Nuffnang Ads

Pages

Monday, December 19, 2011

Bila Najib Banyak Bercakap Hal Politik Pekan.....


DS Najib PM Malaysia. Maka selalu kita dengar beliau bercakap nasional, global, nasional, Asean, Asia, nasional, global.....

Itu tugas PM. Kalau setakat ahli parlimen Jerantut tak bercakap apa pun tak apa!

Tapi DS Najib itu ahli parlimen. Beliau menang PRU 12 sebab majoriti orang Pekan sokong. Majoriti orang Pekan juga cemas hampir sikit lagi tumbang DS Najib dengan majoriti 241 undi!

PRU 13, DS Najib mesti menang jadi ahli parlimen. Kalau kalah beliau tidak merasa lagi menjadi PM jika BN menang simple majoriti atau 2/3.

Orang Pekan adalah nadi dan nyawa politik DS Najib.

Ramai pembangkang cabar DS Najib bertanding ditempat yang bercampur. Dalam politik adalah kurang bijak jika ahli politik itu lari dari base. Buat apa DS Najib nak bertanding di parlimen Lembah Pantai?

Adakah Anwar Ibrahim mahu bertanding di parlimen Jerantut? Itu pun kalau Anwar boleh selepas 9 Januari 2012 boleh bertanding....!!!

DS Najib tetap akan bertanding di parlimen Pekan sampai bila-bila.

Ini kenyataan DS Najib yang WZWH paling suka bila bercakap hal politik Pekan:


"Saya harus sifatkan analogi atau ibarat saya macam pokok yang rendang dan bila pokok yang rendang ini mengeluarkan hasil dalam bentuk buah maka buah itu akan gugur ke bawah. "Tidak ada buah yang gugur ke atas atau gugur ke tempat lain... ia mesti gugur ke bawah. Bila ia gugur ke bawah maknanya orang Pekan dapat rahmat dan manfaat dari kepimpinan saya sebagai ahli Parlimen atau atas apa jua jawatan yang saya sandang", 

Harap DS Najib boleh sambung lagi....gugur juga ke tempat lain di Pahang!

Ya , 1.5 juta penduduk Pahang mahu lebih banyak buah gugur di bumi sendiri. DS Najib harus segera gugurkan buah ke kawasan pendalaman Pahang.

DS Najib kata beliau tetap akan mengabdikan diri untuk terus membina masyarakat Pekan.

Apa DS Najib buat untuk Pekan sebagai ahli parlimen?
  • Pembinaan Lebuhraya Pekan-Kuantan
  • Penaiktarafan Pekan Waterfront 
  • Penaiktarafan Muzium Pekan. 
  • Pekan sebagai salah satu hab pendidikan bertaraf universiti
  • Projek agropolitan
Adakah ini semua cukup dan memuaskan hati majoriti  penduduk Pekan?

Jika WZWH mahu banyak projek pembangunan banyak masuk ke Jerantut sudah tentu majoriti orang Pekan mahu banyak lagi...dan banyak lagi.

Kenapa bandar Pekan sendiri matu dan layu pada waktu malam? Tiada deretan hotel-hotel atau resort untuk orang luar bermalam seperti di bandar-bandar lain di Pahang. 

Bukan sahaja bandar Pekan mati pada waktu malam juga termasuk bandar Rompin, Kuantan separuh mati, Maran, Temerloh, Mentakab, Bandar Tun Razak, Kuala Lipis, Raub, Bentong.

Dimana semua anak-anak muda Pahang? Adakah berhijrah ke negeri-negeri lain mencari peluang pekerjaan dan rezeki lebih baik?

Pekan Bandar Diraja tetapi berapa kerat kerabat yang tinggal di Pekan?

Apa yang ahli-ahli politik Pahang yang hebat dan sangat cerdik ini semua buat? Tunjukkan keputusan angka ekonomi kepada rakyat Pahang.


Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010 menyatakan  Pahang didapati mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang semakin menurun dalam tempoh 1980–2010.

WZWH bimbang nanti Pahang makin kurang orang. Kemana semua orang Pahang pergi? Kenapa orang Pahang kurang beranak?

Walaubagaimanapun, memang bagus bila DS Najib banyak bercakap hal politik Pekan.

8 comments:

Anonymous said...

WZWH : cuba tengok2... sbb apa bandar2 lain hidup?? kalo nak buat mcm bando2 gitu.. matnye kena la bukak pusat hiburan.. pub.. karoake gamoknye... kalo stakat kedai mamak... jgn mimpila. . ataupun jadikan bandar student.. bukak universiti malaysia jerantut ke kat jerantut.. kompom maju jerantut...

Anonymous said...

biarlah pekan2 mati sebelah malam daripada pekan2 hidup tapi dipenuhi maksiat.... Banting Selangor ni pun pekan mati belah malam... Malam2 elok dok ngan family, bukan melilau keluar x tentu pasal... susah kalau yang kurang bijak mahu menunjuk bijak..... kat Eropah pun ada sesetengah negara yang bila weekend semua kedai2 tutup, dorang suruh penduduk abihkan masa dengan keluarga.... huhuhu...

Anonymous said...

Anon 11:48,
Bila bandar hidup malam maka aktiviti ekonomi berkembang, menjana pekerjaan, rakyat suka cari wang, rakyat gembira dan ceria. Rakyat tidak perlu dan kisah kepada demonstrasi dan buat kacau. Politik stabil dan aman.

Anonymous said...

Satu hari ada masa 24 jam, dalam perkiraan ikut apa jua teori lebih2 lagi Allah perintahkan kepada seluruh makhloknya bahagikan kepada tiga. Sepatutnya kita dah pandai membahagikan waktu tersebut. Jika pemimpin sanggup dan berjiwa rakyat untuk diterjemahkan tanpa kepentingan diri insyAllah semua hidup dalam aman damai dan berjaya. Sayang, tapi sayang, kepentingan itu telah dibolot dua bahagian oleh sesetengah pemimpin demi kepentingan sendiri.

Wan Shamsudin said...

Salam;

DS Najib hanya gugur layu dalam pangkuan ROSMAH....Betul ke? Semuanya di sedut olih si GEDEBAB tu...

Anonymous said...

Pahang kan dekat dengan KL.Baik kerja kat KL yang berlambak dari kerja kat Pahang.Tu pun kalau ada kerja la.Pahang walaupun negeri besar hasil bumi banyak,PM pun orang Pahang,tapi takde apae sangat nak dibanggakan.Dahla nak bangkrap.Aduhai takde sape2 lagi ke yang pandai nak mentadbir Pahang ni.PM dah 2 orang dah,tapi constant je dari dulu sampai la ke tua aku ni.Ape nak buat....

Anonymous said...

SEBAB APA ANAK PAHANG KEJE DI LUAR NEGERI PAHANG? SEBAB ORANG PAHANG MACAM ORANG BANGLA / INDON / VIETNAM / THAI CARI MAKAN DI LUAR YANG MENAWARKAN PEKERJAAN. SEBAB PAHANG TAK ADA PELUANG KERJA YANG BANYAK.

INGAT ANAK NEGERI KELANTAN BANYAK KEJA DI LUAR NEGERI ITU? SBB SANA TAK BANYAK PELUANG PEKERJAAN. JADI SECARA LOGIKNYA PAHANG DAN KELANTAN TAK ADA BEZANYA.

TAPI KELANTAN BAGUS, HUTANG LANGSAI, PAHANG HUTANG PANGSAI......

KALAU PR AMBIL ALIH TADBIR PAHANG, PENAT TOLONG SELESAI HUTANG AJA YANG DIPERCAYAI DEFISIT 11 TAHUN BERTURUT2

Anonymous said...

ekonomi2 jugak, jangan sampai perluaskan permis2 maksiat, cukup ler, nk berkaraoke, berkaraoke ler bersama keluarga.