Sebelum ini orang kampung yang berpendapatan rendah menerima saham Felcra. Siapa yang dapat diberi pulangan dalam bentuk saham. Orang kampung yang susah mengharap kepada saham Felcra ini bagi menampung sedikit perbelanjaan mereka.
Mana-mana orang kampung yang dapat gembira, mana-mana yang tidak dapat bersedih hati malah ada yang merajuk mahu menyokong pembangkang dalam PRU.
Lebih menyakitkan hati bila yang dapat itu orang yang berkemampuan, pegawai kerajaan, suami isteri dan semua anak beranak yang rapat samada dengan Tok Empat, Penghulu, orang-orang kuat YB malah keluarga YB sendiri. Kadang-kadang orang luar kawasan dapat.
Peneroka Felda hari ini menikmati pendapatan yang tinggi sekitar RM7000 hingga RM10,000 jauh lebih baik dari elaun RM69 yang dapat semasa mula-mula jadi peneroka. Rumah dan ladang 10 ekar diberi kepada beratus ribu peneroka.
Bertuah mereka peneroka Felda yang datang ke Pahang kerana dapat mengubah kehidupan mereka yang lebih baik taraf ekonomi. Anak-anak yang belajar dan berjaya membantu pula para peneroka.
Bagi orang kampung tradisional mereka pun mahu skema yang sedemikian membantu mereka. Sekarang hendak minta jadi peneroka sudah tidak boleh kerana tempat sudah terhad. Mereka ini tinggal bekerja kampung. Mana yang berkelayakan dan berpengalaman cuba bekerja di bandar.
Justru itu YAB DSD Adnan Yaakob MB Pahang telah memikirkan bagaimana mahu menbantu orang kampung tradisional Pahang jika pun tidak setaraf dengan kejayaan peneroka Felda.
Maka Ladang Rakyat Pahang diwujudkan. Ladang Rakyat Pahang adalah usahasama antara Kerajaan Negeri Pahang dengan Risda Plantation. Kerajaan Pahang beri tanah, manakala Risda Plantation beri modal dan menguruskan ladang.
Risda adalah agensi kerajaan yang membantu pekebun kecil getah. Namun Risda Plantation sebagai subsidiari Risda dibenarkan menanam kelapa sawit.
Antara Ladang Rakyat yang telah diluluskan ialah:
- Ladang Rakyat di Temerloh 1000 ekar
- Ladang Rakyat di Rompin 2500 ekar
- Ladang Rakyat di Jerantut (DUN Tahan) 2000 ekar
Ladang Rakyat di Bentong (DUN Pelangai) 1500 ekar dalam cadangan.
WZWH lebih berminat dengan Ladang Rakyat di Jerantut dalam DUN Tahan.
Sebelum ini Felcra mahu buka ladang kelapa sawit di Ulu Tembeling seluas 10,000 ekar. Bagi fasa pertama 3000 ekar tanah telah ditebang dan dibersihkan. Keutamaan peserta Felcra diberi kepada penduduk Ulu Tembeling.
Maka bila Ladang Rakyat mahu diusahakan di Ulu Tembeling maka rakyat Ulu Tembeling yang susah akan mendapat nikmat pulangan dalam bentuk saham dari Ladang Rakyat dan Ladang Felcra.
WZWH membayang semua rakyat Ulu Tembeling yang susah akan dapat saham Ladang Rakyat dan Ladang Felcra ini.
Cuma WZWH berharap pengurusan Ladang Rakyat dan Ladang Felcra boleh mengurus ladang kelapa sawit dengan cekap dan berkesan semoga keuntungan yang dapat dapat disalurkan kepada orang kampung tradisional yang masih setia tinggal di kampung tepi Sungai Tembeling ini.
6 comments:
Ha ha ha,
Che Wan..jangan deme pelik pulok, tetibe nama peserta yang tah datang dari mana tersembol dalam senarai Ladang rakyat ...ha ha ha..ituler hakikatnya..kalo ade gula mesti ade semut..kalo semut tempatan tak pe..ni main semut import ..ha ha ha
Kenapa semuanya perlu tanam kelapa sawit. Tidak kita tahu yang pokok Aqualaria/ Karas / Depu boleh menghasilkan Gaharu/Agarwood yang lebih mahal hasilnya dan dengan ini boleh memperkayakan peserta dan mungkin ada yang boleh jadi jutawan jika Jerantut boleh jadi ladang gaharu utaman negara. Sekadar informasi.
Saudagar Gaharu.
saudagar gaharu,
berapa lama nak tuai pokok gaharu?berapa lama nak tuai sawit? adakah pokok gaharu selasak sawit?
tahniah utk ladang rakyat,
tanaman yg sesuai utk orang melayu adalah getah dan kelapa sawit.
hanya rakyat pahang sahaja yg patut
dapat merasakan nikamat ladang rakyat ini.
kalau malas nak usahakan ladang rakyat ni, bolih upah bangla, indon, nepal dn sbgainya.
esk smua ldg rkyt di KUALA TEMBELING akn menKayakan dompok jela..dia telah mggunakan platform yb utk mncari kekayaan....oleh sbb itu, wjudnye undi xpcye dklngn ktua cwngn bbrpa buln yg lalu, ini brpunca dr skp pmimpin yg TAMAK dan rkus dan mmbolot kkyaan sperti DOMPOK yg COMEL...pmimpin sperti ni tidak dperlukan dalm UMNO...mntk dsiasat pkara ni..org cm ni xlyk diaggp winnable candidATE..jgn lupa UMNO penah klh dlm dun TAHAn.. sjrh xmustahil akn brulang..pkir2kn lah
Apalah kau ni,kerajaan buat untuk rakyat.yang engkau fitnah yb tu buat apa.kalau kau tak puas hati kau sendiri siasat dan laporkan kepada sprm.buat apa suruh orang lain siasat.Tak suka yb dun tahan hak kau.
pangkah lah pas.hak kau.tapi jangan buat fitnah,tanpa bukti.Jadilah gentleman sikit.
Post a Comment