Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, December 6, 2011

Bila Duta Besar Amerika Syarikat Berbaju Melayu Lengkap



















Duta Besar AS, Paul W. Jones dan isteri, Catherine Jones bergambar kenangan bersama ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak dan isteri, Datin Liyana bt Harun.

WZWH teruja tengok duta besar AS memakai pakaian berbaju Melayu lengkap, bersampin dan tengkolok serta berkeris sewaktu upacara Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang di Istana Pekan. Jarang orang asing mahu mencuba pakaian kita untuk majlis istiadat seperti gambar atas.

Biarpun sesetengah rakyat negara ini selesa memilih pakaian istiadat untuk ke majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran raja-raja Melayu, namun bagi Duta Besar AS ke Malaysia, Dato' Paul W. Jones, beliau memilih sebaliknya.

Dengan lengkap berbaju Melayu dan tengkolok ketika hadir pada Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-81 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, pilihan Jones itu ternyata membuatkan beliau menjadi tumpuan ramai.

Jones yang dikurniakan pingat Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato' berkata, beliau sebenarnya boleh memilih untuk memakai pakaian istiadat ke majlis tersebut.

Namun katanya, dengan memakai baju Melayu yang lengkap bersamping dan tengkolok membuatkan beliau dapat merasai pengalaman sebenar hadir ke majlis penganugerahan darjah kebesaran di negara ini.

Jones yang jelas tidak kekok dengan baju Melayu menyelitkan keris di pinggang dan ternyata ia menarik perhatian para penerima pingat dan tetamu yang lain.

Paul W. Jones mengangkat sumpah sebagai Duta Besar A.S. ke Malaysia oleh Setiausaha Negara Hillary Rodham Clinton pada 8 September 2010 selepas dinamakan oleh Presiden Obama pada 12 Julai 2010 dan disahkan oleh Senat A.S. pada 5 Ogos 2010. Beliau adalah ahli diplomat kanan bekerjaya di Jabatan Negara.

Duta Besar Jones telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan yang mencabar di Asia, Eropah dan Amerika Latin. Baru-baru ini, beliau adalah Timbalan Perwakilan Khas untuk Afghanistan dan Pakistan dan sekaligus merangkap Timbalan Pembantu Setiausaha Negara. Dari bulan September 2005 hingga Februari 2009, Duta Besar Jones berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Perwakilan dan Kuasa Usaha di Filipina dan menyelaras 30 agensi Kerajaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan program-program pencegahan keganasan, pembasmian kemiskinan dan pembangunan perniagaan. 

Jawatan-jawatan lain beliau sebelum ini termasuk sebagai Timbalan Ketua Perwakilan Amerika bagi Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah dan Timbalan Ketua Perwakilan di Macedonia semasa krisis pelarian yang tercetus akibat konflik di Kosovo. Duta Besar Jones juga pernah berkhidmat di Colombia, Rusia dan Bosnia dan Herzegovina. Di Washington, beliau telah dua kali berkhidmat sebagai kakitangan Setiausaha Negara iaitu sebagai Pengarah kepada Staf Sekretariat Eksekutif dan di Pusat Operasi 24 jam. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pengarah Biro Eropah di pejabat Balkan.

Anugerah-anugerah yang diberikan kepada Duta Besar Jones termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Presiden, Anugerah Peringatan Robert C. Frasure kerana bekerja untuk keamanan, dan Anugerah Penghargaan Cemerlang. Beliau boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol dan Rusia.

Duta Besar Jones menamatkan pengajian tinggi beliau dari Universiti Cornell dan menerima ijazah Sarjana dari Universiti Virginia dan Kolej Naval War. Beliau juga adalah graduan program Senior Seminar Jabatan Negara. Beliau berkahwin dengan Catherine Jones, penulis buku tentang makanan dan kesihatan. Pasangan ini mempunyai dua orang anak, Aleksandra dan Hale.

7 comments:

Anonymous said...

Mengikut rentak budaya Timur khasnya Malaysia sangat dialu-alukan apatah lagi dimajlis peanugerahan sebagai lambang keaslian budaya yang tidak luput.

Awas ini bukan sebarangan "duta" yang mendapat pengiktirafan negara dari "rumah puteh", setiap langkah berdampingan dihitung setiap patah perkataan dirakam. Ingat kilang "lynas" dekat jer di Kuantan. Jangka masa panjang Laut Cina Selatan kian panas, radisi kian tinggi, suhu manusia juga semakin hari bertsmabh panas, kawasan Gebeng juga mungkin bertambah sesak dengan "peluang dan kesempatan" & beringat-ingat dengan "time". Jangan mudah percaya kepada perwakilan asing...

adrianiamri said...

Nampaknya Amerika cuba beralih arah kepada negara2 yang difikrkan perlu untuk kepentingan mereka..
Ketika Singapura dan Filiphina dijaga dan terus dibelai, Malaysia dan Indonesia diperkukuhkan. Manakala Myanmar sebagai pengerusi ASEAN yang baru terus diberi penekanan utama.
Kenapa semua ini berlaku? Apa kepentingan ASEAN kepada Amerika?..Pelbagai telahan boleh dibuat tetapi harapnya telahan tepat oleh pihak berwajib lebih bermakna..
Walaupon kita memerlukan mereka lebih daripada mereka memerlukan kita, tetapi ingatlah tanahair kita hanya satu sahaja.. JAGA DAN TERUS JAGA..

zulkifli said...

apa nak dibanggakan dengan busana tempatan Duta Amerika? kerana kepentingan diplomasi dia kan sanggup pakai apa saja, walaupun terpaksa bercawat ala Sumo kalau dia di jepun. itulah orang melayu macam WZWH terlampau mudah memuji orang putih hanya kerana dia berbusana Melayu... sedih, sedih...

Kutukan Dewata said...

Zulkifli,
positif thinkinglah bro...orang minat busana kita biarlah.Mahathir pakai busana fiji,jepun sebab hormatkan tuan rumah.tidak salahkan?

Anonymous said...

tuan penasihat pikir benda lain lahhh d dun tahan nie. harga sawit yg bebeza antre peneroka pdg biol & retang tuuuu

Anonymous said...

suke tngok wanita melayu pakai bikini

Kutukan Dewata said...

Anon di atas!

kih!kih!kih!kih!Aku suka jugok.kih!kih!kih!kih!