Pahang negeri terluas di Semenanjung 13,820 batu persegi tapi penduduk tidak ramai pada abad ke 19. Majoriti penduduk terdiri dari orang Melayu dengan orang Asli.
Begbie menyatakan 59,000 penduduk pada tahun 1834. Manakala Rodger ditahun 1888 menghasilkan 35,000.
Penduduk sebelum perang saudara Pahang 1857-1863 adalah lebih besar kerana ramai rakyat Pahang lari ke Selangor, Negeri Sembilan dan juga ke Kelantan, Terengganu dan Johor.
Census 1891 menyatakan penduduk Pahang berjumlah 57,462.
Penduduk Melayu Pahang terdiri dari orang Melayu asli dan keturunan imigran Indonesia.
Penduduk di Pulau Tawar, Semantan, Chenor, Jelai dan Lipis bangga dengan keturunan Indonesia mereka kebanyakan keturunan Minangkabau dan Rawa.
Orang Asli Pahang pula dibahagikan kepada suku Sakai dan suku Semang. Mereka ini tidak dapat masuk ras Melayu tetapi sebahagian dari mereka dapat masuk Melayu melalui perkahwinan.
Posting ini mengenai Melayu -Sakai Pahang yang merupakan majoriti penduduk Melayu Pahang sekarang. Mereka adalah Melayu baru Pahang hasil percampuran darah Melayu dan Orang Asli.
Budaya orang Asli dipandang rendah oleh orang Melayu. Ramai orang Asli dijadikan abdi kepada golongan aristrokrat Melayu.
Tetapi wanita-wanita orang Asli yang berkahwin dengan orang Melayu dan anak-anak yang dilahirkan dengan cepat mengidentifikasikan diri mereka sebagai orang Melayu kerana status yang tinggi merupakan daya tarikan yang kuat.
Sebab itu ramai anak-anak dara orang Asli diperisterikan kepada orang Melayu Pahang baik yang berbangga dengan keturunan Indonesia mereka kerana keturunan yang terserap kedalam golongan Melayu maka terbukalah kesempatan untuk menaiki taraf sosial yang lebih tinggi.
Mereka yang mengadakan hubungan dengan orang Melayu dikenali sebagai "orang Sakai jinak". Mereka ini mengadakan perhubungan dalam kegiatan tukar barang.
Hasil hutan yang dikumpulkan ialah damar, rotan, getah perca, dan gading ditukar dengan barang-barang sebagai pakaian, tembakau, garam serta barang-barang kemewahan lain. Seringkali mereka juga melakukan pekerjaan bagi orang Melayu selama musim-musim penuaian.
N. von Mikluho-Maclay (1878) memetik:
These orang Sakai Jina generally speak Malay and their children for the most part forget their original language. They visit the huts and the kampongs of the Malays (in small parties with their wives and children) and this is one important reason of the mixture of the two races, the Orang Sakai giving their daughters as wives to the Malays. Sometimes also during these visits, the conjugal fidelity of the Sakai women is tried by presents, and the consequence is that to pur sang Orang Sakai parents cross-breed children are born.
Bila Suhaimi Said blogger The Spirit of Lubok Kawah @ ahli politik PKR mahu memperjuangkan orang Asli Pahang itu memang usaha yang bagus memperjuangkan kaum minoriti dan hak mereka.
Tapi sebenarnya WZWH boleh tersenyum kerana keturunan Melayu-Sakai Pahang lebih advance tidak terfikir oleh Suhaimi Said kerana sudah ramai Melayu-Sakai Pahang yang sudah mencapai status tinggi dalam masyarakat Melayu Pahang moden.
Ada yang berjaya menjadi pemimpin, usahawan dan profesional. Ada yang menjadi wakil rakyat bahkan EXCO Pahang! Siapa yang boleh menjangkakan ada yang menjawat jawatan MB Pahang.
9 comments:
MB pahang melayu sakai ke?sakai ke tidak janji dia ISLAM..saudara kita jugak..bagus posting ni..reference yg susah nak dapat..
Thanks bro....berita yang BAIK...PATUTLAH....ROSMAH????
samelah mcm negeri lain pn same contoh negeri sembilan iaitu suku biduanda hasil perkahwinan lelaki minangkabau kahwin perempuan jakun.suku seri lemak pahang pun ade di sana iaitu orang minangkabau yang tinggal di pahang dahulu kemudian pindah ke negeri sembilan
wan dari ulu tembeling keturunan sakai jugak ke wzwh?
BERKEMUNGKINAN PRU13 AKAN DIADAKAN PADA BULAN MAC 2013. 13.03.13
Saki ada macam2 jenis,yang tingal
didarat berburu dan bertani.Yang
dilaut kerja tangkap ikan dan sebut
orang laut.
Mereka ini semuanya Malayo yang masih
berkait rapat dengan KEREJAAN Melayo
purba.Baca dan teliti sejarah leluhor
Melayu ya,Jangan ego sangat,,,,Melayu
bukan diTanah Melayu saja,Melayu ada
rami diutara Thailand,diKombodia dan
diBurma.
ada jugak orang kata orang melayu berasal dari mekkah dan madinah, sbb bermula dari hufuf M
Ada juga orang kata orang Melayu ialah the lost tribe of Israel!!!?
Orang Asli kata bangsa dia ada juga kitab suci tapi kena makan di lembu dan kerbau.
Post a Comment