Friday, December 23, 2011

Ketua Polis Pahang Proaktif Memerangi Jenayah Siber


Ihsan PDRM Pahang.

Kuantan 21 Disember 2011.

PDRM Pahang dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terkenal, Celcom telah melancarkan satu kempen kesedaran jenayah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang telah dirasmikan oleh YDH Ketua Polis Pahang DCP Dato' Sharifuddin bin Ab Ghani bertempat di Melor Concourse, Berjaya Mega Mall Kuantan.

Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang jenayah siber yang sedang berleluasa sekarang ini.

Buat permulaan, pihak syarikat Celcom akan menghantar 5 jenis SMS kepada para pengguna seperti:

  • Amaran jangan mudah terpedaya dengan rakan siber.
  • Amaran tentang penyamaran pemindahan wang bank.
  • Amaran tentang penjualan barang-barang dan objek seperti batu ajaib.
  • Amaran tentang penawaran loteri dan wang hadiah.
  • Amaran tentang pendedahan butir-butir akaun bank.



















Ketua Polis Pahang, YDH DCP Dato' Sharifuddin bin Ab Ghani sedang memberi press conference taklimat statistik jenayah Pahang kepada media di Starbuck Cafe East Coast Mall Kuantan.

WZWH yakin dengan kepimpinan berkarisma penuh menjunjung tanggungjawab Ketua Polis Pahang YDH DCP Dato' Sharifuddin bin Ab Ghani dapat meningkatkan KPI prestasi Polis Pahang.

WZWH percaya kepimpinan pengurusan dan pentadbiran beliau yang cekap dan berkesan dapat mengurangkan kadar statistik jenayah di Pahang terutama kes-kes jenayah melibatkan samun, rompakan, ragut, pembunuhan, penculikan, gengster dan kongsi gelap, rogol, pecah rumah, curi kereta, pengedaran dadah, memantau ancaman gelagat penagih dadah tegar, pendatang asing tanpa izin, pelacuran, dll terutama di bandar Kuantan.

Ihsan PDRM Pahang.

Ketua Polis Pahang melawat mangsa samun di Felda Jengka 10, Maran, Pahang. Kelihatan dibelakang ialah Tok Empat Jengka 10, Abang Jantan merangkap Ketua UMNO Cawangan Jengka 10 dalam Bahagian UMNO Jerantut.

2 comments:

BUDOK TEMIN said...

ASALKAN BUKAN UMNO(ABU)

syshed said...

important link see this site his response Extra resources YOURURL.com visit here

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024