Monday, December 26, 2011

Kedah Perlu Tuntut Pulau Pinang Dari Kerajaan Malaysia Sudah Sampai Masa Pulau Pinang Diserahkan Kepada Kedah!


Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada 1786 melalui Kapten Francis Light oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. 

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur Inggeris. Apabila Syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Kita menyaksikan dunia politik moden hari ini ketika detik penyerahan Hong Kong oleh British kepada China pada 30 Jun 1997. Begitu juga Macau adalah tanah jajahan terakhir kuasa Barat (Portugis) di Asia yang diserahkan kembali kepada China pada tahun 1999.

Kedah perlu lihat bagaimana China mendesak agar Taiwan diserahkan kembali kepada China. Sepatutnya Johor juga perlu menuntut Singapura tetapi Singapura adalah negara yang merdeka dan tentu berlaku konflik antarabangsa melibatkan ketenteraan yang agresif.

Kedah perlu menuntut pembayaran yang tinggi dari kerajaan pusat. Bayaran RM10,000 setahun itu terlalu kecil masih mengikut perjanjian lama Inggeris. Kedah sepatutnya memperjuangkan haknya dulu semasa pembentukan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri pertama dari Kedah berpeluang mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah. Tun Mahathir Perdana Menteri yang ke empat dari Kedah juga berpeluang menggunakan pengaruhnya untuk menjadikan 'Greater Kedah' tapi sayang ketika mereka berdua menjadi Perdana Menteri Malaysia dan DYMM Agong juga dari Kedah pada era tahun 1970-1975 tidak berfikir untuk mengambil kembali hak Kedah ke atas Pulau Pinang.

Kini DYMM Agong sudah sampai giliran yang ke dua kepada Sultan Kedah. Kenapa tiada seorang pun pemimpin Kedah terfikir untuk menuntut kembali Pulau Pinang kepada Kedah? 

Hari ini kita melihat undang-undang tubuh kerajaan negeri Pulau Pinang begitu longgar. Bagaimana seorang rakyat negeri Melaka boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?

Kalau kita lihat contohnya di Pahang rakyat negeri Pahang menjawat jawatan MB Pahang.

Perak juga rakyat negeri Perak sendiri menjadi MB Perak. Di Melaka pun KM adalah anak negeri Melaka.

Rakyat negeri Pulau Pinang dinafikan hak menjadi KM Pulau Pinang.

Kedah perlu tuntut Pulau Pinang dari Kerajaan Malaysia. Sudah sampai masa Pulau Pinang diserah kepada Kedah kerana tipu daya Francis Light dan Syarikat Hindia Timur Inggeris dalam perjanjian membolehkan Pulau Pinang terlepas dari Kedah!

3 comments:

Anonymous said...

Oleh itu, Melaka boleh tuntut YDP Melaka perlu juga org Melaka.

Oleh itu kerajaan PRakyat Kedah berusia hampir 5 tahun tak tuntut semula PP?. PR amat lemah kerana tidak menuntut kembali PP.

Kenapa kerajaan BN Kedah yang lama memerintah lebih 30 tahun dulu tak tuntut?

Sapa lemah? PR atau BN?

adrianiamri said...

Amat menarik persoalan yang dikemukakan..

Jadi pergerakan menuntut kembali dibuat, apa implikasi yang timbul... Adakah referemdum akan dibuat kepada rakyat negeri Pulau Pinang?..Atau biar sejarah berlalu dengan masanya....
Semua itu terpulang kepada kedua pihak iaitu Kedah dan Pulau Pinang...

Cuma kawan amat bersetuju iaitu tentang pembayaran tahunan 10,000 dolar...Setahun banyak tu jer dapat... Patut dinilaikan mengikut harga semasa..Bayangkan jika pampasan mengikut harga ufti emas... Berapa nilainya sekarang..Sekurangnya jumlahnya sama dengan pembayaran Kerajaan Persekutuan kepada Selangor diatas pengambilalihan Kuala Lumpur..

Nazrin said...

penting ke benda ni??
Boleh terima juga kalau Johor nak tuntut Singapura, tp Pulau Pinang masih dalam Malaysia. tak jadi masalah pun. Jangan bersikap kenegerian sangat. Malaysia dah merdeka pun.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024