Nuffnang Ads

Pages

Monday, December 5, 2011

Peluang Pelaburan Di Croatia Dan Teknologi Yang Boleh Diaplikasi Di Jerantut
















Duta Coatia, His Excellency Zeljko Bosnjak disebelah kanan sedang tekun mendengar penerangan dari Profesor Vladimir Koroman, Phd, Director General Brodarski Institute, Zagreb, Croatia kepada WZWH.  Profesor Vladimir punya teknologi kejuruteraan tenaga, pembinaan kapal. Kepakaran beliau ialah merekabentuk turbine yang boleh menghasilkan output elektrik yang maksima dari empangan hidro.

Kepakaran Profesor Vladimir Koroman boleh diaplikasikan di Jerantut. Kerajaan mahu bina empangan hidro yang mengunakan teknologi terkini dengan kos yang berpatutan dan cekap serta berkesan.
















Mr Enis Arnaut seorang pakar Renewal Energy dari Bosnia merupakan rakan yang banyak membantu WZWH dari segi network jaringan negara-negara Eropah Tengah. Beliau memiliki kemahiran dalam bidang kejuruteraan dan pernah menjadi komando semasa Perang Bosnia bila puak Serbia membunuh secara sistematik orang Islam Bosnia.
















Antara peluang pelaburan di Croatia ialah pelabuhan sebagai gateway kepada negara Eropah Tengah yang lain. Barangan eksport Malaysia seperti nenas, produk elektrik dan elektronik,pakaian, minyak sawit, halal food dsb.  Halal farmaseutikal, tenaga, adalah bidang perniagaan yang boleh diteroka.

Bila YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut menolak tawaran jawatan Timbalan Menteri Luar semasa era Tun Abdullah, WZWH sangat kecewa kerana WZWH tahu kepentingan strategik Kementerian Luar ialah boleh akses kepada network jaringan Duta-Duta yang membuka peluang perniagaan.

Dalam posting ini WZWH mahu cerita peluang pelaburan di Croatia dan teknologi yang boleh diaplikasi di Malaysia terutama Jerantut.

Croatia adalah sebahagian dari negara bekas Yugoslavia yang telah berpecah akibat perang saudara antara puak Croatia, Serbia dan Bosnia. Ciri komposisi kaum di bekas Yugoslavia sebelum perang sama dengan komposisi kaum di Malaysia.

Jeneral dan Presiden Tito berjaya menyatupadukan 3 kaum ini tetapi pada lewat tahun 1980an dan 1990an konflik Balkan telah menyebabkan negara bekas Yugoslavia ini musnah dan hancur kerana satu kaum yang dominan iaitu Serbia telah etnik cleansing kaum Croatia dan Bosnia. Ramai rakyat tidak berdosa terbunuh.

Itu sebab WZWH mahu tahu cerita politik yang sebenarnya dari Duta Croatia iaitu His Excellency  Zeljko Bosnjak disamping mengadakan perbincangan peluang perniagaan. WZWH bimbang jika ahli-ahli politik Malaysia 'sudah gila' dibimbangi apa yang berlaku musibah di bekas Yugoslavia itu boleh berlaku di Malaysia!

Antara lain, potensi pelaburan dan perniagaan boleh diterokai di dalam sektor tenaga, pembinaan jalan, industri kayu dan kimia dan farmaseutikal, katanya.

Bosnjak berkata komuniti perniagaan Malaysia juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian dan melabur di dalam industri pembinaan kapal, di mana Croatia dikenali di seluruh dunia sebagai mempunyai salah satu tradisi paling lama dan mempunyai para pekerja berkelayakan.

Bosnjak berkata ahli perniagaan Malaysia boleh juga kemungkinan menggunakan Croatia sebagai gerbang atau pintu pengedaran makanan dan produk ke negara-negara jiran yang lain.

Croatia bersempadan dengan Slovenia dan Hungary di sebelah utara, Bosnia dan Herzegovina ke tenggara dan Serbia dan Montenegro di sebelah timur.

9 comments:

Anonymous said...

cantikkkk, teknik membersih air sungai ade kee

Anonymous said...

sorilahhhh ..... kalau wzwh niii .... kerja dia bukan nak eksort kepakaran ke croatia tapi nak import idea2 yang boleh menjana duit untuk poket dia mengunakan apa2 resources yang masih terssisa kat Ulu Tembeling tuuu

Anonymous said...

betoiiiiii la tuuu

Anonymous said...

hmmm..aku terharu sgt dgn usaha wzwh...ada can ganti amizan...heheee

tapi ye la...malangnya umno bermaharaja lela...kepala otak umno kira jauh ke depan...

berapa sen sgt croatia ni nak bawak ke jerantut...stakat air liur memang tak di layan umno bn....'no money no agree'.

Anonymous said...

Hebat...mamat bosnia tu muslim ke? Kenapa deal dengan Croat..bukan Bosnia? Apakah kerana teknologi dan kepakaran mereka lebih dari bosnia?
Kalau nak buat empangan kat jerantut tu maka banyak hutan akan musnah.. tak mungkin projek ni akan jadi..

Anonymous said...

Anis Ernaut tu Bosnian muslim ke? Ke Bosnian Croat?

Anonymous said...

pernah satu ketika dulu nak buat hydro di ulu sg phg..tapi lepas bantahan pelbagai pihak cadangan itu batal.....

itu dulu...pemerintah mengambil kira pandangan semua.....

sekarang dah terbalik....pemerintah maha berkuasa...

emet said...

Enis arnaut adalah islam bosnia. Baru je berurusan dgn dia td. Memegang paspot bosnia.

Anonymous said...

enis ernaut masuk chukka hyatt.. -_-"'