Wednesday, January 4, 2012

Pemimpin UMNO Jerantut Ugut Mahu Saman WZWH!

Blogger Braveheart yang dikatakan sifu segala blogger politik Jerantut perlu memberi pemahaman dan ilmu media baru kepada pemimpin UMNO Jerantut dari Generasi Traditionist.

Semalam WZWH dapat call dari seorang AJK UMNO Bahagian Jerantut. Pemimpin UMNO Jerantut ini tidak puas hati dengan beberapa posting WZWH yang lama-lama.

Pemimpin UMNO Jerantut ini kata WZWH 'twist the facts and go overboard' maksudnya WZWH pusing fakta dan keterlaluan.

WZWH tanya pemimpin UMNO Jerantut ini yang mana posting menimbulkan masalah?

Pemimpin UMNO Jerantut ini kata ada dua posting beliau tidak suka dan beberapa penulisan posting lagi mengenai beliau seperti dibawah

Paling klimaks ucapan penangguhan Kamaruzaman Baria oleh kerana "terprovoke" dengan fakta seorang perwakilan yang Kamaruzaman Baria pernah buat kenyataan "Jalan Hulu Tembeling tidak ekonomik" terus menyingga menyerang habisan-habisan YB Dato' Wan Amizan. 8 Julai 2010 sila klik sini.

Dan  posting....

Tanah yang dimiliki oleh Syarikat Ladang LKPP luas beratus ekar di Temin telah dijual oleh bekas Pengerusi Syarikat Ladang LKPP yang merupakan seorang mantan ahli parlimen Jerantut kepada seorang tokey Cina. Itulah kehebatan pemimpin UMNO Jerantut berkelulusan MBA kononnya "inner circle DS Najib" tapi hanya pandai menjual kepentingan Jerantut sahaja.


WZWH tidak heran kerana mantan ahli parlimen ini bukan asal orang Jerantut. Kepentingan peribadi lebih diutamakan dari kepentingan orang Jerantut. Percayalah cakap WZWH hanya orang asal Jerantut yang jujur dan ikhlas mahu memajukan Jerantut. 26 April 2011 sila klik sini.


WZWH cakap OK kalau mahu saman WZWH kerana posting di atas maka pemimpin UMNO Jerantut itu boleh teruskan niat beliau.

Orang Jerantut boleh tanya YB Dato' Lau Lee ADUN Damak kalau mahu cerita yang sebenar kerana tanah itu di DUN Damak.

WZWH sudah berblog semenjak April 2010. Di Jerantut ada lebih 50 blog politik dan berpuluh Facebook politik. Berapa banyak blog politik Jerantut menghentam, menembak dan mengkritik WZWH kadang-kadang hal-hal peribadi dan tidak benar.

Tapi WZWH hanya cool dan senyum sahaja.

Di Jerantut ramai wakil rakyat yang lagi teruk kena bedal dalam blog seperti YB Dato' Wan Amizan, YBM TS Tengku Azlan, YB Dato' Ahmad Shukri. Tapi mereka ini buat tidak tahu saja.

Apa lagi DS Najib, TS Muhyiddin Yassin, DSD Adnan Yaakob MB Pahang...malah Shahrizat Jalil NFC.

Kenapa pemimpin UMNO Jerantut ini tiba-tiba melenting dan mahu ugut saman WZWH.

Hebat sangatkah pemimpin UMNO Jerantut ini?

Pemimpin UMNO Jerantut ini tahu ke apa dia media baru @ media sosial. Bagaimana hari ini media baru lantang mengkritik pemimpin UMNO demi kritikan membina.

Bagaimana pemimpin UMNO Jerantut ini mahu 'come back @ recycle' jika pada masa ini sudah tidak punya ketahanan mental dan bukan saja IQ kena tinggi malah EQ supaya tidak mudah melenting.

Generasi politik Jerantut mengikut kajian WZWH terbahagi kepada 5 generasi:
  1. Generasi Traditionist umur 60  tahun ke atas
  2. Generasi Baby Boomer (40-60)
  3. Generasi X (30-40)
  4. Generasi Y (10-20)
  5. Generasi Z (Net Citizen)
Generasi X, Y dan Z lebih....they have been encourage to speak their minds and they do...boldly, bluntly, and loudly.

WZWH tidak heran pemimpin UMNO Jerantut ini adalah dari Generasi Traditionist berumur 64 tahun! Beliau sudah ketinggalan zaman cara pemikiran politiknya tidak sesuai dengan realiti politik Jerantut!

Jika beliau mahu dan masih lagi berminat dengan menjadi calon parlimen Jerantut teruskan kerana beliau dikatakan "inner circle DS Najib yang paling cerdik". 

Tapi bila ugut mahu saman WZWH, beliau lupa WZWH adalah blogger yang juga AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Bolehkah jentera Pemuda UMNO Bahagian Jerantut mahu menyokong beliau kalau begitu sikap beliau...

Dulu bila orang lain terpilih menjadi ahli parlimen Jerantut pada PRU 1999, beliau marah-marah. Adik lelaki beliau kata " Orang Jerantut ini letak babi bertanding pun menang! Betapa UMNO Jerantut dihina sebegitu rupa!

Ada orang Ulu Tembeling kata pemimpin UMNO Jerantut ini pernah berkata bahawa gulai rong masakan tradisional orang Tembeling yang dibuat dari buah perah atau sekarang kebanyakan dibuat dari biji getah hanya babi saja makan! 

JIka pemimpin UMNO Jerantut ini mahu saman WZWH teruskan....

Jika pemimpin UMNO Jerantut ini mahu bawa isu ini dalam Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Jerantut teruskan...

WZWH harap pemimpin UMNO Jerantut ini yang bukan asal berasal dari Jerantut tolong kadar ke diri yang menumpang politik di Jerantut. 

13 comments:

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam bro Wan,
Saman..panggil diaorang jangan tak saman!Apa besor sangat ke diaorang rasa nak menyaman.

Teruskan bro Wan,jangan undur.

APA pun dah setahun tunggu Pak Lah ngan KJ saman atas maki hamun yang APA kerap siarkan di blog.Tak ada pun..Ini pemimpin Jerantut ular lidi rasa macam diri dia naga bro..

Anonymous said...

Apasal hang boleh jadi AJK Pemuda kalau umuq hang lebih 40 tahun?

PemikirpolitikJerantut said...

saya respect sikap keterbukaan Wzwh. Cool & stedy! come on bro! go on!!

Kutukandewata said...

lawan zuri,
aku boleh jadi saksi.sebab aku terlibat juga dalam hal ini.

sikit-sikit nak saman.tak payah jadi ahli politiklah kalau tiada daya ketahanan!!!!teruskan perjuangan wahai papa gomo jerantut demi kebenaran!!!!!

patpatsikulipat said...

aku pun sama. aku tetap menyokong wzwh. ajk umno jerantut yg terlibat mahu saman wzwh adalah seorng pengecut.

666 said...

just go straight ahead je brada..kalo ko betol nk 'renaissaince" dlm umno,jgn lyn muke loser kuat mentekedarah nih. nk ngnudi ngat da ni, deme boleh cari kes betengkor same snirik..ape jenis bangang laaaa...in fact,kalo nk tgk content,braveheart lg loser la

Borokpolitikweh said...

Zurik, Kas sokong aok!! yg cerdik gunala otak utk menilai yek. Mende pulok demeh beria nok maroh ke wzwh. Najib kena bahan dalam blog relax je! ape la demeh..kas sokong di zurik!

Anonymous said...

Ha ha ha

Typical UMNO (not All tapi Kebanyakkan yang berjawatan ler), tak boleh lihat orang lebih..Chantassssssss...ha ha ha.

Anyone disagree we me?

Anonymous said...

tahnaih wzwh,

kalau ada ugutan, buat report polis,
demi keselamatan anda

Anonymous said...

Akum semua,

Apa? ,INNER CIRCLE DS NAJIB,hebat ,,, hebattt,,,dia ya.Cuba kita kaji dan teliti balik sejarah politik dia dengan persoalan yang saya perturunkan sept:

1.Mengapa dia lari drp Lipis,dan siapa bawa dia keJerantu,serta UMNO cawangan mana dia masuk?
2.Siapa idola dia sebelum jadi YB?,Anuar ? Najib ?.
3.Mengapa satu penggal saja jadi YB Perliment Jerantu?.

Kalau nak tahu tanya orang lama UMNO ,sure dapat cerita punya.Jangan tanya sorang saja nanti tak dapat jawapan yang adil ,,,.Najib tak kebolor dan biul ambil orang macam tu ,cari beban bolehlah.Inner cicle kitol adalah katJerantu tu, ada dua orang dema cari samapi dapat 2 orang 2 ni,,,,.cukup...

Aku cayang UMNO.TK

Anonymous said...

Salam, ape yg dibangga dgn mantan MP Jerantut nih.....Pada saya biase sahaja...orangnya cukup pengalaman tetapi kurang PR bila bertemu rakyat.
Rakyat Jerantut sudah masak dan tidak mungkin menerima kembali walau kelibat nye pun dlm politik Jerantut.
Nak re-cycle ape lagi.....cukup2x la.....

Anonymous said...

"Tanah yang dimiliki oleh Syarikat Ladang LKPP luas beratus ekar di Temin telah dijual oleh bekas Pengerusi Syarikat Ladang LKPP yang merupakan seorang mantan ahli parlimen Jerantut kepada seorang tokey Cina. Itulah kehebatan pemimpin UMNO Jerantut berkelulusan MBA kononnya "inner circle DS Najib" tapi hanya pandai menjual kepentingan Jerantut sahaja.
"..................ALANGKAH SEDIHNYA KALAU BENAR SEBAGAIMANA DIKATA......BERAPA BANYAK KES SEBEGINI DI SELURUH MALAYSIA????

Miecyber said...

Berani kerana Benar ....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...