam PRU 13 nanti kerana DAP pun mahu menjadi MB dan PM.
Terimakasih TS Muhyiddin Yassin TPM yang menyerang DAP semasa ucapan perasmian serentak sayap-sayap parti.
Strategi Berganda Pakatan Rakyat nampak menjadi apa DS Najib harus buat?
Bila ketika Tun Mahathir tidak mahu bercakap banyak, Tengku Razaleigh menjauhkan diri (atau dijauhi), Tun Musa Hitam tidak mahu mengulas panjang, Tun Abdullah bersulok, Tun Daim menghilang, Sanusi Junid hanya mampu berblog, apa pilihan yang DS Najib ada?
WZWH bukan PM. DS Najib adalah PM, Presiden UMNO dan BN, Orang Besar Berempat Pahang-Orang Kaya Indera Syahbandar, anak almarhum Tun Razak, keturunan Kesultanan Gowa yang ke 19, jadilah anak bangsawan yang sebenar...
Beritahu orang Melayu...UMNO fight for Malays.
Beritahu orang Cina...long term stability and peace is good for the interests of Chineses.
Beritahu orang India...UMNO also take care the future of Indians.
Beritahu orang UMNO...3.3 millions UMNO members cannot be simply wipe out just like that.
Beritahu orang BN...BN is not so weak as Anwar whispers...
23 comments:
Ha ha ha..
Che Wan..Kalo Najib buang Mamak-mamak dalam UMNO yang bagai Lembu Kenyang..nascaya bersihler UMNO sebahagian dari kekotoran..kerana Mamak-mamak Lembu kenyang inilah yang memperkuda orang-orang melayu.
Ha ha ha..tak percaya ..aok tanya Shahrizat..tak pun Nor Yakub and Reza Marican ..ha ha ha..
Nasib baik kat Pahang ni Mamak tak buleh hidup..ha ha ha..tak gitu
Salam bro,
Apa kata anon 518 tu kwn setuju. Teringat kwn belajar sejarah melaka zaman sekolah dulu.kwn org bugis ada master luar negara lagi, tak apa pun.
Nanti kwn sambong, ni nak gi eksais dlu.
dengar cerita mamak nak masuk temerloh.
mohon pautkan blog saya di sini,
http://suaraapi.blogspot.com
mohon pautkan blog saya di sini,
http://suaraapi.blogspot.com
Graf menunjukan angka 50 memang tepat diatas kepala. Bertangga dari 1 membawa kepada angka 49. Setelah mencapai 50 angka akan menurun terus menurun. Percayakan teori ini?. Sebab apa tanyalah puak2 ameno. Namun mesti diingat, Bn @ Perikatan dulu2 pada asalnya bukan naik bertangga, semengnya telah berada diatas kepala, bukan nak menakutkan sapa2 hatta pemimpin ameno/bankin, mungkin trunnya menerejun terus. Fikir2lah teori mana nak diperkenalkan!!!
Orang Melayu yakin perjuangan UMNO tetapi tak yakin dengan Najib.
Dah terang lagi apa mahu suluh... tepok dada tanya selera dan pandai pandai la Najib dan gedempol keluar baris.
Kalau org umno bleh jwb isu2 yg di persoalkan rakyat skrg ni rasanya bleh menang BN: Siapa yang telah memerintah negara selama 54 tahun tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik? Siapa bersubahat dengan penjajah British menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu daripada tahun 1948 sehingga 1957? Siapa yang sengaja benarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah? Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993? Siapa memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993? Siapa yang menghasut agar semua harta Raja-Raja disiasat dan dirampas pada 1993? Siapa yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988?
Siapa yang hancurkan UMNO Lama yang ditubuhkan tahun 1946 dan gantikan dengan UMNO Baru pada tahun 1988? Siapa yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999? Siapa yang memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi? Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada RM52 billion saham DEB semenjak 1970? Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M ke Brunei? Siapa yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah? Siapa yang telah menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965? Siapa yang memberikan lesen judi yang bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi? Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu? Siapa yang membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebehi RM 25 billion? Siapa yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh Negara? Siapa galakkan harga barang naik berganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran yang hanya menguntungkan para peniaga berterusan?
Siapa bebankan rakyat dengan kadar bil letrik yang tinggi berbanding dengan Negara jiran yang bukan pengeluar minyak? Siapa yang bertanggung jawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan ‘gini coefficient’ 0.492 yang kedua tertinggi di Asia dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin? Siapa yang menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan otomotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif? Siapa bebankan rakyat dengan kadar tol lebuhraya yang tinggi sedangkan kutipan cukai jalan dan saman kenderaan mampu menampung pembinaannya tanpa tol? Siapa yang membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehinga 15 kali gaji tahunan berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya 5 kali gaji tahunan? Siapa benarkan syarikat-syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton? Siapa yang untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka nanti dengan anak syarikat Felda yang rugi besar? Siapa benarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang wakili perajurit majoriti Melayu tapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina? Siapa untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim lapangan minyak pinggiran (marginal oil fileds)? Siapa untung apabila semua harta kerajaan seperti pelabuhan Pulau Pinang yang bakal diswastakan murah dan apabila rugi seperti Indah Water akan diselamatkan kerajaan menggunakan duit rakyat dengan harga tinggi? Siapa yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003? Siapa yang membeli alat-alat pertahanan Negara seperti Kapal Selam (RM6 billion), kapal laut (RM9 billion) dan kereta perisai (RM6 billion) yang berlipat ganda dari harga biasa semata-mata untuk memperolehi komisen untung atas angin? Siapa kekalkan 70% melayu terus miskin dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan sehinggakan majoriti 5.2 million yang dijangka dapat sumbangan RM500 daripada kerajaan adalah melayu? Siapa yang kurangkan pengurusan dan peluang perniagaan Melayu dalam Petronas dan syarikat-syarikat GLC lain? Siapa yang menyebabkan dan juga menerima faedah ketirisan ekonomi lebih RM1 trillion semenjak merdeka? Siapa yang menambahkan lagi beban hutang negara bakal melebihi 50% KDNK yang mencecah RM500 billion yang digunakan untuk berbelanja boros membayar projek atau pembelian dengan harga yang sengaja diganda tinggikan? Siapa yang menerima tapi pada masa yang sama tidak mahu mengaku menerima pinjaman dari Bank Dunia? Siapa benarkan ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang sama besar dengan Negara pada tahun 1960an merosot jauh ketinggalan sebanyak tiga kali ganda sekarang? Siapa yang hidup mewah dengan mampu membeli kondo mewah, kereta mewah, pakaian fesyen mewah, perhiasan mewah, cincin mewah, percutian mewah dan gaya hidup serba mewah dengan gaji penjawat awam atau gaji menteri? Siapa selalu meggunakan bahasa keras dan lucah untuk mengugut diludah serta memaki hamun orang dan bangsa lain? Siapa gemar memperkudakan semua institusi dan agensi kerajaan untuk kepentingan sempit? Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, pembatu api dan pengkhianat Agenda Melayu sebenar. Dan bangkit mengganti kelemahan dengan kekuatan sebenar. (Kali pertama disiar dalam Sinar Harian 27hb Disember 2011)
Salam,
tolonglah tuan jawab semua pertanyaan yang dikemukan oleh anon tentang siapakah yang melakukan semua itu kepada kami orang Islam dan Melayu...Andai satu ...hanya satu saja yang jawapannya bukan UMNO..anda akan dapat beri keyakinan yang UMNO berjuang untuk orang melayu..pastinya UMNO..Umpama Makan Najis Orang...
Salam Anon-Anon semua,
WZWH akan jawab satu per satu persoalan-persoalan yang dibangkitkan. Anon-anon semua menanya persoalan itu semua kepada orang yang betul. WZWH adalah the true UMNO blogger akan jawap dalam posting-posting yang akan datang. Terima kasih memberi kepercayaan kepada WZWH untuk menjawapnya.
Syabas WZWH, dlm umno ni x ramai org mcm awok. kebanyakan ahli dan pemimpin umno skrg aktif dlm umno bkn nak memperjuangkan melayu tp nakkan projek dan mcm2 janji pemimpin atasan..keiklasan dlm perjuangan dh semakin terhakis dari jiwa. Lagi satu kwn npk x ramai pemimpin umno yg celik dan ada jiwa..kebanyakan hanya burung kakak tua. klu ada pun dah tersingkir dan tersungkur..itulah budaya dlm umno yg perlu dihapuskan kelmarin lagi.Kwn tgk WZWH ada jgk membangkang sikit klu x betul, contohnya isu lembu dll. klu awk teruskan x kemanalah awk. tp itulah sepatutnya mesti dahulukan rayat jgn ckp je...rakyat memilih PR kerana mereka perlukan pemimpin yg membela mereka itu shj..bukan nak duit dan mcm2..buktinya sokong PR bkn dpt duit, klear duit lg adala.
wzwh ni pun same juge niat tak berape molek juge. Nak lawan wan mizan pulak lepas ni katanya.
lawan je kas setuju amat!
aku dah tak larat, ikan kembong dh mencecah rm17 sekilo
Salam Suara Api,
WZWH dah link blog Suara Api. Tulis banyak sikit tentang politik Jerantut. Tk.
tq wzwh.
pembangkang nak memerintah memang bangsat la..PR haram jadah!! selesaikan hal dalam parti sendiri dulu.. Umno pun kena TRANFORMASI lagi!
Salam bro,
Panjang benor soalan yg awok kena jwb.Nasib anon tu tak tambah org Melayu sampai kiamat pun tak kan dapat balik singapura.
Klu kwn jwb gini je..tidak semua data itu maklumat. klu bkan maklumat maka ia bkan fakta.maka klu ia bukan fakta, komprehensen kita keliru dan sebarang keputusan yang kita bakal ambil salah kerana ia tidak saintifik dan bersifat heresay. Akirnya agama, bangsa dan raja akan hancur.
Contoh, kita sedang reengineer modus operandi menghalang rasuah. Ini yg kata kita jatuh dlm indek rasuah data mne dan maklumat ke? Researcher tu ibu pejabatnya kat mana. KL ke Hongkong ke new york ke? Cuba lah kita fikir mereka tu tak ada agenda ke . Apa susah sngat kita duduk msia ni. Kita pernah belajar luar negara, duduk bertahun tahun luar negara. Rasa mcam mne tak nak blik msia ke? Bro kmn ni bodor, tpi kwn tak nak jadi mcam spore dan penang tu lagi. Dimana kita? ADIOS.
Salam semua,
Banyak sangat pengemom yang marah dgn perkara yang dibangkitkan oleh
penulis,mungkin tak dapat tangkap apa yang disampaikan.Sedangkan perkara yang diutarakan sangat jelas
melibatkan semua pihak,tidak kiri dan tidak kanan.
Cuba anon2 belajar mengeritik berpandukan dengan fakta,jangan guna perasaan,didik diri guna akal
yang dipandu dengan taraf pendidikan yang anda ada,baru boleh
dapat perkara yang baik dan akan
memberi kebaikan kapada mereka2
yang melawat blog ini.Barulah best.. ok.
salam ,
persoalan tentang maklumat yang paling betul , paling berasas, itulah yang kita nak tahu dari saudara WZWH. sekadar mengatakan orang yang tak sama pandangan adalah bodoh dan bangsat , itu sesuai untuk orang yang tak berpelajaran.melainkan media kita berkecuali dan beretika, kita perlu sandarkan pada sumber2 lain juga. hatta audit negara pun kalau kena batang hidung mereka diamkan saja.sebab sayangkan negaralah kita mahu pemimpin yang jujur dan ikhlas dan mestinya bertanggungjawab,takkan itu pun susah?cuba ingat..argument is to find who is right, discussion is to find what is right.
Kpd Suara Api, UMNO Tranformasi tak abis2...!
Post a Comment