Rakyat Malaysia sebenarnya tidak berpuas hati dengan prestasi mengecewakan MP-MP Malaysia pada tahun 2011.
Banyak isu-isu yang sepatutnya dibincang secara kritikal oleh MP-MP baik kerajaan dan pembangkang hanya mampu dibincangkan secara superficial.
Apa yang rakyat mahu tahu ialah:
- Keadaan ekonomi negara.
- Potensi kemelesetan ekonomi.
- Pengaliran keluar wang negara.
- Daya saing global
MP-MP tidak serious bercakap, menyoal dan mencari jawapan persoalan di atas. Malah MP-MP memberi jaminan bahawa semuanya OK!
MP-MP ini tidak tahu bahawa rakyat lebih prihatin kepada kedudukan negara lebih dari parti-parti politik.
MP-MP terlalu obses dengan pemikiran siapa yang akan menang pada PRU 13 nanti. MP-MP tidak berfikir bagaimana mahu membawa negara menuju ke depan.
Malaysia kini sedang bergerak menuju negara sosialis kerana ahli politik-ahli politik lebih memilih untuk menyelesaikan masalah dilema negara dengan memberi tunai kepada rakyat.
Ada generasi baru miskin bandar muncul tetapi tidak disedari oleh MP-MP.
MP-MP tidak berupaya menyelesaikan isu-isu sebenar negara.
UMNO masih memainkan kad rasis manakala Pakatan Rakyat terbelenggu dengan isu sodomi dan negara Islam-negara kebajikan berulang-ulang.
Bersih 2.0 nampak berkesan tetapi tidak memberi impak besar membawa perubahan.
Akhirnya tidak kisah siapa yang rakyat mahu lihat menang PRU 13.
Pemenangnya samada Najib atau Anwar!
Parti pemerintah BN yang berkeras dengan idea-idea yang kontroversi.
Pembangkang yang tidak mencapai tahap piawai kerana terlalu fokus kepada destinasi dari perjalanan.
Maka kualiti MP-MP Malaysia berada ditahap rendah tidak memberi prestasi yang sebaiknya kepada rakyat Malaysia.
7 comments:
salam WZWH,
Tahniah, ini post yang paling ikhlas dan tepat. Saya golongan middle class berkongsi pemikiran yang sama. Tuntutan untuk hari ini dan masa depan anak-anak menjadikan saya lebih kritikal, bukan pak turut atas idea2 traditional. Maaflah..masa untuk menggubah telah sampai..terimakasih UMNO kerana mendidik saya mengenal buruk dan baik supaya saya dapat buat pilihan yang yang terbaik.-ABU
menarik, MP perlukan pembaharuan.
Suara semua MP tak kira dari pembangkang atau kerajaan perlulah dapat didengari oleh seluruh rakyat. Jika terdapat pilih kasih dalam penyiaran maka maklamat tuan wz takkan tercapai.
aku dh tak larat dh nie, semua barang naik dan terus naik, terutama musim2 hujan nie.
4 masalah di atas 2,aku yakin jk PR dpt perintah Msia masa ah berkenaan berjaya di tangani....pemimpin PR jujur dn ikhlas menyelesaikn ape yg membelenggu Masyarakat Malaysia jgk ini.....Buku Jingga bah dijdikn tool memulihkn sistem politik, economy dn social....Dek rosak krn pemimpin negara ktk ini....semue krjn mghadapi mslh tetapi tak lah smpai bnyk brg naik...
Di negara liar, setiap MP diberi seorg researcher utk mengkaji ape shj yg melibatkn dasar krjn serta kprluan Masyarakat di parliament yg diwakilinyer...Sistem di Msia x begitu...bnyk MP khususnyer UMNO jd MP sbb hbgn baik dgn PM....begitu jg Adun UMNO, jd sbb bnyk duit...tiade budaye intellectual....Sekiranyer isu yg dihadapi Masyarakat gagal ditangani olh jbtn atau agensi brkaitn disbbkn hlgn atau Keterbatasan kuasa yg ade olh pgwi krjn maka ia sepatutnye menjadi panduan kpd MP atau ADUN di dlm membahaskn sesuatu isu atau mengubal akta, membahaskn dasar di parliament atau dewan undangan Negeri...Bnyk masalh ktk ini umpamanyer gejala ketirisan yg mmbawa pemotongan subsidi atau pemotongan peruntukan jbtn krjn....seterusnyer ade ADUN UMNO tidak mempunyai pendidikan yg tinggi, ade duit krn melobi sane-sini nak jd YB...itulah pndgn saye...
Maaf jika saya berbahasa kasar, tapi demi renungan bersama dan kebaikan Malaysia jua...
MP dan ADUN di Malaysia majoritinya hanya mencukupkan korum dan sebagai pemegang tiket dewan sahaja, terlalu banyak isu-isu yang tidak diambil tindakan sehingga mengundang perasaan kurang senang dan tidak puas hati dikalangan rakyat, majoriti MP dan ADUN 'dikaburkan' mata mereka oleh 'penyokong2 sekliling sehingga mereka tidak dapat melihat 'perasaan' sebenar pengundi setempat, natijahnya kemerosotan teruk sokongan pengundi pada hari pengundian... sesuatu perlu dilakukan untuk memperbaiki perkara ini demi kesejahteraan bersama... 'silent protestor' adalah jauh lebih berbahaya berbanding pendemo jalanan yang nyata dan jelas tuntutan serta peserta mereka berbanding 'silent protestor' yang mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat, esok karang aku pangkah jer'... wasalam
Post a Comment