Tepat jam 10 pagi selama 26 minit semalam YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia berucap mewakili UMNO Pahang menyokong usul politik ucapan dasar Presiden.
Wan Amizan menyentuh isu fitnah kepada presiden UMNO, parti, Felda dan generasi kedua, Ulu Tembeling, dan kontroversi pemimpin atasan.
Syabas Wan Amizan.
Antara intipati ucapan Wan Amizan:
Wakil Pahang Dato' Wan Amizan Wan Abdul Razak pula menyeru anggota UMNO agar bangkit menangkis segala fitnah pembangkang itu.
“Pembangkang melontarkan fitnah bertalu-talu terhadap Presiden sampaikan ketika beliau mengerjakan haji pun mereka sebar pelbagai fitnah,” katanya.
Wan Amizan juga membidas segelintir anggota UMNO yang turut memburukkan keadaan dengan menokok tambah cerita sehingga mengelirukan pembangkang.
“…jadi bermula hari ini, kita semua berjanji untuk padamkan apa saja fitnah dan keburukan terhadap pemimpin dan parti,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Amizan memohon agar pemimpin UMNO agar tidak menimbulkan kontroversi sehingga mewujudkan keraguan rakyat terhadap kepimpinan parti itu.
Ini kerana katanya, anggota UMNO pada peringkat akar umbi menghadapi kesukaran untuk menjawab dan menjelaskan kepada rakyat mengenai permasalahan yang timbul.
UMNO Pahang menyeru para pimpinan parti tidak menimbulkan sebarang kontroversi atau masalah kerana ia akan menyukarkan pemimpin bawahan untuk menjawab dan mempertahankan UMNO.
"Lepas satu, satu kontroversi dan yang terbaru National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Saya minta tolong jangan hangatkan keadaan...," kata Timbalan UMNO Bahagian Jerantut, Wan Amizan Wan Abdul Razak yang membahaskan usul ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung di sini, Jumaat.
Beliau berkata, kontroversi dan masalah hanya akan membuka peluang kepada pembangkang untuk memfitnah dan menghentam DS Najib Tun Razak.
Dan ini katanya telah pun mereka lakukan semasa perdana menteri sedang mengerjakan ibadat haji.
Generasi baru peneroka Felda khususnya generasi kedua diingatkan supaya tidak bersikap seperti ‘kacang lupakan kulit’ dengan tidak menghargai jasa UMNO yang mewujudkan tanah rancangan itu bagi membela nasib orang Melayu khususnya golongan miskin dan tiada tanah.
Nasihat itu diberikan Wakil Pahang, Dato' Wan Amizan Wan Abdul Razak yang juga anak peneroka Felda generasi kedua. “Sekitar 1970-an, ramai orang Pahang berpindah ke tanah rancangan. Ketika itu, semua orang susah, makan kangkung merah, sadin Botai, ikan masin dengan elaun RM69.90.
“Hari ini tuan-tuan tengok. Dapat RM10,000... RM7,000 sebulan. Anak menjadi pegawai kerajaan, pengarah syarikat, semuanya mempunyai kelulusan termasuk ketua setiausaha kementerian, siapa yang buat semua ini..?,” soalnya yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerantut ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
36 comments:
pemimpin juga jangan buat masalah... pemimpin jangan beri rasuah dan jangan ambil rasuah .... besar dosa rasuah tu .... jangan songlap harta negeri besar dosanya tu
dompok tak menipu ke dalam ucapan dia tu. kot kot ada berjumpa gaddafi ke, obama ker. kahkahkah. klu di jantet letih dah kena tipu dek dia jer
wzwh,
tolong siar rakaman video syarahan, aku nak dengar.
Baik sungguh isi ucapan nya jangan fitnah, apakah dia sudah bertaubat. alhamdhulillah, syukur , dompok dah game changer. lepas ini tiada adu domba di jantet tu. DATUK najib kata salah satu syarat jadi calon...ialah berpendidikan...bagaimana ?.
wan amizan mana ada pendidikan, sekolah sampai darjah 6 je. sijil luar negara beli kat mana entah. ni yb pungkor,goner nak memerintah. macam abu jahal. wan amizan kena sepenggal saja. jgn bagi lagi. sb klu bagi lagi rosak umno jantett. pengundi jantet tak tau ke yb ni kuat berbohong. langit pun boleh gugur klau dia berbohong.
heheee...cian dompot....marah sgt gayanya....
ke dia dengki..umno pusat boleh sapu 250 juta atas nama 'projek lembu' awok setakat bahagian...dapat sejuta dua....cukupla.tu dah kira baikla...
nak byk lagi kene jadi ketua pemuda ke atau naib presiden ke...baru la dapat 'makan besar'
jilat la selicin mungkin..fasih guna kata tapi fasik dalam berbicara.muke dahla gaye doremon.
Tahniah...lepas ni boleh jadi calon untuk Parlimen Jerantut.
Tahniah!..
Dato' Hamizan menjadi wakil UMNO Pahang untuk membahaskan ucapan dasar Presiden. Bukan Semua orang dapat peluang sedemikian walaupon sudah berapa lama berbakti dan berkhidmat dalam UMNO Pahang...
Kawan cuma dengar ucapannya tentang jangan mencetus kontroversi sahaja..Yang lain, tidak dihighlight oleh TV.. Nak tengok live pon xde...
Bak kata Ayah kawan yang juga bekas pemimpin akar umbi cawangan, nampaknya UMNO ni ketinggalan dari segi media baru... Apa yang hendak disorakkan.. PAS, PKR dan DAP, MCA dan lain-lain selamba jer malah beria-ria promosi tentang liveTV ketika AGM masing-masing..Bila UMNO, ramai para blogger pro UMNO sudah bermasam muka akibat pantang larang ini...
Sedang Presiden parti sibuk cuba menjuarai media online termasuk mengadakan konvensyen Media baru baru-baru ini, para urusetianya sibuk menghalang berita keluar..Alasan suruh tengok jer TV di luar amatlah dangkal sekali...
Wartawan Arus Perdana dilayan bak minyak yang penuh..
Wahai para Pemimpin UMNO, kalau ada terbaca komentar kawan ini, berubahlah mengikut saranan yang baik oleh Presiden UMNO sendiri.. Beritahulah kepada orang2 atas sendiri...
Tahniah Dato' Wan.Ini bukti terbaik menunjukkan walaupun background education anda tidak tggi, tapi anda dapat memajukkan diri anda dari segi kefahaman kehidupan serta rohani dengan sebaiknya.
Gunakan anugerah Allah itu dengan sebaiknya.
Anda lagi hebat drpd golongan mereka yang cerdik pandai atas kertas.
-Mikawa Bunshi
kalo ucapan DOMPOK itu BAGUS..dah tentu ucapan beliau diulas dlm UTUSAN. arini sprti pmbah2 yg lain..tp sbliknye, ucpannye LANGSUNG tidak dsentuh oleh wartawan...kesian DOMPOK...org2 PAHANG malu dgn isi yg dsmpaikan..mntk jgn brucap da utk akn datg..
Aku rasa semua perwakilan senyap semasa dia bercakap,senyap bukan kerana isu yang dibawa,tapi mencari
dan mahu mendengar cakap bobok dia.
UMNO Pahang suruh dia berucap,sebab
hendak memaklumkan kapada semua perwakilan , UMNO Pahang dah puas
dengar cakap bohong dia.Kita orang
Jerantut dah muak dah dengan cerita
bohong dia,Khairi tentu seronok sebab
satu geng,,,MALU Jerantut,,,Malu
Pahang
Adeker patut, ijat baru nak silak kain tapi dupok terus silak bulu. Memalukan kas urag amno jerentut ajer. Ingatker nok bawak citer hok noker calun sekali lagi, tapi taknyer gituh. Iniler dinamerkan buka lobang urag tutup lobang sendiri.
rmai pwakilan boooooo...........smase pnympaian DOMPOK...jgn smpai adun trgdai suda la PRU-13..
mntk prhubungn negeri PAHANG anta org brpelajaran la brbahs pd taun hdpn.
mntak dato adnan cari org yg berfakta dan berilmu utk brckp di perhimpunan..rata2 pwakilan phg merungut dgn ucpan beliau....ucpannye btl2 mncermin dirinya yg sbenar yg ske ckp BOBOK di kdai kopi.smpaikan ada ktua bhagian yg kluar dewan gara2 BOBOK2 yg dsmpaikan wan mizan ni.. lbih rmai org2 jrntut yg bleh berbahs dan berilmu sprti ust md jaafar,kmarazaman baria, sarif smsuddin..mgapa plih juga org sperti ini..sugguh memalukan kami..
kalau betul wan zurik ini bersikap trbuka dan pensihat kepada dato wan mntak tnye pndpt pwkilan2 phg yg mndgr ucapan wan mizan.jgn brsikp syok sndiri. sesnguhnye kritikan itu bleh mmbina
orang atas buat kontroversi orang bawah kena jawap. Kalau dompok buat kontroversi siapa nak tolong jawab?. WZWH ke ena jawab atau pengundi menjawak tidak pangkah (X) ke dia. Sebelum menimbulkan kata lihat atau cermin diri dulu, di mana kah aku?.
rmai2 pmimpin2 dan ktua2 bhgian yg bijak pndai utk brhujah di perhimpunan sprti dato shakar yg prnh memegang jwtn presiden kelab umno di america, dato sharuddin muin, bks pgwai bank ngara, dato ismail mutalib dan rmai lagi tkoh2 phg selain wan mizan..mntak utk akn dtg, phubungn negri bjak dlm mmilih wkil pmbahas.dato adnan perlu serius dlm memilih wakil pmbahas,biar org sama asalkn bijak dlm brhujah, sprti pwkilan kedah UST KAMA SAIDIN @ MUSA SYEIKH FADIL.jgn memalukan NAJIB, seolah2 di PAHANG tiada tokoh utk brhujah...mintak sgt calon wkil pmbahas ni di ambil serius di peringkat phubungn ngeri jgn maen sembrono je..ini PERHIMPUNAN NASIONAL bkn prgkat cwngn..
Yang banyak mengomen negatif tu sedang mana sangat tahap pemikirannya.entah-entah spm pun tak lulus.Pandai sangat menilai orang lain.diri sendiri pun tak terurus.
Agaknya kalau berucap depan mesyuarat pibg pun terketar2.
Berucap dengan pembesar negara di saksikan 5447 orang perwakilan,di tonton seramai 10000 orang di skrin tv luar dewan bukan kerja yang mudah.
Tapi dato wan mampu menjalankan tugasnya.Hak tunjuk pandai di atas berucap kat mesyuarat cawangan pun takut.
Tahniah dato wan kerana boleh meminta PM dan semua perwakilan dalam dewan membaca alfatihah sedekah kepada tun razak.Boleh meminta semua perwakilan fahang berdiri serentak menyokong kepemimpinan DS Najib.Wakme berani.Jangan cakap aje berdegar-degar.Kalau berani berucaplah berkempen untuk pembangkang dalam pru 13.Aku nak tengok sehandal mana awak semua.Padan berlawan debat dengan aku aje awak semua akan kalah sebab aku lebih bijak berhujah berbanding kamu semua pencacai pembangkang Kafir.Usah menyamarlah sebagai ahli umno,aku tahu kamu semua ahli pas kafir harbi.
Aku ini atas pager....bl aku tingok kumen militan meLayu..aku pon nok pangkoh pembangkang.....plg tidok kawah nak tgk Dato Wan kite debat ngan calon pembangkang dlm PRU akn dtg.....mcm Presidental Debate kak Amerika 2...kalo Dato Wan hebat...baru jd Winnable Candidate...tak gitu???
sruh org bdiri dan mmbca alftihah bkn satu kbggaan dlm mmberi ucapan...tp pgisiaan itu lbih diutamakan..ini pringkat nasional bkn pringkat kg ulu..jgn memandang mudah,,jgn niat skdr utk mncari populariti.
UMNO JERANTUT memerlukan calon muka baru utk meng..ikut laporan SB jrntut antara kwsn yg akn kalah..transfomasi kali ini tidak lg mimilih calon yg KAKI BODEK!!..AMPU!!tp mstilah brsikap amanah dan brtgungjwb..
Kalau setakat laporan SB yang diupah oleh orang yang nak sangat tempat dompok tu aku tak heran.Aku kenal sangat SB kaki pau yang berhormat di jerantut ni.Tak bagi duit mulalah buat laporan dendam.
Dulu pun semua laporan SB kata semua hitam.tapi kerja kuat orang umno yang sayangkan bangsa sendiri umno menang juga.
ingatlah tuhan tak akan perkenankan doa orang yang mengkhianati bangsa sendiri.Seperti anon2 pencacai di atas tu yang memang buta hati jadi hamba DAP.Mca walaupun cina dia tak menggugat kedudukan melayu sebab dia berlindung dibawah payung umno.
nak tukar YB bukan hanya dengar cakap awak semua kerana Najib berpegang kepada KPI.Awak semua tahu ke KPI tu apa?
Awak nak sokong pakatan haram jadah awak punya pasal.Aku tetap anak melayu yang tahu mengenang budi.Aku tak terpengaruh dengar hasutan peliwat yang banyak menjatuhkan institusi kerajaan seperti PDRM,mahkamah,pegawai kerajaan dengan pelbagai tuduhan liar di luar negara.Seburuk-buruk Najib dia tidak memburuk-burukkan negara sendiri.Jadi siapa musuh negara yang sebenarnya?
Jawab secara jujur,wajah siapa yang lebih berrseri,Anwar atau Najib?Pandangan mata siapa yang lebih disenangi,Anwar atau Najib?
Senyuman siapa yang menyakitkan hati?Anwar atau Najib?
Tengok luaran saja orang yang waras fikiran tahu siapa yang akan diredhai oleh Allah.
Akhir kata tadahlah punggung kamu semua kalah nak merasai nikmat dunia!
Apapun saya berbangga wakil anak Jerantut Berucap di PAUMNO. Soal kemampuan dan idea soal kedua yang penting pemimpin kehadapan mengutarakan pandangan suatu perkara yang baik.
Kepuasanya terpulang kepada anda untuk menilai.Beliau masih muda dan masih mempunyai banyak ruang untuk memperbaiki kelemahan.
Ada orang tu baru bersunat jer, belum pulih sepenuhnya. Jika caw tak kerja kuat atas paksi laporan SB, kepala kotel caw pun kena jual oleh YB caw tuh. KPI yg caw maksudkan YAB DSN langsung tak baca kerana tiada nilai..., pembohong. Laporan dari perisikan negara tentang keselamatan itu yg diambil kira, jika setakat KPI yg caw maksudkan itu “abis reta” orang jetut, Pahang dan M’sia YB caw dan caw2 gomol. Jangan kuat petahankan orang yang ditolak. Projek rm482 juta, boleh dapat untung atas angin rm62 juta, tau tak... Dapat makan ditangan kut... kira2lah reta orang lain gatek... Carilah calon baru bagi PRU ke 13...
Salam anon semua,
Saya baca semua komem,ada yang suka dan sebaliknya . Yang utama perlu dibincang ialah isi ucapan dan sarananan diperhimpunan tersebut,adakah menepati kehandak semasa atau sesuai dengan keadaan UMNO/BN masamasa kini ?, kita kena teliti dengan cermat, baru boleh buat penilaian dengan baik untuk kebaikan bersama.
Kita diJerantut sangat tahu dengan perangai dan gaya dia berpolitik.Secara peribadi saya tidak setuju dia dikekalkan sebagai YB.Cukuplah saya dan kelurga memberi sokongan diPRU 12 dulu.Kita mahu YB yang baik ,bukan setakat banyak wang sahaja.Saya pastikan saya dan kelurga serta kawan2 tidak akan memberi
sokongan malah tidak akan mengundi parti BN jika calaun ini msih di kekalkan di kawasaan kami.Ingat BN pernah kalah di kawasaan kami ya,,,, jangan mainkan kami ya,,,.
sruh PM dan pwkilan bgun pn satu kbgaan..kononye bleh jd pmrintah..ape punye PEMIKIRAN DA....hahahaha
Syabas..semoga Jerantut terus maju. Lepas ni ada highway dari Karak Ke Jerantut ke Kuala Terengganu..baru laa Jerantut boleh maju.
ooi kawan2 dan urang jantek,
Melayu Militan tu dari gaya komen nya adalah dompok ata wzwh ata urang suruhan nya. Komen yang di beri tu teliti secara fikiran terbuka. Kalau berucap orang booo...booo tanda nya ape?. Kalau bertepuk tangan makna nya setuju dan menyokong. Boo...booo itu tak boleh di terima. Terima lah hakikat.
Awak ada ke kat pwtc!aku hadir sebagai pemerhati dalam dewan.Siaran langsung tak ada.Macam mana awakkata orang boo ucapan dia.Nak menipu biar pandai jangan bodoh sangat!
Orang luar boleh bertepuk tangan dengan ucapan dia,tak aku dengar orang boo.Perwakilan umno malaysia bukan bodoh macam kau orang.Dia orang berhemah dan tahu hormat orang.
Berdosa besar awak buat pitnah sedangkan awak tiada dalam dewan.Aku selama 3 hari tak pernah miss mendengar ucapan pembahas yang hebat2 belaka.Tiada seorang pun yang kena boo.Kalau benci sangat pun kat dompok tak perlulah buat cerita pedooh!
Kalau dasar pas tu pas lah juga.suka reka cerita seperti pemimpinnya juaga.Aku berani cakaplah pas lah yang masuk neraka dulu.
Pemerhati umno bhgn pekan,
Mereka yg komen2 tu adalah pemuka2 talam d jerantet kome ni iaitu org yg x berape umno sgt n akal condong pd pas sbb mmg jenis x berapa pakai dek orang pn dlm umno jtet..tp sbb nk rase diri pn org kuat,maka berpolitik la mereka dlm umno ni ikut akal sejengkal,tu yg lebih busuk hati dari waras...
Bio je la,dr dulu dlm pemuda pn begitu,ni da kalah lagi la..g 7 pun tak pakai dek org tua-tua,dia ni mati beragan begitu je pun nnt...mmg jenis lngsung takde roh pemimpin...
org DOMPOK myamar jdi Pmerhati UMNO PEKAN plak..kononnye org kuat NAJIB sokong dia la..haha..kelakor sgt aok ni....org yg dompok bg mkn je skong ke dia 2..haha
Awak di atas makan tahi lim guan eng hihihihihihi!!!!!!
fitnah selalunya bermula dengan fitnah jugak, kalau orang fitnah pemimpin kerajaan, sbb ada ahli umno fitnah pemimpin pembangkang.
masalah fitnah menfitnah ni tak akan selesai, sbb ada yg menjual dan membelinya.
tahniah umno, dengar kata kat jerantut, terutama dikuala tembeling akan dibina tempat pelancaran apollo 14, betul ke?
Bodoh betul yang di atas ni.Apollo dah jadi sejarah.mana ada apollo lagi.Sah dia ni lahir tahun 1946.
Post a Comment