Nuffnang Ads

Pages

Friday, December 16, 2011

Meningkatkan Pertumbuhan KDNK Pahang Maju 2020

Chart 1: GDP Growth (%) by State at Constant Price 2000 Year 2009


Chart 2: GDP Growth (%) by State at Constant Price 2000 Year 2010
Chart1

GDP growth (pertumbuhan KDNK) Pahang telah meningkat sebanyak 5.7% dari tahun 2009 (-1.2%) kepada 4.5% pada tahun 2010.

Kenaikan yang baik bagi pertumbuhan KDNK negeri Pahang. 

Namun pertumbuhan GDP Growth iaitu 4.5% perlu dipertingkatkan. Sektor Perkhidmatan dan sektor Pembuatan perlu diperhebat disamping mengekalkan pertumbuhan sektor Pertanian dan merancakkan sektor Perlombongan.

Dipecahkan kepada sektor pula ialah:

Table 3: Percentage Distribution of Economic Activity by State at Constant Price 2000 Year 2010
Table1


Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain dari segi peratus sektor pula:

Table 4: Percentage Share (%) by State at Constant Price 2000 Year 2010
Table2

Bagaimana ahli politik-ahli politik Pahang, pakar ekonomi, pentadbiran dan entreprenuer Pahang boleh meningkatkan pertumbuhan KDNK Pahang dengan merangsang sektor Pengeluaran, Perkhidmatan, Pertanian, Pembinaan dan Perlombongan?

Bagaimana negeri Pahang dan Putrajaya boleh secara kreatif dan inovasi mengadakan transformasi ekonomi Pahang dengan dasar, polisi, peruntukan, insentif dan galakan.

Sejauh mana negeri Pahang boleh menarik sebanyak pelaburan FDI bagi merancakkan ekonomi Pahang sekaligus boleh meningkatkan sektor Perkhidmatan dan sektor Pembuatan perlu diperhebat disamping mengekalkan pertumbuhan sektor Pertanian dan merancakkan sektor Perlombongan.

Pelaburan FDI kilang Lynas dari Australia sebanyak lebih RM2 bilion kenapa ditentang oleh sekumpulan kecil pembangkang Pahang. Tidakkah pelaburan FDI ini boleh meningkatkan pertumbuhan KDNK Pahang?

Pelaburan Siemen dari German yang juga lebih RM2 bilion mahu melabur di Pahang juga bergantung sejauh mana majoriti rakyat Pahang boleh menerima kehadiran kilang Lynas.

Jika majoriti rakyat Pahang menentang kilang Lynas maka Syarikat multinasional Siemen ini akan membatalkan pelaburan FDI ke Pahang.

Tahukah rakyat Pahang bahawa Pelabuhan Kuantan adalah satu-satunya pelabuhan dari Semenanjung yang jaraknya paling terdekat dengan China. 

Kuantan Port adalah pintu masuk utama dan jimat kos atau kos efektif kepada perdagangan  antarabangsa. 

Dengan Kuantan Port yang akan diupgradekan, International Pahang Airport yang akan dibina, infrastruktur jalinan jalanraya melingkari negeri Pahang yang akan dibina, pembukaan industri-industri seperti Tanjong Agas Oil and Gas akan meningkatkan pertumbuhan KDNK Pahang.

Pahang adalah seluas negara Belanda. Pertanian Pahang boleh dipertingkatkan dengan cutting edge technology bagi menghasilkan yield production yang baik.

Pahang masih kaya dengan deposit galian mineral emas, besi dll. Potensi sektor perlombongan Pahang belum diteroka sepenuh lagi.

Sektor perkhidmatan terutama eco-resort pelancungan perlu dengan lebih serious diberi perhatian. Negeri Pahang kaya dengan gunung, tasik, flora dan fauna serta pantai dan pulau. Bina lebih banyak hotel, resort, game park.

Ini semua adalah rencah-rencah bagimana mahu meningkatkan pertumbuhan KDNK Pahang maju 2020. Ini yang ahli politik-ahli politik Pahang perlu fikir sebagai agenda utama untuk diperjuangkan.

Viva Pahang Darul Makmur negeri Pahang-ku!

1 comment:

Anonymous said...

Infra perlu seperti jalan raya/lebuhraya, pelabuhan, Airport, Jalan keretapi... pertumbuhan bandar baru dan kawasan industri.